Monday, 16 August 2010

Bazaar Ramadan - unleashing business energies?

Dah beberapa tahun saya tak ke bazaar Ramadan. Paling kurang tiga tahun sejak saya bekerja di Singapork Darul Dollar.
Kerana waktu kerja yang sibuk pada sebelah petang, dan kurangnya penjualan makanan di tepi jalan seperti di Malaysia waktu Ramadan, saya hanya di kantin pejabat membeli makanan.
Bila hari tak bekerja, saya gemar duduk di rumah untuk berbuka. Tak perlu berebut-rebut membeli makanan dengan orang lain yang sama lapar.

Di Temasek, setahu saya (jika salah sila betulkan), bazaar Ramadan yang diadakan secara tetap setiap tahun hanya di ruang keliling masjid-masjid - cerita masjid-masjid Singapork di sini - atau di beberapa tempat di Geylang Serai.
Yang di tempat lain - di bawah blok flat, atau dapatkan temporary licence pasang khemah beramai-ramai di town centre kawasan perumahan - jarang dilakukan. Begitulah hidup orang minoriti di mana saja pun - hanya boleh bermeriah di mana kaum kecil itu berkumpul.
Di Malaysia, sebab ramai Umat M, jika saya buka table depan kawasan perumahan rumah saya jual cendol dan nasi lemak pun, saya pasti ramai yang datang membeli.  

Semalam saya ke bazaar Ramadan di pusat bandar Taman Melawati.
Wooi, berpuluh gerai = 100 ada?
Orang jual macam-macam.
Jika saya di minus satu point setiap kali air liur meleleh melihat lazatnya makanan yang dijual, semalam saya dah kena minus 1,000 points! Hahaha.
Puasa yok-yok, petang-petang ngendap periok.

Saya juga lihat perangai peniaga yang berlainan.
Ada yang jelas pemilik restoran/gerai di waktu bulan lain, yang cepat dan tangkas memasak dan pandai menarik hati penjenguk.
Ada yang nampak sah setahun hanya sekali jadi peniaga - periok belanga dan wok pun nampak baru! Dan nampak kekok dan malu kucing nak pekik panggil orang suruh singgah. Sudi mampir, kata wak jawa.
Dah jam 4 petang semalam, ada makcik baru sampai bawa kuih dalam talam yang baru nak dipotong. Hai,kenapa tak potong masa kat rumah tadi! Kan lebih selesa. Sah peniaga part-time.
Ada yang saya lihat kalau boleh nak berjabat tangan dan tepok bahu untuk teruskan perjuangan hidup - si laki terkial-kial nak hidupkan api atau goreng sesuatu, si isteri lagi kekok duduk di sebelah. Nak beri semangat.
At a few stalls, you can clearly see that the wives have that look - what am I doing here? I'd rather be at home, sleeping.
Begitulah perjuangan hidup. Sedih juga fikirkan kepayahan hidup mereka.

Orang ramai berhenti mengikut selera masing-masing - nak beli ayam percik, ikan bakar, kueh manis atau lauk sayur nak bawa balik.
Tapi ramai juga tentu terpikat menurut cara presentation.
Sebab semua orang tahu harga barang makanan yang dijual di bazaar ni overpriced. Mak oi, orang jual ikan bakar RM18.
Sayur dalam kotak plastik sedikit saja RM2. Kek tak besar mana 50sen sebiji.
Tapi kalau presentation cantik dan nampak menggiorkan, maklumlah pembeli lapar, akan laris juga.


THE ANNUAL UNLEASHING OF POTENTIAL. Yang menarik untuk saya ialah setiap tahun, ramai rakan dan keluarga kita become instant businessmen and businesswomen.
Berniaga di bazaar, buat kuih kat rumah, jahit baju/langsir upahan sambil menjaga anak di rumah.

Kalaulah boleh, saya nak tanya orang yang bawa periok belanga baru beli tu -
Maam, you tak nak berniaga full-time ke?
Kenapa tidak?
Tak cukup modal?
Tak tahu nak cari tapak jualan?
Tak tahu kat mana nak pinjam duit nak berniaga?
Apa yang diharap jual setahun sekali ni?
Duit raya ke?
Hobi?

Bazaar Ramadan ni unleashed the business potential Umat M ni.
Baik kerajaan Umno atau Pakatan (sebab Melawati dalam Selangor), tak boleh kasi flyer kepada peniaga nak beri panduan ke mana nak pinjam wang, dapatkan advice berniaga kecilan part time/full time, cara nak menyewa tapak dan anggaran ongkos. Bantulah orang di bawah, bukan para datuk dan datin yang datang dengan Merc dan Lexus nak beli juadah tu saja.

Sayang. Habis Ramadan, habis semangat nak berniaga ni - walaupun secara part time supply kueh atau supply lauk untuk restoran dari rumah.

7 comments:

Oh yea2 hey! Oh yea2 ho said...

Salam Rem
Kelmarin YOG opening ceremony kat Marina Bay. How come no entry ? Tak tengok ke Rem? Hari itu NDP, lepas tu YOG opening ceremony, habis tu nanti YOG closing ceremony dan last2 sekali F1 race. Fireworks fuh! All within 4mths.
Tahun ni betul2 kita berhabisan. Rasa2nyelah nak keluarkan CPF nanti mesti ada polisi changes lagi. Tapi pendapat mengatakan ini untuk menjana ekonomi. Yr comments sir? U think we should make full use of CPF or just let it be with gomen?

asrul amanda said...

Kalau saya nak dapat panduan, saya berbaik dengan mak cik kat pasar tu saja. Dia tiga kali beli tempat dia, dia dah kenal muka kita, mula la jual minyak.

Saya dulu tanya macanm tu juga, lepas beli seringgit barangan dia, saya pun tanya - makcik, makcik dapat mana gerai ni? Saya ingat nak jual kat tempat saya juga'

Makcik tu senang hati. Cerita semuanya start A sampai Z. Dari ambk lesen, majlis bandaraya, tempat beli payung, sampai resepi pun dia kasi. Dia ajar saya cara buat air soya, cincau.

Malu bertanya, sesat jalan..:-)

asrul amanda said...

Makcik tu jual ayam panggang.

100 ekor ayam x RM5 untung

Untung bersih RM500 sehari. Fuyoo..Tu lah kalau orang rajin. Kalau rajin, semua akan dapat. Saya plan nak berniaga ayam panggang kat pasar juga lepas ni. Cuma tunggu resepi.

Biasanya saya join forum untuk ambik tau pasal entrepreneurship ni. carigold.com

enon said...

Rem

Alam Flora angkut sampah bulan puasa 2 kali ganda banyaknya dari bulan lain.

Aku pun tak taham apasal jadi macam gitu.

Dulu kat kampung masa kecik paling lebih pun sirap ros selasih dengan kuih 1-2 jenis aje - home made atau bertukar juadah dengan jiran.
Lauk pauk macam hari biasa aje.

Tak ada pulak yg mati kebuluran.

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold.

After anak sakit perut buka puasa first day, I have gone back to ala kadar buka puasa.

Kurma
Air homemade - apple juice or teh o
Lauk (1)- homemade
Sayur (1)- homemade
Ikan or telor masin/Sambal belacan/tempoyak/ulam from the garden

Maybe 1 murtabak or some otak otak to share.

Itu pun dah banyak. So I am afraid, apart from murtabak/otak otak (because 3 girls like it) we no longer spend at the Bazaar.
Sundays, adalah masak lebih sikit.

Enon, you are sooo right. This waste has got to stop.

Think of the kids all over the world with nothing. Gaza. Afghanistan...

remgold said...

Oh yea2,
utk pembaca bukan dari spore: YOG = Youth Olympic Games (gi google). spore bangga kerana dapat jadi host YOG pertama kali. saya tak syiok sebab bukan UOG = Uncles Olympic Games, sebab tu tak ada entry.
spore mengharap tourism dollar dan broadcast dollar dan sebagainya, saya rasa rugi duit kot sebab satu dunia orang belum kenal benda ni lagi. tak ramai pun yg nak nonton di stadium, saya rasa.

tentang bunga api - sama seperti spore flyer atau ferris wheel yg dipasang di melaka tu - orang zaman ini dah tak hairan benda seperti tu lagi. buang2 duit saja bunga api ni.
f1 racing - saya tak minat langsung, seperti saya tak minat english football - asyik team itu menang saja beb, mana ada fun. satu dunia pun peminat f1 dah kurang, baru temasek nak masuk.

wang cpf ni - kamu jolok hamba orang tua. tentu saya nak keluarkan cepat! dulu 55thn boleh keluar cpf di spore. lepas tu retirement age naik ke 58, 60, 62. jgnlah pulak aku dah buta, kaki kena potong baru boleh keluar!
cuma sebenarnya utk orang tua yg menetap di spore dan tak ada safety net seperti di msia - ada tanah kampung, ada anak jaga ibubapa tua - lebih baik jgn keluarkan semua wang tu.
orang selalu joli gi holiday atau umrah, lepas tu balik, duit dah habis, anak tak mau tolong. nak makan apa for the next 10-20yrs?

asrul amanda,
pandai anda korek rahsia.
jika makcik dapat jual sebanyak itu, baik jika teruskan di bulan lain - supply masakan ke restoran? jika semua peniaga teruskan berniaga kecil2an ni, boleh naikkan ekonomi umat.
carigold.com - wow. banyak topik menarik!

enon, ninotaziz,
orang syiok ke bazaar ni sebab setahun hanya sekali, mungkin. walau harga makanan tinggi tapi ikut nafsu beb, syiok.
sampah lebih banyak sebab masa ramadan, orang lebih banyak beli makanan dari luar - yg dibungkus plastik, jadi sampah berganda.
jika bulan lain, hanya hujung minggu orang beli makanan luar, secara lazimnya (?).
dari satu segi baik utk ekonomi peniaga. yg tak baiknya ekonomi sendiri teruk!
ninotaziz: teringat rakyat miskin, mungkin ada baiknya jika kerajaan buat seperti yg dilakukan semasa musim haji. dulu beribu tan daging korban terbuang di saudi sebab orang dah sembelih, tiada yg nak makan di makkah dan madinah. kini daging itu disejukkan dan dihantar ke negara2 miskin!
sama juga kumpulan seperti abim ada buat korban dan aqiqah di cambodia dan negara miskin lain. jadi tak terbuang daging itu!
would be a good idea jika kerajaan atau ngo set up booth di bazaar ramadan dan adakan kempen di tv - Beli Juadah Puasa RM10, Derma Utk Rakyat Negara XX RM1. Tabung di sini. Anda Lapar, mereka terus dahaga. That is the spirit of ramadan, after all.

Oh yea2 hey! Oh yea2 ho said...

Thanks Rem
Pakai nampak, I don't see my CPF.
Masa rumah melonjak 90's saya pun melonjak (something like datlah). Astaghfirullah.
Betul kata org - it's all paper money. Yg penting lapang dada. Ya Rabb.