Friday, 6 August 2010

Wang haji rakyat Indonesia pun dicuri! - laporan

Kadang-kadang kita baca laporan, hati terbakar, kepala hangus.
Ini salah satu daripadanya.
Duit haji orang Indonesia kena songlap. Sehingga seorang menteri pun dah kena tangkap. Pegawai-pegawai banyak terlibat.
Beginilah jika corruption tak dibendung, merebak ke mana-mana.

Malaysia jangan tertawakan mereka. Saya ada rakan buat kontrak dengan sebuah badan haji di Malaysia, lama dulu. Ada cerita sama, walaupun kecil, tapi malu apabila depa beritahu saya. Sungguh sedih pun ada.
Kontrak depa hanya beberapa ribu ringgit, tapi tak dibayar-bayar. Bila chek diminta, pegawai kata kalau nak chek kena belikan hadiah barang berjenama.
Tapi itu lama dululah, mungkin pegawai tu dah mati kena langgar bas.

Sampai hati mereka buat kerja ni.
Ini wang orang miskin yang bertahun-tahun berjimat.


----------------------------------------------------

TAMBAHAN

Pemain bolasepak Muslim German boleh makan minum sewaktu bulan puasa - fatwa menarik.
Kerana mereka ada kontrak profesional, bukan main bola secara hobi, maka mereka kena perform. Oleh itu dibenarkan makan minum.
Kata Universiti Al Azhar.
Saya pernah tulis di sini - team France, Holland dan Germany ada beberapa mamat M (Itulah Holland masa final tak letak mamat M, kan tak berkat! Hehe)

11 comments:

Anonymous said...

Rem,

dulu aku selalu kena teh tarik dengan golongan ni.

ada sebilangan dari "Pak sheikh" atau "ostad" ni depan jemaah pijak semut pun tak mati, tapi belakang jemaah, tuhan aje yang tahu.

antara yang selalu berlaku :

-bawak lari duit jemaah
-charge extra bayaran dham
-ambil upah haji yang belum tentu
di buat nya ( upah murah gila )
-lepaskan tanggung jawab kat mutawif bila di sana.
-meng"ayat" jemaah perempuan yang masih bujang atau janda muda.


Masalah nya org melayu ni bila jumpa orang yg jual pakej haji atau umrah yang ada janggut sikit, terus di panggilnya ustad lah, haji lah.

Padahal mereka ni cuma ketua rombongan atau wakil pemasaran agen sahaja. Suruh baca Doa Qunut pun silap sila fail.

Lain kali kena check dulu background mereka. Janggut sama hitam, hati lain lain.

Tapi tak semua mereka macam ni.

Haji papan dam said...

Anon 12:36
Nak tahu juga - saja nak buat contoh.
kena musibah tak malaon2 ni?

alunbm said...

Begitulah adanya apabila tidak ada sifat mulia dalam diri.
Sudah hilang rasa malu dan rasa bersalah untuk menyonglap duit orang apabila amanah diengkari.
kehendak nafsu dan bisikan setan dituruti akibat iman yang nipis
senipis kulit bawang.

Ummie said...

It's more heart-wrenching sitting with them, see how they struggle to survive & hear their story first hand.

Timur Tengah said...

Bro Reme, orang M'sia tak tertawa kan mereka (Org Indonesia), sebab orang M'sia dah puas kena tipu hidup2.

Lembaga Tabung Haji (LTH) pernah membayar RM436.38 juta untuk 2 bangunan di KL, iaitu RM168.46 juta lebih tinggi dari harga penilaian oleh jurunilai bertauliah yang dilantik oleh Jabatan Penilaian & Hartanah, Kementerian Kewangan. Sudahlah duit kena tipu (bayar lebih), keluasan bersih bangunan pun kena tipu juga. Dalam S&P Agreement kata 546,000 kaki persegi, hakikatnya cuma 372,289 kaki persegi. Umpama beli kain besar, rupa-rupa kecik senteng.

Cuba google TH Selborn dgn TH Perdana.Lihat laporan Ketua Audit Negara untuk Badan Berkanun Persekutuan 2003.

Salam - Doha, State of Qatar

remgold said...

Ummie,
ouch.
Timur Tengah,
ouch ouch.

Timur Tengah said...

Bro Reme, mintak izin tumpang sisipan tambahan - pasal NeWater - kat M'sia 2-3 tahun lepas saya minum reverse osmosis water jenama RO kalau tak silap. Cost me about RM12 per dozen (1.5 Liters x 12). Sini minum mineral water (ada jenama Rayyan, Safa, etc), cost me about RM11.70 (QR13) per dozen (1.5 Liters x 12). Nampak macam kos nya sama. TIDAK.

Kat M'sia ada beza tambahan hampir seringgit(RM1) antara reverse osmosis water dengan mineral water (macam jenama spritzer) bagi setiap 1.5 Liters punya bottle. BTW mineral water di Malaysia lagi mahal. So kalau banding banding "apple to apple" harga mineral water kat Qatar dengan mineral water kat M'sia, jauh murahnya harga mineral water kat Qatar (= sama harga reverse osmosis water kat Malaysia). Kata orang kelantan "pelik ke" harga air mineral minum kat negeri pasir berdegung lagi jauh murah dari harga air mineral minum kat Malaysia darul hujan darul sungai.

Kalau desalinated water ni jangan cakap lah... kalau macam ramai2 malaysian kat sini (kerja kat GLC) air paip desalinated masuk rumah free, electrical bill pun free.

Desalinated water ni di salurkan ke divider jalan, bulatan jalan, padang istrirehat macam aspire park (anggaran berekar-ekar keluasan padang ditanam dengan rumput saujana mata memandang - tandar kecil kiamat). Semua eqquiped with electronic control system. Tapi AWAS walaupun desalinated water boleh dapat percuma, dinasihati jangan minum sebab chloride content tinggi, penyebab penyakit batu karang. So pakai mandi, basuh kereta, jirus pokok, etc.

Harga atas harga 1.5 Liters punya botol, kalau beli barrel (5 US Gallon) jatuh separuh dalam RM0.30

Tapi harga ayam, daging, gula.., memang mahal banding M'sia.

Salam - Doha, State of Qatar (Balik nak buka kilang air mineral, margin untung tinggi lol).

Ummie said...

During 2001 haj, TH jema'ah were surprised that we pay around S$9,000/person (2/room) to stay in Hilton.
They said to have pay RM45,000 (4/room) and RM54,000 (2/room) then.

Anonymous said...

apa nak herannya Rem, saya rasa orang yang dikatakan beragama macam musang berbulu ayam nilah golongan yang perlu kita berhati-hati.

Kat Malaysia ni kita pernah mengagungkan seorang pemimpin Islam yang dikatakan warak,imamkan orang, bersih, muka ada nur dsb, rupanya penyamun tarbus..

apa dah jadi kat Kohilal, melabur kerana Islam , last-last lebur.. boleh percaya ke mereka melabur dalam perniagaan burung unta?

Kucing Itam said...

Pergi ke bengkel tiap2 hari tak menjadikan anda sebuah kereta sport.

Samalah kerja turun naik bangunan Tabung Haji tiap2 hari tak menjadikan anda malaikat.

Kalau kaki kapur diletak jadi penjaga amanah, sah2 dia kapur. Dia bukan kisah duit tu orang nak buat apa.

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold,

If you have the time, please do drop by to read the poem The Hand - a small offering inspired by people like you, Pakcik of Al-Manar and others.

www.poemsbyninotaziz.blogspot.com

Salam.