Wednesday, 11 August 2010

Surau pun ada aircon di Keramat

Seperti lazim bila dapat cuti lebih daripada 3 malam, saya mendarat di KL Darul Jakim pagi tadi.
Selepas berbuka di rumah, ke surau biasa saya di Keramat. Surau saja pun dah masuk middle class Malaysia.
Sejak dua tahun lalu, surau ini dah pasang aircon. Selesalah orang bertarawih.

Tapi ada tambahan baru tahun ini - tembok di bahagian depan surau dah dimarblekan, dan mimbar kayu yang dah 15tahun di situ telah 'hilang'. Diganti dengan mimbar batu.
Waduh pak, udah maju bener ini!
Ini surau beb, bukan masjid besar yang saya rasa dah pasang aircon juga.

Begitulah hidup. Dulu kita ditahap solat pakai kipas tu pun dah sedap. Tikar mengkuang saja di kaki.
Di ganti dengan carpet cantik di alas lagi dengan sejadah mahal diderma orang.
Kini dipasang aircon lagi.
Dulu ke masjid dan surau jalan kaki, naik bas, naik basikal. Kini naik kereta beraircon.

Saya tak nampak imam lama yang selalu mengimamkan solat jemaah dan solat tarawih. Mungkin beliau ke tempat lain. Saya harap beliau masih sihat.
Saya toleh kiri kanan, pakcik-pakcik macam saya ramai, anak muda pun ramai. Ada pakcik yang bawa anak kecil, dan yang besar pun ada.
Tahun ini anak jantan saya tak ikut sebab di Singapore dalam National Service. Tahun lalu pun tak ke KL sebab di Singapore sedang tunggu hendak masuk NS, dan saya tak dapat cuti awal Ramadan untuk ke KL.

Tahun ini sang anak kena pandai-pandai sahur dan buka seorang diri dengan rakan atau di rumah. Keluarkan lauk dalam freezer yang banyak dah dimasakkan ibunya yang di KL, lalu dipanaskan untuk dimakan.
Baru beliau pandai hidup berdikari.

Tuan,puan,
Generasi pelapis saya dah tiba.
Setiap tahun saya bertanya: Will I be here next year?
Tak ada jawapan.
Saya hanya dapat berdoa untuk masa depan yang terus cerah.
Tuan, puan begitu juga tentunya.

------------------------------------------
TAMBAHAN SUBUH

Melonjakkan ekonomi

Wartawan Time magazine yang di KL baru-baru ini menulis tentang isu 'middle income trap' yang menjadi awan gelap di Malaysia yang sedang dibincangkan oleh orang atasan kerajaan.
Mamat ini tidak seperti omputeh lain tidak masuk isu-isu polemik politik dan sebaliknya menjelaskan apa yang harus dibimbangkan oleh Malaysia. Isu ekonomi Malaysia dan ekonomi jiran-jiran di sini.

"....what is needed for Malaysia to break from the “middle-income trap” is a greater national commitment to innovate on its own. Entrepreneurs and bankers have to be willing to take more risks to support inventive ventures and new technologies. Talented workers have to be willing to take jobs at home instead of Silicon Valley. The Malaysian private sector has to be more devoted to the country's future."

------------------------------------------
Menurunnya harga minyak

Setelah mengejutkan kita sebentar, harga minyak dah jatuh di bawah US$80 setong. Mujurlah.
Kini US$78 (harga pasaran hadapan/futures market).
Yang tak bagusnya kini satu dunia sudah mula heboh bahawa ekonomi dunia tahun depan akan malap, kerana ekonomi terbesar di dunia, Amerika, akan malap.
Dah dua tahun ekonomi dunia distabilkan dengan pemerintah Amerika pam duit ke dalam ekonomi agar ianya tidak menguncup. Duit dah nak habis.
Takut problem pulak.
Saya dah tulis minggu lalu bahawa jika harga minyak ini naik, tapi tidak diikuti oleh harga komoditi lain - seperti emas dan perak - maknanya tak kuat kenaikan minyak ini. Harga gold dan silver tetap kat situ juga, bermakna pelabur tak yakin ekonomi dunia akan terus kuat.








14 comments:

Anonymous said...

selamat berpuasa Rem;

Saya salah seorang yang lazimnya tukang kritik blog Rem, peminat setia yang memandang dari sudut lain berkenaan hal ehwal Melayu Singapura.

Sempena bulan puasa, bulan baik ni.. maafkan saya.. Satu hari , saya percaya satu hari nanti kita akan berjumpa, itupun jika kita masih lagi hidup di alam fana ni..

Nur said...

salam..
keselesaan sgt penting utk semua

seperti melakukan solat terawikh, jika imam membaca ayat quran terlalu panjang
boleh membuatkan makmum tiak selesa dan bersolat pendek 8 rakaat..

di surau aku kt kemuning pun ada aircon.. menyejukkan, selesa dan nyaman bila bertemu dgn Allah..

Anonymous said...

Kalau nak berbuka makan Mertabak Singapore, boleh beli kat restoran
klassik yg dekat dgn surau tu. Belakang Petronas tu.

Non-partisan said...

Sdr Rem,

Saya perhatikan posting sdr senantiasa ada keseimbangan. Dalam pedasnya ada manisnya. Dalam lucunya ada keseriusannya.Dalam mengkritik ada penghargaannya. Betapapun diprovokasi oleh beberapa komentar,jawapan yg sdr berikan ada rasionalnya.Sdr tidak mengelabah atau hilang pertimbangan tak tentu fasal.

Selamat berpuasa dan selamat menghasilkan posting yg menarik dan mempunyai ciri-ciri profesionalisme.

Timur Tengah said...

Selamat Berpuasa, Ahlan Ramadhan Kareem. Pengalaman berterawih disini 2X(Doha) dan pengalaman berterawih di Malaysia (Berkali-kali) berbeza sekali. Disini seronok, masjid penuh ramai orang, boleh kata semua masjid buat 8 rakaat 3 witir (2 kali salam). Kena pulak kalau dapat muazin Indonesia yang jadi imam... waduh pak bisa hati jadi cair, mata jadi berair. Dapat pulak jenis yang pandai berlagu, tahu rakaat mana perlu baca panjang, rakaat mana perlu baca pendek, antara terawih ke terawih tak ada selawat ke Sahabat2 RASULULLAH S.A.W, straight terawih ke terawih, bila sampai doa qunut witir terakhir, bergegar dada dengar ramai2 mangamin doa qunut imam, masjid pulak fully air-cond... apa boleh buat hujan emas negeri orang... kenapa ye... sejid kat Malaysia mula2 je ramai orang masuk 15 terakhir orang dah mula kurang2. Mana rohnya seronok berterawih... saya jadi sedih, sedih sebab AJK masjid sebelum Ramadhan akan sibuk2 cari budak2 Al-Hafiz untuk jadi imam terawih sabit nak habiskan 1 juzuk Al-Quran satu malam 20 rakaat. Iman manusia ni ada pelbagai (macam ombak ada pasang ada surut), akibatnya dari mula2 yang nak berjinak dengan masjid langsung jadi layur macam daun pisang kena layur atas dapur tungku. Cuba lah bersederhana, Islam pun menganjurkan keserdahanaan. Kalau tak silap Islam dah bagi panduan macam mana nak jadi Imam Sembahyang yang baik. WALLAHUALAM BI SHAWAB.

Salam Ramadhan Kareem - Doha, State of Qatar

remgold said...

kalian semua,
terima kasih kerana sudi menjengok dan mendoakan bersama.

Anon 23:35,
tak payah minta mangap, ya tuanku. kalau saya maafkan, maknanya anda tak boleh buat lagi. jika anda tak buat lagi, dengan siapa aku nak gaduh? :-)

Nur,
betul tu. yg saya khuatir masjid-surau ada aircon ialah kerana dah syiok ada aircon, nanti kat rumah kita tak mampu pasang aircon macam mana pula? jika dipasang juga, mahal oi! bil letrik aircon pun mahal. paling kurang di kl rm100, di spore sgd100.


Anon 01:02,
belakang petronas di kawasan mana ya? di keramat pun banyak petronas ni....
saya pun nak tahu apa rasa 'murtabak spore', sebab jarang makan kat temasek.


Non-partisan,
susah tuanku hidup patek ni. sayang msia dan spore. sayang pap dan spp. sayang umno dan pas. tapi kadang2 benci semua pula!
nak 'menten balan' kata mamat melayu spore (maintain balance) ni susah.

Timur Tengah,
bro, jika anda tak ada blog, boleh ceritakan jam puasa-buka di sana, makan apa, dan cuaca?
saya hanya pernah ke saudi, itupun umrah bulan ogos.
ke negara GCC lain tak pernah.
kalau nak hantar cerita panjang bersama gambar, hamba muatkan dlm blog. dapat kongsi bersama apa pak arab ni buat semasa ramadan.
kenapa pula imam dari indonesia ya? yg hafiz qatar mana?

JohorMali said...

En Rem,
Tak salah kalau saya labelkan anda makhluk 2 alam kot. Satu alam Temasik dan satu lagi alam Keramat.

Saja kepoh.. rumah bertangga 2 ke ?
Selamat berfasting. Amin

Non-partisan said...

Saya salute wartawan Time magazine ni.

Dalam petikan pendek yg sdr buat, terserlah secara tidak langsung bibit-bibit patriotisme dan sayangkan Malaysia yang cuba dianjurkannya.

Ini tidak, ada sesetengah blogger dan pengikutnya menghentam negara ini dan pemimpin-pemimpinnya habis-habisan...seolah-olah tidak ada sekelumit yg baik. Ribuan persen busuk.Macam telur tembelang.

Ini bezanya Sdr Remegold dgn mereka.

Anonymous said...

Rem
Buat semua Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.
Merujok harga minyak yang melemah, boleh kita jalan dan mengunjung jauh jauh tahun ini di hari hari lebaran. Tetapi ekonomi Amerika mungkin mengalami stagnation tuan. Yang tidak menyenangkan, inflasi mungkin tetap meningkat. Kalau kita pandang banjir dan bencana api yang terjadi.... makanan bjiran akan berkurangan dan harga hasil tanaman akan naik melambung kehadapan. Yeo buat portfolio anda ... jual minyak beli soya tak?

remgold said...

JohorMali,
kamu panggil saya katak dan kura-kura. kesian aku. tapi tepatlah tu. anaconda pun dua alam bro, jgn sampai kena ngap! hehe.

kerap apabila saya bual dgn rakan-rakan mereka confuse sebab saya kadang-kadang defend msia sebagai 'my country', tapi kadang-kadang spore.
atau bila saya kata saya nampak sesuatu 'near my home' orang pun confuse - dekat rumah kamu di kl atau spore?
di pejabat saya dianggap mamat msia yg tinggal di kl, datang ke spore cari makan.
'reme is always asking to go back to kl'.

sebab jadi gini ialah isteri dan anak pompuan mahu terus menetap di kl (dah 15thn di kl; kami kini PR). anak pompuan saya belajar di uni privet di kl (walaupun jika nak masuk uni di spore boleh).
anak jantan saya belajar dari kecik hingga masuk uni privet di kl, tapi tak habis sebab kena panggil masuk national service spore.

kepada kedua anak - terpulang nak menetap/kerja di kl, spore, new york, qatar, johor, zimbabwe.

seperti ibubapa lain kita hanya boleh warning: jgn menipu orang, jgn ambil dadah, jgn berhutang (selain beli rumah dan kereta yg mampu), naik plane jgn bawa benda orang lain walau kawan jika tak dibuka dan periksa, cuba jadi umat m yg bekerja kuat agar orang hormat bangsa dan agama kita. kalau kamu menipu orang dan kena tangkap polis, bapak tak boleh tolong.

yg paling important: tak jadi kaya tak apa, anak. tapi jgn nanti bapak dah retire, kamu datang minta-minta duit. jadilah manusia yg financially independent walau kerja sapu sampah asal tak menipu orang lain; setahun sekali kamu hadiahkan bapak tua kamu anggur atau mango pun ok ler.

mereka dah dengar lecture saya ni dari kecik, agaknya dah pekakkan telinga! hahaha.
tapi kalau mereka kaya, saya nak ladang anggur kat france dan ladang mango kat pakistan, kot. nak buat halal champagne dan jual mango kat keramat dan toa payoh.

mujur emak mereka pandai drill - results matematik dan sains mereka berdua bagus betul. saya pernah intip buku sekolah 'o' dan 'a' levels maths dan science mereka, tak faham apa yg mereka belajar! terror anak bapak.

tugas saya ialah mengajar mereka english, history, geography dulu. ajar english ni saya mengelat - belikan story books english banyak-banyak!


Non-partisan,
mujur tuan masuk bab partisan kpd negara ni. memang nak jadi topik blog saya selepas ini. sedang kumpul bahan....

Timur Tengah said...

Bro. Selamat Berbuka @ Keramat. My reply;

1. Tak de blog - sabit tak de 'seru' nak bukak blog. Setakat ni 'seru' menceceh aje kat blog Bro.
2. Jam-puasa buka. Sekarang ni Bro dengan lain2 tengah berbuka @ 7.30 pm, saya masih berpuasa @ 2.30 pm. Berbuka insyALLAH @ 6.15 pm, lagi 3 jam 45 min. Siang 14 jam, malam 10 jam. Bulan lepas subuh pukul 3.25 pagi.
3. Baru balik office, GCC bulan Ramadhan, kerja setengah hari - undang2 negara.
4. Pak Arab buat masa Ramadhan - shopping kat kedai dengan mengaji kat masjid.
5. FT Imam dgn muazin - Hafiz dgn Imam Qatar ada tapi tak ramai kot... Yang ramai FT Imam dgn FT Muazin, sebab local sikit sekitar 350K (21%) aje vs 1.7 Million population. 80% expatriate cari makan macam saya. Negara reserve gas banyak, tahan 200-300 tahun. Reserve minyak pun banyak sampai kena tahan prod. dek quota OPEC. Masjid banyak, orang nak guna masjid pun banyak, jadi itu yang ambik FT Imam dengan FT Muazin. Menolong sesama umat M. Tengok suratkhabar dia, dia orang tengah shopping spree beli asset2 di luar negara i.e. Harrods, Chelsea Barracks, etc. Pavilion kat KL dia orang punya. Itu yang Lee Kuan Yew sanggup datang Qatar pergi sand-dunes untuk cari peluang investment.

Salam - Doha, State of Qatar

remgold said...

tuan al qatari,
1) subuh 3.25pg. alamak. pukul berapa masuk kerja bro?
ini macam kat jakarta. 5pagi dah subuh. lepas solat kena tidor balik.

2) rakyat qatar hanya 350K (21%) vs 1.7 Million population. 80% expatriate cari makan. wooi. ramainya FT anda. tapi negara yg banyak pekerja asing - termasuk spore dan msia - yg jadi problem ialah rakyat tempatan jadi malas. nak cuci toilet, buat construction rumah, drebar, tukang masak semua suruh orang luar buat.

3) tapi saya puji qatar ni sebab sovereign wealth fundnya active. raja gemuknya tu bagus - pandai dah beli harrods di london dan pavilion di kl.
eh! tentang projek chelsea barracks ni saya baru dengar. terima kasih banyak! wow. pandai depa dah beli.
dan beliau menunjukkan bahawa umat m boleh start tv news station yg berjaya dan banyak untung $$ - al jazeera.

Anonymous said...

Rem

restoren klasik jual mertabak spore tu ada kat petronas AU2 keramat - depan mahkamah syariah.

Yang bestnya, Murtabak Singapore ni buat oleh Budak Acheh, Indonesia dan di jual pulak kat Keramat, Malaysia.

Ini betul satu rumpun nusantara.

Tapi semalam ana pergi sana, tak ada jual lah. Pasal itu budak balik kampung dia kat Acheh.

Tapi puasa tetap ana teruskan jua.

remgold said...

Anon 02:11,
aish kacau. nanti bila budak aceh tu balik kl, anta letak komen dlm blog sini ya.
jika ana tak ada di kl boleh suruh isteri beli, kasi mereka try di kl.

dulu kerap makan kat kawasan tu (dan gunting rambut kat kedai hujung), tapi sejak ada carrefour wangsa maju dan kawasan sekitaran, jusco setiawangsa, wangsawalk wangsa maju dah bertahun tak ke sana.
kasihan kedai-kedai kecil semua kena baham mall besar-besar. seperti solat, orang nak yg ada aircon bila shopping.