Ramai tentu dah baca cerita dari sebuah kampung di Terengganu.
Budak bernama Siti Balqis, 22 tahun, katanya kena kidnap secara kerap oleh .... errr tak tahulah siapa.
Orang bunian?, djinn?, Perkasa?, PAS malaun yang sokong Umno? Namewee racist? Hantu galah?
Tapi satu hari SB (Siti Balqis) dijumpai atas pokok, esok kat dalam lori pembancuh simen, lepas tu kat kubur, dan dalam almari kat rumah.
Satu masa, beliau sempat SMS beritahu ibu ada dalam gua, pernah telefon kata ada kat kubur!
Terima kasih kepada Maxis dan Celcom dekat Besut.
Katanya satu kampung kadang kala jaga keliling rumahnya, itupun boleh lesap dan dijumpai kat tempat lain.
Alamak, takuttttt.....
Ini kena main lagu Twilight Zone.
Ada cerita SB ni di sini dan sini.
Tapi cerita hantu brader, lebih syiok baca dalam bahasa Melayu. Terima kasih Utusan dan BH. Seronok baca cerita ni, muak saya dengan politik tak habis-habis Malaisia ni.
Yang seram ialah gambar-gambar - terima kasih Ummie dan NST.
Memanglah kita orang bandar, susah nak percaya cerita seperti ini.
Saya baru cerita kelmarin tentang hidup saya sebagai budak kampung di West Coast Road, Singapore: tak jauh dari Jurong.
Saya tak berani tertawakan cerita SB ni sebagai karut.
Ini pengalaman saya:
Masa tu tahun 1960an, saya masih di sekolah rendah.
Di tepi jalan kampung kami ada serumpun besar pokok buloh (Play The Exorcist song here!).
Satu hari arwah bapa saya pulang dari kerja - naik basikal beb, maklumlah zaman P.Ramlee lagi.
Tiba-tiba tak tahu kenapa, beliau meracau kat rumah. Saya tak ingat detailnya - jika tak salah pergi mengaji (masa kecik rajin ler mengaji, kalau tidak kena rotan!).
Heboh satu kampung.
Beliau dibaringkan atas katil di rumah sewa kami - dan macam cerita P.Ramlee juga - bilek sewa tu ada tembok kayu yang boleh dipanjat nak ngendap bilek sebelah! (macam cerita Masam-Masam Manis).
Orang-orang tua satu kampung pun datang. Saya tak ingat bapa saya meracau apa.
Cuma yang ingat ialah salah seorang tu pegang ibu jari kaki arwah bapa - ibu jari kaki kiri.
Lalu beliau tanya 'makhluk' dalam badan bapa saya - pada masa itu satu kampung dah heboh 'Pak Mat kena sampuk'.
"Kamu datang dari mana?"
Nasib baik djinn/bunian/namewee tu pandai cakap Melayu beb.
Jika djinn/bunian/namewee bangsa Arab, atau Cainis si mata sepet, atau dari Russia, tak kecoh kamu!
Atau jika yang masuk tu alien, ha!, tak mampoi kamu, depa jawab dalam slang American: Take me to your leader!
Nasib baik dia (bapa saya) jawab dalam bahasa kebangsaan Singapura: "Dari pokok buloh".
Fuyoh. Itu bukan suara bapa aku.
Apasal pulak bapa aku suaranya garau macam suara Ramli Sirap.... oh-pocot! Ramli Sarip???
"Pokok buloh mana?"
"Kat depan kampung".
Takutttt.....
Saya tak ingat apa jadi lepas tu.
Ada jampi dan doa-doa.
Orang yang pegang ibu jari tu 'menghalau' benda tu suruh balik.
Nasib baik kawan tu friendly, agaknya dia keluar ler.
Masa tu belum zaman Islam Saudi Wahhabi, belum zaman revolution Iran, belum zaman PAS kafir-mengkafir, dan Umno mengaku Islamic state.
Tapi beliau baik juga. Esok dah okay.
Yang pasti, lepas tu, kita semua elak jalan kat pokok buloh tu.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



20 comments:
Op Ed
Benar ke cerita kat spore ( 1st world country ) ada banyak suku sakat hantu "Power Hungry Ghost" dan dia suka kacau sesiapa yang tak suka cara gomen dia memerintah.
-Malik-
ps - masa kecik dulu hantu yang paling kelakar namanya hantu stokin
malik,
kat situ pula mamat ni tanya, nakal budak nih!
kat spore - negara terbaik di dunia dan mungkin segalaxy pun! - tak ada hungry ghost sebab semua gaji besar-besar, jadi tak ada yang lapar.
tak ada power-hungry ghost sebab bekalan letrik tak pernah putus, so the power is always on! kadang-kadang power kuat sangat, terbakar pembangkang kena power projection nih.
maaf silap tadi - best country in the universe kami di singapore nih!
sebab kat singapore tak ada orang rampas laptop dan modem kerana ada orang atas marah! kesian rocky, terpaksa aku belikan dia ipad 3G karang.
politikus singapore semua macam mala'ikat, kaya macam wall street banker, hensome dan cantik macam brad pitt dan jennifer aniston.
jadi semuanya ok what!
anak setan kamu malik!
kamu banyak baca temasekreview, sesat dan menyesatkan. bertaubat sebelum kamu diSELAMATkan.
hahahaaaaaa (menghilai macam kuntilanak belakang rumah).
kita orang kat sini time mengundi bukan saja orang turun mengundi tapi hantu pun mengundi jugak....sebab tu kita orang panggil PENGUNDI HANTU...hebatkan...selalunya pengundi hantu ni undi untuk partai pemerintah.orang kata la bukan aku kata.Aku tukang panjangkan cerita aje.Kah kah kah.
Singapork banyak cerita hantu la. Saya ingat kawan saya cerita (tak tahu benar ke tidak)MRT Novena paling berhantu. Betul ke? Saya pernah dengar satu perempuan naik train MRT terakhir satu malam. Dia tengok jam tangan masih ada 10 mins sebelum train tiba. Maka dia pun pergi la toilet. Toilet tak orang. Dia masuk satu cubicle, duduk kat atas, tiba-tiba terdengar satu suara kata dalam Cainis 'Haiya, kau ni beratlah'. Terkejut beruk budak lari keluar dari tandas. Tak tahulah kalau dia terkencing dalam seluar ke tidak.
Sekian.
Jo
alunbm,
cerita pengundi hantu ni menarik.
saya dah empat kali cover general election msia dan beberapa by-election.
banyak nama-nama yg tersenarai pengundi yg ditunjuk pembangkang, tapi kadang bila rumah divisit mereka (katanya) tak ada orang demikian tinggal di situ. atau kadang tak ada alamat tu pun (katanya = saya tak pernah ikut mereka check ni)!
misalnya ada rumah nombor 102 dan 103, tapi dalam rumah 102A yg tersenarai ada 10 pengundi. bila diperiksa, tak ada pun alamat tu di jalan siput manis 3.
cuma game yg selalu dimainkan pembangkang kita kena jaga - takkanlah jika betul BN gunakan pengundi hantu, dia bodoh. hari mengundi tu dia bawa 10 bas nak masukkan pengundi hantu.
tentunya jika mereka pengundi hantu, selepas 'ditangkap' di Lunas, Kedah, mereka dah masuk beberapa hari sebelum itu, atau mereka datang naik kereta atau motosikal!
tapi ini kerap digunakan sebagai modal oleh pembangkang 'ah ini 10 bas pengundi hantu! kita hantar ke balai polis'.
orang pun percaya! jadi bila kalah, mereka kata itulah sebabnya - umno main tipu.
tapi yg hairan bila menang sonyap pulak! diterima terus keputusan.
bila pembangkang menang 5 negeri pada mac 2008, aish, terus sokong! tak ada pula pekik pengundi hantu.
pandai mereka main game.
jo: cerita hantu spore ni saya ada banyak.
salah satu:
masa saya pindah di Yishun dulu (setengah jam di selatan Woodlands) 25tahun lalu, saya adalah penghuni pertama kat situ. berpuluh2 blok lain masih kosong.
ada cerita. salesman datang ketuk pintu kat Yishun. ada nyonya tua pakai baju putih buka pintu.
'oh salesman, wa tak mau beli'.
maka salesman pun beredar ke rumah sebelah. diketuk pintu lagi.
yang buka - nyonya tua itu juga.
salesman pun lintang pukang lari!
'eh sini latang. sini latang, cucu. jangan takut', pekik nyonya.
mak oi!
rupa-rupanya nonya tu tinggal di apa yg disebut sebagai multi-generational flat.
bila beli flat, sang anak boleh apply: saya nak beli flat baru dgn sebuah lagi flat kecil utk ibubapa betul2 bersebelahan rumah saya. jadi saya boleh jaga orang tua ni.
dah dapat dua rumah, mereka pecahkan tembok tengah.
jadi memang betullah nyonya yg sama buka dua pintu tu!
:-)
cite antu pun jadi tak seram kalu pak chic rem yg cite..saya gelak-gelak sambil baca...
p/s: masa kecik2 dulu ayah saya selalu takutkan anak2nya dgn cite antu kum-kum. Dah besar ni rasa mcm lawak kalu baca kisah hantu. tak masuk akal..
Rem
Awak pernah kena alih dengan lembaga hitam sebab tertidur di tiang seri rumah kampung ?
Saya terkena masa sekolah rendah dulu waktu tidor di rumah jiran. Dalam samar lampu pelita, Lembaga hitam tu angkat dan alih saya ke tempat kosong yang berdekatan.
Yang heran nya, muka dia tak ada mata, hidung, mulut. kira macam lembaga bayang bayang lah. Masa tu saya diam saja sebab ingat kan lembaga tu bapak jiran saya.
Besok pagi bila saya tanya jiran saya, dia selamba saja jawab lain kali jangan tidor kat tempat orang.
Rupanya tu penjaga rumah datuk dia.
Sejak tu saya tak berani dekat dengan mana mana tiang seri rumah.
Manusia selalu takutkan hantu walaupun dia tidak pernah melihat dengan mata salah satu dari beribu-ribu nama-nama hantu yang ada.
Namun, apa yang manusia tidak perasan ialah hantu juga memiliki sifat penakut dan lebih dari itu ialah pemalu.
Atas sebab itu, tidak ada satu jenis hantu yang suka beraksi atau menampakkan diri mereka di depan kamera CCTV, meskipun Hollywood menawarkan bayaran jutaan USD.
Chinglot
patutnya siti balqis tu pi jumpa dengan haron "ghost buster" din
cuma satu saja kelemahan haron,dia tak boleh tangkap pengundi hantu yang lebai2 pas dok ketaq tu
kalo sakit jantung haron mintak tolong jin amerika hehehe
cerita siti balqis memang kesian, tapi part sms tu gua kena gelak jugak. Teknologi dan jin tak boleh dipisahkan.
Masa dia kena kidnap tu dia tak boleh ke call mak dia atau sms. Dah orang kecoh cari baru nak sms. naib baik dia kena kidnap tempat ada signal fon...tolong check rem dia pakai line tel apa...kita mesti pakai line yang sama...terbaik...dlm gua pun dapat.
ish nama dia pun Balqis...misteri ratu Balqis ke?
Apa ke nama Menteri Melayu PAP Singapore yang suka tulis cerita hantu kat paper tu...(?) Ada juga Menteri Singapore suka tulis cerita hantu, dulu2 lah. Tak pe lah hobi masa lapang, boleh juga buat duit cara halal beb. Daripada jadi macam dot dot kat Malaysia.
Taken from Wikipedia - His hobbies include reading and writing ghost stories, one of his books being "Malayan Horror: Macabre Tales of Singapore and Malaysia in the 50s", a compilation of stories written by him.
Salam - Doha, State of Qatar
dolu dolu nenek selalu warning kat kita orang kalau main sampai lewat senja, ada hantu tetek. memang takut.
sekarang dah tak seram dah..he he he
Timur Tengah,
menteri spore tu ialah othman wok. kurang pasti masih ada lagi atau tidak beliau ni.
Othman Wok masih sihat wal'afiat.
Rem,
Do you think this can work:
http://bestgpskids.com/gps-tracking-of-the-elderly-dementia-and-children
I'm sure it will be much cheaper than the bomoh fees.
It's apparently GPS Tracking of The Elderly, Dementia And Children.
How about 24 hours video surveilance at home?
Encik Rem, Assalammualaikum.
Saya ni lambat belajar. Orang dah ke bulan, saya masih terkial kial nak fahamkan konsep pelaburan.
Bolehkah En. Rem berikan penerangan bagaimana selayaknya saya nak melabur dalam emas, duit emas, akaun emas, gold dinar?
Saya ada duit sikit lebih, Alhamdulillah, tapi tak berapa cerdik nak diversify duit.
Sekarang ni di Malaysia ad Kuwait Finance House yang ada akaun emas ini. Tapi detailing, saya tak buat homework pulak.
Jika tidak keberatan En. Rem berkongsi ilmu, saya sangat menghargai.
Terima kasih
Zaman dolu2 jugak ada cite pasal satu hantu ni.
Aku kadang2 macam teringin nak hantu ni sembunyi kan aku.
Konon nya hantu ni suka semunyi kan orang di celah tetek.
Hantu tetek la beb. Wakakakaka...
Jangan marah....kelakar tapi benar..
The most scary MRT station is Bidadari. Till today, it is still closed. Why? Because the place is really heavy with all the hantus. Bidadari was actually the site for Muslim, Christian and Hindu cemeteries. When the govt wanted to develop the area, all the bones were transfered to Pusara Abadi. But. I guess there are still the left overs that were not transfered, so these dead people were not happy lah, then they menjelma one night,in white...the staff of the station were so afraid and the place was so eerie.
Till today, if you use the MRT northern line to Punggol, the train does not stop at all at the Bidadari station. Btw the station is just beside the former Malay cemetery. Maybe Rem can tell us more. This is what I know lah....right or wrong..I don't know..but it is logic..don't play play with Malay hantus... :)
For the lembaga hitam without nose, eyes etc...I had the same experience when I was a kid in a Singapore kampong. It followed me everywhere and it became bigger and taller as it followed me..I was so scared that I ran as fast as I could to my house. It was malam jumaat, maghrib and I was outside throwing some dinner leftovers in the big drain. My grandpa had already told us not to go outside but I just forgot. Afterwards., he gave me some water to drink...after reciting some doa first. Then he told us that was his 'friend', a penjaga rumah...our house! I am a bit traumatised till today.
- Pinggoo
msleepyhead,
that is the best product i have ever seen... utk dipakai oleh suku sakat djinn! senang kita nak track depa. 'calling all kampungers, two djinns coming our way. get ready, over'.
seriously, bagus rekaan ini. simple tapi tentunya efektif, manalah tahu tak lama lagi saya jadi sewel, senang anak nak track saya. kalaulah yg reka tu umat m....
anon 14:47,
eeks brader. saya pernah tulis tentang emas dan silver beberapa kali. sejak saya tulis tu, harga emas dah naik ke rekod baru beberapa kali = dah naik lebih kurang 3-4peratus dari sejak saya tulis tu.
harga silver pula dah melonjak kira-kira 5-7 peratus! baru beberapa minggu dulu saya tulis.
http://remgold.blogspot.com/2010/05/harga-emas-mencapai-rekod-baru-perak.html
dan juga:
http://remgold.blogspot.com/2010/09/us-dollar-japanese-yen-kita.html
saya khuatir jika anda masuk emas dan silver ni takut dia jatuh mendadak kelak.
saya bukan warga malaysia jadi rugi tak dapat masuk skim ini yg gerenti dapat dividend yang baik: ASN dan ASB. anda sila masuk.
jika nak diversify, simpan juga wang di Tabung Haji. dividen bagus juga.
dan ASN ASB dan Tabung Haji ni kerajaan gerenti principalnya - iaitu saya tak rasa kerajaan berani kata - maaf, duit semua dah habis sebab salah invest. jadi wang anda lebih selamat drpd masuk membeli emas dan perak.
jika anda orang singapork, yg paling selamat (pada saya) ialah satu pelaburan baru:
beli bond SIA (interest 2.15 pct - double dari simpan duit dalam fixed deposit). cerita di sini:
http://www.straitstimes.com/BreakingNews/Singapore/Story/STIStory_581468.html
banyak lagi bond untuk pelabur kecil (retail investors) akan dikeluarkan oleh syarikat lain.
jika khuatir SIA jual arak dan sebagainya, tunggu dulu syarikat lain keluarkan bond.
jika tak mahu makan duit bunga, datang ke kl, tanya kat Tabung Haji boleh buka akaun tak. saya rasa boleh utk orang asing. anda tak rugi jika ke makkah dgn Tabung Haji sebab efficient (saya dua kali berumrah dgn TH, saya puji ke langit).
Pingoo,
wow, saya tak tahu pun cerita mrt kat bidadari tu!
ini mesti nak kena check. nanti saya ask around. kalau ada cerita boleh tambah kat sini.
dulu masa baru dibuka mrt pertama di spore - laluan bawah tanah 20-25thn lalu - orang kata yg paling bahaya ialah antara braddell dgn bishan stations - sebab jalan di bawah bekas tanah kubur cina.
ada cerita mrt jalan situ, ada makhluk
pakai baju putih (uniform PAP kot) tiba2 muncul duduk dlm gerabak! eeks, takutttt.
tapi hari ni dah tak ada cerita tu lagi. saya sendiri apabila pulang malam dari office, berjalan di tepi bekas tanah kubur tu nak balik rumah.
dah jadi Harmony Park kat situ - tempat budak2 main basikal dan skateboarding secara daredevil.
tapi memang seram juga jalan kat situ sebab lampu selalu mati - saya tak takut sebab bila jalan situ main lagu hindustan, ok what!
sarjan hassan dan pingoo ada cerita makhluk hitam.
seram sejuk juga baca.
tapi depa tak kacau sangat ok lah. nak kasi peringatan kpd anak2 bahawa alam ghaib tu ada.
Post a Comment