Saya baru tiba di Singapork pulau indah-kecik tadi petang selepas seminggu main-main kat KL. Naik Firefly Subang-Budget Terminal Changi seperti biasa.
Lalu baca surat khabar beberapa hari lalu, catching up on the news.
Satu berita yang menarik minat saya ialah perbincangan di pulau totet ilet ni tentang pekerja bergaji rendah - pekerja kolar biru kata orang.
Di sini, Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri juga ialah ketua gerakan pekerja! Namanya Lim Swee Say.
Ada orang kata jika menteri dalam Kabinet jadi ketua buruh, maka tak akan ada demo pekerjalah. Exactly what the government wants.
Dan itu, pada saya, juga baik untuk pekerja. Makin kurang demo pekerja, mogok awam, lebih baik. Kerana takut pelabur lari.
Kita lihat di Perancis dan England, mampoi satu negara baru-baru ini apabila pekerja pengangkutan mogok. Tak ada keretapi, tak ada bas, macam mana nak gi kerja?
Swee Say ada satu argument yang dibincang panas di Singapoora, dan juga relevan untuk Malaysia.
(Di Malaysia, para pengetua gerakan buruh ramai yang masuk pembangkang).
Argument biasa untuk pekerja ialah: Mesti adakan minimum wages - gaji minima, untuk berlaku adil kepada pekerja.
Di Malaysia dan Singapore tidak ada gaji minima, bermakna majikan boleh suka-suka kasi orang tu gaji.
Jika dia nak bayar gaji tukang masak kat restoran dia RM800/S$800, dan pekerja di kilang dia RM550/S$500 tak ada undang-undang yang kata tak boleh.
Cuma, jika gaji rendah sangat, orang tak akan datang.
Macam restoran mamak satu Malaysia selalu bising tak ada mamat nak kerja kat restoran mereka, sebab tu kena ambil pekerja dari India, Indonesia dan Nepal.
Hello, kamu kasi gaji kecik sangat, baik mamat tu kerja jadi office boy yang gajinya rendah sikit, tapi dia dapat duduk dalam bilek aircon.
Gerakan buruh Malaysia mahu ada minima untuk semua pekerja - baik di ladang yang menoreh getah dan tanam sawit, mahupun drebar, pekerja kilang dan restoran.
Di Singapork, Swee Say kata lebih penting daripada paksa adakan undang-undang gaji minima ialah pastikan semua pekerja ada minimum skills - kemahiran minima.
Jika tak ada, siapkan latihan untuk mereka.
Ini, kata beliau, lebih adil untuk pekerja.
Dan pelabur tak akan lari kerana takut dipaksa bayar gaji minima untuk pekerja kilang dan office boy.
Maksudnya jika di Malaisia atau Singapoura gaji pekerja kilang mesti paling kurang RM1,200/S$1,200, dan office boy mesti dibayar RM900/S$900, mungkin pelabur asing lari.
Baik di buka kilang dan pejabat di Jakarta atau Vietnam. Di sana, gaji lebih rendah dan tak ada gaji minima.
---------------------------------------
INI bahagian cerita syiok sendiri - anda boleh skip terus baca di bahagian bawah!
CERITA LAMA: Sebelum jadi wartawan, saya dulu pernah kerja di sebuah firma arkitek di Temasek.
Sebab saya belajau mechanical engineering, maka saya jadi design draughtsman (orang Amerika kata 'draftsman') dalam mechanical dan electrical department, firma arkitek Australia tu di Singapore.
Dah lama tutup saya rasa syarikat International Project Consultants di Pasir Panjang Hill.
Jika kamu ada projek, arkitek Australia dua partner tu buat pelan kasar, lepas tu mereka bahagi kat architectural draughtsmen draw betul-betul.
Masa tu belum pakai komputer lagi. Belum ada sofwe architectural plan kat komputer. Kat pejabat Wang Computer pun belum ada! Ini tahun-tahun 1982-1985.
Kami draw pelan pakai kertas transparent (lupa apa nama sebab dah 30 tahun dulu dah!) dan ink hitam. Drawing paper.
Meja drawing saya di pejabat hah, lihat GAMBAR ni. Saya ada beli satu untuk gunakan di rumah juga dulu - mahai nak mampoi, tapi amat diperlukan dulu.
Pena untuk lukisan teknikal saya pula di GAMBAR BAWAH ni.
Draughtsmen jika tak pandai pegang technical pen Faber Castell masa tu, tak boleh cari makan.
Kena hafal colour code. Putih maknanya untuk draw line nipis, 0.25mm thickness. Nak draw tiang besar, gunakan yang warna purple tu, 0.70 thickness.
Kena pandai buka pen itu 100 per cent, dan repair sendiri jika rosak - baca tentang bahagian-bahagian pen di sini. Orang dulu miskin, kalau rosak kena repair sendiri. Sekarang phone rosak, TV rosak, kereta rosak, orang politik rosak, kita main nak buang saja.
Sambung cerita - lepas archi department habis, sketch itu dibahagi kepada civil engineering department yang calculate besi dan palang besar mana nak pakai, dan banyak mana batu-bata dan simen nak pakai. Pastikan bangunan tak roboh.
Sketch juga dibagi kepada department saya - kami lakar wiring letrik nak jalan mana, lampu berapa banyak nak letak, aircon berapa besau, dan ducting untuk aircon nak jalan kat bumbung sebelah mana.
Berapa sejuk aircon ni?
Harga mesin aircon ni bagaimana - ini aircon besau oi, bukan yang kamu pasang kat rumah.
Saya pernah tolong design aircon sistem untuk mall besar di Sandakan, bangunan bank di Raffles Place, dan juga untuk rumah-rumah orang kaya.
Yang saya respek betul mat salleh Australia dua orang ni, mereka tak sombong.
Yang satu ada Lambo warna biru - pertama kali saya nampak Lambo depan mata.
Di pejabat ada DUA orang office boy Melayu yang diajak duduk dalam pejabat belajar jadi architectural draughtsmen!
Mereka masih kena hantar surat naik scooter (ini belum zaman ada email lagi!).
Tapi bila tak ada kerja, omputeh ni suruh mereka pegang pena lukisan tu, belajar jadi draughtsmen. Mamat senior draughtsmen Cina kena ajar mereka.
Lepas tu ada receptionist pompuan budak Melayu, pun boss suruh belajar buat drawing. Tingkatkan kemahiran!
Mereka dibayar lagi oleh boss untuk gi kelas malam belajar technical drawing.
Mana lebih baik?
Kasi mereka gaji minima sebagai office boy dan receptionist?
Atau naikkan kemahiran minima mereka, seperti yang dibuat oleh boss lama saya, Philip Conn dan John Malone?
(Dah tua-tua, baru teringat cerita ni!)
---------------------------------------
Berbalik cerita asal.
Itulah yang kita harap kerajaan akan lakukan.
Naikkan taraf kemahiran pekerja.
Galakkan mereka tambah ilmu dan kemahiran.
Di Temasek, syarikat kena bayar ratusan atau ribuan dolar sebulan (ikut company besar atau kecil) kepada tabung latihan pekerja.
Dan majikan kena berikan mereka MASA untuk ambil kursus - di institut atau sekolah latihan pemerintah di luar.
Nak buat bangunan pencakar langit pun okay, nak belanja berbilion pun tak apalah. Tapi jangan lupa orang di bawah tu.
Sebab jika tenaga mahir kurang, maka pelabur tak akan masuk, walaupun negara kamu ada bangunan 100 tingkat, ada International Financial District yang canggih.
Kamu ada kuasa, bantulah orang yang tak berkuasa agar bertambah kuasa mereka nak mencari makan.
(Maaf, saya gunakan example Singapork sekali lagi. Bukan sebab negara kecik ni bagus sangat, tapi sebab itu contoh yang saya tahu sebab saya kerja kat sini).
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago






6 comments:
terima kasih kerana perihatin terhadap kami di malaysia ini
Kat Malaysia, kalau kerja kerajaan, wajib pergi kursus minimum 7 hari setahun. Ikut pangkat dan gred.
Peluang belajar ( part time ) kelas malam atau hujung minggu di Uni memang banyak. Antara rajin atau malas sahaja. Tapi jangan ingat senang naik pangkat bila dah dapat degree atau master. Kena pergi exam kerajaan dulu.
Kalau bekerja swasta, syarikat cina mintak maaf kata, kalau opis boy tu sampai ke pencen lah. paling kuat jadi driver sahaja.
Bila mamat mekanik kereta Melayu buka sendiri bengkel ( sekarang banyak rem ), mula lah dia kata kerajaan tak adil sebab persaingan dah banyak. Jadi kena sokong DAP untuk bantu mereka.
Padahal mamat melayu tu belajar kat IKM ( macam vokasional ), tapi bila kerja kat towkay cina, dia suruh bukak / pasang skru saja dan kemas bengkel. Kalau ajar pun kat kaum dia saja.
Nasib baik lah budak Melayu kat Malaysia sekarang creative. Ada tanah bela kambing/lembu/ tanam pokok yang hasil dia mahal. kalau tak, buat bisnes online. Yang buat direct selling pun muda muda dah pakai BMW.
Tengok pasar ramadan, yang muda banyak berniaga. Yang tua pulak sebuk cerita kat kantin mintak union naikkan gaji atau bonus. Bila boss suruh pergi kursus, dia jawab - dah tua la boss.
Salam satu Malaysia.
The issue of government's promise to make a study on minimum wages has long been talked.
From year to year. In fact what is seen, there is nothing happening because people still remember what the government promised earlier.
We are always at the top does not actually feel the heat as those at the bottom.
This is the reality of life and not only bring cheer to the hearts of people like us.
It is extremely disappointing when DS Najib during the 2011 budget presentation still want to promise to the people of Malaysia.
After a long wait, I thought before this government has made a study and have discussed with a particular departments or agencies.
Suddenly, when the DS Najib told that the government would establish the National Wages Council Consultations to review the minimum wage issue is, then I know that the discussions and studies to this issue has not really taken seriously by the government made over the years.
This situation is very disappointing. It seems the government is not serious about their promises to their people before this.
Our country will not be able to reach towards a developed nation if most of our leaders are still underdeveloped stage.
For other issues, as an example, the ability of an organization to pay the dividends to its shareholders shows that the organizations are on the right track.
Thus, definitely, all the shareholders will give their support to the organization.
Similarly the ability of former Prime Minister of Malaysia, Tun Mahathir was able to give bonuses to civil servants showed that the strength of the previous government at that time it was on the right track.
It was a morale booster to the government employees to work harder so that the productivity of government employees will be better.
But after Tun Mahathir's era to the present leadership is the opposite situation.
The question is whether the current leadership has brought the government of Malaysia to the right track.
The total bonus payout of RM3.1 Billion is not a major issue if the Government is headed and stay on the right track.
Shall DS Najib will promise again? We'll wait and see ....
kertas tu orang panggil, "tracing paper"..lama dah tak dengar kertas ni..entah ade jual lagi ke tidak kertas ni..ABU NIDAL
Abu Nidal,
terima kasih!!!
dah nyanyuk aku lupa ni semua. eh, bukan nyanyuk, tapi nyanyu....
kerana anda masih ingat nama tracing paper ni, lagi satu test hamba kasi:
jika kita nak cetak archi drawing jadi blueprint, kita masa tu gunakan printing machine besar. mesin tu gunakan chemical amonia (berbau busuk) utk print ink warna biru-purple.
SOALAN CEPU EMAS:
apa nama printing paper tu? start dari letter 's'.
jika kamu tahu, hamba kasi kamu free pass seumur hidup naik penthouse Remgold Tower, bangunan 100 tingkat yg akan hamba bina kelak.
Oped,
BEtul, setuju sangat. Ia lebih adil daripda meminta lebih tanpa apa apa sumbangan kepada pemberi.
Post a Comment