SYIOK DENGAN FIREFLY
Saya tiba di KL pagi tadi naik Firefly. Nak santai beberapa hari sebelum pulang ke Singapore utk Raya nanti.
Tadi setelah check-in dengan Firefly di Budget Terminal (BT) Changi, ada seorang wanita syarikat itu minta feedback dari saya. Beliau tanya empat (lima?) soalan saja.
Painless.
Sebab tak sampai seminit pun dah habis beri feedback - semua gunakan gambar.
How satisfied are you with the check-in speed?
Was the counter staff smiling?
Dan dua-tiga lagi soalan.
Saya cuma kena tunjuk gambar orang senyum atau gambar orang masam muka - Not satisfied, satisfied, dan sebagainya.
Dan banyak kali naik Firefly di BT, saya nampak wanita tudung ini (atau mungkin staff lain; pak chic tak pakai glasses, jadi potek) ada duduk lihat operasi penumpang dibawa naik ke pesawat. Kerjanya monitor efficiency.
Syabas MAS dan Firefly!
Syioklah tengok gini.
Sebab saya naik SIA, Jetstar, Tiger atau AirAsia etc tak pernah nampak ada orang buat kerja ni.
Dan Changi ini penting untuk Firefly sebab ia tempat syarikat ini banyak penerbangan, selain lapangan terbang KLIA. Ada Singapore-Ipoh, Singapore-Kuantan. Nak buat Singapore-Melaka tak jadi.
Important for branding.
Cuma problem sikit bila landing tadi - bukan salah Firefly.
Kaunter imigresen di Subang hanya SATU saja dibuka, orang frust. Selepas 10 minit baru ada mamat buka kaunter kedua.
Kata orang belakang saya: 'It must be the fasting month' - Tulah, lu orang buat kerja tak betul, agama aku yang kena maki tak tentu pasal.
Saya kata - 'Maybe cos near Raya many people went on leave. Then again, it is not a good excuse this inefficiency.'
Selalunya ada dua kaunter.
Tapi saya tak komplen, sebab imigresen slow ni berlaku di mana-mana.
DREBAR TEKSI 73 tahun
LEPAS tu naik teksi usang. Drebar pak chic Cainis (ejaan baru Chinese) tua.
Para drebar teksi ialah tempat wartawan dapat feedback cepat mengenai sesuatu tempat.
Saya bual panjang dengannya.
Unkerr Choon dah 73 tahun, isterinya meninggal masa umur 58thn.
Orang Penang anak ada kedai accessory kereta di Penang, tapi beliau terus mahu kerja di KL kerana dah 35 tahun di sini. Semua rakannya di sini. Anak ajak tinggal di Penang, 'tapi saya nak buat apa kat sana? Tak ada knal orang'.
Anak pompuannya satu kawin angmor duduk di Germany; yang lagi 2-3 ekor kerja keliling KL.
Saya yang berbual dengannya pakai cermin mata. Pak chic ni tak pakai pun! Masih tegap dan bawa kereta steady.
'Apa rahsia unkerr?' saya tanya. 'Unkerr tak minum air manis ke?'
Katanya dia gemar minum teh tarik manis, 'mesti yang manis', dan makan tak kisah apa saja.
Tiba di rumah saya, beliau bergegas keluar teksi nak tolong angkat beg di belakang.
Alamak, terror orang tua ni. Teringat arwah bapa saya yang lama dah meninggal sebab beliau suka hisap rokok. Dalam teksi Choon ni tadi tidak ada bau rokok. Itu pasti salah satu rahsianya.
Saya berbisik dalam hati: Aku karang dah 73 tahun, nak-nak pakai wheelchair, kaki dua-dua dah kena potong, mata dah buta, gigi tak ada.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



7 comments:
Rem
kalau awak amal jaga makan, minum dan tidur, insyaallah engine dalam badan boleh tahan lama.
Lagi satu bila pencen jangan duduk termenung kat rumah atau melepak kat kedai mamak dengan geng pencen.
Kalau kat spore tak ada tanah nak kerjakan kebun, jadi lah AJK badan kebajikan supaya minda dan badan terus aktif - kira kena sentiasa sibuk tapi setakat 3-4 jam sehari ok lah. masa yang lain tu buat enjoy zaman pencen.
Sebab tulah Uncle tu tak nak balik penang dan terus bawak teksi sampai tua sebab tak nak tua sebelum waktunya.
PS dulu arwah atuk saya boleh kayuh basikal satu kampung walau pun dah umur 80 tahun. Tak reti nak duduk kat rumah. Pening kepala anak cucu.
Soljar pencen.
Johor
Kerja amal utk ummah di Singapura, tak perlu tunggu bersara, sila kontek
http://www.tunasnadi.org.sg/
Sir Remgold
I don't know why but I was thinking about what you may say about the latest TV3 advert for Hari Raya! It drives me so mad I want to pull my hair out.
Oh how I miss Yasmin Ahmad...
Pensioners are not just waiting to die. They can still contribute something towards the nation.
Besides, those who are inactive will die sooner.
Bro,
Dua contoh manusia yang hidup lama selepas officially pencen 1). Tun Dr. Mahathir 2). Hary Lee. Mungkin org akan counter VVIP mesti ada special doctor jaga. Tapi kalau kita tengok ada juga VVIP kontoi awal i.e. Raja2 Melayu. Pokoknya berterusan aktif selepas bersara. Bro kalau ada rezeki lebih sikit cari tanah kat Johor atau Bintan ulu2 sikit, buat kebun. Ayah saya masa dia pencen tahun 1990 (kerja kuli gomen JKR), pertama dia ke Mekah buat Haji, kedua dia fokus kebun tanah pinggir (buah2an). Tahan aktif sampai sekitar tahun 2005, sabit operate kat lutut, doktor suruh rehat. Bila dah 5-6 bulan tak ke kebun, nak re-start balik dah tak boleh sebab kesihatan terus tak mengizinkan. Sekarang kebun pinggir kena bagi pajak kat org lain sabit anak2 dah ada career masing2. Benda ni saya rasa macam exercise seat-ups, once you stop, your tummy will turn-up to be spare tyre.
Mr Rem,
Just to add, bila doa minta panjang umur,tambahkan dengan murahkan rezki, bagi kesihatan supaya dapat membuat amalan yang baik baik dan jugak bagi otak sentiasa siuman. Kalau panjang umur dan khudrat masih kuat tapi nyanyok, susah semua orang.
ninotaziz,
iklan dah tarik balik .
tak sedap apabila nonton iklan ni di internet.
terima kasih kpd utusan dan blog2 kerana highlight benda ni melalui pembaca.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0906&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm&arc=hive
sejak tak ada yasmin ahmad ni, susah nak dapat iklan yg menyayat hati, baik di raya, chinese new year, divali.
tak apalah, jadi pengajaran utk semua. saya harap jika iklan perayaan lain nanti, tunjukkan secara privet kepada 100 orang atau lebih dulu dari kaum itu, yg tua dan muda, orang kampung dan bandar, agar dapat feedback sebelum ditayangkan.
para pembaca,
terima kasih atas cadangan2 hari tua.
saya lagi nak preparelah nih! nak cari kebun luar bandar kononnya.
cuma masalahnya - mamat dan minah bandar macam kita ni semua nanti kalau terlalu jauh dari bright lights, susah pula hati.
seminggu tak masuk mall ada aircon, tak makan kfc-macdonalds gunakan gigi palsu kita, nanti demam pula!
tapi agak payah juga nak prepare sekarang sebab anak2 masih belajar, belum financially independent.
contoh yg diberi, Dr M dan LKY, mereka terus memandu otak mereka setiap hari, sebab kereta lama, enjin kalau dah stop tak tahu boleh restart atau tidak.
yg saya angan2kan selain berkebun, ialah mengajar students english, history, geography.
dan sebagai hobi utk orang muda atau orang2 tua lain - how to write, how to understand basics of financial markets.
jika orang kata 'the central bank is on a tightening stance', kita dapat faham, dan kita boleh baca annual report maybank - oklah tu.
bak kata cerita p.ramlee agar 'orang tak boleh konon'.
angan2 saya dulu nak retire di kelantan, agar anak2 kampung dapat naik sikit (tak ada kena mengena dgn politik. tak kisah siapa yg memerintah).
tapi mungkin saya lari ke jawa atau sumatra kot. tengoklah nanti.
saya suka 'cafe culture' kota baru - macam paris dan new york, you!
walau kita mungkin kata 'bandar dalam kampung' tapi banyak restoran dan 'cafe' tepi jalan di sana yg ada internet free! banyak yg ada aircon (yg tak baiknya, teh tarik mereka, setengah dari cawan itu ialah susu pekat! makanan semuanya banyak gula. hahaha)
kononnya jika dapat ajar 20 students setiap 6bulan, dalam 10thn sebelum saya 'game, ada dapat 400 orang. Jika empat dapat naik jadi engineer, banker, guru, ada juga amal jariah hamba.
saya jika pakai wheelchair pun masa tu, boleh buat kerja mengajar ini.
sebab takkan pakai wheelchair pak chic nak kejar ayam itik! takkan nak siram pokok tepi parit - takut tergelincir wheelchair ke dalam parit, kojol tak tentu pasal!
Post a Comment