Saturday, 28 August 2010

Masuk masjid biarlah sopan, tuan dan puan

Saya serba salah nak masuk bab ini atau tidak, sebab takut nanti orang Malaysia Darul Mais dan Darul NikAziz marah.Tapi kena masuk juga sebab saya rasa janggal dan kurang enak.
Lagipun ah moi DAP ni pakai uniform Singapore Airlines masuk surau, jadi okaylah saya warga Temasek boleh komen.

Saya rasa betullah kata Al Haj Prof Hamirdin, blogger pro-PAS, bahawa orang bukan Islam ni boleh masuk masjid.
Jika baca 'fatwa' online pun nampaknya begitu - di sini dan sini.

Saya pernah masuk gereja, kuil Hindu, kuil Cina dan juga Wailing Wall - tempat sembahyang orang Yahudi yang paling suci, di Jerusalem.

Di Wailing Wall tu semua lelaki kena pakai topi Yahudi, dan semua wanita digalakkan tutup kepala (GAMBAR di sini. Ada orang beri semua pengunjung lelaki topi kertas ni supaya pakai. Nak keluar, letak balik topi tu - sama macam orang nak masuk Masjid Putrajaya kena pakai baju labuh warna pink agar nampak sopan).
Kalau pakai songkok haji Muslim pun okay. Rakan saya, pengarah Mercy Relief kaum Benggali pakai sarban Singh, okay juga. Pokoknya tutup kepala menghormati tempat suci orang lain.

Pada saya itulah pokoknya. Hormat tempat suci orang lain.
- Jika kita masuk gereja, kena BUKA topi dan songkok - untuk menghormati adab Kristian. Pompuan nak pakai tudung (seperti nun mereka macam Mother Teresa) atau tak tutup kepala pun tak apa. Masuk gereja boleh pakai kasut.
- Jika masuk tempat Yahudi, TUTUP kepala untuk lelaki dan pompuan. Boleh pakai kasut.
- Masuk kuil Cina dan Hindu, dan masuk masjid, sila buka kasut.
Jika saya pakai seluar pendek atau baju kotor berbau busuk (baru jogging misalnya), saya gerenti kamu, saya tak akan masuk gereja atau kuil kerana tidak mahu mencemarkan tempat ibadat orang lain.
- Jadi tentunya kamu boleh pakai sopan sikit jika kamu non-Muslim masuk tempat Islam.

Mungkin ada yang kata orang non-Muslim dianggap bukan dalam keadaan suci tak boleh masuk masjid langsung, tapi memang ada riwayat non-Muslim memang masuk masjid di zaman Rasulullah.

Jika DAP nak masuk masjid dan surau, pada saya orang bukan politik dan orang Muslim bawahan, tak salah.
Tapi biarlah pakaian bersopan, bukan uniform SIA (GAMBAR dari blog TheUnspinners).
Ini pendapat peribadi.
Dah setengah abad saya hidup, tak pernah nampak orang pakai gitu masuk masjid dan surau, apatah lagi non-Muslim.

Saya khuatir jika ini tak ditegur, nanti ada mamat Melayu masuk masjid nak solat pakai cargo pants (tutup lutut, tapi seluar tak sampai ke buku lali). Kalau kamu nak marah depa tak boleh - tutup aurat dah. Nanti ditempelaknya pula - 'Si ah moi SIA tu boleh sedangkan tak tutup aurat, saya ni tutup aurat, nak solat lagi'.

Kat sini, boleh pula beliau pakai tudung (GAMBAR).



Tentang orang politik ni nak cakap politik dalam masjid, pada saya, patut dilarang - baik Umno, PAS mahupun DAP.
Nanti satu dah start, semua pun bermula dan pecahkan belahkan orang dalam masjid.
Saya tak tahu apa yang disampaikan pompuan uniform SIA tu. Katanya, bukan politik. Tapi kalau kamu bukan Islam masuk surau di Malaysia mustahil bukan kena mengena dengan politicking (baik orang Umno dan PAS pun). Tapi baguslah jika tak directly bawa isu politik.



HARMONY CENTRE 


Di sebuah masjid di Singapork - dekat dengan rumah saya, ialah Masjid An-Nahdhah. Dalam masjid ni ada Harmony Centre, dibuka tahun 2006.
Ia untuk mengadakan dialog dengan non-Muslim dari mana saja dalam bahasa Inggeris.
Kenapa diadakan ini? Dalam konteks Singapork ia perlu selepas peristiwa 911 dan orang non-Muslim jadi syak wasangka terhadap umat M. 'Mereka ni dalam masjid plotting nak bunuh kita ke? Apa ni sembunyi-sembunyi dalam masjid?'

Harmony Centre dah banyak jadi host kepada non-Muslim groups dari gereja, kuil, persatuan sivik mahupun individu.
Seperti biasa, nak jadi kawan, kamu kasi mereka makan briyani dan satay, kueh puteri mandi dan kueh puteri solat. Teh tarik dan kopi latte.
Lepas tu cakap pasal Islam, tentu semuanya lunak! Hehehe.
Website Harmony Centre. Boleh nonton apa di dalamnya dan buat booking jika nak adakan lawatan.

Saya cerita ni bukan apa. Cuma nak kata, kenalah bawa non-Muslim masuk masjid agar mereka tak takut dengan Islam.
Cuma mereka yang jadi tamu, kenalah hormat juga kepada sensitiviti tuan rumah.

19 comments:

Anonymous said...

bro

agak lucu juga, sbg ahli politik yg sentiasa mendekati masyarakat, dia kena buat kajianla dulu tentang sensiviti kaum serta agama anutnya.tidak boleh kata tak tahu. tak kan semua nak kena beri tahu?
kalau mcm tu sudah macam budak sekolahlah

dan yang beri masuk pun satu hal.. kalau dah jemput pastikan ia mematuhi etika berpakaian,kalau berselendang nampak rambut, ia pun salah kerana nampak aurat

LevelPlayingFieldMalay said...

Bro,

You ada silap sikit...sikit jer. Dia tu datang bukan sebagai tetamu mesjid...dia datang sebagai bos mesjid. kalau tetamu jer....takmungkin sampai bole kedepan bagi ceramah.Ceramah apa orang islam nak dengar dari pompuan bukan islam dalam mesjid..?Nak dengar nasihat supaya jgn tinggal sembahyang ker? Apa nak jadi dengan Islam PAs ni...asyik fail jer.

kalau jadi tetamu..duduk kat belakang senyap2 la, observe jer.

Belum pernah lagi UMNO panggil Sami Vellu berucap dalam mesjid kat depan hampir2 dgn mimbar.

koolmokcikZ said...

sangat bersetuju dengan pandangan Pak Chic

Anonymous said...

Salam.

Kalu d putrajaya /mana2 masjid kena pakai tutup urat. Tapi apek2/hindu yang bawa pelacung tu kenakan bayaran RM3/RM5 kpd pelancung katanya bayaran tu untuk Masjid.... Tak caya tanye pelacung2 yang melawat Masjid... Semua ini Agen pelacung yg buat duit...


Hamba.selalu lihat

Anonymous said...

bro,

yang tak puas hati tu, kenapa mesti benarkan pompuan SIA tu di saf yang pertama.

susah benar ke kalu buat di luar surau. saya rasa tak jadi isu langsung kalu buat di luar surau. tak kiralah sama ada dia nak bagi 1,000 ke atau satu juta.

kalau pun ada sejarah Nabi nak dijadikan rujukan, kita tahu ke Nabi benarkan kafir masuk masjid hingga ke saf yang pertama?

Lama-lama besok, kerana nak sangat menjaga hati kafir, kita bagi dia cakap dari atas mimbar, lepas tu hujah bahawa Nabi pernah bagi kafir masuk masjid.

Aduh! apa nak jadi dengan orang Pas ini....

razaki said...

bro anonymous diatas ni apa merepek? saf tu dalam sembahyang je.. bukannya time org sembahyang dia gi duduk depan..xde kaitan dengan saf atau tidak..

Anonymous said...

tengok aku dh cakap.. ada je alasannya.

jadi kalu begitu kafir ni boleh la bergentayangan dalam surau atau masjid sesuka hati syarikat penerbangan dia, kerana hujahnya saf hanya berkuatkuasa ketika solat dan di luar waktu solat, dia nak mengangkang kat situ kira ok... grrrr....

dalam kehidupan ini ada batasannya yang kita tidak boleh melanggarnya.

Macam bro OPED kata, di Wailing Wall semua lelaki kena pakai topi Yahudi. Kerana budaya kita bukan pakai topi, adakah boleh kita sesuka hati tak mahu pakai topi Yahudi tapi masih mahu masuk Wailing Wall ?

Anonymous said...

bunch of narrow-minded bigots

Non Partisan said...

Rem

Demi politik, semuanya tak salah.

Bila orang Islam liberal bagi fatwa, ikut logik akal mereka.

Hanya nakkan duit RM1000 buat pagar, mintak lah kat Hassan Ali, exco agama Selangor.

Selangor kan di bawah PR, tak kan le minta bantuan buat pagar tak boleh dapat.

Kenapa sampai bagi amoi bertazkirah dalam masjid. Kaum depa ni bila di bagi betis, nak peha. Hang bukan tak tahu.

Orang Islam di kafir kan, orang kafir di khalifah kan.

Surau itu pun bukan milik AJK Masjid, hak semua orang Islam.

Anonymous said...

Bagi ucapan dan bagi takzirah itu
Adakah membawa maksud yang sama
kalau maksud nya sama kenapa diluar bulan ramadhan tidak digunakan perkataan TAKZIRAH saja bagi menggantikan perkataan ucapan.

So dalam kontek ini dia bagi ucapan ka bagi takzirah?.

..Mat gagap...

remgold said...

braders and bradees,
antara komen yg paling menarik bagi saya ialah Anonymous 01:02,
"bunch of narrow-minded bigots".

adakah yg depa maksudkan DAP? kerana masuk dlm surau dan masjid sebagai bos, tanpa perlu kisah tentang sensitiviti umat M? lalu terus ke saf depan dekat mimbar - dianggap tempat paling suci dlm masjid (solat di belakang imam)?

saya rasa yg dituduh berfikiran sempit ialah kita semua. itu yg menjadi masalah.
nak tuduh tak apa, tapi ini tak jelaskan dan argue kenapa tuduh umat M ni narrow minded bigots.
itulah masalahnya umat pas dan dap ni dlm isu ini - sedap tuduh umno tamak dan korup (betul pun!), kini pas-dap rasa akan dapat kuasa tak lama lagi, saya khuatir mereka lupa jaga batas toleransi orang.
ini belum betul-betul jadi
bos lagi. itulah pendapat peribadi saya sebagai orang luar yg tak undi kiri atau kanan.

bukan dlm isu agama saja - lihat bagaimana isu ronnie liu ni. sah nampak ada yg tak kena.
star tulis ada surat ditandatangani ronnie minta buka slot machine operators.
baca para 10 dlm cerita ni:

http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2010/8/22/columnists/joceline/6880480&sec=joceline


beliau nak tambah mesin judi. ini sensitif utk umat m. mana gi pas? tidoq ke?
tapi isu ronnie cepat ditutup, sebab kaki kepala2 mereka. pulak - karpal kasi gag order semua member. kata transparency dan good governance?
cuba jika umno yg buat salah serupa itu... heboh mkini dan insider bising tiap hari macam ayam berak kapor....
saya tak benci umno mahupun pakatan - saya rasa lebih ramai yg rapat dgn saya dlm pas-dap-pkr ni dari umno-bn kot* - tapi ada isu yg kena jagalah. kata kamu nak masuk putrajaya.
kalau belum berkuasa dah tak pandai jaga hati rakyat, macam mana pula?

(*sebabnya ialah orang dr m dah turun 2003, lepas tu naik-turun geng pak lah 2003-2008, kini member pak najib pula. banyak sangat pertukaran. begitu juga mca dan gerakan, sedangkan orang pakatan ni pi mai pi mai, muka belapok tu jugak)
- - - -
tentang non-muslim dlm masjid masa zaman rasulullah - mereka tu, saya rasa, tumpang duduk di satu korner 3mlm. berdialog. maksudnya jika ia berlaku hari ini di mana masjid dan surau besar2, mereka bukan dlm dewan solat, tapi di bilik lain yg tak begitu sensitif utk kaum narrow minded bigots ni.

siapa ada info lain, tolong beritahu utk kebaikan bersama.

Open All Hours said...

What's important is the MESSAGE, not the MESSENGER. Mcm mana nak engage and change other people's perspectives of us if we do no such thing.

Mende said...

Yg patut kena ketuk ialah orang yg uruskan masjid.

Tak boleh buat kat luar ke? Atau suruh dia pakai sopan sikit, tutup kepala, baju kasi besar sikit.

Dia mungkin tak tau. Tapi org2 kariah masjid yg termakan budi Cina ni takkan tak terasa salah kot.

Takkan sebab bagi duit baiki pagar boleh si tukang derma tu boleh pakai bikini, duduk atas mimbar bagi ceramah. Yg kita duk terkinja2 nak dengar, tepuk tangan.

Duit, politik, perempuan -- ni semua penjahanam orang Melayu.

p/s Aku tak heran. Sebab setahu aku ngan PAS apa saja yg dia buat ada hujah. Kalau dulu dia kata haram, bila dia buat dia kata harus. Sama je hipokrit ngan UMNO & PKR.

Fared Isa said...

In Islam there is something called Fiqh Al-'Awlawiyyat, or understanding priorities. We should keep in our mind the rules of priorities. The common sense rule is that when u are confronted with two evils, u may accept the lesser evil in order to fend off the major one and achieve greater good.
So in this case we are faced with a choice, either turn away a non-Muslim from ur place of worship and let that person not know about Islam and have a bad impression of Islam and Muslims, or u allow her to come, even without proper dress, and then learn about Islam and possibly become a Muslim. If this is the choice then it is better to accept the person without proper dress and treat her well. Hopefully she will learn some good things about Islam and Allah may guide her to the right path.
Remember, Islam encourages tolerance and peaceful co-existence between Muslims and non-Muslims. If non-Muslims enter a mosque to deliver speeches that may lead to a better understanding, then it is welcomed and religiously recommended. We have to remember that Islam is the religion of constructive dialogue in the fullest sense.

feel free to read my article about this issue at :

http://billyuniversal.blogspot.com/2010/08/teo-nie-ching.html

Anonymous said...

Rem - Good entry.
Anon 14:17 - Setuju sangat2.
Sebab itu walaupun UMNO ni pokak, susah nak terima PR ni. Umno, PAS, PKR pergi blaja dgn PAPlah macamana nak ambil hati rakyat.

remgold said...

fared,
tx for the link.
the issue here (in msia lah, bro!) is not so much the agama part, i think, but the political part.

ok, so everyone knows there is nothing wrong with non-m masuk masjid.
there is nothing wrong with them giving speeches also (tho in selangor, the sultan doesn't want political speeches in mosques).
baguslah nak berbuat baik antara kaum dan agama.

but the issue, really, is this.
this surau is ('was' soon, after mais takes over) run by pas people. so they allow their MP to come in. politics takes precedence over any sensitivities other muslims might feel.
orang umno and non-aligned ones are unhappy.
so what!, to them.

let's look at it another way:
say this was an umno surau, and the MP was, say, ng yen yen and wearing exactly the same thing.
i have a feeling pas people and non-aligned will all be angry instead!
'kasi pompuan cina masuk masjid, cakap politik, pakai baju ketat, tak pakai tudung, berdiri kat saf pertama'.

as we all know, orang msia ni if they don't dissect anything and everything with their political ideology, tak syiok lah.
agama ni macam kuda, ditunggang bila convenient dan setuju dgn pandangan politik sendiri.
egs pas dulu kata umno kafir sebab kerjasama dgn orang kafir. kini dah terbalik pula.
dulu pas nak sangat negara islam dan hudud. kini dah tak boleh bincang lagi, sebab yg lebih penting ialah masuk putrajaya.
umno dulu kata negara islam adalah konsep pas yg salah. lepas tu kini mengaku pula msia ni negara islam.
umno kata tak boleh jual beer di convenience store, pas kata ok what.
isteri orang politik msia ramai pakai tudung. tinggal banglo, naik merc, kerap berumrah. tapi alamak, kadang2 kita lihat suami mereka ni kebas duit rakyat! orang pas kata umno kebas projek highway, orang umno kata pas kebas projek balak di kelantan.

islam is a nice tool to power and riches for both sides.
religion is opiate for the masses. agama jadi candu nak control masyarakat.
yg sedihnya, agama dah jadi bahan ketawa orang asing.

tapi msia negara kamu.
u decide.
ah kan aku dah marah!
selamat berpuasa.

Pinggoo said...

Hi Rem.

I am beginning to be addicted to your blog. I think I am not the only one....hee hee.

Btw, what do you think of the 2 umat M yang kena tangkap kat Singapore tu? They are very brave and courageous to face the PAP machine. Habis tu mamat yang kena ISA itu hari...apa hal? Citer la sikit.

Kesian diorang, bulan puasa pulak tu ...terus kena cekup...

Sape sape nak tahu, pergi lah kat sini....temasekreview.com

Selamat berpuasa.

Anonymous said...

Saudara perlu mendalami Islam dan pastikan mendapat Ilmu yang sebenarnya mengenai subjek ini. Jika tiada Ilmu lebih wajar dan sesuai berdiam diri. Usah guna logic Dan common sense untuk menganalisanya. Semoga Allah memberikan Taufik & HidayahNya untuk Saudara mendalami Islam.

remgold said...

Anon 23:06,
itulah masalah islam dan umat m hari ini.
jika kita kata tentang islam yg mereka tak setuju, oh orang ni tak faham islam kena belajar lagi. tak pandai bahasa arab. tak gi belajar kat madinah atau al azhar.

bukan dia nak lawan pakai hujah.

hello. seorang graduate al azhar tu menjadi salah seorang isteri ayah pin. bekas ustazah.
yg merosakkan islam di msia pun antaranya orang yg ngaku pandai islam (baik yg ngaku ulama pas dan umno). semua tak boleh, ikut nafsu masing-masing. tapi kerana ngaku ulama semua takut nak lawan.

dan jika ikut apa saudara kata, islam tak compatible dgn logik. kalau tak logik, ah itulah islam.
maaf, dalam open market, zaman internet ni, orang ramai dah tak main dengar cakap ustaz zaman saya kat kampung di west coast road (spore) lagi. kena pandai argue dan explain.
bukan push people aside by saying: kamu tak pandai islam, tolong shut up.

oklah jika saudara nak ikut agama yg gitu, go ahead.
ini pandangan blog saya, tak pernah pun ngaku saya pandai islam, siapa tak suka boleh baca blog lain.

pada saya, jika pemimpin islam takut2an umat m agar jangan soal dasar semua dlm agama tu, itulah yg buat orang muak dgn agama dan lari dari agama.
jika mereka kata logik mereka saja yg betul, itulah yg buat orang lari ke tempat lain.

pada saya orang bawahan ni, masalah umat sedunia adalah sebab ulama takut nak buat lonjakan besar nak masuk zaman internet di masa semua idea boleh dipersoal (all ideas can be questioned) dan perlu dijawab dgn cara logik.

saya muda-muda di spore dulu kaji bible dan quran mendalam, masuk semua persatuan besar islam di sini, pernah debate dgn paderi (plural), jumpa budak2 melayu yg masuk kristian (plural).
jika apa yg boleh kita kata kpd mereka hanyalah 'ilmu agama kamu cetek, baik shut up' - mampoi agama kita.
they demanded answers that our ulama have failed to answer.

maaf, bahasa ini saya kasar sikit. tapi pening melihat umat m yg lemah dan bodoh, lalu diperbodohkan.

jgn salah faham bro. bukan kamu yg saya marah, cuma mengeluh sedih - kat mana pun umat m ni dihina.
takkan kita masih nak sembunyi di belakang komen 'oh, saya tak pandai islam. ini kena tanya ulama'.
we are the soldiers and the frontliners. kat pejabat dan kat sekolah, orang non-m tanya macam2 cara logik, tak kan kita nak lari sembunyi?
'why u muslims like to kill innocent people'
'why u muslims force women to cover up. why is that the most important thing for muslims'.
'why do u muslims want to cut people's hands? why stone them to death?'
ada budak malay kristian tu kata - 'i feel closer to god now. the muslim god is aloof and full of do's and don'ts. everything is about going to hell'.
apa kita nak jawab beb?

terima kasih doakan saya.