World Humanitarian Day disambut pada Ogos19.
Ia diadakan untuk memperingati kerja-kerja kumpulan dan orang yang sanggup masuk ke kawasan bencana, apabila ratusan ribu orang lain hendak lari dari situ.
Di Temasek Darul Dollar - di mana anda dianggap berjaya atau gagal kerap diukur dengan Five Cs (career, cash, condominium, credit card, country club membership) - ada kumpulan bencana alam yang kecil tapi dihormati kerana kerja-kerja mereka.
Namanya Mercy Relief.
Lihat gambar-gambar terbaru di website mereka tu - termasuk gambar basikal yang paling bawah - sistem penapis air dipasang di basikal!
Susah beb kerja mereka ni. Saya ikut mereka sekali saja, sampai sekarang tak boleh lupa - sebab first time tak dapat relax semasa 'holiday' luar negara.
Lari ke sana ke sini, tidur dalam bilik tiga orang, banyak meeting. Adoi.
Dan saya mabuk perhatikan pekerja mereka nelpon sana sini, sini sana, nak pastikan bantuan masuk dan semua berjalan lancar.
Mereka telah memberi bantuan di banyak negara - Pakistan, China, Philippines, Sumatra dan Jawa, Sri Lanka, Afghanistan, India, Iran, Palestine, Vietnam, Bangladesh, Yemen, entah mana lagi.
Oh jangan lupa, apabila Johor banjir dalam tahun 2006, Mercy Relief masuk ke Muar.
Rakankerja saya baru pulang trip lima hari semasa Mercy masuk ke Peshawar bawa bantuan untuk banjir di Pakistan, ceritanya di sini. Kerja kena banyak sabar beb. Sebab di luar sana, orang bukan effisien macam di Singapore-Malaysia.
Mercy kehilangan seorang kakitangan, Shalahudin Johari (GAMBAR), yang mati lemas semasa berenang di laut tahun lalu. Beliau semasa tu bertugas di Philippines membuat projek follow-up.
Gembira saya baca kerja mereka membina sistem air dan toilet - ya, buat jamban - untuk sebuah kampung di Sumatra. Dan sistem pam air.
Basic stuff untuk kita, tapi untuk orang kampung, sesuatu yang mereka tidak ada.
Mereka juga hulur bantuan - dengan donation dari rakyat Singapore - untuk baiki jambatan dan buat sekolah di China.
Kata PM Lee Hsien Loong dalam 2008:
"Mercy Relief started off as a modest initiative by the Muslim charitable organisation, Perdaus. It is now an independent organisation, enjoying strong and active volunteer support.
It attracts and brings together energetic and enthusiastic people of all races, religions and backgrounds to fulfil its mission.
More than 75% of volunteers and 65% of donors are non-Muslims. Since its inception, Mercy Relief has embraced a global outlook.
It extends humanitarian assistance to all, regardless of country, culture or creed."
Kini kerja Mercy Relief dipuji oleh Timbalan PM Teo Chee Hean.
Braders and bradees, I salute you.
Bro Hassan, deep apols tak dapat attend Humanitarian Day event kelmarin.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago





4 comments:
Rem
Maaf tapi munkin saya ni jahil. Apa yg badan2 NGO ni dapat bila memberi sumbangan. Mengharapkan sumbangan orang ramai tak seberapa, selalu gomen match dollar for dollar. Gomen kita ni kan calculative, maklumlah tak ada natural resources, jadi apa yg kita gain ?
...regardless of race, language or religion,
to built a democratic society,
base on justice & equality,
so as to achieve happiness & proserity...
Touching reading this.
Thanks.
'KIAMAT DAN KEADAANNYA'
http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-K...Dan-Mufti-Mufti
Anon 20:05,
kurang pasti siapa "kita" yg anda maksudkan.
"...apa yg kita gain".
NGO atau awak-dan-saya?
- jika NGO, buat kerja ni mesti ada passion nak membantu orang. memanglah dapat gaji - tapi banyak kerja lain yg LEBIH MUDAH yg mereka boleh buat yg boleh dapat gaji yg sama, atau lebih.
seminggu pada tahun lalu saya bersama mereka, saya lihat teruk betul kerja mereka. gerenti saya tak sanggup buat.
sama juga apabila saya cover gempa di padang, sumatra, seminggu lepas raya tahun lalu. NGO kerja teruk, tidor dlm kemah sempit dan panas, takde toilet yg sempurna. makan pun tak syiok.
tapi, terima kasih kerana mercy relief ni - walau kecil. pekerja fulltime 15 orang saja - singapore's flag is flying high in those countries that it has helped.
sama seperti mercy malaysia.
tiap kali NGO seperti mereka ni masuk beri bantuan ke negara-negara miskin dan sedang bencana, orang tentu tanya - siapa yg kasi kita khemah ni? mesin bersihkan air dari mana? kamu kasi saya gandum dan beras, siapa yg belikan?
jadi jika kamu derma sgd5 pun jika dicampur dgn derma orang lain, dapat menjadikan 'branding' utk negara kamu.
orang bersyukur tentunya.
di sumatra dulu, saya bawa daging serunding dlm plastik yg dibeli di kelantan (takut semua dah runtuh, aku nak makan apa?). saya lihat orang kelaparan, saya beri bungkusan itu kpd seorang budak kecil. budak itu tak mahu terima kerana takut daging tak halal, sebab bencana ni banyak group kristian dan buddha pun hulur bantuan kpd orang kampung.
kata guide saya kpd anak itu - 'bapak ini dari singapur, dia pun muslim. ini daging sapi halal, beri pada ibumu'.
anak ni tentu bangga dapat makanan dari bapak singapur.
Post a Comment