Friday, 20 August 2010

Membantu rakyat miskin

Dalam komen di posting sebelum ini, Sarjan Hassan tulis:
"Rem

Disebabkan Rem duduk di 2 alam, saya nak le tanya sikit pengalaman saudara tinggal dan kerja di Spore dan Malaysia.
Tolong explain sikit secara general apakah kesan terus kenaikan ekonomi Malaysia kepada golongan Upper, middle dan lower income group.
Dan kalau ia hanya short to middle term sahaja ( alaf sekarang dah tak ada long term dah ) kesannya macamana pulak sedangkan cost of living tak pernah pun turun.
Macamana cara kita nak sustain ekonomi keluarga (middle income) secara long term untuk hidup selesa ( bukan mewah )
Saya tunggu ya.
19 August 2010 09:44"


Susah jugak beb bila apa orang kata 'saya tunggu'.
Teringat lagu Alleycats - ku tunggu mu di pintu Syurga...... cessss-sabah.
Cuma saya tak tahu Sarjan Hassan ni dari RSAF atau ATM.

Jawapan shortform: Orang miskin ada satu cara di Singapore dan dua cara di Malaysia jika nak naik ke Middle Class.
- Di kedua-dua negara, mereka kena ada ilmu dan tingkatkan ilmu. Cari kerja, terus belajar dan dari situ panjat tangga korporat. Jika nasib anda baik, jadi CEO GLC di bawah Khazanah.
Jika kurang baik, jadi macam Pak Chic: dah setengah abad masih hanya beberapa tangga dari bawah; tapi okaylah juga, tak menyusahkan orang lain. Growing old gracefully.

- Di Malaysia dan banyak negara lain, ada satu cara lagi yang kita dah banyak lihat. Orang di bawah ini boleh masuk politik, lalu dapat pangkat Ketua Bahagian atau Ahli DUN atau Ahli Parlimen (di parti mana pun), walau tak gi sekolah dulu atau hanya dulu jual kereta secondhand.
Jika pandai berborak depan orang ramai dan main politik cah keting, gerenti boleh naik.
Di Singapork, jika kamu tak ada pelajaran dan nak kaya cara masuk politik, amat payah. Kamu TIDAK boleh apply masuk PAP sebab parti ini mengunakan sistem sosialis lama, iaitu cadre system. They will call you if they want you as member; you cannot apply to become a member.
Dan jika anda tak ada pelajaran tinggi, maka payah nak terima panggilan bertanding jadi MP yang boleh dapat gaji besar. Gaji MP di Temasek dua kali ganda gaji menteri besar di sesebuah negeri di KL.

Jadi berbalik kepada cerita orang miskin di bawah ni. Macam mana mereka nak naik, siapa yang jaga hak mereka dalam kedua-dua negara saya.
Orang lemah ni - di negara mana pun - baik ekonomi kuat atau lembek, mereka kena teruk.
- Jika ekonomi kuat, akan datang inflasi. Harga barang-barang naik mendadak. Sedangkan gaji mereka RM1,000 atau di bawah. Dah lah tu, majikan mungkin bawa masuk FT - foreign talent konon. Pekerja gaji rendah dari Indonesia dan Bangladesh di Malaysia, dari China, India dan Filipina di Temasek. Mungkin mamat miskin tempatan ini hilang kerja terus!
- Jika ekonomi lemah, orang miskin juga teruk sebab mungkin kena potong 'ngotem' (kata orang Jawa) - overtime. Dan elauns kena potong atau gaji tak naik sebagai penyapu sampah, drebar, office boy, peniaga pasar malam, mokcik jual epok-epok tepi jalan (bukan coolmokcikz tentunya!), pak chick yg dah retire.

Di negara Singapork dan Malaisia, kita ada harga diri. Bukan macam negeri omputeh seperti Australia, France dan banyak lagi - jika kamu tak ada pekerjaan, garmen kasi duit. Unemployment benefits.
Bukan makin orang rajin, makin ramai malas nak cari kerja! Buat apa kerja gaji RM2,000 misalnya, jika tak kerja duduk rumah garmen kasi RM800 sebulan. Save tambang dan duit penat, boleh kerja part-time mana-mana tanpa beritahu kerajaan!

Apa-apa langkah nak bantu orang miskin ni saya sokong penuh sebab pengalaman hidup pahit semasa kecik dulu. Dahlah miskin, kena hina orang lagi.
Sebab itu saya agak gembira apabila lihat janji PM Najib dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata bahawa mereka akan bantu orang miskin. PM Najib naik doublekan gaji warga Malaysia. Anwar janji gaji serumah RM4,000 sebulan lima tahun setelah Pakatan tawan Putrajaya.
Ditambah Lim Guan Eng kata nak bagi RM1,000 kepada pesara.
Wah.
Ini macam cerita dongeng pun ada, sebab semua orang politik ni tak kasi detail bagaimana mereka nak buat ni. Cuma statement of intent.

...... BERSAMBUNG

7 comments:

alunbm said...

Tu pasal parti umno sekarang dah jadi haru biru sebab masing masing nak rebut jawatan dalam umno untuk menjadi kaya dan yang dah kaya akan terus bertambah kaya.
Bukan nak berkhidmat untuk agama bangsa dan negara tapi awal awal dah pasang niat lain...

Anonymous said...

Sdr Rem
Lain lapangan lain rumput nya. Saya berpendapat pengukuran anda membuat kesimpulan ke atas dua benua yang lain selera, ada lah kurang tepat. Mana sama politik kampungan dengan politik yang bertaraf global? Ini saja yang saya tekankan!

Sarjan Hassan said...

Salam Rem

Terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya dan saya tunggu sambungan nya.

Usaha membantu rakyat miskin ini wajib dalam Islam. Yang penting keperluan asas mereka seperti rumah, pelajaran dan makanan asas.

Kalau yang asas belum dapat di penuhi, jangan lah nak janji bulan dan bintang.

Ps saya ni sarjan polis saja.

jibam said...

kalau ada senang sila baca nih.. agak menarik

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/08/why-singapore-is-so-succesful-and-why.html

Timur Tengah said...

Surah Ar-Ra'd (GURUH):
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."

Sjn Hassan, kebetulan... Pak Cik saya dulu Sarjan Polis juga dulu (pindah dari Polis UKK bila UKK dibubarkan masuk jadi Polis Bandar). Dia pencen pilihan (50 tahun kot). Jadi kontraktor kelas F, kebetulan DO kawan dia masa main gasing, mandi sungai masa kecik2, dia pandai bawa diri dapat lah projek2 majlis daerah kecik2 i.e. buat longkang, tempat tunggu bas, etc. Mungkin orang kata kroni, entah lah. Boleh hidup senang lenang pakai merce brand new, rumah banglow, etc. Bila ramai sangat jadi kontraktor kelas F, dia tukar business strategi - jadi tokeh kantin (kebetulan isteri dia pandai masak). La ni tengah garu kepala business apa dia kena tukar sebab orang Melayu ramai dah buka mata dan cuba cari peluang perniagaan yang senang dilobi (penyakit UMNO). Itu cerita mikro approach.

Bro Reme, mcm Anom @ 15.45 jawap lain padang lain rumputnya. Cikgu dengan cara cikgu, kerani dengan cara kerani, cikgu mungkin buka kelas tuisyen, kerani mungkin buka outsourcing part-time key in data ke, type kertas kerja ke, etc. Dulu tahun 50an - 80an, suami aje kerja sara satu rumah, 80an ke atas laki bini kerja. Saya rasa kat Singapore dah jadi biasa untuk golongan antara miskin dan pertengahan (lower bracket) - suami buat 2 kerja sambil isteri pun bekerja juga. Malaysia pun banyak tapi mungkin tak se biasa Singapore.

Perasan tak, minggu lepas kerajaan Malaysia pun dah mula bercakap soal pinda peraturan pekeliling untuk benarkan kakitangan buat part time luar waktu pejabat. Teringkat kan Idris Jala dengan lab nya. Mungkin dia tengah garu kepada nak pikir makro appraoch. Untuk hasilkan "decent living" ni banyak benda kerajaan boleh main kan peranan.

Juga bacaan menarik komen Tun Dr. Mahathir pasal "High Income Economy" posting July 30th.

Salam - Doha, State of Qatar

MomTom said...

hrmmmm..... tak taw dah nak komen apa

krulayar said...

'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-K...Dan-Mufti-Mufti