Thursday, 2 September 2010

Malindo & Indomal

TAMBAHAN 9.30MLM

You're kidding right?
I had never heard of the Hassan Skodeng blog, as I am sure he had never heard of my blog.
The government is the laughing stock of the world right now.
Malaysia, it seems, likes to attract world attention with stupid antics. This is one of them, baby.

The news is in the Canadian, Philippines and Indonesian papers. I am sure other papers around the world will pick up this piece of laughable news over coming days, shake their collective heads and say, 'Malaysia, it can't do nothing right'.

iWeep.

------------------------------------------------

ORIGINAL POSTING - Malindo & Indomal

Malam semalam, selepas berbuka dan bertarawih di ibupejabat Tay En Ee, TNI, Tentara Nasional Indonesia (Indonesian armed forces), Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, cuba menyejukkan isu dengan Malaysia.

Beliau berkata jika Indonesia nak berkeras, lebih merumitkan hubungan dua hala.

"Dengan dapat dicegahnya ketegangan, saya yakin persahabatan dan hubungan bilateral Indonesia dan Malaysia akan berkembang lebih pesat."

Baca di sini dan sini.

Setiap hari ada saja demo kecil di depan kedutaan Malaysia di Jakarta. Diketuai oleh kumpulan gila bernama Bendera, Benteng Demokrasi Rakyat.
Ada beberapa kumpulan lain yang juga demo, datang naik bas.
Di Makassar, ranting bank CIMB dan Bey Ee Ee (BII, Bank Internasional Indonesia = anak syarikat Maybank) kena serbu Bendera tiga hari lalu, dan dipaksa tutup.
Di Kalimantan, budak-budak Bendera lempar baru ke rumah pengurus ladang sawit dari Malaysia.

Dan jika kamu nak kata isu ini hanya dibuat orang gila Bendera, itu silap.
Saya dah baca dalam seminggu lalu ni macam-macam angry posturing oleh orang politik Indonesia. Bukan seorang dua saja.
Mereka maki hamun Malaysia dan ada yang kata: Jangan hantar pekerja Indonesia ke Malaysia lagi.
(Siapa yang hantar? Mereka datang sendiri beb....)

SEBELUM kamu komen marah-marah di bawah ni, kita lihat dari perspektif Indonesia dulu (ALL arguments have two sides after all).
Kita nak faham juga apa yang *wak jawa ni marah sangat dalam bulan Puasa nih. Mereka banyak makan tempe ke semasa berbuka?
(*ibu saya Jawa, jadi boleh action sikit guna bahasa begini).

- Isu dua hala yang lama pernah saya tulis di sini, sini dan sini.
- Perbezaan masa depan Malindo oleh Karim Raslan (warga Malaysia, dah lama tinggal di Indonesia) di sini.

Dua minggu lalu pegawai marine In (short form Indonesia, dah letih kerana puasa) menahan 7 nelayan Mal.
Kata In mereka ditahan di perairan Bintan.
Kata Mal di perairan Batu Puteh dekat Kota Tinggi.

Si mamat maritime Mal pula tak terima lihat apa yang berlaku, katanya. Lalu, mengejar bot In lalu menangkap 3 pegawai In.
Di mana? Mal kata dalam perairan Kota Tinggi.
In kata dah masuk perairan Bintan.

SOALAN:
a) Jika warga Mal 7 nelayan tu bersalah sebab masih di perairan Mal ketika ditangkap, adakah pegawai Mal ada hak tangkap pegawai In 3 orang tu?
Isu ini sepatutnya dikomplen oleh kedutaan Mal di Jak. Komplen cara diplomatik.
b) Pegawai In kata semasa dalam tahanan di Mal, mereka kena tukar pakaian orang dalam lokap dan kena masuk lokap sekali. Patutkah begini, sedangkan mereka pegawai pemerintah negara jiran yang brader?
c) Ada tuduhan bahawa pegawai Mal semasa naik bot In nak tangkap 3 pegawai tu pecahkan sistem GPS In agar tak boleh tunjuk perairan ni di In atau Mal.

Itulah antara dakwaan yang masuk dalam berita In, yang membuat mereka marah walau letih di bulan puasa.
Sebab tu mereka minta maaf, Mal kata ini small issue tak 'yah lah besar-besarkan.

Mal pula kecil hati sebab ada orang lempar najis masuk kedutaan di Jak.
Mal lalu meminta maaf.

Sebab tu jika kita baca media In, bukan Bendera saja yang marah, ramai orang politik marah.
Bagaimanapun, saya rasa orang ramai di Jak atau di tempat lain tak marah ler. Cuma mereka geleng kepala - "Kok Malaysia lagik! Ngapa selalu berantakan! Apa'in ini!"

Ini dipandang mereka sebagai satu penghinaan yang ditambah dengan isu-isu lama termasuk pekerja In kena buli di Mal - dipukul dan dibayar gaji rendah, curi culture mereka dari batik kepada satay dan lagu Rasa Sayange, dan lain-lain.



SAYA tak kata Mal atau In betul atau salah, cuma bentangkan sikit kenapa isu nelayan-pegawai maritim ini dilihat sebagai satu lagi penghinaan terhadap In oleh mereka, walau di Mal orang kata: "Ini isu kecil, semua yang demo diupah."
Memang betul pun mereka diupah, tapi betul juga national pride mereka terguris.

13 comments:

Anonymous said...

Tiap kali mereka membakar dan memijak bendera kita, Indonesia diberi amaran keras dari Ilahi;

1. Gempa Bumi di Tasik Malaya gegaran sampai Jakarta dan merosakkan beribu2 bangunan.

2. Mount Sinabung yang sedang nyenyak tidur selama 400tahun, terkejut jaga dan meletup memuntah lava dan menyembur habuk asap 1,500 metres ke udara mengakibatkan penduduk terpaksa bertempiaran lari.

Ini tanda orang yang tak tahu apa itu kesyukuran, berbaik2 dengan JIRAN sendiri.

Krakatoa

Sophon said...

Boleh Rem ulas sikit isu ni dari aspek presidensi pula?

Maksud saya, ada sesorang yang ingin malukan SBY. Jadi, cara terbaik adalah dengan bangkitkan semangat national pride rakyat Indonesia, dan malukan presiden dalam masa yang sama.

Presiden yang baik sudah tentu akan memilih jalan damai.

JohorMali said...

Mr Rem,

I nak jadi Perry Mason kejap. You did mentioned that there were 3 Indon officers being held. I have been informed that these 3 officers were hiding in the engine room of one of the Malaysian fishing boats, which the Malaysian marine managed to chase and stopped from being taken away into Indon waters.
I guess in any operation there would be more than 3 officers manning a boat. Apahal yang 3 ekoq ni dok atas bot nelayan Malaysia.
Maybe it's just rumours but remember the episodes of piracy in the Straits and the South Chin seas many years ago, we've been told these were custom, marine and navy guys moonlighting.
Kalau betul betul si Indon ni tak bersalah, buat satu standoff in the open sea , call your HQ and then let the higher authority ( navy atau airforce) deal with it.Ini pi dok lari pasai apa?

Sophon said...

Saya juga perasan. Benda ni cuma berlaku di Pulau Jawa saja. Dan pulau yang ramai etnik Jawa.

Ada ke dengar cerita rusuhan di Sumatera? Tak pernah saya dengar, kecuali beberapa kes kecik. Apa pendapat tuan?

remgold said...

Anon 17:30,
rilek bro. permainan alam tu janganlah kita buat kutuk orang, takut esok msia ada alien landing dan spork dilanggar todak nanti orang ketawakan kita pulak. :-)

pada saya dlm hubungan malindo ni, dua2 akan rugi teruk jika diteruskan. dulu dr m hantar pulang 400,000 pekerja indonesia setelah ada rusuhan di sebuah kilang (negri sembilan?) dan segelintir pekerja tolak kereta polis dlm longkang lalu kibar bendera indo.
yg susah nak makan keluarga 400,000 itu; para majikan di msia pun tak cukup pekerja.
di spork tiada pekerja indonesia blue-collar (yg diambil dari china, bangla, india). jadi jika msia buat seperti itu - hantar balik 2juta dan ambil 2juta dari negara lain, susah nanti. majikan msia pun susah sebab kena ada translator/juru bahasa jika pakai pekerja bukan indonesia.

sophon,
saya ketemu seorang pegawai di jak baru2 ni. tanya dia kenapa FPI (front pembela islam) ni selalu sangat serang orang kristian nak sembahyang (google fpi, gereja, tangerang).
jawapannya sama dgn apa yg dibuat Bendera dan demo lain di jak.
ada pihak mahu memalukan Esbeyye (SBY = Presiden), dan dia diberitahu saya siapa dan kenapa. saya tak boleh tulis lebih2 sebab tak ada bukti.
SBY, susilo bambang yudhoyono, dari Partai Demokrat. tapi walau beliau menang besar tahun lalu, mengambil partai2 lain masuk barisan pemerintah. ada satu dua kat situ yg suka cucuk dlm isu2 ini, sebagai percaturan politik, nak tunjuk Esbeyye lemah.
dan ada lagi satu pihak yg suka cucuk, dan sebabnya diterangkan dgn jelas. yg ini saya terus tak berani tulis. sebab saya tahu ia gerenti betul, tapi tak ada bukti!

johormali,
mungkin saya silap tulis: 3 pegawai In tu berada dlm satu dari dua bot (?) Mal yg sedang ditarik balik.
jadi menurut cerita bot inilah yg ditarik balik dgn 3 orang tu sekali (bot ronda In dan bot Mal lagi satu dah jauh?)
mereka di atas bot nelayan msia tu sebagai guide nak balik pengkalan In.
kalau nak tambah cerita (tanpa bukti): kita boleh kata ada udang di sebalik batu puteh kenapa bot-bot Mal ni di block di kawan Mal (jika betul) dan ditarikbalik....

Sarjan Hassan said...

Rem

nak menambah kata Johormali, perkara ni selalu terjadi dekat nak raya. Hampir tiap tahun.

Bila nak raya, semua sebuk nak cari duit lebih buat belanja raya.

ada yang meniaga kat rasa ramadhan, ada yang jual mercun, ada yang bukak gerai kat masjid india dan geylang serai.

so bermacam cara di buat sebab nak cari duit belanja raya.

Anonymous said...

Ya Allah,
Suluhkan la cahaya/light ke semua ceruk lobang Indonesia tu. Majukan la mereka cepat supaya rakyat mereka semua dapat some education. Lift them up from this- lembah kegelapan dalam kengokannya -supaya mereka satu hari merah muka tersipu bila pikirkan limit intelektual mereka semasa ini. Amin

Krakamuda

Anonymous said...

Rem,

Tengok je komen komen kat sini pun kau tahu tahap IQ dan EQ orang Melayu kat Malaysia.
Dasar bumi sudah jadikan mereka lupa daratan. Dah boleh terbang.

Naz

JohorMali said...

En Rem,
Menikam kalbu betul baca warkah dari si anon@12.32 aka Naz.
Tak taulah kesumat apa yang terpendam terhadap kami Melayu Malaysia yang beliau anggap sebagai terencat akal! Anyway it takes one to know one.
Oops, have to go now, fasal I tengah tweeting dengan Stephen Hawking, nak marah beliau sebab kata No God created the Universe!

Anonymous said...

johormali

nak buat macamana, dah lama sangat jadi minoriti di bumi nusantara.
so mentaliti pun dah sebati ikut cakap tuannya. minum neu water pun boleh.

jeplong said...

aku rasa kerajaan mesti table kertas putih atau buat statement in parliament bila bersidang nanti tentang apa yang berlaku di water dekat batu puteh.

Apekah benar lanun indonesia tu telah kidnap our fishermen but have to leave behind their three gang members in one of our fishing boats when our maritime enforcers came to the fishermen's rescue?

Betul ke those lanun demanded a rm1500 ransom?

In Malaysia, kidnapping for ransom is an offence punishable by hanging.

Samada lanun indonesia to pegawai kerajaan atau tidak, bulan isu. Yang penting yang bersalah mesti dibawa ke justice.

Anonymous said...

IQ n EQ saya memang le tak sebaik Melayu Malaysia (MM) yang ada Dasar Bumi. Sebabla IQ n EQ MM ni tinggi barula GLC yg diketuai si cerdik belaka boleh sue blogger pasal post satire.

Naz

Anonymous said...

Ini dari kacamata MAL:

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/23/mstar_berita/20100823155753&sec=mstar_berita