Wednesday, 6 October 2010

Cucu dedah cara hidup Kuan Yew & isteri

Mendiang isteri Lee Kuan Yew, Kwa Geok Choo, disemadikan hari ini.
Petang tadi mayatnya dibawa ke crematorium Mandai untuk majlis pensemadian privet.
Sebelum itu, Kuan Yew memberikan eulogy atau kata akhir di majlis peninggalan isteri. Juga di sini.

Cerita hidup beliau dengan ibu juga diceritakan oleh anaknya, PM Lee Hsien Loong.

Tapi yang paling menarik pada saya ialah cara hidup mereka sekeluarga yang didedahkan oleh cucu (anak PM Lee).
Gambar ah moi 29 tahun itu, Lee Xiuqi, dan ceritanya di sini.
Eulogy penuh di sini.
Ini pertama kali saya dan saya pasti hampir semua orang di Temasek nampak gambar budak ini.
Saya sebelum ini tak tahu pun apa nama anak-anak mereka!

Kuan Yew dan isterinya satu Singapore tahu tinggal di lorong bernama Oxley Road, dekat Orchard Road.
Rumah banglo lama dan tak besar mana. Mereka tak pernah pindah dari situ pun.
Orang luar jarang masuk ke situ kerana dijaga Gurkha dan polis.


Antara yang menarik:
- Atok dan nenek mandi pakai gayung! Apabila nenek (Geok Choo) kena stroke semasa di London dan dimasukkan ke hospital di sana, cepat-cepat ahli keluarga lain buat renovation dalam toilet - pasang shower!

- Nenek tak suka belanja banyak. Tapi satu hari ternampak berus rambut cantik di Jepun beli juga.

- Nenek kopekkan buah-buahan untuk Atok (tak kata pula buah apple atau limau) dan pack baju Kuan Yew apabila nak berlayar.
Teringat saya dulu apabila PM Abdullah Badawi nak kahwin dengan Jeanne Abdullah, salah satu sebab yang diberitahu oleh Ketua Menteri Melaka Ali Rustam kenapa perlu ada isteri ialah agar ada orang dapat pack baju suami yang hendak berlayar. Betul tu!

- Cucu ni suka ikut Atok dan Nenek apabila mereka ke luar negari membuat kerja negara. Tapi katanya, Kementerian Kewangan tak payah khuatir, sebab tak gunakan duit rakyat untuk bayar duit pesawat.

- Hidup nenek dibahagikan oleh nenek sendiri sebagai Before Stroke dan After Stroke, sebab Geok Choo kena stroke pertama kali pada 2003. Sakit dan berubah cara hidupnya.


Ummie, makhluk dua alam SingaMalay seperti saya, ada cerita dan gambar eulogy penuh Kuan Yew.

-------------------------------------
CAKAP tentang eulogy ini, teringat saya antara eulogy yang bermakna dalam, itu eulogy untuk salah satu hero saya, Malcolm X - di sini.
Cerita wikinya dan ada movie juga berdasarkan kehidupan Malcolm Little yang ditembak mati sebagai El-Hajj Malik El-Shabazz.

-------------------------------------

APABILA rakan karib saya, Eddie Toh, meninggal pada 2008, saya tulis eulogy untuknya yang diterbitkan dalam akhbar MyPaper (akhbar percuma Singapore Press Holdings).
Eddie mamat Malaysia yang pernah kerja di Singapore dan KL bersama saya.
Dia kena heart attack semasa 40 tahun lagi (banyak merokok?).
Cerita saya tentang Eddie di sini.

14 comments:

mekyam said...

lovely eulogies!

what a remarkable couple, the lees. i admire them as much as i admire our own dr mahathir and dr siti hasmah. with one difference. the latter two, i also love.

they don't make 'em like these four anymore.

thank you for sharing the links, remgold!

Anonymous said...

Op Ed

Saya hairan kenapa bila melawat The Temasek Review.com, ramai sekali rakyat spore yang mengomen negatif terhadap mendiang dan juga keluarga.

Apa cerita di sebalik semua berita ini.

Malik

alunbm said...

Malcolm X adalah filem terbaik yang saya tonton suatu ketika dulu dan Denzel Washington adalah actor hollywood kegemaran saya.
Bro,
bagi lah ulasan sikit pasai filem Malcom X ni.

remgold said...

Malik,
biasalah tu brader.
kalau kamu baca malaysiakini dan malaysian insider, atau komen-komen dalam jakarta post dan jakarta globe, kamu rasa apa yg kerajaan msia dan pemerintah indonesia buat semuanya salah.
ada baiknya mereka luahkan hati tu. sama juga dgn blog dan website yang 'anti-kerajaan'.

agar orang atas di dalam negara manapun dapat raw feedback. kalau tidak mereka ingat 'semuanya ok'.
zaman internet ni bukan macam zaman suharto kuanyew mahathir lagi, di mana semua spin boleh dikawal dgn gunakan media perdana.
cuma yg tulis komen tu, walaupun dlm blog kecil saya, kena jaga, sebab ada orang baca di sana tu, perhatikan apa yg keluar.

Ummie said...

She reminded me of my mother-in-law and Mr LKY, my own father.

Anonymous said...

Singapore's Greatest Love Story. I don't think much of Lee as a politician although I do admit he and his team has brought tremendous success to Singapore. But flipping through Lee's private life it is almost like reading a fairy tale.

Not many men of that calibre left when it comes to love and commitment with the exception of our own Dr. M and Datin Siti Hasmah.

Especially touching to see how he leans forward to give his wife the final rose and kisses.

What a love story.

JohorMali said...

Mr Rem,
If what is reported in Malaysian Insider regarding LKY's revisiting the water issues during the seperation days in his eulogy is correct, I personally felt that he was a little bit out of line .
Praise by all means your deceased spouse, but be considerate to everyone who are still alive.
UMNO before, presently, and hopefully in the future, may always be perceived as a racist organisation, but I strongly believe that to cause suffering to his fellow mankind down south have never been the agenda of any level headed UMNO leaders.
Maybe once in a while I may make occassional outburst like .." aku jentik kote kau nanti...!" but do you really think that I would do such thing?

remgold said...

JohorMali,
saya setuju. kenapa masuk isu air itu dan hentam melayu msia dlm eulogy. tak manis.
nanti kalau kita komplen salah pula.

Anonymous said...

Oh well we do threaten them pretty often with cutting off the water supply. Sensitive issue for the Leeder la.

To quote:
'Maybe once in a while I may make occasional outburst like .." aku jentik kote kau nanti...!" but do you really think that I would do such thing?'

Err...yes. You don't mess with a Malay. Favorite quote is always you know where the word 'amok' derived from? Leeder takut la kalau UMNO 'amok'.

ninotaziz said...

Wow, I will definitely have to watch Malcolm X, Sir Remgold.

Thanks.

Anonymous said...

Op Ed

Kalau setakat beri komen negatif memang biasa di dunia ini.

Tapi kalau sampai memaki hamun orang yang telah mati dan juga sedang sakit, mungkin tahap kemarahan penghantar komen sudah tidak tertahan

Malik

Timur Tengah said...

In my last trip to Sing, I dropped to the famous Mustafa Store. Went uo to the section selling a book, VCD, etc.

Talking about LKY's 1st Memoir, I read the 1st paragraph of synposis at the back of the package (Book+VCD...) I came to a conclusion he has a strange feeling about Malaysia. Wondering what actually he want... let bygones be bygones.

Salam - Doha, State of Qatar

remgold said...

tuan-puan,
jika nak beli movie malcolm x kena order dari amazon.com.
kerana movie lama dan tak begitu popular, saya dah cari banyak tempat di msia dan spork tapi tak jumpa.

http://www.amazon.com/s/ref=nb_sb_noss?url=search-alias%3Ddvd&field-keywords=malcolm+x&x=10&y=22

dulu masa movie baru keluar, saya sempat beli official baseball cap. hanya ada perkataan 'X' di tengah. tetapi tertinggal dlm penerbangan mas spore ke kl - untung pembersih atau pramugara/i yg jumpa, sebab saya query semua buat tak tahu.
'tak jumpa 'bang'.
di US baru-baru saya cari baseball cap 'X' tak jumpa dah. yg ada hanya movie (dvd region 1).

di new york, kedai baseball cap (dipanggil 'hats' di sana) yang terbesar ialah Lids. beribu topi dia ada, tapi 'X' tak ada:
http://www.lids.com/hot_styles.html?link_id=4576

kamu masuk kedai-kedai Lids ni ada mamat atau minah kulit hitam pekik 'Welcome to Lids, brother!'
Saya pun jawab: 'Hidup Melayu! Hidup Perkasa!'

tak dapat movie atau hat, kamu baca BUKU malcolm ni pun okay juga (boleh order di kinokuniya dan borders, saya rasa):
http://www.amazon.com/Autobiography-Malcolm-Haley-Market-Paperback/dp/B002HS1T2G/ref=sr_1_3?s=books&ie=UTF8&qid=1286459423&sr=1-3

penulisnya ialah alex haley, penulis terkenal buku Roots (yang menjadi tv series - Kunta Kinte).
baca autobiography ni - anda baca DARI BELAKANG.

dah terkejut dgn cara hidup gangster-perompak Malcolm Little menjadi Malcolm X setelah jadi member Nation of Islam (pimpinan Elijah Muhammad) dlm penjara. Lepas tu taubat setelah ke Makkah, masuk islam dan tukar nama jadi El-Hajj Malik El-Shabazz.

ungkapan katanya yg paling famous ialah:
'BY ANY MEANS NECESSARY'.
meremang bulu roma saya tiap kali dengar ungkapan ini. jika kaum kamu dibuli dan dibangsatkan, apa yg kamu sanggup buat?

"We declare our right on this earth to be a man, to be a human being, to be respected as a human being, to be given the rights of a human being in this society, on this earth, in this day, which we intend to bring into existence by any means necessary."

http://en.wikipedia.org/wiki/By_any_means_necessary

kalau nak nonton movie, siapkan tisu paper. apa yg terjadi last last, banyak sedih.

yg saya kagum Mr X ini ialah semasa dipenjara beliau HAFAL satu dictionary. ini cerita betul.
jadi apabila beliau masuk Nation of Islam jadi spokesman utama kerana pandai gunakan perkataan!
lepas tu ustaznya, Elijah Muhammad, didapati songsang. lalu beliau lari masuk islam. Nation of Islam tu mengajar orang negro adalah bangsa dari langit, bukan islam yg kita anuti.

dan beliau organiser dan strategist yg bijak sekali. nak lawan omputeh, kena guna otak bukan setakat pekik-pekik. itulah yg diajar Mr X.

ajaran basicnya yg sampai sekarang saya ikut: beliau dulu perompak.
dia kata: jika ada dua buah rumah yg nak dirompak, dalam satu rumah ada cahaya lampu, yg lagi satu gelap. saya rompak yg gelap kerana kemungkinan tinggi tak ada orang.
sebab pencuri ni paling tak syiok jika terserempak pemilik rumah, menyusahkan kerja dia.
sejak itu, jika ke rumah saya di kl, setiap malam hingga pagi gerenti ada lampu di depan dan belakang (walaupun pakai timer switch). biar perompak masuk rumah sebelah yg gelap saja!

Anonymous said...

LKY's strange behaviour can only be described as one thing- he regrets he couldnt become the Prime minister of malaysia.