Semasa kita 'perang saudara' baru-baru ini, heehee syiok, ada penjenguk blog ini yang hentam Singapork Darul NEWater degan komen ini:
Anonymous,
"betul..memang betul melayu temasik hebat.
melayu tanah melayu memang tak sehebat melayu temasik.hehehe nasib baik la ada kerajaan melayu di johor supply air 3 sen/gelen kat lu orang.
kalau tak bertayamum la kau orang nak solat setiap hari.
ke dah start wuduk guna NEWater?"
Saya tak jawab masa tu sebab lagi tembak menembak banyak isu lain.
Dan kerana isu air ni, saya dah komen beberapa kali. Dah ada siri three-parter lagi. Part 1, Part 2, Part 3.
Bukan saya nak start perang saudara ni lagi. Cuma dalam hati saya: Aish, sayang, orang di Malaysia lihat isu NEWater ni sebagai bahan tertawa, seperti saya juga dulu apabila pemerintah Singapork baru start buat benda ni.
Rupa-rupanya, air ini kerana telah diproses, lebih bersih dari air yang biasa kita minum. Walaupun tentu kita geli juga atas dasar psikologi.
Baca Part 2 dalam cerita saya dulu dan lihat Fatwa tentang 'air baru' ini. Memang boleh wuduk dengan air ini kerana ia 100 peratus bersih dan tawar tak ada rasa.
Tidak seperti air desalinated water di hotel di Makkah dan Madinah, yang ada rasa air laut.
Singapork ada empat 'paip air' kini:
1) Air Johor
2) Air kolam, reservoir, termasuk yang paling baru dari Marina Barrage (gi Google)
3) pensulingan air - desalinated water.
4) NEWater - air kumbahan. Air jamban, cakap mudah, yang dibersihkan 100 peratus.
Jika kamu ke sini, 5 peratus daripada air paip yang keluar di bilik hotel kamu ialah NEWater. Lain kali kamu datang ke Singapork, baik bawa air sendiri satu truck!
Aiyoh tak tahu!
Teknologi air ini ialah sesuatu yang mudah ditertawakan orang. Tapi sayang, saudara, jika kerana nak hentam orang, kita lupa kebaikan besarnya.
Semasa tsunami di Sumatra dulu, orang Muslim kat sana nak mati kerana tak cukup air. Kena bawa kapal terbang bawa bertan-tan air botol dan air mineral.
Dalam kesibukan itu hanya akhbar Singapore, akhbar saya, yang melaporkan bahawa tentera Singapore - tentera asing pertama yang masuk ke Aceh nak bantu Umat M - selain tolong angkat mayat, juga membawa mesin memproses air (nanti saya kena cari kat Archive di pejabat = BARU: Dah jumpa. Baca * di bawah).
Mereka letak mesin besar tu di tepi sungai di Aceh yang tercemar - ada bangkai manusia dan binatang - air diproses, boleh digunakan. Kalau tak mahu minum, sekurang-kurangnya buat wuduk, mandi, cuci baju, bersihkan lantai rumah.
Semasa saya buat liputan gempa di Sumatra Barat/Padang tahun lalu, ada kumpulan tentera pasang mesin serupa di tepi laut di kota Padang (Australia? Dutch? dah lupa). Berebut orang ke sana nak mandi! Atau buat minum.
Masa tu tidak ada yang jadikan bahan jenaka. Mereka berbaris nak minta air dari 'orang kapir' yang bawa teknologi nak selamatkan keluarga mereka.
Jadi saya rasa silap jika terus nak dismiss dan tertawakan teknologi air ini.
Kamu Google - water shortage in the future dan wars over water in the future. Banyak artikel telah ditulis dalam majalah dan akhbar besar tentang isu ini.
Di masa depan, akan berperang manusia kerana berebut air - di Israel mereka curi air bawah tanah Palestin!
Saya kerap baca di India dan Indonesia (sebahagian dari kerja harian saya), air bawah tanah dah nak habis sebab banyak sangat kita sedut dan gali perigi.
Harapan saya ialah Malaysia juga cepat-cepat hidupkan teknologi air ini, boleh bantu Umat M di masa depan.
Di Singapork, mereka tak mahu kata - tapi dalam beberapa tahun lagi, kerana ada 'paip air 2), 3) dan 4), mereka tak takut lagi jika paip 1) ditutup kerana masa depan tu, air sungai Johor dah terlalu kotor, misalnya.
Ini bukan cakap bongkak, tapi kekhuatiran saya tentang negara tumpangan.
Banyak sumber asal tapi kurang dijaga dengan baik. Tak pandai nak negotiate, kena main-main dengan orang.
Bab 2 nanti - syarikat air Hyflux Singapore. Kini berkembang masuk pasaran Middle East dan China!
------------------------------------------
* TENTERA SINGAPORE PROSES AIR MINUMAN
Air laut rupanya, bukan air sungai. Tapi tetap kotor sebab baru tsunami dan puluhan ribu orang mati kat laut.
Ceritanya di sini - kena scroll ke bawah sampai ke Jan 7, 2005.
Tak tahu kenapa mamat blogger asing ni post cerita-cerita Singapore dan tenteranya membantu tsunami di Aceh. Tentu akhbar Malaysia banyak cerita tentang bantuan yang diberi oleh negara pada masa itu di Aceh.
Mesin tu bukan buatan Singapura rasanya, tapi mesin pakai enjib Mercedes. Dan proses pembersihan air sama seperti proses NEWater.
Teknologi apa pun, saya tabik.
Sebab boleh digunakan memperbaiki diri, membantu orang lain, jadi kaya jika dijual, mahupun mengalahkan musuh.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



16 comments:
Salam,
orang kita ni cepat panas dan terbakar tu pasal bila ajak berdemo yang penuh adalah umat m dan sampai baring tengah jalan, mana ada yang mata sepet dia org sibuk cari duit, serupa juga pasal skim cepat kaya yang kene tipu umat m jugalah. Bila bab israel sama juga ada melolong melalak tapi lepas tu pergi menta maaf, pada saya israel tu tak dibina dengan doa semata-mata tak macam negeri yang digelar serambi mekah, kita disuruh bersederhana dalam hidup ini ya betul sudahnya kita jadi lemah dalam semua benda, maka jadi le hidup biasa-biasa saja. hidup didunia ni hendaklah diberi keutamaan juga, ilmu,kekayaan, kebahagian adalah sebahagia daripada tuntutan.
bakar bro bakar...agar kita bangun dan berlari
Elok la spore ada teknologi air macam tu punya canggih. tak payah nak buli jiran dia lagi.
lepas ni boleh pulak keluarkan teknologi cipta pasir laut artificial. Tak payah le kena seludup pasir dari Vietnam.
Kalau tak cukup juga tanah, boleh buat kampung air berteknolgi tinggi.
Beb,
pepatah Melayu :
mendengar guruh di langit, air di tempayan di buang jangan.
Lagi satu pepatah :
habis madu, sepah di buang.
dulu masa tak ada teknologi ni,
air Johor jugak yang lu harapkan. walaupun beli murah, tapi jual balik mahal.
Jangan lupa diri cukup lah beb. Kena "Kun Fayakun" nanti...
So the prophecies will come true.
Manusia berperang kerana air. Bukan tanah dan minyak lagi. Bezanya berapa jauh dengan zaman sekarang. Bersambung.....
Op,
Tak apalah, biar mereka ketawa. Kita sendiri tahu cukuplah. Bila air tak cukup nanti, tenguklah apa akan mereka buat.
Beli air process mahal konon. Kalau begitu mahal, tak akan nak minta lebih banyak daripada yang di setujui dahulu.
Lebih baik kita bedikari daripada orang muda dan sihat yang perlukan tongkat.
Warga Baru
Braders and bradees,
eeks, jangan perang saudara lagi.
harap maklum 'Elok lah tu' dan 'Anon 13:15'.
Yang saya buka cerita ini sebenarnya ialah tentang penggunaan teknologi air yg perlu dipelajari Umat M.
khuatir saya banyak negara umat di timur tengah tak ada teknologi air nanti kena permain musuh.
khuatir saya negara umat di sini (msia dan indonesia) tak ada teknologi bersihkan air nanti dicontrol musuh.
baca:
1) http://waroverwater.com/Page_content02.asp?ID=956004223
2) http://news.bbc.co.uk/hi/english/static/in_depth/world/2000/world_water_crisis/default.stm
3)
http://www.newstatesman.com/environment/2010/03/water-cyprus-pakistan-yemen
gerun beb:
Should we fail to resolve our water problems, people will begin moving in great waves from country to country, searching for the one commodity that is vital for life.
Rem,
Macam biasa, umat M ni dah dibiasakan utk mengkondem.
Bila suruh buat, tak reti.
M yg berjaya hidup dan berjaya di negara org --- macam Dato Shake mmg sikit.
Itupun kalau dah berjaya, tak mau balik lagi dah. Sebab bila masuk kandang kambing, akhirnya bau busuk sekali.
OK la Rem. Asal kita jangan jadi macam pak arab sudah la. Menang sorak, kampung tergadai.
BTW Mug Belang orang Msia dah biasa mengondem orang lain sebab kami disini sebagai manusia dibenarkan berbuat begitu tetapi kalau boleh secara yang rasional lah.
No comment bab ni PED, sebab setahu saya, kat Malaysia sekarang ni, ramai yang terpaksa beli penapis air @ NEWater kat rumah. Air memang ada, tapi banyak yang tak berapa bagus sebab berkarat dan berbagai sebab lain. Cuma bezanya penapis ni tak sedetail NEWater kat Singapore, kalau tak guna, biasanya orang yang pernah sakit buah pinggang, walaupun sembuh, penyakit tu naik balik, akibat dari air yang tak berapa bersih. Kat kampung di Parit Buntar saya ada jumpa seorang, hari-hari beli air RO kat kedai, untuk minum dan masak sahaja. Dia dah sembuh sekali dan naik balik sakit dia, mujur doktor kesan awal jadi bagi ubat sembuh balik. Advise doktor, beli air yang dah ditapis atau pasang penapis sendiri. Ini kira NEWater gak la, tapi versi kuno. Hehehe... jangan gelakkan teknologi, lambat laun kita guna juga.
Kena tengok dulu mesin air yang jual kat kaki lima tu...
Hari tu dah keluar dalam paper isu mesin air ni.
Ada yg tak pernah buat maintainance lepas install, last sekali serupa juga air paip kat rumah.
Baik pakai filter yang bagus je kat rumah. Tu lah bahana nya bila depa dok korek pasir sungai untuk jual kat Singapore.
Nak kasi feedback pun jadi takut baca komen2 diatas.
En Rem,
Dua blog berturut turut sdra telah mendedahkan tentang sikap semula jadi manusia yang mudah lihat nano kuman seberang laut (tambak?) tapi taik gigi dalam mulut sendiri tak perasan. ( It goes both way ok bro?)
Cerita one upmanship ni ada dimana mana.
Contoh, Melayu Muar selalu fikir tempat dia orang is the center of the universe. Melayu Johor Dari daerah JB. Kota, Pontian, atau BP kekadang naik meluat pulak. MB asyik asyik dari Muwor.
Adapun isu balun membalun antara Melayu Msia/ Spura tidak lah membawa kepada perasaan kebencian . Tapi apa yang saya gusar sangat adalah generasi Melayu Msia/Spura 20-30 tahun akan datang. Cucu sedara saya diTemasik cakap orang puteh berabuk. Cucu sedara belah sini pulak masih kemelayuan. Adakah satu hari nanti kedua cucu akan anggap mereka adalah dari berlainan species dan bukan dari satu rumpun?
btol jugak kata doug stanhope nih... patriotisma menimbulkan permusuhan.
Thanks for best news!
Hai, apa boleh buat.
Masih ramai yang befikir, Biar hujan emas dinegeri orang lain, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.
Yang lain pulak, Biar mati anak, jangan mati adat.
Saudara Op Ed,
Alhamdulillah kecanggihan teknologi air di Singapura begitu tinggi. Tahniahlah dan sepatutnya Malaysia menirunya.
Saya bersyukur, Singapura mempunyai sumber mencari air yang banyak dan hebat! Saya rasa kerajaan Singapura patut meminta kerajaan Malaysia menutup paip air 1,2,3 atau 4 (mana satu saluran dari Malaysia? Saya lupalah!) supaya Malaysia dapat menjimat air untuk menghadapai krisis air pada masa hadapan.
Malaysia ini memang terlalu baik hatilah!. Orang yang sudah tidak perlukan air kita, kita masih hendak 'supply' lagi dengan harga yang amat murah pulak. Hidung tidak mancung, pipi tersurung-surung!
Sungguhpun begitu hujah saudara mengenai kehebatan air 'recycle' anda, saya tetap berpendapat yang asli ciptaan Allah swt adalah yang terbaik! Kecacatan yang asli akibat pencemaran bukan atas dasar sifat asalnya!
Tahniah juga anda adalah warga negara Singapura yang taat dan cintakan negaranya. Sentiasa ada alasan logik untuk mempertahankannya dari 'serangan' luar!. Alangkah baiknya kalau ramai rakyat Malaysia mempunyai sifat anda terhadap negaranya!
Warga Setia Malaysia
Post a Comment