Tuesday, 14 September 2010

Wang pelaburan masuk - kenapa tak heboh?

Saya tunggu satu hari, dua hari, hingga dah enam hari ni.
Maka saya juga yang kena tulis, sebab tak nampak berita ni di media perdana, apatah lagi website anti-kerajaan seperti Kinisidertoday.

Kenapa tak ada pembangkang sibuk panggil press conference? Kerana duit masuk.
Cuba kalau wang mengalir keluar sedikit pun, akan heboh semuanya macam ayam berak kapor, dituruti oleh website mereka semua.


Minggu lalu, sebelum Raya, akhbar saya tulis besar-besar bahawa dalam Lapan Bulan pertama tahun ini (Jan-Ogos) - the first page of the Money section in The Straits Times, the biggest English-language newspaper in Southeast Asia. Di sini (maaf, anda tak boleh masuk kerana akhbar online kena bayar. brader).
Beginilah kedudukan wang keluar-masuk dan kedudukan bursa saham masing-masing:

                      wang masuk             indeks naik
                      (US$juta)                 (peratus)

China             1,946                       Shanghai  -17.7
Korea S.           655                       Kospi  6.24
India                 551                       Sensex  6.64
Indonesia          285                       Composite  26.9
Thailand           158                       SET  26.6
Malaysia          117                       FTSEBursa 12.75
Hong Kong       113                      HangSeng -2.1
Philippines        23                       Phil SE  23.7

Singapore       -138                      STI 4.4
Japan              -204                     Nikkei -12.5
Taiwan          -323                       Taiex -3.7

Asia              3,314                      MSCI Asia-Pac 1.1
(tak masuk
Jepun)

[Sumber EPFR, Citi Investment Research, Bloomberg].


Dari segi duit paling banyak masuk sejauh tahun ini, ialah China. Tidak memeranjatkan.
Tapi kenapa banyak wang asing portfolio masuk tapi indeks sahamnya negatif? (Minus 17.7).
Ini menunjukkan pelabur portfolio asing dah jual saham Shanghai, tapi masih letakkan wang dalam negara itu, dengan niat nak beli lagi apabila harga jatuh, atau mungkin menunggu matawang renminbi naik berbanding dengan US$ atau Euro.

Malaysia di tempat keenam digemari pelabur. Not bad.
Saham Malaysia naik 12.75 peratus - wooi. Yang ketiga paling baik selepas Indonesia dan Philippines. OK what?

Eh, cepat panggil press conference! Masukkan dalam Kinisidertoday! Jangan haraplah.
Bukan saya anti-pembangkang atau rakan-rakan yang kerja dalam website tu. Tapi ada masanya kita harus bersatu dan tunjukkan muka manis negara kepada dunia.
Saya tulis dulu di sini dan sini, orang Malaysia ni skeptikal sangat terhadap negara.

Ada tak pembangkang Singapork atau website anti-pemerintah di sana attack PAP sebab wang pelaburan keluar banyak = US$138 juta mengalir keluar! Tak ada.
Kat Jepun dan Taiwan pun tak ada pembangkang sibuk panggil reporter. Ini semua dilihat sebagai pengaliran biasa pelaburan. Kadangkala masuk, kadangkala keluar.
Sebabnya ialah: saya dah tulis dulu, portfolio investment ni bila harga saham-bon rendah dia masuk, bila dah tinggi dia keluar.

(Beza antara portfolio investors dan foreign direct investors di sini).

Masing-masinglah.
Teruskan perjuangan.

11 comments:

koolmokcikZ said...

Salaam Pak Chic,
Saya berpendapat bukan soal skeptikal tapi taktik perang saraf untuk merendahkan kredibiliti pemerintah.

JohorMali said...

Mr Rem,
Where were you all this while?
2 hot issues for the past few days are the murder case and the LKY on race relationship ( or how I wish I was the PM of Malaysia..)
Tengok stock indices memanjat hati senang. Bukan apa, duit pencen banyak dilabur ke unit trust. Awal tahun beli 25 sen, seminggu kemudisn jatuh 19 sen. Apa ke jadah? Ni sekarang baru nak merangkak naik semula.
Apa pandangan anda tentang property bubble?
Kalau lah I sekaya datuk Sosilawati, I would have sapu all the condo units around KLCC a few years ago. Sekarang harga main juta juta you!
Saya ni tergulung orang yang kuat sembang tapi satu habuk takde!

Anonymous said...

patut kena campur nilai ringgit/USD dulu 3.2 sekarang 3.1 dah berapa kali lagi dia untung masuk untung nanti dia keluar kat 3.05 kot.

kalau saham tu, index je yang naik, saham no value kat posen posen je.

Anonymous said...

ellop PED... kita raya dulu eksss... salam..salam... minta maaf apa-apa yang patot dulu...
duit pelaburan masuk??? uyooo kaya ke orang malaysia??? Tak juga PED... jadi kenapa nak heboh??? Takde manapaat pun kat kami hamba rakyat ... hehehe

...adioss....

Sarjan Hassan said...

salam raya REM

orang sokkabor malaysia ni sekarang dah terlebeh liberal dan dah tak semangat patriotik.

semua sibuk dengan agenda liberal mereka kecuali utusan.

budak mangkuk tingkat 4 pulak tengah sibuk nak menyambung talian hayat mereka.

Najib pulak dah terjangkit penyakit Dollah the sloth.

wal hasil balik asal, itu pasal tak hasil.

remgold said...

koolmokcikz,
garmen msia ni tak pandai lawan pembangkang yg bijak2 belaka. kena attack sikit, garmen dah cacamerba.

JohorMali,
lky - depa pandai cakap benda yg buat msia defensive. lepas tu garmen msia dan sekutu2 yg sewaktu dgnnya semua tak pandai jawab. apalah lu orang buat malu aje - tak pandai nak serang balik. selain dr m.

kes sosilawati - tak payah i komen banyak. cuma nak kata media perdana baik2 semuanya, tak kaitkan suspek dgn dap dan hindraf, walapun ada kaitan, katanya. cuba kalau yg bunuh itu suspeknya member umno, dak terpekik terlolong dah kinisidertoday.

eeks apasal hang beli unit trust. susah nak menang duit beli unit trust ni menurut pengalaman hamba, selain asb dan asm (orang luar seperti hamba tak boleh beli).

Anon bersaudara,
tentang harga saham naik turun, rakyat kat situ juga.
put it another way: kalau wang pelaburan saham asing tak masuk dan harga saham temapatan collapse semuanya, lagi payah semua orang.
bagus orang luar ni keluar masuk, menyokong kestabilan negara, walaupun orang seperti kita di bawah tak dapat tempias secara direct.
sebab apabila saham semua kukuh, bos-bos syarikat dapat kembangkan business dan ambil pekerja. paling kurang, kita tak kena retrench.
wallau' alam. kita kat bawah ni kena harap yg baik2 saje lah.

mekyam said...

rem,

memang betul garmen msia tak pandai counter, baik direct or indirect attacks, or even plain distractions. and then, tak pandai juga nak benefit or leverage from strengths and potential strengths.

antara sebab mengapa, rasa saya, is bcos dorang haven't learned how tell between: 1) lawan & kawan, 2) musuh & pesaing , 3) penyokong membina & penyokong membawa rebah.

their sop with criticisms is either being defensive or covering up, even when called for neither. response mcm budak preteens yg kantoi. so maddeningly immature lah!

that said, the flipside of the garmen, i.e. our most unworthy msian opposition, pun dua kali lima juga infantile in their antics.

i'm so po'ed bcos i'm so dashed proud of my country and her performance in the last half dozen years had truly cramped my swagger abroad. :D

p.s. this entry so struck a chord in me that i posted its link on my fb without permish. hope you don't mind.

remgold said...

mekyam,
nak pakai tak jadi masalah utk saya.
blog ni diari eletronik terbuka. macam juga akhbar percuma.
nak 'sedut' atau nak 'pinjam' dan 'tayang', silakan. malah hamba tambah gembira lagi.

Anonymous said...

Dear OpEd.

As you rightly pointed out we should be aware that PORTFOLIO FUNDS (money that goes into the stock market) are NOT long term investors. That money can LESAP as fast as it comes in. You already know that in fact the main reason you see these 'pelabur' is because they are SPECULATING on the Malaysian Ringgit (just like when they used to speculate AGAINST is during the ASIAN FINANCIAL CRISIS). Memang betul the reason behind this is because INTEREST RATES in the West are so low that it is profitable to do a CARRY TRADE on top of benefiting from strengthening ASIAN currencies. This HOT MONEY does not provide much help to the MALAYSIAN ECONOMY like providing EMPLOYMENT and improving PRODUCTIVITY. That is why it is RIGHTLY not much reason to HEBOH about how well MALAYSIA is doing. In fact, we should HEBOH that Malaysian should be WARY that so much money has come into the country SO QUICKLY because when that WALL OF MONEY leaves it could create a lot of INSTABILITY to our domestic liquidity that even the BANK NEGARA may have trouble controlling.

Pelabur Jangka PANJANG.

supir said...

Bro. Rem,
Cara Sdr. memaparkan isu secara santai tidak memenatkan otak utk berfikir. Teruskan. Banyak idea yang boleh dikongsi bersama.

Anonymous said...

Amanah Saham + Simpanan Tetap
Dividend 14% minimum per year.
Normal rate: 20-25% per year.
Minimum personal saving : RM5000.00
Dividend given every 6 months.
Free life insurance : 10x from your savings (No need to pay for any monthly or yearly fees)
WELL KNOWN BANK

IN COMPARISON WITH ASB

Dividend 8-10% yearly (Normal rate)
Dividend given after a year.
No bonuses (Example: NO Free insurance)

Interested to know about other benefits from my fixed deposit scheme??
CALL OR TEXT ME / WE CAN ARRANGE A MEETING


FARID
013-2037250