Friday, 15 October 2010

Bajet 2011 - Perlu Malaysia buat bangunan 100 tingkat?

BETUL KE?
RENOVATE RUMAH PM RM65 JUTA???

The prime minister's official residence will go through a RM65 million spruce-up over the next two years, courtesy of premier Najib Abdul Razak's Budget 2011, revealed a DAP parliamentarian.
Bukit Bendera MP Liew Chin Tong (left) said the renovation plan of the 10-year-old complex is part of the RM16 billion Prime Minister's Department budget.
The spending for the renovation will be spread out between 2011 and 2012.

Dari Malaysiakini. 


----------------------------------------------
POSTING ORIGINAL

Pada saya nak buat bangunan sampai ke bulan pun OK.
Tapi gunakan duit siapa?
Jika pihak privet, teruskan. Kita sokong!

Jika bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion ni nak gunakan wang rakyat, kerana dibuat oleh PNB, tak payah dulu beb.
Lebih perlu untuk Malaysia, pada saya orang luar, naikkan taraf pendidikan pelajar dan latihan kemahiran untuk pekerja.
Itu bawa pulangan yang berganda nanti. Lihat saja India dan Taiwan dan China (saya tak mahu sebut Singapork, nanti orang marah). Rakyat mereka laku kerja di mana saja - kamu lihat dalam sofwe dan hardwe companies, banyak mamat dari negara ini! HP dan Dell, Apple dan Google.

Adakan sistem untuk rakyat (pelajar dan pekerja) dapat naikkan taraf English dan skills (sama ada repair kereta atau buat kuih, repair telefon atau masak roti canai pun, agar dapat niaga kecilan). Itu kan lebih baik untuk naikkan nama negara di masa depan? Apa lagi jika kamu ajar mereka buat software programming.

Maaf saya komen marah sedangkan saya ni orang luar, tapi nampak tak kena.
Projek ni siapa dapat nanti sebagai main kontraktor? Ada tender? Tentu jadi isu.

Memang betul bangunan tinggi ni boleh tarik business - kontraktor dapat projek, supplier barangan pun dapat, elektrician dan seterusnya. Tapi di masa kerajaan agak kekurangan wang - dan deficit baget dah berbelas tahun tak dapat ditutup - apa kejadah nih!?!?
Saya tak mahu negatif sangat, jadi kasi chance mereka explain.
Cuma sekilas pandang macam nak habiskan wang ke tempat yang tak perlu.

Di tepi US embassy di Jalan Tun Razak, bangunan The Icon tu masih kosong. Juga bangunan di sebelahnya. Maknanya bangunan pejabat dah banyak.
Dan Felda pun ada buat bangunan besar di seberang jalan.
Dan nak buat lagi International Financial District kat tepi Pasar Rakyat di KL (dekat Jalan Tun Razak, bangunan RHB).
Dan nak membangunkan lapangan terbang Sungai Besi lagi.
Hello, berapa banyak bangunan yang kamu nak buat nih!?!?!

I have one word of caution for all these: Dubai.
Kamu tengok negara tu sekarang, banyak sangat bangunan tapi tak pandai nak tarik business yang nak sewa atau beli bangunan tu. Lingkup brader.
Nasib baik ada Abu Dhabi jiran dia kaya yang bailout.
Hiba rasa di hati jika kerajaan tak pandai explain ni semua.

Nak buat bangunan mudah sungguh. Tapi nak tarik business yang nak masuk kat situ, is another matter altogether.
Saya harap sungguh ada projection tentang business growth, job creation yang jitu sebelum kita masuk era membangun projek ni sekali lagi - dulu dah kena tahun 1998-1999.


----------------------------------------------
HIGHLIGHT Bajet yang lain:
di sini (NST) dan sini (freemalaysiatoday.com).

1) Ini projek perumahan di tanah Malaysian Rubber Board di Sungai Buloh, harga RM10 bilion. Ini tanah kerajaan = 2,680 ekar. Jika anda jalan tepi kedai-kedai bunga di Sungai Buloh tu kan banyak pokok getah. Ah antaranya tanah itu ler.


Dibahagi free kepada seseorang atau joint venture, atau bagaimana? RM10 bilion ni wang kerajaan atau swasta atau bagaimana?
Takut jadi macam di Hartamas - tanah kerajaan diberi murah kepada syarikat tu, dia janji nak buat convention centre dengan harga yang jauh lebih murah - saya pernah komen di sini.

Maaf jika anda marah saya bertanya ini - tapi saya pasti pembangkang pun akan tanya sebab dah macam-macam desas-desus yang keluar.
Pengundi hari ini dah nak tahu mana nak dapat wang berbilion ni, sedangkan deficit dalam bajet (lebih banyak belanja dari pendapatan) terus melopong.
Jangan pula blogger bertanya terus buat laporan polis, rampas laptop dan modem blogger. Tapi dah tiga hari dah, tak jawab apa yang dituduh.

2)  Projek Nexus Karambunai RM3 bilion eco-nature entah apa di Sabah.
Banyak duit, wahai abang? Sekali lagi: Duit siapa tu?

3) RM111 juta untuk program Permata, yang dipromosi adinda tersayang. Banyak tu. Saya tahu pembangkang pasti kondem sebab ada direct link dengan Datin Seri Rosmah.
Saya kasi chance dulu sebab nak dibina 32 children's centre dan kelola 52 pusat seperti itu. Mungkin ada baiknya, walaupun dirasa janggal isteri yang tak ada portfolio pun dapat bajet sebesar itu, bukan Kementerian Pelajaran.
Kalau tiga tahun karang tak ada hasil, baru saya nak tanya.

4) Sistem MRT (train bawah tanah macam di Singapork, Hong Kong, London, New York, Delhi dan ibu negara besar yang lain). RM40 bilion. Projek ni bagus. Tapi nak kena jelaskan dengan penuh belanjawan ini dan siapa yang dapat menang TENDER, bukan 'dikasi' kepada pihak tertentu.

Saya kurang faham cara Malaysia dalam isu memberi projek kepada syarikat yang menjadi first proposer sesuatu projek.
Dalam pemerintahan Dr Mahathir, siapa yang propose idea tu, maka dia dapat projek dan kerajaan akan bantu mereka jadi kaya secara kilat. Jika gagal, akan dibailout pakai duit kerajaan juga.
Maka macam-macam orang propose nak privatise asset kerajaan, termasuk MAS, air jamban (Indah Water), buang sampah (Alam Flora) dan macam-macam lagi. Sehingga membekal barangan hospital dan pekerja asing buat health check-up pun dah ada yang sapu! Bekal letrik dan air pun dah dicontrol oleh kumpulan tertentu dengan harga yang dibayar rakyat. Errr, begitu juga highway-highway. Syarikat padi negara dan Pos Malaysia! Apa kejadah nih!!!
Supply public buses pun ada anak orang atas yang dapat, sehingga bas-bas yang lain yang masih boleh digunakan kena buang. Dibiarkan berkarat di padang jarak padang tekukur.
Saya difahamkan, nasib baik Pak Lah kalah teruk dalam Mac 2008, sebab dah ada ura-ura bahawa lepas pilihanraya tu, ada seorang muda terkenal akan dapat projek 'menjaga' semua health check setiap drebar teksi di Klang Valley.

Sama juga sistem MRT ni.
Jika betul KL-PJ-Shah Alam perlukan MRT - dan saya setuju SANGAT PERLU - maka sepatutnya orang kerajaan, Kementerian Pengangkutan, yang draft projek ni, bukan pihak swasta draw up the plans lepas tu 'jual' dengan kerajaan.
Kan dulu dah pernah gagal teruk apabila sistem LRT diberikan kepada DUA syarikat joint venture swasta. Sehingga kena bailout oleh syarikat Prasarana (duit rakyat oi).
Kenapa nak ikut jalan yang sama?

MRT ni perlu untuk KL-PJ-Shah Alam.
Lihat Jakarta - ia ibunegara negeri besar satu-satunya di dunia yang tak ada mass rapid transit (MRT) system ni. Tak ada LRT pun! Sesak traffic giler babi masa office hours.
LRT di KL tak cukup kerana hanya bawa ratusan orang dalam satu trip, misalnya dari Gombak ke Subang Jaya. MRT sistem boleh bawa ribuan dalam trip yang sama kerana gerabaknya lebih besar dan panjang, dan jalannya lebih pantas.

--------------------------------------------

JANGAN CONDEMN SAJA. Ini yang baik saya lihat:

1) Ada allocation untuk buat ternak ikan di darat dan untuk peladang termasuk buat rumah layang-layang (birds' nest farms). Kita lihat dulu. Saya menaruh harapan besar untuk peladang kerana tanpa mereka tanam padi dan ternak ikan, kita makan habuk.

2) RM6.4 bilion nak upgrade sekolah, hostel dan facility. RM213juta untuk naikkan gaji cikgu. Bagus, bagus. Susah nak tarik guru menjadi guru jika bayar gaji rendah. Dan jika sekolah tak cukup barangan dalam makmal dan untuk bersukan.
 Errr, brader, tapi upgrade tempat dan naik gaji saja ke?
Nak naikkan taraf pelajar dan baiki sistem pendidikan?

3) Eh adalah! RM250 juta untuk sekolah kebangsaan, Cina, Tamil, Islamik. Aish, Kata nak 1Malaysia? Kenapa masih perlu ada sekolah Cina dan Tamil? Islamik juga? Semua harus masuk sekolah yang sama! Seperti di kebanyakan negara lain.
Dan ada lagi, termasuk membawa cikgu luar negara ajar English. Bagus tu.
Nak naikkan guru PhD lagi you.

4) Berbilion akan dibelanja nak naiktaraf dan buat jalanraya di kawasan pendalaman termasuk di Sabah dan Sarawak. Jika anda dah pernah masuk ke kawasan pendalaman, anda akan appreciate allocation ini.
Saya pernah ke Bakun Dam dan lepas itu bermalam di Kapit pada tahun 2000 atau 2001 (kamu cari peta Sarawak - kat pendalaman betul tu! Dari Bakun Dam ke Kapit naik bot sejam!).
Pekan kecil tu tak ada jalan raya.
Nak keluar ke jalan besar, saya kena naik four-wheel-drive naik turun bukit dua jam - bukan jalan raya atau jalan kampung pun, tapi lorong dalam hutan yang becak dan tanah lubang-lubang. Ketakutan saya.
Semua yang nak ke sana sini kena naik bot dan feri - sebab tu bila Sungai Rajang banyak balak dan sampah minggu lalu, saya teringat orang di sana yang tak dapat keluar kampung kerana sungai kena block.

--------------------------------------------
DEFICIT

Deficit belanjawan atau bajet untuk 2011 dijangka 5.4 peratus dari GDP atau KDNK (Apa pelesit itu GDP/KDNK = sini saya pernah berborak mengenainya).
Ini rendah sedikit dari deficit 5.6 peratus daripada tahun ini.

Ikut cakap para economists, jika deficit (belanja lebih dari pendapatan) tu 5 peratus ke atas, mereka akan ketakutan, kerana banyak sangat.
Malaysia ni bajetnya dah berdeficit sejak 12-15 tahun. Lama tu!
Makin lama makin banyak - dari decifit 2 peratus, 3, 4, lepas tu hampir 6 peratus.


Cakap mudah: Macam kita juga. Gaji RM3,000 sebulan tapi belanjawan kita RM3,150.
Itu maknanya, deficit kita ialah RM150, atau 5 peratus.
Setiap bulan kita bawa balik (lepas tolak EPF/CPF) RM3,000, tapi kita belanja terlebih RM150, sebab nak lawan kereta Camry orang sebelah, kita beli Accord baru.

Lama kelamaan, mampoi ekonomi rumah kita, brader.

Para economists tidak khuatir jika dalam setahun dua, atau mungkin pun untuk lima tahun, ekonomi Malaysia ada deficit. Kerana memang kadang-kadang kena belanja besar untuk beberapa bulan untuk belanja rumah kita pun - misalnya jika baru beli rumah nak kena renovate, atau baru dapat anak ketiga, atau bulan Januari anak-anak masuk sekolah nak baju, buku baru.

Tapi jika berbelas tahun terus deficit, maka ekonomi dalam bahaya.
Kerana apa?
Kita berbalik contoh perbelanjaan rumah kita - setiap bulan kita kurang RM150.
Maknanya simpanan kita tak ada langsung. Bila anak tiba-tiba sakit masuk hospital, macam mana?

Untuk negara, jika selalu ada shortfall/kekurangan ni, tiba-tiba terjadi masalah economic crisis, kerajaan kena belanja wang yang banyak nak pulihkan economy - dengan mengePAM ekonomi. Apa yang dipanggil "pump-priming".

- Maksudnya pam duit banyak masuk ke dalam ekonomi - seperti Dr Mahathir dan Tun Daim bina PLUS highway dulu apabila ada economic crisis 1985-88 dan ramai orang hilang pekerjaan.

- Apabila Singapore kena serang penyakit SARS dulu, sejurus selepas perang Iraq dan Afghanistan (sekitar 2000-2002), pemerintah PAP terpaksa belanja banyak wang nak pulihkan ekonomi.
Sebab masa tu orang takut nak berbelanja kerana takut hilang pekerjaan. Orang takut nak makan kat luar atau shopping kat luar pun, sebab takut kena bersin orang lain. Takut nak picit butang lif takut orang lain ada SARS. Takut nak naik teksi takut udara dalam tu bekas penumpang ada SARS.
Maka di'pump prime' ekonomi - projek jalanraya, cat bangunan, dan juga buat sistem MRT baru. Berbilion dibelanja sehingga dalam satu tahun itu, ekonomi Singapork pertama kali dalam deficit (untuk setahun saja).

- Sama juga kerajaan PM Najib tahun 2009 pump-prime economy kerana economy US tenggelam. Banyak projek dijalankan. Nasib baik masih ada duit Petronas. Tapi ini bermakna, deficit terus berada di tahap lebih dari 5 peratus.


Maknanya, jika tahun biasa pun kita dah ada deficit, bila ekonomi tempatan ada problem, dikhuatiri satu hari nanti tak cukup duit nak 'hantar anak masuk hospital' = iaitu tak cukup duit nak pam ekonomi.

Sebab tu saya bertanya tentang perlu atau tidak bina bangunan 100 tingkat tu, jika digunakan wang rakyat, dan juga projek-projek yang lain.
Projek-projek tu kan lebih baik disimpan dulu untuk pump-prime bila perlu....

21 comments:

Anonymous said...

Lebih baik bangunkan kampung-kampung/nelayan-nelayan/peniaga-peniaga kecil/masukkan melayu dalam bandar dengan membina kedai atau tempat berniaga/bina perumahan kos rendah-masukkan melayu supaya dapat juga pecahkan undi kawasan majoriti Cina/majukan sekolah pedalaman/bantuan kepada orang miskin/ibutunggal dan lain-lain lagi daripada buat yang juta-juta,bangunan tinggi-tinggi tetapi yang hancur nanti Melayu.

alunbm said...

Bro,

Itulah kelebihan Najib,dia nampak yang orang lain tak nampak.dia nampak lubang buat duit.
...tapi...
Dia tak nampak yang orang lain nampak
yang dia rasa rasanya dah tak lama duduk kat atas!!!.

Anonymous said...

Projek-projek ini semua jalan untuk siphon(songlap) duit rakyat la!

alunbm said...

Setuju tak kalau saya katakan prinsip ini dipegang oleh pemerentah Malaysia"BIAR PAPA ASAL BERGAYA".

Tak mustahil negara akan bangkrup sebelum 2020 seperti kata Idris Jala.
Kalau begini lah caranya menguruskan negara.

Siapakah dalang disebalik semua ini?.

Berita dari gunung said...

Ramai suka bergambar dengan bangunan tinggi sebagai latarbelakang. Masih ada yang suka kampung, sungai,laut dan hutan. Kita perlukan semua itu, untuk jadi "orang biasa".

Anonymous said...

Oped

Bila kita guna prinsip ekonomi barat, maka akan timbul lah formula deficit kurang dari 5% still acceptable.

Kalau amal prinsip Baitulmal, kebajikan rakyat di dahulukan terutama yang miskin. Formula deficit tidak ujud. Pemerintah dan rakyat - kaya dan miskin bersama sama mengalas ekonomi dan kebajikan negara.

Kalau ikut prinsip Fund Manager - no pain no gain. Gaji dan bonus tetap masuk, tapi kalau rugi di buang kerja pun masih dapat compensation.

-Malik-

Ps Bangunan 100 tingkat tu boleh guna buat bela burung walid. mahal harganya di pasaran. Tapi percaya lah, seperti biasa Najib akan tarik balik projek tersebut.

Anonymous said...

Bang reme, saya tengok dua dua link (ST dan malaysia) tu nilai dia bercanggah. Satu cakap 2015, satu cakap 2020. satu cakap 5b, satu cakap 10b. mana satu ni

Timur Tengah said...

Itu masaalah dengan jawatan PM dan perspektif kemajuan dari kacamata orang ramai.

Apabila kejayaan dilihat dari sudut materialistik dalam bentuk bangunan tertinggi, monumen itu & fasiliti ini. Seterusnya mencetuskan apa kah legasi yang mahu ditinggalkan dan status "Bapa Itu" atau status "Bapa Ini" yang dikejarkan.

Kalau dizaman Pak Lah kita dihidangkan dengan menu modal pembangunan insan, holistik, etc. Sayangnya mati di suku jalan di rentap dek cita2 politik sang menantu. Untungnya menantu, ruginya rakyat.

Saya melihat Malaysia hari ini melewati jalan2 debu yang dilalui oleh Filipina dizaman tahun 50-an dan 60-an (Magsaysay, Macapagal & Garcia). Yang akhirnya (dek era Marcos)rakyatnya hidup melata di negeri orang. Hari ini foreign remittance Filiphina shj berjumlah USD18.5 Billion / RM57 Billion setahun (~ 25% dari budget tahunan 2011 kita).

Tak sanggup rasanya, satu hari nanti anak cucu kita di eksport ke negara orang untuk menjadi cashier dan amah berkelulusan universiti

Salam - Doha, State of Qatar

Sarjan Hassan said...

Rem

Harga getah cecah rekod RM11.90 sekilo minggu ni.

Bye, pak cik nak pergi menoreh dulu.

Q said...

Mr. Bernanke dah umumkan QEII Jumaat lepas. Nampak macam bajet Malaysia kali ni dah amik kira faktor luaran tak akan menyumbang sangat kepada pertumbuhan ekonomi negara lebih-lebih lagi dari US. Stimulus untuk tahun depan dan projek untuk naikkan ekonomi melalui industri pembinaan dalam tempoh 5 tahun ni bagi mengimbangi kekurangan permintaan luar negara.

Gelombang kedua perang matawang dunia dah bermula.
Why America Is Going To Win The Global Currency Battle
http://www.ft.com/cms/s/0/fe45eeb2-d644-11df-81f0-00144feabdc0.html

Anonymous said...

Salam semua...

Ekonomi Malaysia masih belum pulih sepenuhnya. Itu adalah fakta. Tiap2 tahun kebelakangan ini belanjawan negara mengalami defesit. Itu juga adalah fakta!

Jadi kenapa perlunya kerajaan membuat pelaburan yang besar serta berisiko tinggi dengan menggunakan duit rakyat?

Tambahan pula yang akan membuat pelaburan membina bangunan 100 tingkat itu nanti adalah PNB. Kebanyakan duit orang Melayu banyak terlabur di situ.

Di satu bab nampak macam kerajaan hendak mengajar rakyatnya berhemah dalam berbelanja serta dan agak berkira untuk melayan seruan rakyat supaya cukai individu dikurangkan ke tahap yang paling munasabah.

Di satu bab yang lain kerajaan nampaknya se olah2 hendak boros berbelanja. Berbillion2 duit rakyat hendak digunakan semata2 untuk projek mega yang entah apa pentingnya pada rakyat marhain seperti kita.

Apa yang pasti orang ramai terpaksa menerima hakikat bahawa semua idea2 untuk belanjawan tahun 2011 adalah datang dari idea Kerajaan dan bukannya dari suara hati rakyat marhain.

Mukhaddimah awal dari DS Najib sebelum belanjawan dibentangkan persis skrip penglipur lara yang lebih kepada untuk penyedap hati si pendengar.

Adakah belanjawan kali ini dibuat secara tergesa2?.....

Anonymous said...

salam pak chic rem,
pemerintah skrg semakin tak ikhlas membantu rakyatnya. Segala projek ttg rakyat marhaen akan ditindas balik dgn charge slps itu (tol,cukai, naiktariff etc..)

Depa hanya fikir menebalkan poket sendiri sesama kroni. like najib said `i hep u, u hep me'. Akhirnya rakyat gigit jari..

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Rais got 1billion to spend on broadband, Permata 111M, bla, bla ... how much the Ministry of Agriculture and Agro-based Industries got to strengthen our food security? Rice, our staple food production is till at 60%.

The severe flooding in many countries seems to be a global trend. The omen is that rice production in Thailand and Vietnam, our main suppliers, also in Malaysia may be ravaged by above normal flood during the coming monsoon.

My guesstimate is that the Ministry of Agriculture would require 1B+1B+1B+1B+1B 5billion to open up major rice bowls especially in Sarawak and Sabah, and to set up a national rice research institute/board to coordinate all development - land, water, crop, processing, by-products, marketing etc on rice industry. Indonesia and Japan can be self-sufficient why not us?

Food security is national security. Najib is going for fast returns and how to roll the money so that people are happy. But we are selfish if we don't think of food for generations to come. It seems that Noh Omar's ministry is not important.

gwen said...

100-storey high building...cis, waste of money. when my son's school has termites and damp and filthy toilets which can't get repaired despite repeated appeals because "no funds." not a kampung school, mind, in usj.

just wonder if a "certain" financial institution will be appointed consultant to study feasibility of project, then a year down the road, project cancelled in "interest" of the rakyat, but still the consultant gets paid fees, so everyone is happy.

JohorMali said...

Mr Rem,
Seperti sdra katakan adakah pembiayann untuk bina Bangunan tu duit rakyat atau duit PNB?
Jika anda anggap PNB sebagai satu entiti macam Kuok Bros atau Genting, maka amat wajar lah PNB mencari jalan untuk mendapat pulangan yang substantial bagi para pelaburnya dan mungkin salah satu cara ialah dengan libatkan dalam hartanah.
Bukan nak defend PNB, tapi anda pun maklum labur dalam shares banyak risiko, bon pulak sikit pulangannya, labur luar negara, banyak penyangak macam Lehman Bros.
Tak akan rugi kalau memiliki tanah, walaupun struktur atas tanah mungkin reput atau hancur ( WTC di NY) tanah tak akan hilang.
Banyak saranan saudara saya anggap sebagai keperluan membangun insan,atau social services. Teruklah kalau PNB di galas tanggungjawab itu!
Tabung Haji kalau tak buat business macam mana boleh maju seperti sekarang ini? Tak kan nak suruh THaji buat amal jariah saja?
Pokok pangkalnya, can anybody suggest a very viiable course of action so as to enhance it's depositors' return?

Anonymous said...

kalaulah ulasan saudara terdapat dalam utusan atau RTM , pasti PRU13 BN lebih parah

remgold said...

Johor Mali,
u're absolutely right. agensi pelaburan kerajaan memanglah kena melabur utk dapat untung dan membayar dividen. baik pnb (asb, asn), epf, tabung haji, khazanah, 1mdb, ltat, kwsp.
syarikat banyak wang seperti petronas pula kena bagi dividen kpd kerajaan setiap tahun.

- mereka ni melabur dlm pasaran saham dan bon (ada yg dibenarkan membeli saham dan bon luar negara, jika tidak maka hanya dlm pasaran tempatan).
- mereka juga ada membeli syarikat secara direct (khazanah dan parkway, misalnya. atau petronas membeli syarikat2 stesen minyak di afrika selatan).
- ada yg membuat project financing - terlibat dlm projek dgn keluar wang (misalnya terlibat dlm pembiayaan projek infra seperti membina highway, pelabuhan).
- ada pula yg terlibat langsung dlm mengendalikan projek (taking a stake directly in a company). misalnya epf pernah jadi stakeholder dlm syarikat buat lrt warna kuning (yg jalan depan masjid jamek tu). kerana tak mampu bayar hutang, wang rakyat digunakan utk bailout projek itu.

pnb ni nak masuk pelaburan cara apa pun oklah.
yg dikhuatiri - kerana kurang detail buat masa ini, bukan kerana saya tuduh ada yg mahu menipu rakyat - ialah cara pembiayaan projek 100tingkat ni.
takut jadi white elephant macam bangunan tertinggi di dunia di dubai, kerana semua nak kontrak membina bangunan dan supply materials, tapi tak ada yg fikirkan cara nak tarik orang membeli atau menyewa bangunan tinggi tu.
kl dah nak buat intl financial district dekat pasar raya di kl (dekat hq rhb di jln tun razak), nak bangunkan beratus hektar tanah airport sungai besi. felda nak ada tower 50tingkat dekat klcc. ini belum tambah pembinaan projek komersial oleh pihak swasta. jadi boleh isi ke projek 100 tingkat itu?
jika boleh beri projection business growth rate di kl, oklah.
takut wang keluar berjuta lepas tu bangunan kosong macam banyak bangunan kosong dlm pkfz. banyak tanah kosong di cyberjaya sedangkan infra dah lama siap.
saya tak berani buat tuduhan bahawa projek ini akan diberi kpd 'kroni' lalu harga projek rm3.5bil, misalnya, di jack up jadi rm5bil. itu tuduhan melulu cari pasal.
yg saya khuatir ialah takut jadi pkfz dan cyberjaya.


Q,
tentang currency wars ni menakutkan. ini cara baru negara2 besar main politik. saya takut sungguh, kerana boleh menjejas negara kecil seperti spore dan msia.
baru 2 hari lalu, sing dollar melonjak ke paras rekod tertinggi berbanding US dollar. ini tak bagus utk eksport spore.
yg main game ini ialah amerika, china, jepun, dan kerana ini ekonomi2 terbesar di dunia, maka kita semua terlibat.
nanti lain kali kita masuk bab ni lagi.

Anon 16:41,
saya tulis macam gini kerana berharap kerajaan dapat jelaskan.
ramai orang bertanya isu2 yg saya tulis ni. jika dapat dijelaskan dgn baik, maka akan akurlah kita. antara niat baiknya nak buat macam2 projek ini ialah nak kembangkan ekonomi agar semua kita dapat kerja baik. cum yg dikhuatiri ialah masih ada banyak wang simpanan atau tidak kerajaan ni? ini bukan zaman mahathir dulu, boleh belanja rm20bil membina putrajaya dan paling kurang rm5bil lagi membina infra cyberjaya.
saya tak mahu negatif sangat, saya harap kerajaan akan jelaskan satu persatu.

Anonymous said...

Salam Bro,

Terima kasih untuk ulasan ikhlas saudara.

1. Bangunan 100 tingkat terpaksa dibina untuk maximize value tanah dan kawasan tersebut.

Kalau awak pergi lihat kawasan itu, tanah nya tak sebesar KLCC dan plan asal adalah untuk robohkan stadium merdeka dan stadium negara. Tetapi di bangkang ramai atas alasan heritage negara.

Jadi terpaksa di revise dan tanah sebenar untuk pembangunan tinggal separuh saja. Tapi value tanah itu tinggi sebab ia sebelah dengan Pudu Jail yang sedang di bangunkan dan cuma sebatang rokok kawasan Bukit Bintang / Imbi. Dan ia berdekatan dengan stesen LRT dan Kl Monorail, paling dekat menghubung jalan utama ke selatan KL dan PJ.

Cuma kos RM5 Billion itu masih jadi persoalan.

2. "Kalau" Spore buat budget yang sama, secara peribadi "sanggup" kah awak buat ulasan yang sama nadanya.

remgold said...

Anon 22:30,
1) kena maksima penggunaan tanah, saya tak soal itu pun.
nak buat 200tingkat pun ok.
yg jadi soalan ialah duit siapa yg digunakan.
apa pulangannya?
kerana dikhuatiri duit rakyat keluar (jika betul PNB yang buat), tapi apa projection tentang usage of commercial space di kl? ramai dah khuatir tentang office dan condo glut di kl, nak ditambah lagi dgn bangunan2 besar ni.
saya repeat: takut jadi macam pkfz dan cyberjaya - infra dan bangunan siap, tapi kosong saja sebab semua sibuk nak buat bangunan dapat kontrak, tak ada yg sibuk cari orang nak isi tempat tu.

2) pemerintah spore jika salah kamu ingat saya tak tegur ke, 'bang?
kalau saya takut, kamu baca temasekreview.com dan theonlinecitizen.com. dah banyak orang komen macam2, pemerintah dah tak boleh control spin lagi.

di blog saya ada Search function.
kamu taip 'foreign talent', 'poor malays', 'melayu kena tindas', 'opposition parties', bacalah.
jika bajet spore (bajet setiap march) sewel, saya akan tegur juga.
dan spore pun, setahu saya, tak pandai buat prestige projects. ada satu saja prestige project atau mega project di spore - iaitu projek yg buang duit rakyat tak kena tempat.
saya rasa membazir wang rakyat: singapore has the BIGGEST fountain in the world. di tengah-tengah bulatan di Suntec City. tak perlu pun gimmick ni (tak ramai orang luar tahu pun! sebab tak besar mana benda ni).
project lain semuanya balik modal. mereka buat cost analysis, return on investment calculations, macam mana nak bayar balik pinjaman etc.

jadi itu yg kita harapkan dari kerajaan msia tentang projek2 ni semua.
pada pandangan umum (termasuk saya) ada yg tak kena, maka saya dah kata pun, silalah explain jadi kami faham. tentu kerajaan ada pakar boleh explain macam yg saudara lakukan ni.

tapi yg lebih penting - dan lebih urgent utk kerajaan BN, bukan tulisan orang kecik macam saya.
seperti yg saya dah tulis - kalau saya tak tegur pun, pembangkang msia akan tanya bertubi2. kerajaan kena jawab. saya sebagai wartawan luahkan apa yg saya tahu akan jadi isu dan persoalan besar.
dah jadi isu pun! kamu baca kinisidertoday - dah banyak pembangkang bertanya.
in the marketplace of ideas, the govt's explanation must come out tops.

misalnya, ramai tak setuju sistem MRT ni sebab rm40bil. saya setuju sebab jika tidak kl terus sesak.
tapi kena explain rm40bil ni belanja dalam 10 tahun. dan ini breakdownnya, dan ini tendernya.

maaf saya ucapkan jika kasar bahasa: maklumlah reporter. tulis ikut nafsu beb.
kerap juga saya jadi devil's advocate ('peguam pihak setan').
problemnya, jika saya delete komentar saya pun, ramai mungkin terpengaruh argument intelektual dr lim ni:
http://aliran.com/2984.html

Kenn said...

Rakyat yang didahulukan di dalam projek Menara Babil.

Anonymous said...

Sudah seminggu. Saya masih lagi menunggu komen Anon 20:30 Okt 16 untuk soalan No 2 beliau setelah jawapan diberi oleh Tuan.

Pokoknya duit siapa. Kalau duit PNB pun asalnya dari mana? Jangan2 along the years, Warisan akan termasuk kedalam AmanahHarta.Sebelum terlebur ianya menjadi satu pelaburan baru. Kalau dibandingkan antara 2 pelaburan ASN/ASB dengan AHP, tentu sekali dengan RM3 Bil, ASN/ASB akan memberi pulangan lebih besar.