Saturday, 2 October 2010

Isteri Lee Kuan Yew, 89tahun, meninggal

Berita dan gambar kenangan di sini.
Belasungkawa sini.
Suaminya, Menteri Mentor Lee, masuk hospital kelmarin setelah terjatuh dan kerana chest infection.
(Dr Mahathir pun masuk hospital, chest infection).

Anak mereka, PM Lee Hsien Loong bergegas balik dari lawatan ke Belgium.

Yang menariknya ialah ramai orang tahu bahawa seperti isteri-isteri Suharto dan Mahathir, isteri LKY juga main peranan penting dalam membantu kerja suami menerajui negara.
Tapi mereka main peranan di belakang tabir, bukan di depan yang mungkin menjadikan masalah untuk sang suami orang politik.

17 comments:

Anonymous said...

stuju statement yg terakhiir tu... Jangan lebih kuah... Masalah nanti...

alunbm said...

Ha ha
Gelaran first lady katanya
yang tidak ada pada isteri isteri pm yang sebelumnya.
Menjadi bualan hangat
seantero dunia.

Anonymous said...

Sape yang kau kenen tu Oped.
Tak abis2 la korang ni.
Kadang2 tgk journas ni mcm 'bitchy ' pon ada.

Jangan Marah

jo said...

main peranan di belakang takpe, biasalah tu suami isteri tolong menolong. those ladies are also graceful and carries themselves with finesse. Ada class la gitu, orang tak suka pun at least mereka respect.

Anonymous said...

crocodile tears......anyway 6 feet below are full of indispensables...

remgold said...

Maaf tetuan,
tambahan sikit. dah malam tapi tak ngantuk, dan jari-jemari gatal.

saya khuatir jika ada isteri main peranan di depan sebab mereka biasanya lupa - yg dipilih oleh rakyat utk tadbir negara (sebagai ADUN, AP atau menteri) ialah sang suami. bukan sang isteri.
yg dibenarkan belanjakan wang rakyat - utk kebaikan rakyat dan negara, katanya - ialah sang suami.
walaupun beli jet besar berjuta dolar nak mudahkan terbang luar negara kerana nak pasarkan nama negara.
atau beli mercedes (termasuk exco kelantan. atau di perak, camry baru!) nak mudahkan kerja YB pun, walaupun masih ramai rakyat papa kedana.

para menteri spork, kamu nak benci manapun, tidak pernah ada govt jet. mereka ke mana biasanya naik scheduled flights yg kita semua naik.
kerana takut dituduh membazir walaupun negara kaya - bandingkan dgn mugabe dari zimbabwe.

apa lagi nak benarkan isteri berlagak sebagai 'ketua negara'. bahaya beb di zaman orang tak beretika seludup masuk majlis tertutup....

jika sang isteri rasa nak main peranan di depan dan gunakan wang rakyat sebagai hak, masuklah gelanggang politik. biar sang suami duduk kat rumah masak nasi dan cuci baju - ok wat! dapat gi shopping dan duduk kat coffee bean tiap hari, rilek.

asrul amanda said...

Tuan Reme, boleh saya request topik? Saya nak tau tentang pergerakan UMNO Singapura. Apa ceta sekarang?

Anonymous said...

ramai pulak yang chai nombor ekor besok. awak jangan la tumpang sekaki
haram tu

Anonymous said...

Saudara OpEd,

Lets that 'somebody' enjoyed it while it last! Mungkin tidak lama pun!

Tengok-tengok gaya kalau bukan members party yang 'kick that fellow out' mungkin rakyat sendiri.

Masa itu dek kerana telah terbiasa 'enjoy' sakan akan menangis tidak berlagu! Lagi terasa perit kalau jatuh secara begitu!

Warga Setia

remgold said...

asrul amanda,
saya pernah ngobrol tentang SMNO = spore malay national organstn, atau PKMS sikit:

http://remgold.blogspot.com/2009/09/umno-spura-bergaduh-sama-sendiri-21.html

http://remgold.blogspot.com/2010/08/chiam-see-tong-nak-tanding-di-tempat.html

PKMS dulu umno, tapi tertubuh apabila msia split dgn spork. ia kumpulan pembangkang di yg PALING KAYA. orang melayu ramai miskin di sini tapi kumpulan politiknya yg paling kaya!
sebabnya ialah bangunan headquarters. value tapak tanah saja s$20juta. tapi tak payah jual - sewakan kedai kat bawah tu dan pejabat di bahagian atas dah cukup. masuk duit banyak setiap bulan.
tapi wang ini jugalah yg jadi rebutan sehingga gaduh antara dua pihak. pkms masuk berita bukan kerana membantu melayu spork tapi sebab gaduh, hingga masuk hospital dan mahkamah.
saya pun malu nak tulis.

kalau saya nak sokong pembangkang, saya suka Singapore People's Party (Chiam See Tong), Workers Party (Low Thia Kiang dan Sylvia Lim) atau Reform Party, parti setahun jagung pimpinan anak mendiang JB Jeyaretnam.

pilihanraya mungkin december atau march. pkms berada dalam SDA = Singapore Democratic Alliance, pakatan pembangkang.
tak tahu macam mana nak pilih calon melayu, sebab ada dua pihak yg bertegang urat.

kata mudah: sikit sangat orang melayu spore, berjumlah 450,000 orang, ambil pusing tentang pkms.
lebih ramai yg menyokong Aggota Parlimen PAP melayu-islam. ada 12 orang daripada sejumlah MP, NCMP dan NMP.

http://www.parliament.gov.sg/AboutUs/Org-MP-currentMP.htm

kamu click nama mereka dan lihat di mana mereka dididik dan bekerja pun, dah segan. memang orang marah kadang2 sebab MP melayu selalu beratkan PAP dari bangsa sendiri. tapi kalau harapkan pkms tak payah ler.
payah beb kamu jadi MP melayu PAP - tak boleh 'melayu' sangat kerana pengundi kamu 90 peratus bukan melayu! they have to be both malay and national leaders.

asrul - tak tahulah saya jawab soalan anda atau tidak. kalau songsang saya tambah lagi.

Sarjan Hassan said...

Salam REM

terlanjur hang cerita PKMS dan PAP, saya curious juga nak tahu apa yang PAP nak berdebat dalam parlimen kalau undi kompom majoriti setuju.

Pulak tu segala polisi dah ditetapkan oleh boss besar kat atas

pembangkang yang ada tu pun atas teket buat cukup syarat saja.

Ps takziah lah kat MM LKY walaupun saya memang tak berkenan dengan cara dan sikap LKY. Orang mati kita tetap kena hormat. politik bab lain

Ummie said...

I've always admired her - and most importantly - her 'hairstyle'.

nasi ayam said...

Pak Rem,

Bukan nak kata apa, Dr M ngan MM Lee semacam ada chemistry, lihat la bagaimana mereka sama-sama dapat chest infection.

Semoga mereka dapat berbaik baik.

remgold said...

sarjan hassan,
soalan anda - "saya curious juga nak tahu apa yang PAP nak berdebat dalam parlimen kalau undi kompom majoriti setuju.
Pulak tu segala polisi dah ditetapkan oleh boss besar kat atas
pembangkang yang ada tu pun atas teket buat cukup syarat saja."

jawapan - sama macam di parlimen msia dan di dun-dun di seluruh negara kecuali kelantan dulu. sebelum mac 2008.
kerana bn kuat dan pembangkang lemah, mereka bincanglah kat parlimen dan dun. yg marah2 pun ada, tunjuk intellectual argument lagi. tunjukkan mereka jaguh rakyat.
tapi bila undi, semua ikut yg boss suruh.

ummie,
apasal gemar style rambut mrs lee? say lebih gemar rambut farah fawcett dulu.

nasi ayam,
nasib baik lky dan mahathir tak masuk hospital yg sama, you!
jika tidak esok, perjanjian ktm dah kena batal agaknya! hahaha.

Timur Tengah said...

Teringat gentle agreement antara Pak Lah dgn Dr. Mahathir sekaligus terbaca gentle agreement antara Henry Lee dgn Dr. Mahathir.

Kebetulan Bro Reme kita bercakap pasal PKMS. Dipetik dari Wikipedia: Knowing that Mahathir was in line to become the next Prime Minister of Malaysia, Lee invited Mahathir (through the then President of Singapore Devan Nair) to visit Singapore in 1978. The first and subsequent visits improved both personal and diplomatic relationships between them. Mahathir asked Lee to cut off links with the Chinese leaders of the Democratic Action Party; in exchange, Mahathir undertook not to interfere in the affairs of Malay Singaporeans.

Selain dari Dr. M, ada sorang lagi yang boleh buat Harry Lee terduduk i.e. Lim Chin Siong. Back to 2005, I did watch Discovery Channel and came across comment made by Harry Lee on Lim Chin Siong. The name triggered me to surf Wikipedia to know more about this guy. Not much things I can find about him in Wiki same2 goes to other internet’s site in google. Tonight (2010) there are quite good info about this guy in Wiki and other’s internet site. May be the Singoperean Hokkien version for Anwar Ibrahim in 1950. In the Disc-Channel there was a claim that Harry Lee knows that he cannot defeat Lim Chin Siong, so what he did is to get Brits to jail Lim Chin Siong and put him exiled to London.

Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

Timur Tengah

Actually there is a biography about LCS published just before he passed away which I bought a copy in kl a few years ago. And I also have a copy of "The Plen" biography as well.

Without LCS and his left wing Union or is it pro PKM ? LKY and PAP cant win the support from the lower income Singaporean Chinese of the 50's and 60's - badly treated by the corrupted government of the day

That's why they said that LKY is shrewed enough to ride a tiger and yet managed to send the tiger to a zoo.

Maybe Rem can give you more info about this

Malik

remgold said...

bros,
unkerr rem kurang faham tentang perjuangan lama lky. yg saya faham ialah banyak commie nak tawan spore, lky and frens dapat kalahkan mereka.
baik di spore mahupun msia, kita berterima kasih sungguh kpd negarawan2 lama yg telah mendirikan negara. saya lebih cenderong dan khuatir tentang masalah masa kini.
pap di zaman pro-komunis satu cabaran besar dan umno di zaman malayan union pun gitu, tapi pap dan umno di zaman internet ni, pun bahaya sama besar utk mereka jika tak dijaga!