Thursday, 9 September 2010

Raya di Temasek

Sebulan berpuasa, kini Syawal dah menjelang.
Selamat Hari Raya, tuan puan pengunjung blog.
Semoga amal kita diterima dan terus sihat untuk meneruskan perjuangan hidup.


Pada Raya tahun lalu, saya mendetail masjid-masjid yang berbentuk unik dan pelik di pulau kecik ini, dan cerita tentang meningkatnya jumlah warga tua.
Masa Raya Haji pula, saya tulis tentang bagaimana Saudi kawal banjir.

(GAMBAR: Masjid Assyafaah di Sembawang, Singapoora. Pertama kali nampak dulu, alamak!, saya ingat factory yang siap dengan chimney warna coklat. Rupa-rupanya chimney tu ialah minaret. Dalamnya pun unik, tak tahu ada koi pond lagi atau tidak.... Siapa arkitek!?).

Tahun ini, saya teringat jutaan mangsa banjir di Pakistan.
Isu Palestin yang belum selesai.
Di Kashmir umat terus menangis.
Di Amerika pula kini Islam dan Muslim jadi isu.

Untung kita ada kerajaan dan pemerintah yang baik.
Sambutlah Aidilfitri dengan sederhana.

3 comments:

Kama At-Tarawis said...

selamat menyambut hari lebaran, reme. may you return with even more interesting postings..:-)

JohorMali said...

Sdra Rem dan sekeluarga,
Selamat Hari Raya AidilFitri. Kalau ada diseberang tambak singgahlah kerumah.Sepanjang Syawal Rumah terbuka saban hari.

remgold said...

terima kasih kama dan johormali,
raya ni saya teringat ramai kawan2 cyber, kadang kita makihamun macam budak2. kadang mesra sakan.
kalau boleh, nak jemput semua ke rumah atau borak2 duduk minum kopi kat mana2.
apa kan daya, kita semua ada tugas masing2 dlm hidup.

tapi saya rasa masa terbaik nak jumpa kalian ialah apabila pilihanraya nanti dan saya diletakkan di sesebuah negeri utk buat cover selama dua minggu.
semasa pilihanraya 2004 saya di alor setar dua minggu jaga kedah dan perlis. 2008 saya di kota baru, kelantan dua minggu.

kalau boleh, pada 2011 (?) saya nak minta duduk di penang-perak.
atau mungkin kena jaga terengganu-kelantan.