APA yang berlaku di laut antara pegawai maritime Malaysia dan Indonesia pada Aug13: banyak detail yang saya sendiri tidak tahu sebelum ini.
Tapi ini dari kacamata Malaysia, sebab mungkin dipertikai dari kacamata pegawai Indonesia. Misalnya, mereka dah kata pun bot nelayan Malaysia ditahan dalam perairan Indonesia.
------------------------------------------------------
ORI POSTING - Isu Harga Makanan
Headline mukasurat 1 akhbar Financial Times UK hari ini:
Fears grow over food supply
* Russia extends grain export ban
* Riots in Africa
* Wheat prices soar.
Seram sejuk juga baca laporan daripada The Pink Paper ni - Financial Times digelar pink paper sebab tidak seperti akhbar lain, ia dicetak di kertas akhbar berwarna merah jambu-oren. Kenapa? Agar senang orang nak pilih akhbar kewangan terkemuka ini di newstand di mana banyak akhbar dijual (GAMBAR).
Menurut cerita akhbar itu
- Russia pada Khamis kata ia akan teruskan melarang export grains/bijiran (termasuk wheat/gandum) selama 12 bulan lagi.
Sebabnya? Negara itu kena musim cuaca panas sehingga banyak hutan dah terbakar.
Harga gandum di dunia di paras paling tinggi dalam 2tahun.
(Russia ialah pengeksport gandum keempat terbesar di dunia).
Untuk kita - harga gandum dikawal di Malaysia. Tapi jika berterusan begini, mungkin akan dikurangkan subsidi dan harga canai akan naik. Makan banyak-banyak sebelum terlambat, 'bang!
- Food & Agriculture Organisation, anak United Nations, telah mengadakan meeting tergempar nak bincang kekurangan gandum di dunia.
Ia masih ingat masalah tahun 2007-2008 - harga makanan melambung - dan khuatir akan berulang.
Ia masih ingat masalah tahun 2007-2008 - harga makanan melambung - dan khuatir akan berulang.
- Di Mozambique, pemerintah naikkan harga roti sebanyak 30 peratus, mengakibatkan demo berdarah. 280 cedera, 7 mati. Polis main tembak rakyat saja yang adakan protest kenaikan harga barang.
Teringat kita pada 2007-2008 lapan dulu. Satu dunia gempar sebab harga makanan naik, begitu juga harga minyak. Ia telah menyebabkan pemerintah Haiti dan Madagascar jatuh sebab rakyat marah sangat dan mengamuk.
Kita di sini pemain kecil saja. Tapi itulah tuan-puan, kena perhatikan isu ini juga.
Saya pernah tulis siri cerita tentang satu cara bagaimana pemerintah di negara lain adakan Food Security - menjamin akan ada makanan walau dunia mungkin sengsara - mereka mengadakan food farms - sewa tanah di negara miskin secara meluas, tanam sayur dan gandum dan beras.
Di sini, antara cara pulau kecik di selatan anda menaikkan paras Food Security. Goreng telor yang disimpan dalam kotak, atau dalam bentuk tepung.




8 comments:
punca harga makanan naik kebelakangan ini disebabkan faktor berikut :
1. kenaikan harga minyak yg tinggi
Harga minyak dipasaran sebelum tahun 2000 adalah sekitar USD15-30 sebarrel tapi sekarang adalah
USD 75 sebarrel dan pernah mencecah USD 130 sebarrel pada tahun 2008
segala aktiviti pertanian dan perladangan komersial membabitkan jentera yang menggunakan petrol atau disel. selain dari itu baja juga mengandungi bahan dari petroleum mentah. ini belum lagi perkakasan ladang.
2. perubahan cuaca dunia
semua sedia maklum perubahan cuaca dunia menjejaskan pelbagai aktiviti pertanian dan perladangan di seata dunia dan terkini adalah di pakistan dan cina yang mempunyai puluhan juta penduduk.
contohnya hasil padi dunia pada 2008 meningkat 1.7% sahaja akan tetapi penduduk dunia bertambah 1%
3. peranan orang tengah - mengambil keuntungan/kesempatan yg melampau.
dimana mana kita akan lihat ( tapi tak perasan )bagaimana orang tengah yang akan memanupulasi harga, stok dan permintaan mengikut sesuka hati mereka bila kurang kawalan ketat.
Tanpa kawalan kerajaan seperti yang di lakukan sekarang maka mereka akan memerah keuntungan maksima terutama di kawasan bandar kerana mereka tahu mereka tiada pilihan lain kecuali membeli. di belakang rumah tiada tanah untuk bercucuk tanam atau buat reban ayam. Masa pulak usah lah nak cerita
Kalau tak percaya bezakan harga dipasar tani ( yang menjual kebanyakan org tengah dan bukan petani) dan juga harga di pasaraya.
Rem
orang spore senang la, gaji dalam SGD beli barang kat JB dalam RM$. jimat banyak ek.
Salam Saudara Rem yg dihormati
Saya ingin mberi respon kpd Anonymous 4 Sept @ 04:28.
Saya warga pulau kecil ni. Namun saya ingin mnekankn bhw bukan semua warga d sini yg bbelanja brgn dapur d JB. Sbabnya spt saya x bkereta & mpunyai anak2 yg masih kecil.
Maka apa ya saudara/i katakn itu x tepat utk djadikn gambaran umum pduduk d pulau ini. (Buat pngetahuan saudara/i, pbelanjaan dapur, susu/lampin anak2 mjangkau lebìh SGD seribu sebulan utk saya 6 org skeluarga.)
Jadi bukan semua d sini yg :
Untung jimat belanja dlm RM d JB dgn gaji SGD.
ikhlas
erynn .sg
There are some organisations trying to set up sustainable small farms, see http://www.tunasnadi.org.sg/
this is the way to go.
Anon 04:28 & erynn sg,
kerana dah masuk hubungan dua hala johor-sinciapo ni baik saya masuk sikit.
betul, ramai rakyat spore seberang tambak dan jambatan linkedua tu sebab nak makan2 dan berbelanja besar.
tapi macam cerita apa pun, ada dua pandangan terhadap j.b., twin city spork.
tanpa spork, jb akan terus 'miskin'; tanpa jb, sporeans akan menjadi 'miskin' sebab tak ada tempat berbelanja murah dan joli shopping murah dan pusing2 kereta boleh buang sampah sebarangan (orang spore ni kurang ajar - kat msia dia main buang sebarangan).
ini cerita rakan saya - dua2 malayo middle-class spork, dua-dua ada kereta.
yg seorang setiap hujung minggu kalau tak masuk sana tu, macam tak sah hidup dia.
yg lagi satu pula, mati2 tak mahu masuk jb sebab takut keluarganya kena rompak, takut parking kereta kena pecah dsbnya. beliau kalau pandu ke msia lalu saja jb utk ke melaka dan kl.
dan sejak banyak low-cost flights kini, ramai warga spore yg dulu main jb, skrg akan ke hk, macau, jak, bangkok, phuket, hanoi utk hujung minggu (mereka tambah lagi satu hari, jadi dapat 3day weekend).
kerajaan johor zaman muhyiddin lagi telah membuka jalan utk lebih ramai lagi rakyat spore masuk ke jb utk belanja murah - sebab tu dlm tenggara asia ni (mungkin di dunia pun!), kamu tidak akan dapat lebih banyak supermarket dlm sesuatu bandar yg tak seberapa besar bernama jb (jb ialah bandar kedua terbesar dari segi populatn di msia selepas kl). saya kata tak besar mana jb ni jika diukur dgn delhi, tokyo, jakarta, hong kong, london. u cannot find soooo many supermarts concentrated in such a medium-sized city in the world like jb.
sebabnya? kerajaan johor kasi mereka lesen nak tarik shoppers spork.
jusco, giant, carrefour, tesco berlambak di jb! dlm kawasan yg tak besar mana! di kl pun tak macam ini.
tapi saya faham juga ia kini jadi isu sensitif sebab ada kebocoran (leakage). subsidi minyak dan barang harga terkawal seperti gandum, gula, beras, minyak makan orang spore tumpang ambil untung.
tentang minyak (petrol atau diesel) ni sebenarnya tak seberapa pun. tak semua orang yg ke jb beli petrol di sana sebab security reasons juga - banyak perompakan, katanya, semasa beli minyak.
lagipun, kerana 3/4tank rule nak keluar spork, jika kamu hanya ke 1-2 supermart, minyak tak turun seberapa.
tentang beli barangan lain, terpulang sebenarnya utk orang johor nak kekang sporeans drpd 'kebas' subsidi kamu. pandangan dari sini ialah - kamu buka gedung besar2 tu dan banyak pulak, nak tarik orang johor saja ke?
juga banyak hotel naik di jb, tempat makanan glam pun - tentunya utk orang spore, dan menambah peluang pekerjaan tuk orang jb (yg kerja dlm supermart ramai melayu, juga di sektor hotel dan makanan di jb). ini pandangan dari selatan, tentu ada yg tak setuju.
saya tahu orang johor marah pun ada - sebab ramainya sporeans, inflasi tinggi di jb! harga rumah, harga makanan.
tapi jika kamu kekang orang spore masuk, ekonomi johor terus collapse, jb jadi bandar kecik macam kangar (border town bersebelahan jiran miskin = selatan thai).
saya gunakan bahasa kasar di sini, sebab isu ni jika dipandang dari selatan gitu lah. maaf jika tersinggung.
jika tak mahu orang spore beli, maka kastam johor semasa kereta spork keluar, kenalah check dan rampas. tapi saya lihat tak ada pun (kali terakhir ke jb kira2 2bulan lalu).
dari pandangan pemerintah spore pula - saya rasa ia pun kalau boleh TIDAK MAHU warganya belanja di jb. sebab ia rugi cukai Goods and Services Tax jika kamu belanja di jb. akan katup semua supermart dan kedai makan di spork jika dibenarkan orang spore ni semua belanja di jb.
salam Rem
di bulan Ramadhan ini saya minta maaf lah kalau fakta saya sebelum sahur tadi mengguris hati orang spore.
memang ada betulnya apa respon Rem dan Erynn itu.
Cuma apa yang sepatutnya saya harus katakan bahawa terdapat org spore
(biasanya di bawah 40 tahun ) yang punya matawang SGD lebih besar dari RM$ tetapi menekan harga barang atau meminta perkhidmatan lebih yang bukan bukan atau lebih dari yang kami telah tawarkan.
Kami yang berniaga ini mempunyai kos yang perlu di jaga terutama kadar inflasi yang tinggi di jb hasil dari limpahan rahmat spore.
kalau boleh jangan lah menekan kami peniaga kecil yang mencari rezeki halal sampai ke harga kos atau meminta perkhidmatan lebih yang tak mampu kami sediakan.
Mereka tidak akan dapat tawar harga lebih atau kurang sesen pun kalau membeli di hyper market di JB yang besar kuasa perniagaannya.
Sesama Melayu biar lah kita saling menyokong walau berbeza pandangan kerana at the end of the day kita adalah saudara se Islam.
Saudara Remgold,
Apa yang saudara kata banyak benarnya. Sebenarnya bandar JB yang banyak supermarket memang memerlukan warga Singapura untuk berbelanja. Takkan boleh penduduk JB menghabiskan semua barang-barang di supermarket di situ.
Saya menyokong penuh tindakan 'the second middle class, Malay Singaporean' yang lalu sahaja di JB. Agaknya hendak boikot JB lah tu!. Tapi kenapa tidak terus boikot semua bandar di Malaysia? Bukankah kapal terbang tambang murah banyak? Pergi sahaja ke Jakarta, Macau, Hong Kong, Manila, malah ke New York juga untuk shopping dan makan angin!
Saya tidak menafikan tanpa sokongan pembeli warga Singapura, mungkin JB akan jadi seperti bandar 'kecik' Kangar. Tetapi sebagai warga Johor saya lebih redha bandar JB menjadi seperti 'the so call Kangar! (daif benar ke Kangar menurut pendapat saudara? )kalau itulah pendapat warga 'red dot' di selatan.
Insyaallah kami di Malaysia boleh makan dan hidup tanpa supermarket! Buminya subur, campak sahaja batang ubi dari tingkap dapur, subur tumbuh ubi itu. Jangan takbur dengan kemewahan yang ada sekarang. Bandar kota tanpa kawasan boleh menyebabkan rakyat kebulur kalau terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini!
Tidak perlu marah dengan warga JB yang mempersoalkan 'kemudahan subsidi' yang turut dinikmati oleh warga Singapura. Ini perkara biasa. Begitu juga warga Singapura akan mersakan perkara yang sama kalau kami orang Malaysia turut menikmati 'subsidi' yang diberikan pemerintah Singapura kepada rakyatnya. Tapi itu mustahil terjadi kan? Rakyat Singapura semua 'berada' tidak perlu disubsidikan oleh pemerintah!
Warga Setia
bros,
oops jgn salah sangka, bukan pandangan saya tu. cuma apa yg orang spork kata. memang betoi pun jika kamu kata kurang ajar orang selatan ni. sombong tak kena tempat kadang2.
penyelesaian isu ini saya rasa boleh ambil jln tengah - orang spork biar mereka masuk dan makan. tapi nak keluar biar kastam johor check (macam mereka check kita nak keluar rantau panjang dan padang besar dekat kangar).
jika sebab check tu trafik jam giler, bagus juga, biar orang spore serik tak masuk, dia terbang gi macau dan bangkok.
shortform cakap: semua hubungan ada plus dan minus utk kedua pihak.
macam ramai pekerja indonesia di malaysia.
Post a Comment