Tuesday, 28 September 2010

Kerja makan gaji, tapi berLambo - skandal besar Singapore!

Yang satu ada Lambo.
Rakankerjanya ada Ferrari. Kemudian Ferrari itu berlanggar pokok pula sehingga masuk akhbar.
Eh, orang terkejut, si mamat rakan kita tu - bila pula dia kaya ada kereta mewah? Ah kan, satu kampung dah tahu....
Yang si mamat Lambo ni membeli kondo berharga S$900,000 (RM2.1 juta) bayar CASH pulak. Memang cari pasal.

Jika mereka memang golongan businessmen atau menteri Kabinet yang gaji berjuta tak apa. Tapi mereka hanya timbalan pengarah dan pengurus dalam Penguasa Tanah Singapura, atau SLA - kalau kat Malaysia, Pejabat Tanah ler.
(Maaf, tadi saya tersilap tulis LTA pulak!) 
Macam mana kerja dengan pemerintah boleh jadi jutawan? - yang jadi jutawan kerja dengan 'garmen' ialah yang jadi Menteri Kabinet Singapork (itu satu kontroversi di lain hari).

Si mamat dua ekor LTA ni pula, dah collect berjuta, saya tak faham kenapa mereka tidak lari keluar negara, tapi terus kerja kat situ! Hingga kes mereka terbongkar.
Cerita di sini dan sini.

Saya percaya kes ini adalah skandal kewangan yang terbesar di sini yang melibatkan civil servant.
Memang ada orang yang pernah kena cekup merampok duit syarikat berjuta-juta, tapi semuanya syarikat swasta.
Terima kasih Anon di bawah ni yang sebut ada menteri Temasek yang corrupt lalu bunuh diri. Namanya Teh Cheang Wan. Semasa disiasat, dia makan racun, katanya.


TAMBAHAN 0840pagi

Kes mereka terbongkar pada Jun, apabila SLA lihat banyak sangat wang mengalir keluar dalam bahagian teknologi dan infranya (di mana mamat berdua ni kerja).

Dan kes skandal melibatkan civil servant Singapork yang terbesar - dah lama sehingga saya pun tak tahu - ialah pada 1995 apabila timbalan pengarah PUB (agensi jaga air) Choy Hon Tim didapati bersalah dapat S$13.85 juta (ini kadar matawang dulu, jika ikut kadar hari ini tentu tinggi lagi!) daripada kontraktor yang inginkan maklumat dalaman.
Nama-nama orang merampok semasa kerja dengan 'garmen' antaranya di sini. Kat Singapore ni jika kamu mention saja 'CPIB' semua orang takut, termasuk saya. Corrupt Practices Investigation Bureau.
Lagi cerita-cerita kakitangan awam yang songlap di sini (termasuk kes Menteri Teh Cheang Wan). Banyak juga kes brader.
Yang baiknya ialah apabila kes rasuah berlaku, akan dibesar-besarkan di media agar jadi sempadan.


Lee Kuan Yew kata....
(dilaporkan dalam akhbar hari ini. Tak tahu berkenaan kes di atas atau general comments saja).
"I'm not saying there's completely no corruption, but any minor corruption is caught and punished.
"Our law says if you have a property which you cannot explain by your income, that is assumed to be corruption.
"Supposing you have a $20 million bank account and you're earning about $10,000 a month, the assumption is you are corrupt until you prove that you had the means and the wherewithal to make that money. So that makes the prosecution of corrupt officials and corrupt people easier.
"That has kept the country clean. And if you go by the Transparency Index, we are always in the top three... That's an enormous advantage when it comes to doing business."





---------------------------------------------
Blackberry PlayBook



Research In Motion (RIM), syarikat Canada pengeluar Blackberry, baru munculkan projeknya nak lawan iPad.
Katanya lebih pantas dari iPad, tapi ia menggunakan sofwe baru. Bukan Apple, Windows, Android atau Linux. Tapi sofwe RIM bernama QNX Neutrino.
Takut pulak gunakan untested software, early version ni....

Yang bagusnya ia kecil sedikit dari iPad yang besar dan berat. Screen PlayBook ialah 7inci, berbanding 9.7inci iPad. Senang sikit nak masuk dalam beg.
Ada USB port - tidak seperti iPad.

Cantik juga cik abang ni - kata orang Kelantan 'co-me lote' (comel habis).
Cerita dan gambar kat sini dan sini. Official page sini.
Nasib baik pak chic belum beli iPad.

10 comments:

Anonymous said...

Wow! Korang boleh tangkap dengan begitu cepat. Kalau kat M'sia kena tunggu...lama-lama lupa...macam skandal Khir Toyo dan mahligai kat Shah Alam, dana Bakti selepas BN kalah PRU 12, DBKL (yg memang korup siut betul tapi tiada tindakan), permit Taxi etc...kat Tanah Melayu semua masih ok.

Genbira jugak dengar kes korupsi pasal S'pork. Best. At least kau orang ada bebudak sial macam tu. Boleh Tanah Melayu export bagi lebih? So pendapat REM, si korup ni akan duduk di dlm penjara selama-lamanya kalau sabit kesalahan? Ni pun kalau la dia orang tak bunuh diri dulu la ye cam salah satu pak menteri kau orang dulu. Lupa nama dia. Malu besar lepas tu bunuh diri.

Naz

Anonymous said...

heran ya. dah kaut SGD 11.8 juta tapi masih nak duduk kat dalam singapore.

Foreign Talents yang dah kumpul banyak duit dan siap beli harta HDB pun kalau boleh nak migrate ke kanada atau us.

Tapi yang lagi heran macamana kerajaan PAP yang cekap boleh terlepas pandang gomen servant buat kerja macam ni semenjak 2008. Kalau ferari tu tak langgar pokok, lagi banyak lah dia orang kaut.

Malik

JohorMali said...

Mr Rem,
Just a random perception on probalities:
11.8 mil = 1 orang
1 .18 mil = 10 orang
118 k = 1000 orang
11.8k= 10000 orang
1.18 k = 100000 orang

Care to dispute thst there are as many as above numbers of Singapork population (both gomen and private sector) engaging in such an unholy tryst?
Si Naz atas jangan lah hentam keromo je!

remgold said...

JohorMali.
apols saya kurang faham soalan. maksud anda ada 100,000 orang yang bergaji 1.8k?
satu saja yang ada 11.8juta? sebab tu kes terbongkar?

akhbar hari ini yg saya faham - tak tulis lagi bagaimana mereka berdua ni dapat ditangkap. mungkin sebab ferrari terlanggar pokok atau banyak sangat beli harta bayar tunai - lambo sgd1.5mil, rumah sgd900k, mak mertuanya dibelikan merc sports sgd300k. beli saham sgd1juta.
semua pakai cash!

dia ingat dia sultan brunei ke? orang tak terkejut dan check!!!

Sarjan Hassan said...

Rem

kasi can lah kat dua orang ni. Mereka pun penat perah akal fikiran.

Mereka pun nak merasa bergaji besar dan bergaya macam pak menteri.

PS pakai phone HTC desire pun dah cukup besar dan laju.
cuma tak ada bbm yang free macam blackberry.

ninotaziz said...

On Playbook.

Semalam dengar berita pasal Playbook on the radio. Wannabes will be wannabes. Tapi now that you mention ada USB - kena fikir dua tiga kali...

On corruption.

Whichever country, whatever era.
It's a debilitating crime that weakens the country and people and the criminals should be shot.

On Irene.
So it starts again...Israel back to its true colours?

JohorMali said...

Mr Rem,
Yang 100000 orang tu yang saya agak agak saja yang mungkin terlibat rasuah sekitaran SGD1000.

joe penang said...

2 benda sy respect kat Singapura ni
- rasuahnya plg rendah di Asia(asia Tenggara?. Penguatkuasa dia x dipengaruh politik
- rakyat didenda jika buang sampah merata-rata

2 perkara yg x suka
- kebebasan media lg teruk dr malaysia
- amal ISA cam M'sia

alunbm said...

Seronok bila LKY kata"I'm not saying there's completely no corruption,but any minor corruption is caught and punished.

Dia juga kata"that has kept the country clean.And if you go by the Transparency index,we are always in the top three...That's an enormous advantage when it comes to doing business."

Aku petik kata kata ni bukan apa teringat perbezaan nya dengan negara aku.

salleh telegu said...

Singky Republic Civil Servants have good IQ but poor EQ.....