Sunday, 1 August 2010

Saya minta bantuan cari data 'capital outflow'

TAMBAHAN 9.30MLM 

Kawan-kawan,
Saya dah jumpa sedikit maklumat. Terima kasih kepada rakan wartawan kewangan di KL. Tapi maklumat yang ada tak complete.
Itulah, dah karat, dah confuse tak tahu nak cari di mana - rupa-rupanya di dalam Balance of Payments (of course! ngokngoknya aku).
Lihat di sini dan sini (capital account). Hanya untuk tiga bulan, atau untuk beberapa tahun tapi tak ada pecahan.
Masalahnya maklumat tak lengkap. Takpe, pencarian akan diteruskan.


--------------------------------------------

Saya nak tulis tentang investment inflow dan outflow dari Malaysia yang dikatakan oleh Ku Li semalam.

" If we take into account FDI outflow, the picture is even more depressing. Last year we received USD1.38 Billion in investments but USD8.04 Billion flowed out. We are the only country in Southeast Asia which has suffered nett FDI outflow. I am not against outward investment. It can be a good thing for the country. But an imbalance on this scale indicates capital flight, not mere investment overseas."

Pakai Google Translate:

Jika kita mengira arus keluar FDI, gambar bahkan lebih menyedihkan. Tahun lalu kami menerima USD1.38 Bilion pelaburan tapi (US$8.04 Bilion) mengalir keluar. Kami adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang telah mengalami nett outflow FDI. Saya tidak (menentang) terhadap pelaburan luar. Hal ini dapat menjadi hal yang baik bagi negara. Tetapi ketidakseimbangan pada skala ini menunjukkan capital flight, bukan hanya pelaburan luar negeri.

(Yang dalam bracket tu pembetulan, sebab pandai mana komputer ni pun ada kekurangan).

----------------------------------------------
Saya  pernah tulis secara detail apa itu Foreign Direct Investment, apa itu Portfolio Investment dan kenapa perlunya negara yang ekonominya dah matang seperti Malaysia melabur di luar negara secara besar-besaran.
Sinciapo dulu bila buat begini dinamakan 'developing Singapore's external economic wing'. 
Bila saya tulis pada Januari dulu, ada pula yang marah dan menghalau saya dari Malaysia kerana kononnya mempersendakan Darul Melayu. Suka hatilah.

Pada saya blog ialah Diari Peribadi Terbuka, siapa suka boleh baca, jika tak suka boleh cari blog yang memuji Malaysia (atau Singapork pun) sebagai negara terbaik di dunia. Nak cari blog yang memuji Israel sebagai negara terbaik di dunia pun banyak.
Jika kamu rasa ini blog ini propaganda Temasek dan nak burukkan Malaysia, ah, tak payah baca lagi ler. Nonton Youtube dan main guitar lalaikan diri lebih syiok.

Negara Malaysia ada problem sekarang ini - data pelabur menakutkan saya. Saya ada saham Penduduk Tetap di Malaysia. Ada rumah dan kereta. Kalau saya dirasakan menghina Malaysia, yang mampos rugi nanti saya juga.

Tapi jika kita nak buat donno dan kata semua masih cantik macam tahun awal 1990an dulu pun suka hatilah.
Tak payah baca blog ini. Saya tulis pun syiok sendiri, tak dapat satu sen pun.

Sinkapore pun ada masalahnya sendiri. Dah banyak pun saya tulis.
Bohong orang yang kata Singapore perfect, menteri semua bagus.
Cuma depa lebih pandai ajukan yang cantik untuk pelabur dan ada yang dilakukan di sini yang tepat - seperti sistem pendidikan.


Di Malaysia, cerita duit FDI yang masuk sikit sangat tahun lalu memang masalah yang merunsingkan. Saya dah beri pandangan mengapa ini terjadi - saya rasa sebab isu quality graduate, kerana ekonomi dah matang dan gaji pekerja tinggi, bukan sebab 'gaduh' politik, bangsa dan agama.

Jadi apabila Ku Li mempersoalkan kenapa banyak nah duit Malaysia keluar tu, saya nak tahu dua perkara.
Sebab jika betul wang dari Malaysia keluar kerana "capital flight" - cakap mudah - duit calibut dari Malaysia dan tak akan pulang, memang problem.
Tapi mudah orang politik tembak, tapi tak beri data yang lengkap sebab agenda mereka lain.

Saya nak tahu dulu:

1) How much was the capital outflow in the last 10 years. What is the FDI and portfolio investments in Malaysia during the same period?

2) What is the percentage of local capital outflow vs foreign capital repatriation in these numbers.

3) For local capital outflow, does the government have the data on WHERE this money is being taken to - at least the immediate destination (Singapore? Indonesia? Middle East?)

4) Does the government know WHO own these local funds that are flowing out of the country (ini saya pasti mereka tahu). Are these individuals, companies. Why do they take out their money out of Malaysia, did the government ask? Or at least can the authorities make an educated guess? For example when Genting takes out millions of dollars to bring to Singapore, we know it is because it was investing in its new casino. Will that money come back? I don't think so.

5) Point 4) is linked to whether it IS capital flight by local money, or mere investment outflow. Dulu (10tahun lalu) banyak duit pelaburan Malaysia masuk Indonesia sebab syarikat Malaysia membeli tanah kelapa sawit di Sumatra dan Kalimantan. Dan duit Petronas banyak masuk Middle East sebab melabur telaga minyak dan gas di Iran, Azerbaijan dan seterusnya.

6) What is the percentage of Petronas money in relation to the domestic capital outflow. Because unlike other local outflow, Petronas at least brings back its profits.

Masalah untuk saya ialah dah lama TIDAK jengok isu-isu seperti ni, atau buat story, jadi tak tahu kat mana nak cari data.

Semalam saya dah cuba cari dua jam dari statistik di website:
- Bank Negara,
- Department of Statistics,
- Economic Report 2009-2010,
- MITI,
- Treasury,
- UNCTAD.

Tapi tak jumpa detail enam biji di atas tu.
Dah lah tu, sebab dah tua dan rabun, statistik jika kecik-kecik kat website, kena besarkan dan jadi mabuk kepala saya.

Jadi saya minta bantuan jika anda.
Jika anda tahu link yang saya boleh gi yang tunjuk data ini. Boleh buka cerita selanjutnya. Kita boleh belajar bersama.
Sebab buat masa ini jika orang kata - Mampos orang Melayu, duit semua dah lari dari Malaysia, kita tak boleh defend diri sebab hanya ada satu nombor, US$8.04 bilion.
Tapi tak ada detail wang siapa itu dan ke mana ia pergi.
Tolong, beritahu pakcik maklumat tu, ya 'nak.

6 comments:

Anonymous said...

Tak dapat den nak nulong PED oii... sekarang ni semua main back door jerr. Tok sah dengar sangat cakap mana-mana menteri dalam malaysia. Semua tak boleh nak pakai sangat. Diorang dah tutup rapat-rapat pintu tu. Kalau nak ada silau pun kat celah-celah pintu je PED. Macam yang aku komen sebelum ni, semua dibuat secara back door. Lantak diorang PED, pakar-pakar melayu semua di luar Malaysia, awal-awal dah kena halau. Diorang ambil banyak orang yang takde otak jer untuk 'lotong' KERAjaan bukan tolong kerajaan, itu pilihan orang melayu sendiri, biarkan dia labu.

orang kampung said...

Saya perlu akui amat ignorant dan tak dapat nak membantu.

Mungkin pihak yg bertanggungjawab seperti MoF dan MITI, kalau rasa segan nak respon secara terbuka, boleh secara senyap-senyap mencari jawapan kpd 6 soalan yg dibangkitkan.Dengan itu dapat merungkai persoalan mengenai FDI,capital outflow dan perkara-perkara yg berkaitan dengannya.

Lepas tu bila orang ramai sudah agak-agak lupa,jadilah hero untuk menjelaskan kedudukan ekonomi negara di TV-TV dan akhbar-akhbar utama.

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Ada orang mendakwa kat saya, US$8.04 bilion tu semuanya cabut lari melalui normal banking system.

"Tu tak termasuk yg orq2 besar bawa keluar melalui sistem hawala mamak money changer," tu dakwaan dia la.

Saya pun teringat MB Negeri Sembilan, Datuk Mat Hassan...

Anonymous said...

All the best in finding answers, a quest that could be made difficult by hidden doors...Perhaps a direct interview with Tan Sri Zeti Aziz is what you should be looking for?

Call me the naive and innocent.

Yet again, all facts and figures can lead to different roads. Different perspectives. Different reactions.

ninotaziz said...

By the way, Anon 16.20 was ninotaziz. Accidently pressed the publish comment button.

Cheers, Sir Remgold.

P/S
And I chuckled at you bashful Ouch!

remgold said...

Anon 09:06,
benar sungguh pemerhatian anda tentang orang politik dan orang, ahem, 'KERAjaan' tu. tapi sebenarnya bukan tak ada pegawai kerajaan yg pandai, ramai yg bijak. tapi kerana institusi dan kementerian telah dipolitikkan (di negeri pakatan, di spork pun), maka kakitangan awam ni kena kerja di bawah orang politik - yg tak sememangnya pakar dlm bidang yg mereka jadi menteri.

di negara besar seperti amerika, jepun, dan negara eropah seperti uk dan germany, data yg diselia dan keluarkan oleh central bank dan kementerian kewangan adalah independent. iaitu menteri tidak masuk campur, tidak boleh suruh sembunyikan bila berita buruk (data fdi tu jika tony phua tak keluarkan, kita pun ta tahu!) dan tayangkan besar2 bila berita baik. iaitu data dipolitikkan.

di amerika, bush/obama tidak ada hak langsung nak beritahu federal reserve bank (bank pusat amerika) itu dan ini. atau suruh tangguh keluarkan maklumat takut nanti kalah by-election.

saya ingat lagi pada tahun 1990an, bank negara malaysia memberi wartawan maklumat ekonomi yg di 'embargo' iaitu tidak boleh keluarkan sehingga jam 5ptg.
saya pula tangan gatal, kerja dgn agensi berita di kl. terpicit butang (tidak sedar ada embargo time). maka satu pasaran dapat tahu ada berita baik - ekonomi msia kuat dan gah.
esok bank negara sekat kami (reuters) cover semua event mereka selama 6bulan! immediate ban. sebabnya, menteri kewangan anwar ibrahim dah marah. sebab anwar nak umumkan berita baik utk ekonomi, tapi abang remgold dah terpicit butang dulu!

pak bakaq,
betul. semua data wang dijaga oleh bank negara. anda keluarkan rm1 dari public bank atau rm10juta dari maybank dan bawa lari keluar negara, mereka tahu.
atau mungkin anda nak bawa keluar jalan menipu: keluarkan rm5 juta cash, lepas tu masukkan dlm beg naik kapalterbang. itu pun ada yg monitor sebab apabila anda masukkan wang anda dlm bank di spore atau switzerland, cia dan BIS (bank of international settlements) tahu, dan mungkin beritahu bank negara - rakyat anda bernama mat kitol bin rabak, baru masukkan wang rm5 juta di bank swiss. sebab takut jadi wang terroris.

yg susah nak pantau ialah jika datin dapat cash rm5juta wang suap, lepas tu simpan kat rumah. dan ditransfer keluar ke dubai ikut jalan hawala - pakai pengurup wang (money exchange mamak).
itupun boleh dikesan sebab pengurup wang kena simpan rekod agar bank negara dapat periksa!

sebab itu saya nak tahu detail tentang data capital outflow ini, sebab bank negara atau treasury (kementerian kewangan) ada maklumatnya. bukan niat nak burukkan negara tumpangan saya - tapi boleh jadi pelajaran bersama. misalnya, oh, kumpulan ytl keluarkan berjuta dibawa masuk ke spore, kerana ada projek kondo mewah di sentosa (ini projek betul). atau oh, wang berjuta dibawa keluar kumpulan guthrie ke indonesia dulu sebab dia beli ladang sawit (ini juga cerita betul - zaman khalid ibrahim boss guthrie).
lepas tu kita nak tahu, agak-agak apabila dapat untuk kelak, wang itu dibawa pulang (repatriate) ke msia, atau terus disimpan di luar negara.

sebab selain pelabur asing, ekonomi dapat bekembang terus walau hanya dgn pelabur tempatan. lihat di indonesia. pada 2008 semua negara meleset (selain BRIIC countries), tapi indonesia ok, sebab pelabur industri kebanyakannya pelabur tempatan.
jadi kita takut pelabur asing tak masuk, pelabur tempatan pun calibut.