Tuesday, 12 October 2010

Malaysia negara paling banyak bermain cyber

Tak tahulah saya nak kata ini sesuatu yang harus dibanggakan atau yang buat kita malu.
Malaysia adalah negara PERTAMA DI DUNIA di mana paling ramai orang mempunyai rakan cyber dan suka 'membuang masa' di Internet - termasuk membaca blog ini!

Dari Time magazine you!

Tak tahulah anda. Tapi selain blog, saya tak main Facebook atau yang lain-lain. Saya masuk Facebook seminggu tak sekali dan kurang dari lima minit.
Boring baca rakan tu lagi masak apa, atau nak baca buku itu, atau nak gi nonton movie entah apa.
Buang masa pada saya benda ni.
Kalau nak tahu berita atau rumours, baca blog dan website lagi bagus.

Saya pun ada Twitter account, tapi jarang pakai juga. Nak cerita apa saya ni?
Bahawa saya rasa First Ladies conference tu membuang wang rakyat?
Nurul Izzah tak patut lawan No. 2 PKR?
Ada ke orang yang nak tahu pendapat saya dalam Twitter?

Kalau saya orang politik top tak apa juga.
Ada pula rakan-rakan yang tweet gi makan kat restoran itu, lagi rilek kat balkoni rumah.
Haish, who cares!?!?!
Kalau Paris Hilton atau Brad Pitt yang tweet gitu tak apa juga.

Ni belum masuk bab LinkedIn dan Skype, Gchat dan IM (instant messaging).

Saya tulis blog ni boleh beri pendapat yang sama tentang First Ladies atau Izzah, sebab pada saya menulis ini melepaskan geram atau melontar pandangan terbuka. Syiok Sendiri.
Orang tak baca tak apa.

Masing-masinglah beb.

Untung budak-budak zaman ini.
Saya dulu masa kecik-kecik main bola kat padang tanah di kampung (dulu Singapork ada kampung Melayu. Saya dulu tinggal di kampung di West Coast Road dan Pasir Panjang), merambu masuk belukar cari spider.

Kita main game getah, bottle tops, buat lastik sendiri jika nak aim kat burung, buat 'camp' - rumah kecil dengan dahan dan kotak - di tepi belukar, panjat pokok kelapa, mandi di sungai dan laut (mampoi kena rotan jika ibubapa tahu!).
Sekarang semua hayal depan PC dan laptop.
Patut banyak kena penyakit diabetes dan hypertension, heart attack dan gemuk sakan!



-------------------------------------------
PERTAMA SHOPPING COMPLEX

Saya ni di KL, cuti beberapa hari.
Tadi gi Pertama complex cari barang sikit. Dah bertahun tak gi sana.
Some things never change.
Tempat tu gitu juga. Tapi yang bagusnya, ia masih laku dan sesak dengan kedai - maknanya masih ramai orang datanglah.
Saya harap mall tua ini masih dalam pegangan MARA - sebab tentunya sewa kedai semua best. Biarlah ada juga wang masuk, sebab banyak sangat kerajaan ni keluarkan duit nak buat itu dan ini, conference itu dan ini.

9 comments:

Ninotaziz said...

Jangan lupa Tumblr, DeviantArt dan sebagainya untuk anak remaja kita. But there is some art value there.

Baru hari ini baca news akibat psikologi kepada anak anak yang terlampau terdedah pada komputer dan tv. Kena berpada pada.

Keeping in touch on facebook is not bad. But constant reporting of what you cook, think, saw, wished - tak tahulah Sir Remgold. A bit compulsive I would say.

Anonymous said...

nostalgia beb masih kecil-kecil dulu kat Singapore; cari ketam kat Kpg Tg Irau; cari kupang kat Senoko, cari anak ikan kat longkang Naval Base..

kecik-kecik dah berdikari nak cari makan untuk buat lauk keluarga..anak-anak sekarang lebih suka main games Internet dari nak buat macam kita dulu..

malangnya mereka dah hilang skill nak survive ..apa-apa hal kena mintak tolong ibu-bapa

Sarjan Hassan said...

Rem

cerita pasal social networking ni, ada lah kawan saya yang bila free, ajak kena teh tarik kat kedai mamak.

Yang herannya, kita dah duduk semeja, tapi dia sebuk melayan BBM dan twitter. Last, sekali kita orang tinggal kan dia sorang2. lepaih tu tak berani dia buat perangai macam tu lagi.

mentaliti budak sekarang pulak susah nak terima hakikat sebenar kehidupan, pasal dalam games dia boleh main mengelat nak menang.

Anonymous said...

REM,

Betul lah cakap kau. Aku rasa FB tu memang membuang masa aje. Kekadang isteri sampai tak buat kerja rumah langsung!

Aku dulu pun masa di Singapork, tinggal kat Chua Chu Kang sbb orang tua kerja RAF Tengah. Pergi sekolah pun naik lori askar. Masa tu, coca cola harga 7sen je.

Namza

d'enricher said...

Rem,

Bab FB dan twitter ni setujulah sangat. Saya sampai sekarang tak ada akaun pun, kalau ikut orang sekarang kira kolot la. Kat rumah, kami buat peraturan untuk anak2, sampai 12 malam aje.

Yang tentang First Lady Conference tu biasa la kalau kat Malaysia, dulu kita ni penyayang sana, penyayang sini, kemudian batik sana batik sini, lepas tu malaysia prihatin sekejab, jadi tak lah boring isteri PM kita.

Jadi sekarang semua orang nak jaga anak2 baik2, dulu kita tak pandai, lepas ni semua anak2 kita gerenti cerdik2 belaka ... permata negara la katakan.

Tapi apa sekali pun, dik cyber ni la kita dapat luahkan isi hati, bak kata you orang nak baca ke tidak tak pe.

Nak jadi penulis tak pandai, jadi ada peluang tik tok sana, tik tok sini kira ok lah.

A.Alshukor

zeqzeq said...

as-salam saudara..
memilih Pot yg positif..

fb Blog atau apa sja.asal tak buka AIB nama tepat..

hiburan??
ilmiah??

Sophon said...

Memang padanlah malaysia negara paling banyak main siber, dah internet lembab macam siput babi. Nak tunggu loading tu makan masa.

remgold said...

ninot,
tumblr and deviantart = i didnt know about these. now i do! deviantart is good esp cos i always wanted to be someone who could draw such beauty. instead i became an artist with prose (pandai cerita hantu).
there was a malaysian boy who was iviewed by newspaper who could draw so well he is in one of the silicon valley gaming companies. his job is to draw artwork for games. gaji usd15k if i am not mistaken!
anon 22:55,
tg irau, senoko, naval base = ini orang sembawang ni. saya tinggal di flat di Yishun lama dulu tapi masa tu dah ada anak tak adventurist macam zaman kecik dulu. how i miss those carefree days!
namza,
sekarang dah jadi orang msia ke?
wd be interesting to meet former sporeans. citer lama tentang kampung kat geylang dan eunos, tanjung irau dan teban, sekolah menengah yusof ishak dan sekolah tun sri lanang dan maju.

Anonymous said...

Rem, sorry I terlambat ni ....orang semua dah citer pasal lain I masih kat sini...your post lama.

Don't forget Kampong Melayu Kaki Bukit, Kampong Wak Tanjong, etc and you know what, my former school was Tun Sri Lanang! Now dah jadi LaSalle. Btw, I am not happy lah nowadays all schools' names semuanye berciri kecina-cinaan. Macam nak delete Singapore's Malay history and connection pulak. I hope the next University will be known as Yusoff Ishak University or Temasek University and not Ching Chong University.

- Pinggoo