Masa bulan puasa ni kita syiok beribadah waktu malam dan makan minum beramai-ramai dalam keadaan aman.
Pergi bazaar Ramadan pun syiok juga.
Tapi kita tahu tak semua begitu untuk banyak Umat M lain - yang di Pakistan rumah dah hanyut, di Palestin dah 50 tahun ditindas dan dihina.
Ada lagi satu kaum M yang terus ditindas dan dihina. Malah, hampir tidak ada satu negara pun ambil kisah tentang mereka kerana mereka miskin dan tinggal dipinggir masyarakat mereka.
Kaum Rohingya dari Burma/Myanmar.
Kita semua yang tinggal di KL dan Klang Valley, dan yang pernah ke Makkah dan Madinah, pernah berjumpa mereka. Tapi kita tak tahu sebab kita ingat mereka ni dari Bangladesh.
Mereka tak ada negara sebab pemerintah Burma kata mereka bukan orang kita, sebab bangsa Burma tak berkulit gelap. Pada Burma, there is no such race as Rohingya di negara itu.
Mereka lari ke jiran, Bangladesh, negara Bangla pun tak sanggup menerima mereka sebab miskin jumpa papa.
Jika kamu nampak orang pompuan dan anak-anak mereka di pintu masjid dan surau, atau yang minta sedekah di tempat lain berupa orang Bangla - kebanyakannya itu adalah orang Rohingya. Tak percaya tanyalah.
Di Makkah pun saya pernah jumpa mereka yang bekerja dengan Arab di kedai-kedai. Apabila saya kata saya dari Malaysia, mereka berbahasa Melayu dan kata mereka pernah bekerja di KL atau Johor.
Di KL, saya pernah ke kawasan di Cheras di mana ada satu persatuan mereka dan ada restoran menjual makanan mereka!
Berita mereka ini, seperti saya pernah tulis dulu, ada dalam Kaladan Press Network, agensi berita untuk kaum ini yang berpusat di tepi Bangladesh. Saya pernah jumpa editornya semasa conference di Jakarta pada 2008.
Mujur ada pemerintah omputeh (Sweden dan Norway antaranya) yang recognise kepayahan hidup mereka ini dan beri bantuan walau sedikit. Ada agensi UN pun yang bantu mereka - tapi nasib Rohingya ni kebanyakannya orang buat tak tahu.
Malaysia sebenarnya banyak berjasa kepada kaum mereka sebab beri mereka perlindungan - kalau tidak masakan ramai mereka boleh minta sedekah dan bekerja di sini.
Pemerintah mereka di bawah jeneral kuku besi, terus mencengkam mereka - boleh baca di berita Kaladan ini.
Nak berpuasa dan bertarawih pun payah - baca ni.
Di bulan ini, spare a thought for them.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



9 comments:
salam...
sedih bil tahu ada lagi nasib org M yang tidak di ambil kisah
menderitanya hidup mereka..
sengsara benar kehidupan Palestine..
Berat benar dugaan yang Allah berikan pd mereka..
tapi itu semua cubaan..
Kerajaan kita tidak bantu langsung ke?
Salam Rem
Sebab inilah saya betul2 puji & hormat org2 Malaysia.
Pernah jumpa satu budak Mynmar
(maybe 19thn) kerja/tinggal digudang munkin Rohingya (dia tak banyak cakap hanya senyum) very humble. Dah 4/5 thn tak jumpa/ kontak keluarga. Dia tahu dia menumpang negeri org hence tak keluar cuma bila terpaksa. Colleagues belikan makanan.
Semoga Malaysia sentiasa dirahmati.
Dan mereka ni juga adalah salah satu dari rumpun Melayu di Asia Tenggara. Seperti orang Melayu Kemboja dan Champa Vietnam. Tersisih dan disisihkan akibat penghijrahan kaum China Selatan ke negara mereka beratus2 tahun dahulu.Bumi dipijak milik orang.......
Penduduk asal pulau Taiwan pun orang Melayu. Dan ini dibuktikan secara saintifik melalui kajian DNA. DNA orang asli Taiwan adalah sama dengan DNA penduduk Nusantara.
Tak percaya baca wiki
Nur,
tak pasti anda tanya tentang kerajaan msia bantu palestine atau rohingya.
- palestine ni, pendapat saya, yg banyak pekik2 nak bantu mereka ialah msia dan indonesia. negara arab takde masa. plus isu palestine ni selalu digunakan nak satukan negara.
bila pemerintah mereka dah tak popular (eg egypt, syria), maka mereka baru pekik 'israel pembunuh', 'kasihan palestine'. rakyat pun marah kpd yahudi bukan pemerintah. divert attention kpd masalah negara2 arab ni - rata2 mereka tak ada demokrasi dan rejim kukubesi.
- burma ni tak ada yg nak push for democracy sebab mereka pandai gunakan khazanah negara - india, china berebut nak projek minyak dan gas. ruby (delima merah) yg paling cantik di dunia - dipanggil blood rubies datang dari burma. begitu juga jade (batu hijau) yg digemari kaum china.
singapore, msia (petronas), thai juga ada business di negara itu (tak ada pun yg sibuk tanya kenapa ketua pembangkang kena tahan, minoriti kena pijak, tak ada new economic model). kan saya pernah kata - jika boleh buat duit, orang business tak kisah tentang isu anwar, chinese minorities atau perkasa! itu diayah pembangkang.
Q dan Big Book,
rohingya ni rumpun melayu? saya rasa rumpun bangla.
champa tu memang rumpun melayu - muka mereka pun muka melayu. sama juga orang filipina sebenarnya rumpun melayu (tak termasuk berdarah spanish). cuma dah jadi xtian. bila mereka jerit 'Malaya!' itu maknanya Freedom dlm bahasa mereka, bukan mereka sokong ridhuan tee.
Oh yea2 hey,
apasal masih nyanyi lagu spork ni!? :-)
Sdr M semuanya. Banyak blog yang ini kali pertama soal Rohingya say terjumpa . Syabas. Sebenarnya memang mereka ini kaum yang tertindas. Di Burma mereka tinggal diakawasan besebelahan Bangladesh. Keadaan mereka memang miskin dan daif tambah kerjaan junta askar Burma memang tak minat nak terima mereka sebagai rakyat Myanmar. Bahkan mereka diahalu, diperangi kalau boleh keluar dari sana. Mereka ke Bangladesh ( saudara serumpun) tapi di tolak. Ada yang diterima sebagai pelarian itu pun kalau datang pada tahun sebelum 1990 (kumpulan ini sedikit bertuah kerana taraf mereka diterima sebagai Pelarian Politik oleh Bangladesh dan UNCHR.. maka dapatlah bantuan. Yang datang lepas itu Bangladesh tak terima sebab Bangla sendiri pun negara miskin. Yang baru sampai akan menetap di COx Bazar, suatu penempatan yang sangat daif dan menjijikkan. Mereka cuba lari ke negara lain seperti ke Timur, ia itu Thailand. Mereka kena balun bahkan ramai yang kena bunuh dik ashkar thai. Semua ini anda boleh jumpa dalam You tube. Yang lari menerusi kapal laut, cuba singgah di selatan Thai mereka uga menerima nasib malang seperti pelarian Rohingya yang cuba masuk kot darat Utara Thailand. Baru2 ini mereka yang di inaya askar Thai hanyut tanpa makanan dan diterima di Indonesia. DiMalaysia, ramai juga mereka dapat sampai kesini tapi tak ada pun suatu usaha yang nyata pihak kerajaan Melaysia untuk membantu mereka. Kita hanya berusaha untuk rancangan jangka masa panjang Myanmar, kalau2 akan dapat dikembalikan demokrasi disana ( November ini akan diadakan pilihanraya umum di Myanmar sekali lagi), maka harap2 kerajaan baru Myanmar akan dapat menerima kembali rakyat mereka kaum Rohingya ini kembali. Masalah kaum Rohingya diMalaysia ini ialah mereka tak pandai nak asimilate dengan rakyat tempatan. Mereka bawa perangai malas dan pengotor mereka dari negara asal. Serba serbi nak tadahkan tangan, malas berusaha seperti bangsa pendatang. Kalau pandai bawa diri senang2 aje mereka ini boleh diterima masyarakat sini sebenarnya.
Sorilah Rem
Lagu cheer JJ Lin tu mula2 tak suka pasal childish lah apalah. Ashik dimainkan tv terus melekat kat kepala dah.
Padahal aku tak berkenan. Padan muka aku.
Saya terbaca kat satu blogspot tu yang penduduk asal Burma ni membina perkampungan seperti orang-orang Melayu di negeri-negeri lain. Mgkn di sebelah selatan kot.
Wallahualam.
http://riwayatmelayu.blogspot.com/
Salam ,
Menarik article yg jarang diutarakan di media. Orang pelarian Myanmar ni memang ramai sangat di Malaysia dan ada dua ethnic group ie Rohingya( muslim dan mcm feature Indian) dan Buddist( Mcm Chinese feature). Saya kerja di area yg ramai kalangan mereka dan selau handle mereka. Banyak kerenah mereka ni, lenih erenah dari rakyat Malaysia sendiri.Kawan perempuan saya yg profesional field memnag pernah kahwin dgn one Mynamar( expatriate)...Tapi dah kena tipu teruk-teruk oleh lelaki serta keluarga lelaki tersebut. Apa yg saya fahamkan rupanya mereka adalah ethnic minoriti yg tak mahu mengikut undang-undang dan polici negara asal ...lalu melarikan diri ke negara lain. sepaputunya kena lah ikut undang2 serta polici negeri. Tak byk negara yg mahu terima mereka kecuali Malaysia yg baik ini..hu.hu. Negara Arab pun tak ramai yg mahu. Ok lah Rem..terima kasih memberi peluang untuk saya ventilate.
By Nisa
Post a Comment