Wednesday, 18 August 2010

Ekonomi Malaysia terus kukuh. Pujilah sikit!

TAMBAHAN

WHOA. FUYOH. FULAMAK. AIYOMAMA.
Ringgit di paras tertinggi dalam 13 TAHUN!
Kerana ekonomi kuat dan currency controls dikurangkan.

----------------------------------------------------

Untuk Suku Pertama (Januari 1 hingga Mac 31), kuat sungguh ekonomi Malaysia = berkembang 10.1 peratus.
Suku Kedua ekonomi berkembang 8.9 peratus, kerajaan kata petang tadi. Slow sikit tapi tetap kuat.

Kebesaran dan kekuatan ekonomi diukur dengan menggunakan apa yang omputeh kata GDP, atau Utusan dan BH kata KDNK. Apa benda tu 'bang?  

GDP = gross domestic product.
KDNK = keluaran kasar dalam negara.
Cakap mudah: pendapatan negara. Jika semua barangan yang dibuat di Malaysia, dan semua perkhidmatan di Malaysia diukur dengan matawang. 
Dan dicampur dengan jumlah perdagangan/penjualan sektor pembinaan (KLCC Property Holdings, Gamuda) dan pertanian (Felda dan Sime Darby). Jumlahnya RMxx juta.
Di sana pula, syarikat Dell pasang komputer dan Zaitun keluarkan syampu berjumlah RMxx juta.
Dalam sektor perkhidmatan pula, Hotel Mandarin, Pos Malaysia dan Pelabuhan Klang sediakan bilik penginapan, pos surat dan kotak, manakala kapal masuk port kena bayar 'berthing fees'. Jumlahnya RMxx juta.
Jumlah ini semua dicampur oleh kerajaan dan menjadi KDNK atau GDP.

(Maaf, tapi Makcik Mah jual goreng pisang, Pakcik Man jual ayam percik di bazaar Ramadan Melawati, serta khidmat Kak Piah urut kaki di Carrefour tak dikira sebab terlalu kecil dan business tak berdaftar dengan kerajaan. Dan, ahem, tak bayar cukai pun!).

KDNK ni dibilang sebulan sekali apabila industri (Ikea, Carlsberg, Scomi, Proton dan Nokia) dan syarikat perkhidmatan (KFC, Bursa Saham Malaysia, Kontena Nasional, Suria KLCC, Firefly dan AirAsia, Genting Resorts World, Hospital Pantai) melaporkan jumlah dagangan dan penjualan mereka kepada Jabatan Statistik, Bank Negara, kementerian-kementerian.  
Dan jumlah sesuatu period itu (bulanan, suku tahun atau tahunan) dibandingkan dengan period yang sama di tahun lalu - di situlah kita dapat peratusan sama ada ekonomi telah berkembang atau menguncup.
Jumlah KDNK Malaysia tahun lalu dianggarkan US$378.9 billion (RM1,300 billion) = iaitu jumlah dagangan/penjualan industri dan sektor perkhidmatan setelah dicampur. 
Tahun lalu, ekonomi menguncup 2.8 peratus. 
Untuk seluruh tahun ini, 2010, KDNK akan berkembang "lebih tinggi dari 6 peratus", kata Bank Negara!!!

Dan berita baik lagi, yang apabila saya baca, saya gembira tadi:
-Sektor perkilangan (manufacturing) berkembang kuat! naik 15.9 peratus, menunjukkan export terus kuat.
-Sektor perkhidmatan (services) naik 7.3 peratus.
-Sektor pembinaan (construction) 4.1 peratus.
-Sektor pertanian (agriculture) berkembang 2.4 peratus.

Satu perbandingan untuk tahun ini (saya membantu menyunting laporan dari buro-buro akhbar kami tadi):
Jangkaan KDNK 2010,
- Indonesia = 6 peratus.
- Thailand = 7 peratus. 
- India = 9.1 peratus.
- Singapork = 13-15 peratus.

Harapan besar saya ialah apabila pembangkang menilai angka-angka ekonomi Malaysia ini, mereka tidak akan terus mengecam dan memaki hamun.
Sekali-kali, jadilah pembangkang yang memberi harapan kepada rakyat: ekonomi Malaysia ni baik. Memang ada banyak lagi boleh diperbaiki, tapi kita bersyukur bersama bahawa kita terus sihat di masa ekonomi negara Eropah seperti Greece, Portugal, Spain dan Italy lemah. Dan ekonomi US pun mungkin terus lemah.

Penat rasanya jika apa yang akan kita dengar ialah maki hamun saja. 
Jika tak mahu, tak payah puji kerajaan Najib pun. Sebab tidak semua yang berlaku - seperti eksport terus kukuh, atau orang lebih kerap makan di KFC, atau tourist masuk hotel - kerja kerajaan secara langsung pun.
Tapi jika sekali-sekala semua bersatu padu, dapat sejukkan hati rakyat akan masa depan negara. Dan memberi kebanggaan kepada semua.

21 comments:

Sarjan Hassan said...

Rem

Aku tumpang gumbira bila baca ekonomi Malaysia ku berkembang. Terima kasih le pada mereka yang terbabit ke arah ini.

Tapiiii... sedih bila melihat tahap etika dan mentaliti pemimpin politik Malaysia yang teruk menguncup.

Perangai beruk di hutan pun tak macam ni.

Nur said...

salam
alhamdullilah.. gd for us n for Msia.. =)

House PK said...

Very Good article bro!

koolmokcikZ said...

Salaam,

Terima kasih atas angka angka yang tuan sertakan.

bagaimanapun, tidak kah mungkin angka angka tu semua disumbangkan oleh P Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan sahaja?

takut lembu punya susu sapi punya nama pulak.

minta izin nak salin posting ni ke blog saya

Anonymous said...

Saya nak sangat tuan sertakan GDP mengikut negeri. Bukan apa, boleh kita bandingkan antara kemampuan negeri negeri itu mentadbir.

Saya dengar Penang menyumbangkan 25/ GDP Malaysia, betul ke? Wah. hebat tu. Prestasi Penang lebih baik dari Selangor/KL, walaupun dua negeri ni paling dimanjakan kerajaan Malaysia.

p/s:
Habis duit minyak terengganu dicurah untuk membangunkan KL/Selangor.

Iskandar said...

Seperti biasa, orang Malaysia ni dah sebati ngutuk gomen.

Rem, kalau hang cakap KDNK cantik pun, diorang nak hang tunjuk yg pembangkang yg buat tu semua.

Aku tak terkejut kalau Penang dgn Selangor yg byk naikkan KDNK -- sbb memang dari dulu itu pattern nya.

remgold said...

koolmokcikZ,
meet Pak Chic = saya! hahaha.
atau kadang saya email orang panggil diri saya Pak Chick (bapa ayam?).
nak pinjam isi posting letak kat mana pun ok lah. blog postings are public electronic diaries. asal ada link dan mention source okay ler.

mokcikZ and Anon 03:23,
Selangor, Penang, Johor, Perak di tempat 1,2,3 dan 4 dlm menyumbang kpd ekonomi msia. iaitu ekonomi negeri2 terbesar (tapi mungkin Perak No.3, Johor No.4?).
nanti Pak Chic carikan pecahan data dari website Bank Negara, Dept of Stats, MITI atau FinMin - dah lama tak cari data ni, lupa kat mana ada.

nota tambahan: Port Klang di Selangor pelabuhan No1 di msia, diikuti pelabuhan Penang No.3, selepas Port of Tanjung Pelepas di Johor. jadi tentunya banyak business kat sini, tapi apa yg diimport dibawa ke seluruh msia pun.
harap janganlah digunakan data utk terus berpecah nak kata bahawa negeri pakatan menyumbang lebih dari negeri bn. sampai pagi tak habis gaduh nanti. setakat nak info ok lah, memang tak boleh disembunyikan pun data.

kita tak dengar pun ada orang kata negeri Republican (republican states) menyumbang lebih besar dari negeri Democrat di US, atau ekonomi provinsi di bawah Golkar atau PDI-P lebih baik dari provinsi Partai Demokrat (parti presiden Indonesia) di Indonesia.

kalau saya nak defend bn: sebab Selangor dan Penang popular dgn pelabur kini ialah kerana kerajaan bn-umno yg menjadikan petaling jaya tempat kilang2 didirikan. dan penang dijadikan silicon valley of msia oleh kerajaan bn-gerakan.
dan konsep silicon valley ini dikembangkan oleh dr mahathir dulu di kulim (kedah), kerana beliau orang kedah. banyak syarikat teknologi di kulim kini kerana dekat dgn penang port - kulim ni banyak tanah orang melayu.

kilang proton dibuat oleh kerajaan bn-umno di selatan perak (tg malim) dan kilang perodua di utara selangor (serendah) nak majukan kawasan2 di situ - ramai orang melayu juga. pembangunan pesat kerana kilang2 ni kat situ, terima kasih kpd bn-umno.
kalau saya nak defend bn lagi saya kata: lembu buat susu, sapi dah kebas nama.
eh wah, pandai saya lagakan orang.

let's not get provincial about these things, kata omputeh, but look at the Big Picture for the beloved country.
the economy is doing well, tx to everybody incl all of us whether we go into macdonalds nak makan, masuk hospital kena denggi atau terbang dgn firefly ke penang nak masuk hotel berholiday selepas penat kerja di kilang di pj.

koolmokcikZ said...

terima kasih Pak Chic

Memang benarlah kata Pak Chic .. lembu punya susu sapi dapat nama .. sebab tu ramai benar yang berebutkan lembu ... bukan setakat nak perah susu tapi nak sembelih [lepas tu bela khinzir pulak agaknya]

AMBAJ said...

YANG KAYA CINA DAN MELAYU TAK KENANG BUDI SEPERTI NAZIR TUN RAZAK. ORANG MELAYU MASIH MUNDUR

ADA SYARIKAT GLC YANG MENGETEGORIKAN ANTARA ORANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU. KERJA YANG DI BUAT SAMA TAPI ORANG MELAYU MENERIMA GAJI 25% LEBIH RENDAH DAN KENAIKKAN GAJI HANYA 5% BERBANDING MEREKA 15%.

BELUM LAGI SYARIKAT CINA.

Sarjan Hassan said...

Rem

Disebabkan Rem duduk di 2 alam, saya nak le tanya sikit pengalaman saudara tinggal dan kerja di Spore dan Malaysia.

Tolong explain sikit secara general apakah kesan terus kenaikan ekonomi Malaysia kepada golongan Upper, middle dan lower income group.

Dan kalau ia hanya short to middle term sahaja ( alaf sekarang dah tak ada long term dah ) kesannya macamana pulak sedangkan cost of living tak pernah pun turun.

Macamana cara kita nak sustain ekonomi keluarga (middle income) secara long term untuk hidup selesa ( bukan mewah )

Saya tunggu ya.

asrul amanda said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Bang Oped,

Terima kasih bang ulasan tu.

Tahun ini agaknya deviden tabung haji tinggi kah bang?
Kalau takat lama, kena dengar lagu J Mizan. Bagaimana dia agaknya kat Temasik tu?

Mahameru, kelang

hmm.. said...

But why do you care whether Malaysians praise GDP figures or not? Malaysia with all its land, timber, oil and human resources grew only half as much as Singapore. Remember that.

Anonymous said...

Singapore boleh naik sebab boleh buat apa sahaja dia nak buat. Judi, arak, menipu, pelacuran dsb.

Malaysia tak boleh. Buat kilang arak kena bubuh dengan bulan. Halang arak kena tapau dengan roket.

Benarkan judi kena bambu. Halang judi kena pukul.

Hurr durr!

Tak pernah betul apa yang kerajaan buat. Awak tu check dulu rumah tu. Rumah bersepah-sepah nak mengata orang.

hishamh said...

Data KDNK mengikut negeri, daripada Jabatan Perangkaan.

@hm.. said
That's because the recession was longer and deeper in Singapore than in Malaysia. I don't see the relevance of your remark.

remgold said...

Braders and bradees yang bertanya kenapa ekonomi spore meletup:
kalau tanya saya, pemerintah spork pun terkejut dgn apa yg berlaku. dan mereka 'takut' - sebab kalau tahun ini besar pertumbuhan, tahun depan orang expect yg sama, mampoi tak boleh capai!
kenapa ekonomi boleh kembang 13-15 peratus? (kalah china dan india! yang hanya naik 9peratus tahun ini).
jawabnya - dua casino, dipanggil Integrated Resorts atau IR di sini agar orang kristian, buddha dan islam tak marah sangat.
dlm IR ni memang ada convention centre, theme park, shopping centre, hotel, restaurants. saya tak pernah gi sejauh ini.
keuntungan besar IR tentunya dari berjudi, bukan orang adakan conference, shopping, makan malam. warga spore jika nak masuk dalam casino kena bayar sgd100 (rm230). masuk convention, mall, restoran adalah free.
nama rasmi tempat itu pun innocent saja - Marina Bay Sands (MBS) and Resorts World Sentosa (RWS).

sejak lapan bulan ini singapore mencatat record demi record kedatangan pelancong. dalam june, 1juta pelancong mendarat di sini! tahun ini dijangka kira2 18juta .
msia mencatat hampir 24juta pelancong tahun lalu, kebanyakannya dari spore.

http://www.tourism.gov.my/corporate/research.asp?page=facts_figures

di spork, yg paling ramai tiba ialah dari indonesia (ramai orang kaya cina indonesia ada rumah di sini dan berulang alik - business di jakarta, family di orchard road). yg paling ramai kedua ialah drpd china dan jepun.
- nak tahu berapa keuntungan MBS? Ini headline akhbar saya beberapa minggu lalu: MBS "made S$128m in first 65 days" - 65 hari saja KEUNTUNGAN (bukan penjualan/revenue) rm295juta!
- Genting IR? Cerita minggu lalu - Penjualan/revenue "S$860.8 million (rm2bil), pre-tax profits S$503.5 million for the second quarter of this year". Ini baru untuk TIGA BULAN SAJA!
Mak oi. Macam mana KDNK tak tinggi.

Jika KL dibuat dua IR - satu di Wangsa Maju dan satu lagi di Kajang, misalnya, tentu KDNK meletup beb. Sebab revenue mereka dicampur dalam sektor perkhidmatan dalam KDNK.
jadi saya tak bangga langsung ekonomi spore ni meletup 1,000 peratus pun jika hanya kerana orang main judi.
saya tak marah pemerintah spore buat casino - dia nak tambahkan peluang pekerjaan cara dia, walau ditentang ramai orang. dan nak tambah 'buzz factor' di pulau ini (bersama F1 racing, convention, malls) agar pelancong datang.
Tapi masalah sosialnya tinggi. Dulu orang spork nak main judi kena ambil cuti 2-3 malam. terbang ke kl lepas tu naik teksi ke genting highlands, atau naik bas. 7-8jam dari spore.
atau mereka naik kapal cruise milik resorts world - dalam kapal casino yg berlayar dari spore ke port klang dan penang.
kini, naik mrt saja, warga spore boleh dari rumahnya ke MBS atau RWS dalam setengah jam! Gi pagi, petang balik! Laki/bini pun tak tahu. 'I went to meet up my old friend pak chic remgold and we had bakkutteh at Katong just now'. atau 'I went to library just now look up books on investing'. bahaya.
mujur pemerintah ada skim-skim nak kurangkan social costs judi ni (cerita lain kali), tapi orang tak pasti boleh kekang atau tidak sebab casino di depan mata.

hishamh said...

bro remgold,

You can check the data yourself here.

Services memang naik, tapi pertumbuhan KDNK Singapore tahun ini lebih berasaskan sektor pembuatan dan pembinaan

Anonymous said...

bagus la tu..makin buncit la pemimpin2 kita makan duit rakyat..yg jelasnya subsidi kena potong...harga minyak naik..gula naik...semua pun naik..oppss..selaras..!

hasan

kamek said...

Cina Indon dengan M'sia banyak simpan duit kat Singapore. Memang laa kaya depa.

Anonymous said...

Ekonomi Malaysia terus berkembang bersama dengan pak pak menterinya tapi ekonomi rakyat biasa masih menguncup macam selalu.bila nak berkembang tak tau...makan masa...tapi ekonomi vip vvip terus mengembang yang tak akan menguncup tak kira waktu.

...mat ngantuk ceruk tok kun...

Anonymous said...

tahniah m'sia. puak2 pas ni tau baca harakahh jee....dah dulu kilang2 di penang dan slgor menguncup teruk kesan ekonomi amerika.

bila amerika dan europe pulih dan dah start import barangan msia maka dah tentu la kilang2 ni pulih juga sbb tu kita baca pertumbuhan sektor pembuatan yg paling tinggi sekitar 14%. alahai bodo betul juak2 pas ni.....

zek