Thursday, 30 September 2010

Galas

Saya hanya dua tiga kali berkereta melalui Gua Musang - toilet stop atau teh tarik stop, tapi tak pernah tidoq kat situ.
Tapi saya pernah nampak hanya ada satu (mungkin ada lebih) rest house di tempat tu.

Jadi saya khuatir juga apabila mendengar tentang pilihanraya kecil Galas.
Bukan saya yang akan membuat liputan, tapi rakankerja di KL.
Sesiapa yang ada nak sewa-kan dua-tiga bilik yang ada aircon, tolong beritahu!
Lagi satu, kat mana ada makanan yang lazat!
Ada kebun durian atau manggis?

Yang lagi saya khuatiri ialah pengunaan Internet.
Tapi setahu saya apabila ada pilihanraya kecil, makan Telekom dan yang lain akan ke tempat itu nak upgrade secara temporary network komunikasi, agar ribuan pengunjung tak panik.
Apa lagi wartawan yang perlu hantar laporan tiap hari.

Begitulah indahnya demokrasi Malaysia.
Semua sibuk berpesta untuk tiga-empat minggu.
Duit bertaburan, rakyat jadi raja.
Para doktor dan nurse akan turun padang. Check percuma.
Menteri bersila ambil kisah dengan makcik tua.
Rumah macam reban ayam dibesarkan, longkang akan hilang semua sampah busuk.
Saya teringat membuat laporan di Ijok, Selangor dan Pengkalan Pasir, Kelantan.

Nak tertawakan sama ada by-election atau BUY-election pun tak apa.
Suburnya demokrasi secara aman ini anda tidak rasakan sehingga anda berada di negara demokrasi tersekat, atau demokrasi AMAN yang terbatas.

Teruskan perjuangan.


------------------------------------------------
Mac 2008 = PAS tewaskan Umno-BN dengan 646 undi.
PAS dapat 4,399 dan Umno 3,753.

Melayu 65.4 peratus.
Cina 22.3
India 1.8
Orang Asli 10.50.

(data dari Harakahdaily)

9 comments:

Timur Tengah said...

Salam Raya,

Posting lepas pasal Wall Street dengan duitnya yang tak tidur, with this by election, politik tanah air pun tak tidur sampai malam keputusan diumumkan. Galas ni maknanya menanggung satu2 benda. ALLAH jua yang Maha Berjaga sepanjang masa.

Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

Op Ed

tolong komen sikit artikel di bawah ini.


Why it is important for a by-election to be held at Cheng San-Seletar
September 30th, 2010

By a quirk of fate, a Singapore and a Malaysia lawmaker both passed away on the same day from the same illness.

Singapore MP Dr Balaji Sadasivan of Ang Mo Kio GRC passed away on the morning of 27 September 2010 from colon cancer. Hours later, a Malaysia state assemblyman from Kelantan Che Hashim Sulaima died also of colon cancer. (read article here)

However, the outcome is radically different in both cases.

Singapore’s Prime Minister Lee Hsien Loong has declined to call a by-election for Dr Balaji’s ward of Cheng San-Seletar on the grounds that the other five MPs (including himself) in the GRC can share the workload among themselves.

In contrast, under Malaysian law, the Kelantan Speaker will have to inform the Election Commission which will then call for a by-election wtihin 60 days which will be Malaysia’s 12th by-election since its general election in 2008.

Both Singapore and Malaysia were previously one country and inherited the same set of laws from the United Kingdom.

While Singapore may have higher GDP per capita than Malaysia, it is definitely not more democratic than it.

By-elections or any elections are important for the will of the people to be expressed via voting for their representative to speak up for them in Parliament.

In 2008, a by-election was similarly not called by Jurong GRC MP Dr Ong Chit Chung passed away. PM Lee explained then that a by-election would distract the government from its daily task of running the country.

Going by his logic, shouldn’t we scrap the general elections altogether as it will use up large amount of public resources?


Ps - Mungkin SPR boleh ikut untuk jimatkan wang parti yang bertanding.

Malik.

jibam said...

terjumpa banyak iklan cam nih lately

---------

Salam semua. Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..

Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.
Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.

Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.

Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.
Cepat sebelum tawaran ini habis..

- Anak jati Kelate di perantauan

remgold said...

timur tengah,
anda dah balik ke doha atau masih di pahang?

jibam,
tk! nanti hamba pass number tu pada rakankerja.

malik,
utk anda di luar sana - apa yg ditanya beliau ialah kenapa apabila ada ADUN atau ahli parlimen meninggal di msia terus diadakan pilihanaya kecil, tapi di spork PAP buat donno. cakap direct - PAP takut ke?
dan ini bukan kali pertama by-election tidak diadakan di spork apabila ada MP mati.

memang saya pun suka jika ada by-election ni - lebih lagi di temasek kerana ramai orang jarang undi. jadi bila ada MP mati kat tempat mereka, kan bagus jika diadakan pengundian?
kasi chance orang tak pernah undi tu pegang kertas undi (kat spore setiap pilihanraya umum, lebih dari 51peratus kerusi sudah walkover setaip kali).

cuma yg saya tak jelas ialah undang2 spore mengenai pilihanraya kecil ini.

di msia wajib diadakan dalam tempoh yg terhad (sebulan, 6minggu?), MELAINKAN jika dah dekat dengan pilihanraya umum (dua tahun, jika tak salah).

nanti saya nak tanya rakankerja di meja politik spore issue ni - apa undang-undang di sini mengenai by-election ni.
dlm pilihanraya kecil, isu-isu terbaru dapat diketengahkan oleh pembangkang.
atau mungkin PAP memang takut orang excited tentang politik, kurang minat nak kerja? semua nak main politik 24hours, macam politikus di msia dan indonesia dan india?
sementara itu anda baca temasekreview.com dan theonlinecitizen.com mengenai argument orang yg nak by-election ni (kedua2nya website pro-pembangkang macam kinisidertoday).

anti bohmau said...

salam oped,

sesetengah orang "tiada beban, batu diGALAS"! mereka suka sangat menonjolkan keburukan yg sedikit hingga menenggelamkan semua kebaikan yg ada...otak pembangkang yg hanya suka membangkang tanpa asas yg membina...

ramai yg tidak bersyukur dgn keamanan negara ini hingga ada dikalangan pemimpin pembangkang yg sanggup memburuk2kan negara sendiri di luar seolah2 negara malaysia ini dlm keadaan huru-hara selalu...ada pula yg suka menghina pasukan keselamatan jika merasa tidak memihak kpd mereka w/pun mereka banyak melakukan perkara2 yg bertentangan dgn undang2...jadikan keamanan ini satu warisan yg mesti dipelihara. hentikan sikap rasis yg melampau...siapa yg tidak rasis jika utk kebaikan? tapi jgn sampai melanggar batas sempadan!

Anonymous said...

Tq Op Ed atas jawapan saudara.

Orang Msia patut bersyukur dari segi ruang kebebasan yang sedia ada dan tidak menyalah gunakan ia.

Malik

remgold said...

Saya kata kat atas tadi nak check dgn rakankerja yg faham politik spore tentang by-election jika ada MP mati.
ah, dah check.

katanya TIDAK ADA undang2 yg kata mesti ada by-election di spore, jika seorang MP dalam sebuah GRC meninggal.
Tapi jika yg meninggal tu dalam single constituency (kawasanundi satu, bukan GRC = Group Representative Constituency), kemungkinan besar akan ada pilihanraya kecil.

Untuk pembaca yang mungkin tak faham sistem politik Singapore Darul PAP.
Dulu semua kerusi macam di Malaysia = satu MP ada satu kawasanundi.
Tapi dah lama dah kebanyakan kawasanundi itu ada 4, 5 dan 6 MP.
Kalau kita 'Malaysiakan' GRC ni misalnya, di Kedah atau Perak yang kini ada satu ahli parlimen untuk satu kerusi, kita campurkan 4 hingga 6 kawasanundi jadikan satu.

Mereka lawan secara kumpulan. 4 MPs BN lawan 4 MP Pakatan. Jika menang, dapat 4 kerusi sekaligus.
hanya sedikit saja yang masih ada kawasanundi satu - seperti di Potong Pasir dan Hougang = yang kedua2nya dipegang pembangkang.

dr balaji yang baru meninggal tu dalam GRC Ang Mo Kio, ada 5 MPs termasuk PM Lee Hsien Loong.
mereka kata, walaupun satu dah meninggal, ada 4 lagi yg boleh bantu jaga kawasanundi si mati. jadi tak perlu ada by-election dan tak ada undang2 pun kata mesti ada.
isu ni dah dibahas dlm parliamen apabila MP Ong Chit Chung meninggal pada 2008, jadi bukan isu baru.

http://news.xin.msn.com/en/singapore/article.aspx?cp-documentid=4363900

http://theonlinecitizen.com/2010/09/toc-op-ed-new-twist-to-the-by-election-question-but-don’t-hold-your-breath/

Timur Tengah said...

Bro Reme

Dah balik Doha. Balik Raya dari sembang2 malam raya, tengok Pak Sedara sokong Pas, Seorg Abg Ipar sokong Pas, seorang Abg Ipar penyokong tegar UMNO. Kakak pulak EPU sr. officer cenderung cakap2 ke Pas. Tapi satu commonality semua tak caya kat DAP dgn PKR. Wakaka...

Salam - Doha, State of Qatar

peja said...

kalau cik reme datang kelantan sila2 lah tepon saya. i'allah kalu ada pertemuan kita buleh jumpa. ari tu time muktamar kat KB takdak pertemuan.