Kerana hari ini Friday the 13th dan jam dah 12.30 tengah hari tadi, saya pun berjalan ke Masjid Assyakirin KLCC. Dengar guruh di langit dan awan mendung - alamak nak hujan!
'Masjid KLCC ni kecik saja,' saya berkata dalam hati. 'Nanti jika lambat dah penuh kalau hujan habis tak cukup tempat sembahyang'.
Dah tiga tahun saya tidak ke masjid ini - sejak merantau ke Singapork.
Apabila dah dekat dengan masjid - eh! nampak lain pula tingkat atasnya!
Rupa-rupanya masjid ini telah dibesarkan. Dulu tingkat atas tu boleh masuk sikit orang saja di luar dewan solatnya. Di sebelah bawah, jika hujan, tempias teruk sebab roof designnya lebih glam dari praktikal. Cantik, tapi senang tempias hujan.
Kini, Assyarikirin dah boleh memuatkan lebih dua-setengah kali ganda jemaah, agak-agak saya.Total 3,000 orang kini. Dulu hanya 1,000 lebih saja.
Teringat saya jasa hero yang telah menjadi musuh rakyat, Dr Mahathir Mohamad. Bekas arena lumba kuda telah ditukar menjadi bangunan Twin Towers megah dan masjid. Dan kini masjid itu lebih besar lagi.
Pegawai masjid umumkan: Harap derma lebih sebab setiap kali berbuka puasa ada 1,000 orang di sini. Alhamdulillah.
Di sebelah atas, bahagian belakang, ada banyak paip wuduk. Jadi tidak berebut lagi manusiawi macam dulu - tempat-tempat wuduk yang sempit.
Cuma nak komplen sikit - jumlah toilet masih sama di bahagian bawah. Berebut manusia tadi, kasihan mereka. Abang pegawai - boleh buat toilet dua tingkat kan, di tanah kosong di tepi masjid tu.
Lepas solat, remgold tua kepo petik gambar kawasan sekeliling masjid - terkejut al-berok saja kerana Kota KL macam semak kerana banyak sangat pangsapuri mewah di sekeliling. Dan ada pula bangunan pejabat yang naik tinggi-tinggi.
Siapa yang approve banyak-banyak ni? Saya khuatir keadaan trafik yang makin sesak kerana town planner mengong. Bagus banyak bangunan tinggi, tapi jalan raya masih dua lorong, bagaimana tu bang?
Teringat juga saya akan umat M. Ramaikah yang mampu beli pangsapuri mewah gitu. Harganya yang paling murah untuk unit 1,000 sq ft (dua bilik) ialah RM1juta.
Tapi itu cerita sampingan. Asalkan ada ramai warga Malaysia yang membeli okaylah.
Takut kosong jadi rumah hantu pula - sebab ada sekitar 6,000 unit dalam 25 kondo mewah ini, saya difahamkan. Gerun saya memikirkan.
Saya difahamkan ramai rakyat Singapour, Arab dan lain-lain yang membeli. Kita doa yang baik-baik untuk ibukota tersayang, agar terus maju.
-----------------------------------------
PELABURAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA (?)
Saya pernah bertanya baru-baru ini, duit pelaburan Malaysia yang keluar tu pergi ke nagara mana? Dan dilabur dalam apa? Isu tentang isu kontroversi capital outflow.
Detail wang yang dibawa keluar dari Malaysia rupa-rupanya telah dijawab di Parlimen Jun lalu.
Penulis di Penang, Anil Netto, ada detailnya di sini. Terima kasih!
Saya letak tanda tanya dalam bracket di atas kerana ada musykil tentang wang yang ke sana ke mari tu. Pelaburan atau Pelarian wang?
Baca tulisan Anil, lepas tu baca ini:
- Dari wang tersebut untuk sektor perkhidmatan (services) hampir setengah - banking, minyak dan gas, telecom.
- Pelaburan dalam projek minyak dan gas, 38 peratus.
- Sektor pengeluaran hanya 6 peratus, dan kebanyakannya untuk sawit.
- Kita pecahkan ikut negara - lepas tu tambah komen sendiri:
- Singapore – RM5.8 billion - Wang ini hanya untuk 2009 (tahun lalu), tapi tentunya termasuk pelaburan Genting dalam kasino di pulau Sentosa, dan pelaburan YTL dalam projek perumahan mewah di pulau sama. Saya agak saja. Dan tentunya ada wang yang masuk ke Singapore, sebuah regional banking centre, untuk disalurkan ke tempat lain. Atau untuk disimpan oleh orang kaya Malaysia di banking centre for Asia.
- Hong Kong – RM4.3b - Hmm, kurang pasti apa pelaburan Malaysia di HK ni. Mungkin wang ni akan disalurkan dalam projek factory dan perumahan di China yang sedang boom? Atau untuk disimpan oleh orang kaya, kerana HK pun financial centre juga? Atau, kerana kebanyakan daripada pelaburan ialah dalam sektor minyak dan gas, untuk dilaburkan ke tempat lain oleh Petronas?
- Mauritius – RM3.4b - Musykil juga saya, tapi nampak seperti ada projek pelancongan di sana. Tapi banyak tu brader duit yang ke sana, jika hanya untuk satu projek pelancongan. Atau mungkin ada offshore banking facilities di kepulauan ini? Bank Negara, apa projek ni?
- Indonesia – RM2.2b - Ini jelas, saya rasa. Beberapa bank Malaysia melabur dalam bank Indonesia, dan juga banyak syarikat sawit Malaysia yang melabur tanah dan ladang di sana.
- The Netherlands – RM1.9b - Ini pun saya tak pasti, Nak tahu juga dari Bank Negara. Atau mungkin Petronas ada membeli saham syarikat minyak Dutch?
- United States – RM1.9b - Ini mungkin portfolio investment - syarikat atau individu membeli saham dan bond Amerika, ekonomi terbesar di dunia. Ekonomi Amerika ni lemah juga, jika kamu nak beli saham dan bond mereka, inilah masanya (iaitu tahun lalu).
- Cayman Islands(!) – RM1.8b - Anil letak exclamation mark (!). Saya pun terkejut al-berok, sebab orang akan cepat kata - ini tempat crooks sembunyikan wang agar tak kena cukai! Tapi tak baik prasangka. Sebab jika saya orang kaya dan mahu melabur di negara lain, saya mungkin membuka syarikat lain agar nama saya tidak terkeluar jika melibatkan diri dalam projek. Misalnya saya buka syarikat bernama Cayman Fun Funds agar bila saya membeli saham Google di US atau bond pemerintah UK, nama saya tak diketahui umum. Pelaburnya ialah Cayman Fun Funds, bukan nama tycoon dan taiko remgold ali baba.
- Thailand – RM1.3b - ini mungkin projek di JDA (Joint Development Area) di laut antara Thailand dan Kelantan. Dan mungkin juga portfolio investment kerana saham Thai jatuh teruk, maka orang berebut nak beli saham murah (tahun lalu)?
- United Kingdom – RM1.0b - portfolio investment? Dan mungkin juga pelaburan minyak dan gas yang kemudian dihalakan ke tempat lain?
- Bahamas(!) – RM0.9b - Ini pun ada tanda tanya. Tapi Bahamas dan Cayman (macam Labuan) ialah offshore banking centre. Jadi tentu orang suspicious kenapa wang nak di'sembunyikan' di sini, bukan di Labuan saja.
Tapi mujur juga ada data ini. Sekurang-kurangnya kita tahu juga bahawa banyak wang disalurkan ke Singapore, Hong Kong dan Indonesia (tak memeranjatkan). Dan juga ke Mauritius serta Cayman dan Bahamas - musykil.



6 comments:
Saya baca dalam surat khabar, kerajaan terengganu beli 400,000ha tanah di kalimantan. banyak tu, senilai 1/3 keluasan negeri Terengganu. Beruntung Terengganu.
Cuma saya kalau boleh YB Terengganu ni rajin sikit buat kerja. Ramai betul YB yang malas ni. Malas berfikir, malas membaca, malas berhujah dalam dewan. Sunyi je dewan.
Negeri Terengganu negeri ketiga HDI nya di Malaysia. 0.821 point kot nilai dia. makmur, sampai setiap budak sekolah dapat laptop percuma. Tapi kemakmuran ni mungkin tak ada makna kalau tak dipimpin oleh orang bagus.
YB negeri lain pun ada juga pemalas. Macam Pahang, Sabah, serawak. Diam je semua, tak aktif. Kalau boleh Bapak Reme sebat sikit geng geng pemalas ni.. Tak tahan woo.
Rem
saya tak berapa arif tentang pelaburan terutama di luar negara.
Tetapi yang saya pasti kalau satu organisasi ada duit modal lebih (samada kerajaan atau swasta ) mereka akan mencari peluang pelaburan yang memberi pulangan paling tinggi dengan risiko yang paling minima dalam jangkamasa yang seberapa cepat, kalau boleh.
Tak kira lah di luar negara ataupn dalam negara. Tapi kalau dalam negara biasanya lebih secure, terutama kalau projek kerajaan.
Anon 23:15,
terima kasih kerana info. kurang pasti 400,000 ha, kerana menurut laporan ini ada 25,000 (bertarikh 14ogos2010).
http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/jrtdm/Article/
boleh kaya jika digunakan dgn baik tanam sawit - walaupun ada kontroversi besar dewasa ini kerana syarikat msia dan indonesia terus tebang hutan di kalimantan dan sumatra jadikan ladang sawit. lama-lama orang utan, monyet, burung dan labah-labah dah tak ada hutan.
apabila saya terbang masuk kl naik firefly rabu lalu, setengah jam sebelum mendarat sempat tengok ke bawah. penuh satu selangor dgn pokok sawit (dekat pantai). tak ada lagi hutan. saya rasa tak bagus kerana diversity alam dibunuh.
tapi itu cerita lain. walaupun ia akan menjadikan isu besar jika msia terus beli tanah di indonesia nak disawitkan - jadi big investment risk.
tentang yb terengganu ni, saya tak ikut cerita mereka dgn rapat. tapi kalau ikut hati mereka terus gaduh satu sama lain, yg pasti ialah terengganu akan jatuh ke pas.
kalau suruh saya letak wang taruhan (bulan ramadan lagi beb) hari ini, saya bet pas akan menang kembali terengganu. bukan pasal dia kuat, tapi sebab umno dah pecah dua (mungkin tiga!) di sana. yg peliknya mereka, katanya, boleh dibeli masuk camp lain dgn tawaran projek. pelik. bukan nak kerja baiki parti, tapi baiki saham sendiri.
nanti bila undi, tentu ada sabotaj jika tak dapat fulus.
part nak suruh mereka di pahang, sabah, sarawak rajin kerja, saya wartawan rendah pangkat tuan. kena suruh jeneral pukul, bukan lance corporal. :-)
Sarjan Hassan,
masalah pelaburan msia lari keluar ni bersangkut paut, pada saya, dgn undi kaum cina di msia.
sebab projek infra olhe kerajaan dah berkurangan - highway, pelabuhan, pejabat kerajaan (seperti projek putrajaya dan cyberjaya). dan mall, kondo dan perumahan dah banyak. economy msia dah mature, dah masuk middle income, malah masuk perangkap middle income trap - belum pandai lagi nak melonjak ke higher income.
jadi kumpulan yg banyak wang dah tak syiok dgn kerajaan. dulu pun mereka kena 'tindas' dgn umno dan orang melayu, tapi tak lawan sebab sibuk buat wang. jadi tak salahkan mereka yg banyak wang larikan duit ke luar negara nak cari pulangan lebih. kalau saya ada wang berjuta pun, saya labur di indonesia dan india.
ini pendapat saya. jika dikaji data pelaburan dlm negara oleh private investors (syarikat bukan kerajaan) adalah rendah sungguh. bila dicampur dgn pelaburan asing FDI yg rendah, jadi masalah besar utk negara.
yg masih melabur berbilion ialah kerajaan (iaitu wang rakyat), itupun projek yg dibuat kerap juga saya tak pasti nakkan pulangan atau nak bagi kroni projek. seperti projek buat landasan keretapi elektrik ni. saya tak pasti dapat pulangan langsung.
risiko dan lebih secure di tempat sendiri memang tepat. tapi jika saya ada rm500j-rm5bil nak labur projek besar apa di msia? jadi mereka calibut ke tempat lain.
sebenarnya ada at least dua projek besar boleh dilakukan di msia -
BERSAMBUNG......
...SAMBUNGAN.... sebenarnya ada at least dua projek besar boleh dilakukan di msia -jika ikut pengalaman spore (maaf mention spore, bukan sebab spore lebih baik, cuma kerana saya tahu apa yg sedang dibuatnya).
1) satu projek ialah mass rapid transit atau MRT.
kl ada lrt tapi perlukan underground train system jadi kita boleh bergerak dgn pantas dan tak jam, dari gombak ke shah alam, dari klang ke semenyih. begitu juga penang yg sesak trafik (tapi sebab politik, projek kena block. kerana dap tak kasi melayu berniaga ramadan di tempat biasa dan tak beri alternatif yg baik, saya pun dah marah!).
rangkaian MRT spore dulu berbentuk 'cross' dari selatan ke utara, dan dari barat ke timur pulau itu.
kini saya naik sistem MRT ni dah pening.
tengok map MRT spore:
http://www.smrt.com.sg/trains/network_map.asp
dulu (10tahun lalu) hanya ada line MERAH dari selatan di marina bay ke utara di woodlands. banyak stesen di line merah baru ditambah.
dan line HIJAU dulu hanya dari jurong east sampai bedok lebih sikit.
kini line merah dan hijau dah makin panjang. ditambah dengan line Ungu dan Line Orange. lepas tu ada line Grey - LRT (train dua coach kecil dan perjalanan pendek).
projek besar bertahun2 brader. pelabur tempatan dan asing happy dapat projek gini. dan rakyat happy nak ke mana tak payah kereta.
projek mrt ni masih diteruskan! akan terus ditambah!
gamuda-mmc dah tawar nak buat underground MRT di kl. tapi kosnya tinggi sungguh sebab korek bawah tanah (macam depa buat Smart Tunnel). jika projek ni dibuat dlm jangkamasa 30tahun, boleh kot.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/putrajaya-mulls-multi-billion-rail-deals
maaf kata, masalah di msia ialah bila ada projek begini, yg sibuk ialah con-sultant. orang tengah yg nakkan wang cepat kaya. zaman paklah dulu waduh, ramai betul lalat taik ni makan duit. hingga saya muak.
tak tahulah zaman pak naj ni pun sama ke tidak. maaf jika marah saya kata terus terang.
ini duit rakyat, maknanya duit saya juga sebab saya bayar cukai, jadi saya ada hak nak marah.
projek kecil mana pun dulu ada con-sultant, ada orang politik dan sekutunya ngaku jadi investment bankers. dan ada orang dlm kerajaan yg leak berita dalaman dan okaykan pulak. jijik.
2) faster broadband service. lihat website ini.
http://www.opennet.com.sg/home/
bulan lalu, saya di temasek dapat surat. opennet kata tolong beri haribulan dalam ogos, kami nak datang ke rumah. nak pasang fibreoptic cable di DALAM RUMAH KAMU, SECARA PERCUMA.
jika kamu tak mahu pasang sekarang, lain kali kami charge sgd200 nak pasang dlm rumah.
walhal internet service di spore dah pantas sungguh - sebab pulau kecil senang nak pasang internet di mana2, bukan tanah besar seperti msia.
siaran dari opennet ni mulai tahun depan (lima bulan lagi) - setiap rumah di spork akan ada internet lebih pantas dan juga boleh dapat high definition tv.
projek ni pakai duit rakyat. nanti jika syarikat lain nak sewa line ni (nak jual internet scheme atau tayang show di tv, kena bayar opennet). pandai mereka buat duit dan pada masa sama, ini projek besar yg buat ramai pelabur happy.
seperti biasa, saya khuatir jika projek ni ada di kl, ada lalat langau menyibuk.
tolonglah hakis sifat merampok ni, sebelum terlambat jika kamu tak mahu umno-bn tumbang. orang dah fed-up dgn sifat begini.
kerajaan boleh deal direct dgn suppliers, tak payah pakai 'Ode Saja', 'Perimekar' atau investment bank perampok.
nasib baik ada pakatan janji manis nak tukar sistem merampok ni kpd yg lebih baik.... (tapi selepas isu ronnie liu, saya sangsi pakatan ni ayam atau musang pakai baju ayam).
Sdr in-passing sebut jasa Dr. Mahathir, dulunya hero sekarang musuh rakyat. Maaflah saya nak ulas sikit.
Dr. Mahathir sendiri telah menjangkakan kesemua itu akan berlaku kepadanya. Sebaik sahaja beliau meletakkan jawatan dan serah pada AAB, orang sibuk sana sini siang malam belanja makan dan menganjurkan beraneka macam majlis. Dan beliau pun dipujilah sehingga melangit tingginya. Dipukul gong dan dihebahkan keseluruh negara dan dunia jasa-jasanya serta diriwayatkan seolah-olah tidak ada langsung cacat-celanya. Kerana terlalu banyaknya program yg diaturkan sampai isteri beliau terpaksa minta maaf kalau tak dapat hadir dalam beberapa majlis tertentu.
Dr.Mahathir pula secara sinis memberikan responsenya. 'Ketika ini akan adanya euphoria atas persaraannya. Tak lama kemudian orang akan mula mencari kesalahan-kesalahan beliau.'
Di pihak UMNO pula, apabila ada pihak tertentu cuba menyalahkan Dr.Mahathir kurang bertindak membanteras corruption, maka melentinglah parti Melayu itu mempertahankan beliau. Kan hebat tu!
Seperti dijangkakan, panas tidak sampai ke petang. Tak perlu nak cerita panjang. Kalau bukan UMNO dan kuncu-kuncunya sendiri yg menjuarai penghentaman ke atas Dr.Mahathir dan turning him from a hero to a villain siapa lagi. Yang lain-lain cuma jumping into the vanwagon. Dunia oh dunia.
Sdr.Rem juga ada menyebut yg UMNO/BN akan kalah di Terengganu. Pada saya bukan sdr saja yg membuat telahan ini. Saya rasa kerajaan pusat juga membuat telahan sama. Kerana itu ianya telah menyediakan payung sebelum hujan dengan mengambilalih Dana Terengganu Investment dan dijadikan 1Malaysia Development Bhd. Ini ada sdr tulis semasa becerita tentang Taek Tho Low.
PoliTIKUS Terengganu mungkin tidak sedar tentang duduk perkara ni.Kalau sedar pun tak boleh buat apa-apa kerana asyik bantai-membantai sesama sendiri.
urban planner kat Msia (Kuala Lumpur especially) tak reti nak belajar dari Singapour. Population density, plot ratio, jalan sempit, parkir elek, transport tak integrated, jalan berlopak - deper ni expert tapi tak guna kepala hotak bila lulus kan planning permisssion.
Atau...!!mereka ni memang ada kepakaran, tapi digula gulakan oleh developer komersil, buat besar besar, tinggi tinggi, janji kerja kita siap, duit mahsyuuk, bank hidop, contractor ada kerja, kroni kaya. Pedulikan quality idop dan undang undang pembangunan.
Wahai ahli ahli yang diberi amanah, tengok muka dlm cermin pepagi, Adakah aku udah buat yg terbaik?
Post a Comment