Saya baca cerita ni pun seram sejuk dah.
Baru dua hari lalu cerita menyanyat hati di Manila apabila lapan pelancong Hong Kong terbunuh akibat komando SWAT yang bahalol.
Di Chile, pelombong terperangkap 600m di bawah tanah. Seramai 33 orang dijumpai masih hidup - dalam gelap. Dalam lombong emas dan copper.
Mereka tak boleh keluar. Yang baru dimasukkan dari atas ialah paip kecil. Ada kamera, masukkan pil glucose.
Akan dikorek lubang besar lagi, dan mereka akan ditarik keluar satu-satu, jika boleh. Proses nak keluarkan mereka akan ambil masa empat bulan!
Sementara itu mereka disuruh kuruskan badan.
Aduhai.
Begitulah saudara dan puan. Orang cari makan.
Tentunya kita bersyukur kerja kita lebih senang. Dapat jumpa keluarga tiap hari.
Ngeri untuk mereka yang di bawah tu.
Dan ngeri untuk keluarga di atas. Boleh jadi gila beb.
Cerita di sini, sini dan sini.
Facebook di sini.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago




7 comments:
Ni motivasi yang baik untuk survival hidup.
Saya ingat dulu ada cerita ahli sukan yang terperangkapm dalam ribut salji, jadi tepaksa makan daging kawan mereka sendiri. Ngeri saya bayangkan, tapi itulah survival hidup.
Sekarang mangsa terselamat tu sudah jadi selebriti, kisah dia makan daging kawan dia jadi tumpuan. Dia pernah datang malaysia tahun lalu.
I heard this news some 2 weeks ago then it faded away.
When the miners news becomes BIG news since yesterday, the whole wide world is praying for them.
Anon@1639,
Just add "my brain is at" before your last two words!
Adakah orang melayu akan terperangkap dengan kata kata Tun Mahathir"melayu perlu bersatu atau hilang kuasa politik".
Bersatu dibawah payung umno?
Dikala sudah ramai orang melayu mula menjauhkan diri dan tidak mempercayai parti umno lagi.
ha ha pru 13 ada jawapannya...
Anon 16:39,
saya dah delete komen anda.
maaf brader (atau sistah). saya jarang delete komen orang walau anda marah apa pun.
tapi saya khuatir dgn komen anda kerana anda buat tuduhan yg boleh menarik saman dari yg dituduh.
saya fahamlah anda marah. tapi jika tak ada bukti susah saya nanti.
lagi satu perkara - mungkin saya akan tulis isu ini di masa depan. isu rakyat yg marah betul dgn kerajaan sesebuah negara (bukan msia saja), sebab corruption dan seterusnya. lalu menghalau mereka keluar dari parlimen.
be careful what u wished for, kata omputeh.
saya lihat pm jepun hatoyama yg dulu menghalau LDP dah jatuh (hanya selepas 9bulan)! penggantinya pm kan, pun tak tahu bertahan ke tidak ni.
di maldives, presiden baru mohamed nasheed yang menghalau prez lama dari parti lain kini goyang. baru setahun. mungkin jatuh tak lama lagi.
dah lihat saja presiden aquino di filipina tu. baru dua bulan, sebab kes pelancong hk, dah goyang teruk, sebab inexperienced dlm ehwal jaga negara ni.
saya bukan penyokong umno atau pas, bn atau pakatan. cuma tumpang khuatir jika dihalau yg satu, pengganti bagus ke tidak.
kalau tanya saya, saya lebih suka coalition govt yg menstabilkan negara macam di indonesia, uk dan israel.
tapi saya tak pandai komen isu ini, sebab datang dari negara satu parti saja!
Pasal emas ni ramai sanggup gadai kan nyawa i.e. Lubuk Mandi, hutan Mersing. Dulu kat Raub, Pahang ada lombong syaf untuk melombong emas. Bertingkat-tingkat, syarikat Raub Australian Gold Mining terpaksa tutup di tahun 60-an akibat bayaran gantirugi kepada keluarga puluhan pelombong2 yang terkorban lemas apabila pam air gagal berfungsi.
Dari cerita lombong emas, Bro Reme kita melompat ke cerita politik gara-gara komen orang yang marah. Bulan puasa ni kena banyak bersabar. Saya tulis ni kat Airport Doha, cuti Eid 4 minggu, ya be da be du, seronok cuti boleh lama, budaya summer leave kata omputeh. Kat Malaysia tanah air ku tercinta jangan harap nak dapat cuti lebih 2 minggu kecuali KAHWIN.
Salam - Doha, State of Qatar
timur tengah,
selamat pulang ke tanah air yang banyak tanah dan banyak air (bukan macam spore).
syioknya cuti lama....
anda orang kl-selangor ke?
seminggu sebelum raya saya akan berada di kl lagi utk beberapa hari.
Post a Comment