Thursday, 12 August 2010

Memperbesar Good News cara Singapore

Jika kamu baca laporan-laporan di bawah ni, sebenarnya ia 'cerita biasa'.
Betul ada syarikat Singapork yang export ke luar negara - benda baru ke tu?
Betul ada syarikat asing yang melabur di dalam syarikat kecil dan sederhana (small and medium enterprises, SMEs) Temasek - benda baru ke tu?

Cerita pertama - syarikat bee hoon tempatan (Defu Lane tu tempat yang ulu di Temasek, saya pun tak tahu kat mana!) yang eksport produk ke 15 buah negara. Jumlah dolar bee hoon yang dieksport tak ditulis pun. Berapalah harga sepaket beehoon? Takkan boleh sampai RM100 juta setahun pun???

Tapi cerita ia Big News di akhbar saya minggu lalu. Satu mukasurat besar dengan gambar itu sekali.
Tujuannya (ni bukan saya tanya editor, tapi saya agak) - nak kembangkan berita bahawa walau kecik, syarikat anda boleh jadi gini.
Walau benda yang kamu buat itu barangan biasa, satu dunia menunggu produk itu jika kamu pandai marketing.

Good News must be spread to give hope to others.


Cerita kedua (juga di sini) - beberapa syarikat tech Singapork yang jadi buruan syarikat besar asing.
SMEs Temasek buat deal yang mana syarikat besar di Malaysia akan tertawakan kerana terlalu sedikit.
Hai jual syarikat US$5 juta atau US$15 juta pun jadi big news?
Berita ini jadi lead story dalam business section akhbar saya. Besar lagi gambar-gambar yang digunakan.

Tujuannya sama, spreading the Good News.
Boleh dijadikan syarikat contoh.
Tunjukkan kepada pembaca bahawa syarikat di pulau kecik ini pun banyak yang bagus dan ada produk yang baik-baik.

Lepas tu Menteri Kanan Goh Chok Tong (bekas PM) ingatkan rakyat Darul Dollar ni supaya kurang apa yang beliau namakan The Singapore Gripe.
Berita di sini - di sebelah kiri boleh click ucapan penuh beliau. Juga di sini.
Di pulau ini, orang nak tahu kamu ni berjaya atau tidak dengan cara mudah. Berapa daripada "Five Cs"cash, credit card, car, condominium, country club membership. kamu ada -

Goh kata itu cerita lama. Cuba Spin Your Own Dreams.
Jangan asyik komplen (macam remgold tua). Orang Singapork suka komplen tentang banjir, FT (pekerja asing) atau MRT sesak.


LIVING IN HOPE

Berita seperti itulah yang saya kerap harap dimainkan besar-besar oleh editor akhbar Malaysia dan Indonesia. Bukan saja berita tentang pergaduhan politik, terrorist ditangkap, dan berita-berita hitam yang menyedihkan dan mengkhuatirkan rakyat.
There is too much cynicism about the country and its politics already. Why add to it?

Siapa saya ni nak ajar editor besar pilih berita?
Bukan sesiapa pun, hanya rakyat biasa yang khuatir kita sentiasa diselubungi dengan laporan bersifat 'negatif' sehingga tak nampak berita baik yang patut diwarwarkan.

Berita yang anak kita boleh kata - Wow, mamat tu buat sofwe sampai McAfee beli syarikat dia? Aku pun nak buat juga!
Berita yang mamat kampung boleh kata - Wow, buat bee hoon pun boleh jual satu dunia. Saya pun boleh buat!




---------------------------------------------
MAHASISWA & POLITIK

Saya tahu Malaysia sedang hot bincang isu sama ada pelajar uni patut dibenarkan aktif dalam politik atau tidak.
Basuh Baju dan Rockybru ada muatkan berita itu.
Sebagai anak kelahiran Temasek yang tidak berkecimpung dalam politik semasa belajar dulu, saya pun cucuk dengan letak komen dalam blog mereka.
Maklumlah wartawan nakal. Saya pisaukan sikit: panggil orang politik banyak 'macam sampah'. Mampoi saya kena marah. Saya pantang nah orang politik ni nak kacau pelajar.
Yang rosak nanti Umat M juga saudara, sebab yang kemarok berpolitik, bual kosong buang masa, gaduh sama sendiri ialah orang Melayu, bukan bangsa Cina yang rajin belajar dan pandai cari wang.
Ini pandangan saya:

"

pada pendapat saya, pelajar ni biar dia tumpukan kpd pelajaran dulu.
sedangkan suruh belajar pun dia masuk politik. tak payah diajar.

takut pula jika tidak dilarang masuk politik maka parti2 politik akan berkempen di kampus, yg tercicir pelajar melayu dan muslim juga. sebab bangsa lain lebih bijak fokuskan kpd pelajaran kot.
parti politik tak akan kisah jika pelajar tercicir dan ibubapa di kampung hampa anak tak dapat degree, asalkan mereka dapat pekerja baru yg kerja kuat dgn free tak payah bayar gaji.

yg diperlukan negara msia kini ialah pelajar cemerlang agar menjadi engineer dan akauntan cemerlang yg dapat naikkan nama negara.
sedangkan orang politik ni macam sampah (maaf kata) - kat mana2 dah ada, dah banyak.
tapi nak cari pekerja profesional yg bijak dan pandai, naikkan martabat bangsa, agama dan negara, agak payah.

"

11 comments:

Anonymous said...

Bezanya diMalaysia dan di Singapura, surat khabar di Singapura, kandungan berita akan ditapis terlebih dahulu oleh seorang ajen kerajaan sebelum ianya dicetak.

Seingat saya di Straits Time Singapore ,pernah saya terbaca sebuah artikel mengatakan seorang agen (lupa namanya tapi nama seperti nama Cina Indonesia). tugasnya menyunting agar tajuk berita dan kandungan mengikut kehendak pemerintah Singapura.Tak tahulah saya samada dia masih hidup lagi ataupun Singapura masih mengamalkan suntingan seperti ini.

remgold said...

Bro Anon,
tak pernah ada orang yg kerjanya sebagai 'penapis' di akhbar saya dari dulu lagi.
kurang pasti siapa yg anda maksudkan.
yg ada ialah editor-editor berita memutuskan sama ada nak bawa sesuatu cerita atau tidak.
mereka kena pilih sendiri - jika aku main lagu ni, karang pemerintah pap marah.
tapi kalau benda tu memang terjadi (misalnya orang melayu miskin duduk tepi laut) dan aku menipu orang dgn tidak keluarkan cerita, maka credibility paper akan terjejas.
baru 2hari lalu saya terbaca - ada tak sampai 10 orang peguam msia buat demo depan high comm spore di kl. mereka condemn pemerintah spore sebab nak gantung budak sabah tu tentang jual dadah, dan juga kerana buku penulis british yg membuat dakwaan tentang penggantungan seorang budak msia dulu. chief judge spore dituduh bias lalu gantung budak india itu.
cerita di sini - maaf tak dapat petikan dari cerita dlm akhbar saya. sejak The Straits Times Singapore ni jadikan websitenya paid service, susah nak dapat access cerita-cerita.

http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/9045-activists-cry-murder-over-singapore-hanging

kalau saya editor akhbar saya di spore, agaknya saya TIDAK kasi keluar cerita itu.
mak oi, terkejut saya semalam apabila terbaca dlm akhbar saya - ADA berita tu!
tak takut pemerintah pap marah ke?

editor yg waras akan berkata - jika aku tak main cerita ni, esok meletup lebih besar kerana aku bohong dan sembunyikan, lagi bahaya. jgn berbohong dgn rakyat dan pembaca. yg boleh dibuat ialah jgn perbesarkan cerita. kamu tulis lah 8paragraf, bukan 30. jadikan cerita kecil, bukan cerita mukasurat 1.

kalau dalam semua isu hanya takut dgn pemerintah dan tidak berani keluarkan, maka lama-lama orang tak beli akhbar dan lebih percaya dgn berita internet.
itu yg terjadi dalam 1998-2000 dulu. akhbar perdana di msia tak laku, orang beli harakah dan percaya sms dan internet.

di msia pun tak ada 'penapis' duduk dlm pejabat macam akhbar Pravda di soviet dulu.
hanya para editor yg buat keputusan nak main lagu negatif kerajaan atau tidak.
nak main cerita yg menggembirakan dan memberi harapan kpd rakyat atau terus cerita negatif.

Ummie said...

Defu Lane, near Paya Lebar Airport. From Hougang to Geylang, will pass by the industrial estate.

*Before papers went online, My Husband used to verify local printed news with S'pore papers.

Anonymous said...

Betul tu. Memang berita pembunuhan, rogol, perang, rampokan lebih menarik tumpuan dari berita bisnes dan ekonomi. Kalau saya pun, saya akan baca berita headline yang macam ni. Berita ekonomi pun baca juga tapi bukan keutamaan.

Saya rasa perosak minda orang Mim adalah tabloid macam Kosmo! dan hmetro. Hari-hari berita muka depan, berita pasal rogol, syirik, pelacuran, rumah urut. Kadang kadang sampai tak logik. Sama juga macam majalah Mastika. Sumbangan pada membangunkan minda masyarakat sangat sikit.

Kononnya untuk menyedarkan masyarakat. Tapi tak sedar masyarakat lagi terdedah kalau mereka siarkan benda ni. Saya orang pantai timur tak pernah tau pasal homoseksual dan lesbian, sampai diceritakan dalam Mastika. Sekarang gay bukan lagi pelik.


Kadang kadang saya tabloid gini ada selitkan kes motivasi, tapi berita begitu dia kasi selit dalam dalam. Kat muka muka tengah. macam tak mau orang baca je.

Saya dapat satu keypoint dalam entri ni : Hentikan politik serang menyerang, dan bantu satu sama lain.

Pok Li said...

Akhbar di Malaysia lebih cenderung menyatakan berita buruk adalah perkara baik bagi akhbar.

remgold said...

Ada Anon dari blog sebelum ini bertanya, tak sempat ngobrol:
"Rem
Buat semua Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.
Merujok harga minyak yang melemah, boleh kita jalan dan mengunjung jauh jauh tahun ini di hari hari lebaran. Tetapi ekonomi Amerika mungkin mengalami stagnation tuan. Yang tidak menyenangkan, inflasi mungkin tetap meningkat. Kalau kita pandang banjir dan bencana api yang terjadi.... makanan bjiran akan berkurangan dan harga hasil tanaman akan naik melambung kehadapan. Yeo buat portfolio anda ... jual minyak beli soya tak?"

---------
pandangan main-main (ini bukan pandangan serius. saya tak ada lesen pelaburan nak beri pandangan serius. lagipun pasaran ni hobi saja, tak diteliti setiap hari. kamu jual beli ikut pakcik cakap, nanti problem pulak).

yg hangus terbakar di russia dan musim kemarau ialah ladang wheat (gandum). teruk betul nampaknya. saya tak perasan harga corn naik ke tidak, harga gandum dah terbang. saya takut tak lama lagi roti canai dan roti biasa pun naik harga. saya rasa dah terlambat nak beli wheat-corn futures.

harga minyak ni - jika anda ada wang banyak, baik SHORT-SELL saja (bukan BUY), tunggu 2-3 bulan. saya rasa akan terus jatuh sebab semakin banyak berita buruk tentang ekonomi usa dan eropah akan keluar.
harga minyak hanya akan naik mendadak jika israel menyerang iran (akibat isu nuklear iran), lalu iran sekat minyak keluar dari negara teluk parsi sebab marah. pada sayalah.

soya futures? dgn sawit/palmoil ia adik beradik. kerana ekonomi india dan china akan terus kuat - walau ekonomi amerika akan slow tahun depan - masih ada harapan naik. lagipun sawit semakin banyak digunakan sebagai biofuel, jadi jika harga naik, maka soya pun ikut sama. harga sawit hari ini rm2,673 per ton masih di bawah dari rm2,800 enam bulan lalu bila saya letak widget di blog saya.

jika takut usa kena stagflation - ekonomi lemah tapi harga komoditi naik, beli gold dan silver. citibank di kl baru buka akaun gold - bukan physical gold cuma akaun saja. paling kurang rm5,000 investment.
dan uob singapore ada akaun silver (bukan physical delivery). pelaburan paling kecil ialah sgd200 saja jika tak salah.
gold - walau harga kini usd1,200 an ounce dan naik setiap tahun selama 9 tahun ini, saya rasa gold masih ada harapan naik sebab orang china dan india makin kaya, pasti nak terus beli emas nak show-off.
cuma jika ikut price history, silver ada harapan naik lebih tinggi. gold is trading near its historic high, silver is well below its historic high, kata omputeh.

ini tips hangat utk orang nak cepat kaya - saham HP (hewlett packard) dah jatuh 8-15pct dlm seminggu ini akibat skandal ceonya sampai kena sack. kalau anda beli saham HP ada harapan naik cepat dlm 1-2bulan. saya rasa jika tak dijaga, HP ni kena hostile takeover lagi. which is also good news for short term traders sebab saham mungkin melonjak!

ini semua pandangan peribadi. bual kosong. pakcik remgold tak banyak wang, ada beli itu dan ini sikit-sikit sebagai hedging instruments. tanya broker pelaburan anda yg bijak dan yg ada lesen.
jika kamu jual beli ikut apa yg saya kata dan bankrupt, jgn cari saya. jika jadi kaya, sila poskan rm10,000 (murah beb) ke rumah sebagai investment advice. jika nak belikan ferrari pun ok, tapi mesti yg berwarna kuning - sebab yg merah colour pap/dap, yg biru colour bn.

Non-partisan said...

Sdr.Rem,

Pelajar-pelajar berkenaan perlu bertanya pada dirinya secara serius (atau orang kata bermuhasabah)apakah sebenaranya cita-cita hidup mereka. DAN apakah harapan besar ibu-bapa masing-masing tatkala mereka mula menjejakkan kaki di menara gading.

Kalau mereka bercita-cita menjadi seorang ahli politik yg berjaya maknanya boleh pegang jawatan penting dalam parti politik di peringkat tinggi hatta menjadi wakil rakyat dan menteri, lihatlah sekeliling berapa kerat kah yang tidak mempunyai ijazah. DAN berapa ramaikah di antara mereka itu yang satu ketika dulu begitu aktif dalam politik kepartian di kampus
(sebelum UUCA dikuatkuasakan).

Kerana itulah adalah seseorang dalam UMNO sehingga sanggup mengaku memiliki ijazah 'masters' drpd sebuah universiti di US. Setelah dicheck universiti itu sendiri tidak pernah wujud.

Kalau sekadar lulusan sekolah menengah atau tidak mempunyai ijazah mereka hanya akan membuat kerja-kerja errand. Habis-habis hanya layak jadi ketua-ketua cawangan. Itupun belum tentu boleh berhasil kerana budaya politik menunjukkan 'incumbent' akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mempertahankan jawatannya sampai bila-bila. Banyak contoh dulu dan sekarang.

Paling murni ambillah kesempatan semaksimal mungkin semasa di universiti, tumpukan sepenenuh perhatian kpd pelajaran untuk lulus dengan cemerlang.

Setelah itu kalaupun tak berjaya dalam politik seperti yang dicita-citakan masih boleh cari kerja lain sesuai dengan kelulusan yang ada.

Ibu-bapa turut gembira dengan penuh kesyukuran.

Bagi KJ menyatakan 'cabinet decision not to allow student involvement in party politics as 'gutless' and 'outdated', ia tidak lebih daripada hendak menunjukkan yang dia kononnya vocal yg mewakilii generasi muda. Hakikatnya, he simply wants to be different. Sebagai Ketua Pemuda, he is definitely a disappointment sebagaimana banyak orang kata.

Anonymous said...

Yg belajar universiti ni nak aktif politik pun buat apa, hujung bulan pun telefon mak bapak mintak RM100 buat duit belanja. Buat malu je

mattau

Sarjan Hassan said...

Rem

Bebudak Universiti ni bior le fokus kat pelajaran mereka. Ni belum kira kokorikulum dan persatuan.

kekadang aku nengok aktiviti persatuan aje pun mereka dah tak terjaga. Kesian le mak bapak yg menaruh harapan yang tinggi.

KIta bukan hidup di zaman Anwar Ibrahim. Zaman tu aktivis student universiti semua Dungu, tak tahu dunia luar kecuali dengar cakap Anwar Ibrahim dan baca suratkhabar lama dari luarnegara.

Kalau Awnwar dan suratkhabar tipu, dia orang main ikut aje. ha ha ha.

Kini dah ada Internet, so everything di hujung jari. Tetapi jangan percaya pada semua yang ada di dalam internet.

Tentang KJ, jangan le di layan apa yang dia cakap. Bak kata orang dia, bila dia bukak mulut aje, busuk giler baru nafas nya.

selamat berpuasa.

Anonymous said...

salam,

ni nasihat dari cikgu anda,

NAK BERPOLITIK, TUNGGULAH DAPAT IJAZAH YG BAIK, DAPAT KERJA TETAP & GAJI BESAR, BERBAKTI KEPADA ORANGTUA DI KAMPUNG TERLEBIH DULU, LEPASTU DAPAT MENJADI CONTOH TERBAIK KEPADA ADIK2 DI SEKOLAH LAMA & UNIVERITI ANDA (YOUR ALMA MATTER) & DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA AGAMA,BANGSA & NEGARA TERLEBIH DULU. BILA EKONOMI DIRI DAH TEGUH, BUATLA APAPUN AKAN BERAYA, ORANG TAK BULEH NAK KUNUN2 KA KITA.

JGN KATALA NAK BERBAKTI KEPADA AGAMA,BANGSA & NEGARA MELALUI POLITTIK SEMASA BELAJAR TU. AUTA SAJA....

JIKA NAK JUGA BERPOLITIK, BUATLA DGN CARA 'ALL-OUT', CARILAH ORANG YG SEDANG MENUJU KE TAHAP TERTINGGI DLM KORPORAT ANDA @ PARTI POLITIK YG ANDA MINATI. JIKA DIA BERADA DI PUNCAK NANTI, ANDA BERADA DI SEBELAH KIRI @ KANAN DIA. JIKA ANDA HANYA BERSAHABAT DGN PARTISAN BIASA, MAKA JGN HARAP PELUANG MENJADI ORANG PENTING POLITIK AKAN TERCAPAI...ANDA HANYA AKAN JADI TUKANG PACAK BENDERA PARTI & PASANG POSTER SAJA...

DAN JGN SEKALI-KALI BERPOLITIK DI KEDAI2 KOPI BILA ANDA SEORANG MAHASISWA...

pensyarahsambilan

remgold said...

Non-partisan, mattau, Sarjan Hassan, pensyarah sambilan.
yg saya khuatiri ialah ahli politik dewasa ni apabila disergah oleh pihak lawan, terus menggelabah dan tidak tahu cara hendak menerangkan kenapa pelajar harus terus tumpu kpd pelajaran dan tingkatkan ilmu, bukan masuk alam politik dulu.
rugilah jika ibubapa hampa hanya kerana nak puaskan hati ahli politik yg mahukan tenaga kerja free dari pelajar ni.