Ini cerita benar yang jelas menunjukkan kenapa yg kaya terus kaya, yg rakyat biasa terus sangkut di bawah. Kesian kita.
Hanya beberapa tahun lalu, saham syarikat Hyflux hendak disenaraikan di bursa Singapore, SGX. Harga IPO (initial public offering) ialah S$1.
Saya pun pikir (angan Mat Jenin): Whoa, ini saham melibatkan industri air. Pasti boom sebab manusia dalam dunia makin ramai, dan nak minum air botol dan siram pokok dan sejukkan elektronik chips dalam factory. Semua menggunakan air.
Dan syarikat Hyflux ini ada Temasek Holdings, state investment arm macam Khazanah, sebagai shareholder.
Satu lot - 1,000 saham - harganya S$1,000.
Tapi pikir punya pikir - nak cari duit kat mana kerana saya nak beli lima lot. Lalu tertinggal bas. IPO tutup.
Kini, harga saham itu ialah S$3.30.
Maknanya jika dulu beli satu lot pun, dengan harga S$1,000, sekarang dah boleh jual dengan harga S$3,300, untung S$2,300.
Kalau ada duit dulu dan beli 5 lot, untung $2,300 x 5 = $11,500.
Jika saya orang kaya dan beli 10 lot, untung $23,000.
Dan seterusnya.
Apa pun, menarik cerita syarikat air ini. Katanya ia bermula apabila omputeh foundernya lihat mesin aircon di rumah. Lalu terfikir: macam mana air boleh diterbitkan berlambak-lambak ‘dari angin’ yang hendak disejukkan oleh mesin aircon ini?
Depa pun buat experiment nak buat mesin ‘air ajaib’ - dari angin jadi air.
Lalu bertambah besarlah syarikat ini.
Dua hari lalu, Hyflux buat announcement nak melabur projek air di China dgn partner dari Jepun, Mitsui.
Pada tahun 2008, Hyflux menang tender nak membuat desalination plant menggunakan reverse osmosis yang terbesar di dunia (gambar) - air laut disedut, difilter, dibunuh bakteria, lalu boleh diminum! Projek di negara Algeria - siap tahun depan (GAMBAR).
Hyflux juga telah membina projek desalination plant terbesar di China. Dan plant pertama tukar air laut jadi air paip di Singapork.
Jadi seperti saya di Makkah dan Madinah, orang Temasek dah wuduk pun dengan air dari laut.
Tapi di pulau kecik ni, ditambah lagi (aiks) - ada juga air NeWater yang digunakan untuk berwuduk. Semua keluar dari paip yang sama - air Johor, air kolam, air laut, air NEWater.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




4 comments:
Rem
Saya tabik la dengan idea Hyflux ni.
Tapi saya nak cerita kesah benar tentang Newater dan org Islam di Spore.
Begini, saya ke Spore atasan urusan bisnes denagn seorang rakan Cina Melaka. Waktu makan tengahari, kami singgah di food court dekat area Orchard.
Baru nak mula makan, rakan cina saya tegur. "Kau nampak apa geng melayu meja sebelah tu makan ?"
Saya toleh sedikit dan terus sambung makan sambil jawab "Daging kambing agaknya."
"Bukan" jawab kawan saya tu. "Habis daging rusa ke" tanya saya.
" khinzir" jawap kawan saya dengan penuh tegas. "Mana kau tau. kan dia tu Islam, merepek la kau." bangkang saya dengan penuh yakin.
Di jawab balik kawan saya "aku kan selalu makan khinzir...
Seorang ajk Masjid An-Nur, beberapa hari sebelum beliau meninggal kurang dari 10 tahun dulu, berkongsi cerita yg tak pernah saya atau staff yg lain dengar.
Dia berdiri di rostrum:
(lebih kurang) "Mat Jenin adalah seorang yg berjaya. Rumah dia besar diMuar, tak jauh dari rumah saya.
Bila orang putih datang dan tak mau Melayu lain berjaya, maka diputar belitkanlah cerita..."
Pak Haji ini adalah orang yg tak banyak cakap & dengan perkongsian itu, dia rasa apa yg dipendam sudah pun diluahkan.
Saya hormat & segan dengannya.
Anon 01:16,
aiks, dari cerita air ke cerita khinzir?
saya kurang pasti kenapa anda terkejut jika ada melayu makan daging khinzir di spore (saya anggap ini betullah cerita rakan anda).
saya ada beberapa rakan melayu di kl, warga msia, yg dah murtad. yg anti-islam habis, menghina quran pun ada. nak tahu melayu msia yg gi gereja pun saya boleh tunjuk. itu di negara msia.
ada pula yg kuat togok dan anaknya pun togok depan khalayak ramai tanpa segan silu. jadi ahli politik terkenal lagi, you. ada dlm pembangkang, dan ada juga yg dalam parti memerintah. itu di kl darul jakim. bukan di singapork.
maksudnya takkanlah sebab semeja budak2 melayu makan babi, maka kamu nak condemn orang melayu satu spore? kadang2 penat saya tulis cerita2 yg saya harap dapat naikkan semangat bersama, bagi idea bersama, fikirkan nak majukan umat m bersama, tapi ada orang nak juga masuk bab serang-menyerang ni.
nak tahu tentang cerita orang melayu spore? pun dah saya tulis. kat tepi blog saya ada search box google. sila taip 'malays' dan 'singapore'. atau tambah juga 'islam'.
nak tahu melayu spore pandai, bodoh, miskin, ada saya tulis.
yg saya belum tulis ialah melayu murtad di spore sebab bab ini terlalu sensitif dan spore govt akan terus 'ngap' blog ini. sebabnya ialah ia satu isu yg begitu emotif.
melayu masuk kristian!? wah semua mengamuk. walhal mamat tu tak pernah pun belajar agama, solat bertahun2, tak ada orang kisah pun.
lagipun tak ada statistik jika kamu nak tahu ramai ke anak melayu yg murtad, kuat togok, hina islam, makan khinzir dan seterusnya.
tapi saya cerita sikit, lepas tu kamu boleh celah lagi: pada saya pegangan agama orang islam di spore lebih kuat drpd di msia, jika kita include environmental factors. maksudnya walaupun minoriti lemah dan 'ngok, melayu spore ni lebih banyak yg, ahem, beriman drpd yg saya lihat di kl (bukan msia, cuma di kl saja). kerana kami minoriti maka sifat nak pertahan agama lebih kuat. ini pun takde statistik cuma cakap ikut emosi.
apabila saya masuk kl tahun 1994-96 (tiga tahun pertama), mak oi, terkejut aku. bila melayu msia atasan ni kata 'let's meet up for drinks', rupa2nya kena tanya dulu - errr brader, drinks apa? teh tarik atau vodka? pepsi atau merlot? 7up atau shiraz?
baik orang politik msia atau orang finance melayu atasan, ramai yg togok bro. mana aku tahu! aku ni orang bodoh dari spore.
sungguh, saya tak marah mereka togok, kerana itu cara masing2. saya wartawan nak cari berita, bukan ulama. tapi terkejut ler mamat spork miskin ni.
dan saya lihat kiri kanan, surau banyak kat msia, tapi yg masuk solat dibandingkan dgn jumlah melayu kl yg simpang-siur di mall dan pejabat, sikit saja.
sekali lagi, pada wartawan seperti saya, saya tak ambil pusing.
cuma pada saya ada big gap antara laungan kuat jakim dan jais dan orang yg mahu mempraktikkan apa yg orang spore panggil 'agama' di peringkat bawahan.
utk rakan2 saya yg m'minum' yg baca ini: bros, donch worry. u can still go ahead in front of me. it is not my intention to judge u. i am not mr muslim from syurga myself.
Ummie,
wadoi maam, dalam maknanya cerita ente.
Some years ago story - My Husband was surprised to see his old neighbour in An-Nur mosque's library knowingly the father used (not sure now) to be the owner of a pawnshop in Jln Ah Fook.
He's a gyne, has his own clinic in JB, but spend his spare time in Singapore mosques - learning more about universal Islam.
Post a Comment