TAMBAHAN 5.45PAGI - MALU NAMA NEGARA
Rupa-rupanya bukan saya saja yang bantai cara lemah polis Filipina cuba lepaskan orang tawanan dalam hostage drama Manila.
Satu dunia pun dah bantai mereka - baca CNN, BBC dan juga Google search words 'Mrs Leung, hostage, bus'.
Lapan mati gitu saja sebab polis bongok.
Polis dah minta maaf pun. Nyawa dah terbang habuk pun tak guna. Hong Kong begitu marah hingga larang pelancong ke negara itu, dan maid di Hong Kong pun ramai kena herdik di sana.
Dalam bas itu ada TV rupa-rupanya, jadi mamat gila tu boleh nonton apa polis kat luar sedang buat dan rancang! Nak ketawa pun kita menangis sebab kecekapan = zero.
Bottomline: Apabila diberi tugas, buatlah dengan sempurna, bukan sembrono. Rosak nama satu negara dalam pandangan dunia.
--------------------------------------------
POSTING ORI - PAGE VIEWS 200,000
Blog ini dah mencapai 200,000 Page Views 'jap tadi - lihat WebStats di sebelah kanan bahagian tengah.
Siapa yang kena loteri 200,000 itu akan menang jongkong emas 10kg dan trip untuk keluarga ke London seminggu. Hahaha.
Apa beza antara Hits, Page Views dan Unique Visitors?
Besar bezanya!
Jika saya gunakan Hits untuk mengira orang yang mengunjungi blog ini, dah lama saya sampai ke angka 1juta.
Jika saya gunakan Unique Visitors, tak tahulah dah sampai 100,000 atau tidak, sebab cara mengira adalah strict.
Saya memilih jalan yang tengah - Page Views. 200,000 Page Views.
Apa bezanya?
Apabila zaman websites dan blogging bermula di zaman internet, orang yang ada website dan blog tentu nak tahu - ramai ke orang yang baca big story yang aku tulis ni? Syarikat yang pamerkan produk mereka juga nak tahu ramai atau tidak yang masuk website mereka dan dari mana.
Jadi macam-macam cara direka nak mengira. Yang paling mudah ialah cara Hits.
HITS
UK-based Raja Petra baru-baru ni berkata dalam interview dengan akhbar London bahawa setiap hari, websitenya ada 500,000 hingga 1juta HITS.
Jika dikira begitu memang nampak banyak.
Tapi sebenarnya pada saya, ia tidak tepat.
Ini sebab, apabila anda mengunjungi sesuatu blog atau website yang mengunakan cara kita HITS, kunjungan anda dikira begini:
a) remgold.blogspot.com = 1 hit.
b) setiap gambar, posting dan widget di muka surat pertama blog saya dikira dalam Hits (saya baru kira) = 25.
Ini kerana di muka surat pertama blog saya ada tiga gambar komando, 1 gambar bas kena serang, 15 widget (harga minyak, pasaran lain), dan banyak posting saya.
Maknanya, jika ada 100 orang mengunjungi blog saya hari ini, Hits saya ialah = (1+25) x 100 = 2,600.
Jika anda melawat blog atau website lain, ada yang ada berpuluh story dan gambar dalam mukasurat pertamanya. Ini semua menjadikan Hit yang tinggi.
Anything clickable on the page is considered as One Hit.
Misalnya, jika anda kira di mukasurat pertama CNN, ada lebih kurang 100 gambar, cerita, advertising yang boleh di click.
Jadi jika 100 orang masuk website itu, jumlah Hitsnya ialah 100 orang x 100 clickable items = 10,000 Hits.
Walhal yang masuk hanya 100 orang saja.
PAGE VIEWS
Jika kita gunakan Page Views, kiraannya mengikut berapa orang yang masuk.
Jika yang baca blog saya 100 orang, maka hanya dikira 100 Page Views.
Jika kita anggap bawa website Raja Petra (ini example saja) itu, Malaysia Today, ada 100 clickable elements, maka apabila beliau kata dapat setengah juta (500,000 Hits sehari), sebenarnya yang masuk baca mukasurat pertama ialah 5,000 orang saja (500,000/100).
Jika sejuta Hits sehari = 10,000 orang yang baca, bukan sehingga 1juta pembaca.
Cara Page Views inilah yang saya gunakan dalam SiteMeter blog saya.
Jika 100 orang masuk mukasurat pertama blog ini, maka akan dikira 100 Page Views.
Jika anda click satu gambar atau satu link dalam blog ini - misalnya gambar komando Singapore - maka ia dikira 1 lagi PageView.
Jadi kiraannya menjadi 101.
Blog ini saya mulakan dulu pada December 2007 - dah 2tahun 8bulan, dah ada 1,122 posting (termasuk yang ini)!
Saya mulakan blog ini kerana masa tu marah sangat dengan Umno-BN di bawah Abdullah Badawi yang pada saya sedang merosakkan negara.
Pada saya masalah Malaysia ialah CERRI.
Saya tulis ni pada Februari 2008.
Pilihanraya diadakan March 2008 di mana hancur Umno-BN akibat isu CERRI ini. Apa tu? Baca di sini tentang buah CERRI ni.
Blog lain, yang baru hidup pun, cepat sampai 1juta Hits sebab mereka gunakan cara kiraan yang lain.
Mereka bukan menipu, cuma cara kiraan yang berbeza.
Macam ada orang pakai kilogram, yang lain pakai tael dan pound.
Atau macam kita kata - saya berjalan 2,000 meter semalam! Jauhnya!!!
Pada orang yang kira dalam mile = baru 1.3 batu! Pulak.
Ada satu lagi kiraan pengunjung yang kerap dipakai.
UNIQUE VISITORS
Yang ini mengukur mengikut SIAPA yang membuat kunjungan.
Jika saya masuk blog saya 100 kali dalam jangka masa KURANG dari 10minit:
Kiraan mudah:
Jika dikira ikut Hits = 100 kali masuk x 100 clickable items = 10,000 Hits.
Page Views = 100.
Unique Visitors = 1 saja, sebab yang masuk banyak kali tu seorang saja.
Unique Visitors dikira 2 orang jika anda masuk website tu sekali lagi SELEPAS 24jam.
Untuk sesetengah website, kiraan cara ini penting kerana dapat mengukur sama ada pengunjung itu orang yang sama, atau pengunjung baru.
Mereka juga dapat tahu berapa kali orang yang sama, dan dari mana, selalu masuk website mereka.
Misalnya dengan menggunakan cara kiraan ini, website seperti Amazon.com atau Dell (ini contoh saja) dapat tahu berapa ramai pengunjung website mereka dari Amerika, Germany, Malaysia dan seterusnya.
Dan mereka juga akan dapat tahu bahawa, wah mamat dari Malaysia kerap masuk masuk website ni. Dan buat marketing campaign sewajarnya - jika mereka lihat mamat Malaysia suka masuk website Dell ni, mungkin syarikat beli iklan di TV atau akhbar tempatan.
Nak baca lanjut cara kiraan ini - di sini dan sini.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago




9 comments:
samada RPK memang tak tahu pasal kira benda ni atau dia "tak sengaja" bagi statistik website dia.
Bulan Ramadhan ni kurangkan buat benda yang merosakkan puasa kita
Bro
Kalau hang guna kaedah Unique Visitors untuk blog ini pasti hang terkejut asyik asyik aku saja dok klik,dari pagi sampai kemalam tah berapa kali aku pun tak bilang.
rasanya banyak banyak kali.
he he he
Sir Remgold,
Are page views equal to Visitors?
By the way, I strongly recommend the DVD My Name Is Khan - if you haven't watched it already.
Certainly not your average movie from Mumbai. The last Hindi movie I watched over and over and over again was Kuch Kuch Ho Tahe. So there...
Semakin terer postings di bulan puasa ni, bro. semakin bersemangat.
Raya kat mana?
alunbm,
aiks saya ada peminat setia! :-) phwee-weet.
ninotaziz,
tentang Visitors:
jika anda masuk sesuatu blog 10kali dlm masa 10minit, lepas tu masuk 20 kali dalam masa 10 minit selepas itu. Di blog itu ada 50 clickable items:
1) Hits = (10+20) x 50 = 1,500.
2) PageViews = 10+20 = 30.
3) Unique Visitors = 1 (anda dikira masuk dua kali hanya selepas 24jam).
4) Visitors = 2 (anda dikira masuk kali kedua hanya selepas 10 minit).
My Name Is Khan = dah dua bulan beli belum ada masa nak nonton. sebab nak nonton hindustan ni kena ada mood nak golek-golek kat lantai. hee.
Kuch Kuch pun ada, tapi belum juga nonton.
sebabnya sama: nak nonton filem hindustan kena pakai cermin mata baca sarikata, kalau tidak tak faham. itu yg lece. saya suka berinternet dan berblog masa nonton wayang kat rumah.
fav movies saya tetap: Billu Barber (shah rukh), Love Aaj Kaal (salman/deepika), Ghajini (aamir/asin) dan Slumdog (sebenarnya filem ni buatan omputeh jadi bukan bollywood).
Three Idiots (salman) dah keluar - lebih hebat dari semua kat atas, tapi belum ada mood juga nak nonton.
ok since u rekomen, saya nonton dlm seminggu ini.
saya lagi syiok nonton series Fringe season 1 dan 2 = ianya X-Files meets Bones = science fiction meets new-age science.
rocky,
saya berhari raya di kl cuma satu kali saja sejak 15thn bercampur dgn warga kl.
tahun itu (1995? 1996?) saya ketakutan! saya dulu tinggal di kawasan 98pct melayu dekat keramat, jadi bila raya semua rumah kosong seminggu. ketakutan kami anak beranak dlm rumah.
yg untungnya tahun itu sempat ke sri perdana (lama) dan line-up 1jam nak masuk rumah dr m makan free, pada raya pertama. tapi tak salam beliau, sebab jika nak salam kena join another 1-hour queue!
blogging ni hobi nak lepaskan gian menulis. sebab dah tiga tahun duduk kat desk jaga reporter dan jaga berita, bukan sebagai penulis.
dulu tulis dlm bahasa inggeris masa saya mulakan blog, tapi rasanya payah sebab kena jaga past/present tense, is/was/are/were, pronouns, quality of writing.
tulis bahasa melayu ni boleh hentam saja - tak payah ikut
perkataan standard atau baku.
Dear Sir Remgold,
Seumur hidup, saya baru tengok 3 je filem Bollywood ni.
Bobby - masa kecik kecik
Kuch Kuch - Lama sangat dulu
My Name Is Khan - Ahad lepas...
So I think it's worth your while. If you wasted 2 to 3 hours, put the blame on me...If you felt something watching it, let us know, okay.
Obviously, I was moved.
Salaam Pak Chic,
been wondering about the different functions when i started blogging in 2006 ... never get to finding out more info.
thank you for sharing this info.
may you have health and long life and share more info
wassalam
Congrats on the numbers of visitors mate, keep on writing and may the truth sets us free..!!!
Post a Comment