Monday, 23 August 2010

Manila hostage crisis - terkejut & sedih

 TAMBAHAN 5PAGI



 Saya bukan pakar menyerbu bas yang ada tawanan dan orang gila bawa senapang nak bunuh mereka.
Tapi saya rasa kecewa - seperti kepala pemerintah Hong Kong Donald Tsang - dengan cara orang Filipina ni serang bas tu.
Maaf, memang senang nak lemparkan kritik, sebab mungkin mereka ada taktik sendiri.
Saya yang selalu nonton wayang rasa janggal dengan apa yang ditunjuk di TV. Selepas satu jam, baru mereka berjaya tembak mati orang gila kat dalam tu. Sementara itu, lapan orang ditembak matinya.
- Apasal lama sangat nak serbu masuk?
The moment the hostage-taker knew police was outside the bus, he will attempt to kill the passengers. Dah tak ada masa lagi dah - terus serbu masuk ler! Itu pada saya yang banyak nonton wayang.


Katanya team SWAT mereka (Special Weapons and Tactics) yang terlibat. Tapi pak, tengok GAMBAR ATAS tu - apa benda yang mereka pakai?
- OK, ada jacket kalis peluru. Tapi, tidak pula dipakai abang polis ketiga dari kiri! Pakaian biasa saja????
- Dan beliau serta yang paling kiri saja hanya pakai beret, bukan topi keledar besi?
Dan jika topi besi pun, kenapa bukan yang tutup seluruh muka agar tak kena tembak kat muka???? Cuma ada satu bullet-proof shield -- lihat di sebelah kanan.

Jika kamu tengok pakaian dan taktik kumpulan anti-terror Indonesia serang JI dan sebagainya, fuyoh, takut beb. GAMBAR BAWAH. Lihat kelengkapan pakaian Densus-88 dan senjata. Ada night vision goggles. Lutut pun kena cover!
CIA-trained brader.
Yang hapuskan orang gila Dr Azahari Hussin dan Noordin Mat Top ialah Densus 88 ni. Detasemen Khusus 88 = Special Detachment 88, squad khas Polri (Polis Republik Indonesia). Baru orang respek dan takut.

- Saya lihat yang Filipina ni pakai tear gas, menurut berita. Kenapa tak gunakan stun bombs? Tapi mungkin takut penumpang mati pula.

- Juga (memang senang nak kritik orang) yang paling janggal pada saya. Kenapa lampu terang benderang brader!
Kamu kasi mati lampu lah! Disorientate the hostage-taker. Sebab gelap dia tak nampak. Kamu masuk pakai night-vision goggles, terus tembak dia kasi mampoi.

- Yang paling janggal pada saya ialah kenapa TV satu dunia dibenarkan buat filem ni! Ditunjuk live. Pengganas satu Filipina nampak taktik kamu, lain kali mereka tahu apa nak buat.
Dan nampak sah kamu tak cekap.

Sedih dan terkejut dengan abang polis Manila ni. Tapi memanglah, senang orang nak attack mereka. Saya pasti orang Hong Kong semua marah.

Lihat komen coolmokcikZ di posting ni yang menyatakan mungkin benda ni berlaku di Singapork. Ya, pengganas dan orang gila kat mana-mana sekarang ni, terutama mereka dendam negara "Israel" di selatan Malaysia ni.
Tapi saya pasti komando Singapore tak buat mistake macam di atas ni.

Apabila pesawat SIA kena serang pengganas pada 1991, komando Singapore serbu plane tu. Dalam satu minit (katanya "30 second sweep"!!!) mereka pecah masuk pesawat dan tembak EMPAT pengganas Pakistan kat dalam. Penumpang semua selamat. Bukan satu jam baru nak serang masuk oi.
Four bullets in 30 seconds. Mereka dapat tembak empat mamat bodoh tu walaupun ramai orang dalam pesawat tu.
Pesawat SIA tu kena hijack kat Subang, dibawa masuk ke Changi. Detail di sini. Israel-trained brader, katanya.




Saya pertama kali cari gambar komando Singapork di internet.
Ada pun. Lihat GAMBAR BAWAH ni - kelengkapan mereka.
Baca cerita di sini dan sini.


Semua orang tidak mahu keluarga tersayang kena kidnap pengganas, tentunya. Tapi bila dah kena, kita tentu mengharap orang yang nak rescue kita tu atau yang nak rescue keluarga kita tu, biarlah yang ada training yang betul.
Dah tak boleh tunjuk belas kasihan lagi kepada pengganas ni, lebih lagi jika (seperti orang gila di Manila) dah threaten nak bunuh penumpang. Lepas tu beritahu stesen radio dia dah tembak mati dua orang. Tunggu apa lagi beb!

---------------------------------------------
Saya sedang menonton live images dari TV - BBC, Mediacorp Singapore - hostage drama dalam bas di Manila.
Terkejut dan sedih.
Apa nih main tembak-tembak pelancong!?!?!
Gila punya orang.
Sini dan sini.

Alamak, ada satu mayat lelaki tergantung keluar di pintu bas depan. Sedih jika itu bapa, abang, suami kita.

8 comments:

koolmokcikZ said...

Pak Chic

maybe it will not be long before such scene gets closer to you

Anonymous said...

Salam Rem
Saya setuju abang2 polis & askar mesti diberi lebih perhatian. Nyawa beb. Apa2 jadi apahal anak bini. Gaji kalau boleh setimpal. Insurance coverage untuk anak bini.

Anonymous said...

Rem - The power of brainwashing.
Googled 'The Laju hijack' - Allah nak panjangkan umur. 'Unusual' aftermath. 13 member team hantar pergi Kuwait. Tak cerita pulak apa Kuwait buat after that.

yat said...

Bro,

Ni trailer malaysia punya PDRM komando, ahad ari tu ada siar dekat history channel asia...

http://www.youtube.com/watch?v=wcIB3ehY9LE

dasat jugak la komando malaysia, dalam polis ada VAT69/UTK, dalam polis ada PASKAL/PASKAU etc...dasat gak malayisa sebab USA pun datang belajar ngan kita teknik perang dalam hutan...dengar cakap komando malaysia antara top 5, dengar cakap jek la...

remgold said...

Anon 09:41,
masia incident Laju saya kecik sangat lagi.
detailnya di sini:

http://en.wikipedia.org/wiki/Laju_incident

hostages diganti dengan komando dan pegawai. sekali lagi, tak ada orang tawanan yg mati. itu yg penting utk orang biasa macam kita.

Anon 09:18,
sedih jika polis dan tentera tak dijaga. tapi orang ramai ludah mereka kini - kurang ajar betul. sebab semua ambil peace and security for granted.

yat,
saya tak cerita langsung tentang komando msia sebab tak ada ilmu mengenai mereka. maaf. tentu mereka 'terror' sebab perang dlm hutan ni kau jangan main-main, lain drpd urban warfare.
saya cuma nampak mereka keluar masa al maunah dulu. apabila budak sekolah singapore hilang kat fraser's hill beberapa tahun lalu vat69 serta komando navy dan tentera semua datang membantu.

Anonymous said...

Kadang2 kina kena belajar cara orang lain...yang bagus kita ikut...

Polis dan tentera tidak patut jadi bahan politik. Kita kutuk BN dan kita kutuk PR tapi bila Polis/tentera, BN ka PR ke (lagi2 org PAS tu)kana sokong. Baru betul.

Bila problem siapa kita cari...

Naik kan martabat mereka.

Sophon said...

Yat.

Saya tengok ramai askar Malaysia orang kelantan dengan Serawak. Mereka memang lasak dan tahan tekanan. Sebab biasa hidup dalam suasana kampung dan kekeluargaan yang kuat.

Cerita klasik : Kanang anak Langkau. respek

LevelPlayingFieldMalay said...

Ada pelik sikit kejadian hostage filipina ni...sebab demand hijacker tu boleh di fulfil dengan senang.
Reinstatement back to his old job. Dia tak minta kapal terbang nak fly ke Brazil ke...benda ni bole di tipu..bukan betul2 nak bagi balik jawatan dia pun.

kedua Dia ni Ex Polis, so polis2 lain ni ada sikit sympathy kat dia...kalau boleh taknak tembak.

Sampai 20 orang duduk keliling bas tu buat apa...hijacker 1 orang saje. Sapa yg akan diberi tugas apa pun tak tahu...siapa yang akan jadi penembak utama pun tak tahu.

Selepas kejadian orang ramai dan reporter serbu ke tempat kejadian....macam pasar malam. nampak sangat Polis Filipina tak buat kerja. SOP hancus.

Dari gambar yang ditunjuk...polis2 yang kepung bas tu bukan yang paling expert...polis biasa jer. Ini kes international sebab melibatkan warga asing, sepatutnye filipina hantar Elite commando nyer.

Heran jugak, Filipina ni kira adik angkat USA, tapi tak dapat apa2 expertise pun.Tapi orang2 tua Amerika dapat bini muda dari filipina..murah pulak tu.