Sunday, 24 October 2010

Ngobrol isu pencakar langit 100-tingkat

Masih ramai yang marah tentang bangunan 100 tingkat ni.
Sehingga dah 140,000 signup kat Facebook group, dan pembangkang pun terhidu bau sedap dapat mainkan jarum.

Warisan Merdeka, atau nama omputeh Heritage of Independence, ada di tapak 15 hektar.
Ia termasuk Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang tak boleh dirobohkan. Nanti terpekik satu Malaysia jika nak dirobohkan, walaupun mereka tak akan jejak pun kat situ pun sebab stadium lama.
Stadium dua ini terletak dalam sekitar 8 hektar = kerana dah jadi heritage atau warisan negara, maka kena cantikkan dan terus digunakan.

Untuk berlaku adil - takkan saya serang saja?
Saya kasi chance mereka explain - sila baca sini, sini, sini dan sini.

Di tapak itu yang lagi 7 hektar boleh dibangunkan.
Di sinilah letaknya pencakar langit 100 tingkat itu. Bangunan office termasuk ibu pejabat baru PNB. Ibu pejabat lamanya dekat KLCC (depan US embassy) boleh disewakan tentunya.
Di bawah mamat 100-tingkat ni (kita anggap dia tinggi lampai macam mat jambu Saiful Bukhari Azlan) akan ada shopping centre.
Juga ada bangunan kondominium.

Ini semua keluar dalam penjelasan bos PNB, Hamad Kama Piah.

----------------------------------------------
theunspinners ada gambaq projek ni lagi. Wooi.
Sila baca komen-komen di bawah posting tu juga. Macam mana boleh masuk isu perkauman, saya pun pening.
Keresahan rakyat bukan pasal "PNB bangunkan projek Melayu, Cainis dan DAPigs jealous" tentunya.
Tapi ramai, termasuk ramai Melayu, khuatir projek besar ni habiskan wang, yang dapat kontrak dua-tiga kerat kroni.
Jika tidak, takkan yang signup kat Facebook tu ramai Melayu?
Ini pendapat sayalah.

----------------------------------------------
BERLAKU ADIL

Untuk terus berlaku adil, saya cuba jadi tukang jelas. Saya jadi 'orang garmen' kejap.

Sebab kadang-kadang sesuatu isu itu mendidih sebab orang gaduh pakai emosi.
Dalam isu ini, emosi semua orang, termasuk saya, dikejutkan kerana:
1) Bangunan ini 100-tingkat, bangunan tertinggi di Malaysia, malah di satu Asia Tenggara pun!!!
Petronas Twin Towers tu hanya 88 tingkat.
Jadi ramai tersentak - eh, eh, dah cantik Petronas tu cukuplah! Apa ni buang-buang duit nak bina tinggi-tinggi lagi?

2) PM Najib masukkan benda ni dalam Bajet 2011.
Sebenarnya projek ni tak ada kena mengena dengan bajet.
Katanya tak gunakan wang pendapatan negara (cukai dan sebagainya) yang dibentangkan dalam Bajet.
Pada saya silap besar benda ni dimasukkan dalam Bajet, kerana bajet itu apa yang nak dibelanjakan dengan menggunakan wang rakyat.
Tentu orang emosi.
Depa tak kasi civil servants bonus, tapi nak buat bangunan RM5 bilion.
Tentu orang dah tak nampak - bonus tu menghabiskan duit kerajaan, sedangkan bangunan ini (secara theori) boleh bawa keuntungan di masa depan, semua rakyat dapat enjoy.
Kalau tak dimasukkan dalam baget, walau jadi isu juga, takkan dikaitkan secara rapi dengan "pembaziran duit rakyat".
Kini Bajet 2011 akan diingat oleh ramai orang sebagai "Bajet nak bina bangunan 100-tingkat".
Atau "Bajet mega project" sebab banyak lagi projek besar diumumkan.


Jika niat PM masukkan dalam Bajet nak tunjuk kerajaan banyak projek besar untuk gembirakan hati rakyat, maaf, itu silap.
Dewasa ini, ramai khuatir wang Petronas nak habis, deficit belanjawan yang berbelas tahun tak dapat cover balik, imej kerajaan banyak membuang wang tak tentu pasal (First Lady Conference, katanya, berbelanja RM24 juta).

3) Lambat nak explain. Orang meraung satu Malaysia - digendangkan pembangkang yang pecah belah = kan pandai mereka dan rakan-rakan mereka di kinisidertoday sembunyikan pergaduhan besar DAP di Perak, dan dalam PKR.

Isu 100-tingkat ni - Kerajaan dah terkejut, baru nak cari penjelasan.
Aduhai. Takkan tak tahu bahwa benda ni nak jadi kontroversi besar? Dan terus dah siap ada explainer?
The government cannot be reactive all the time.
One day after announcing the project, sure to be a controversy, there should be reams of explanation of the hows and whys.
Apa guna banyak consultant bayar berjuta tapi semua tidoq?
Nanti aku mention satu-satu baru kamu tahu - sekurang-kurangnya ada empat group consultant besar yang advise Putrajaya. Ah kan, pak chic dah marah.

Dah enam hari heboh, baru PNB panggil press.
Mereka tak panggil foreign media dan kinisidertoday tu, tak apa lah. Newsmaker suka hati mereka, nak panggil Utusan saja, atau New York Times, atau Singapork Times saja.


4) Lepas tu bila explain, maaf kata, PNB jelaskan dengan kurang baik.
Kamu tanyalah editor-editor tempatan yang hadir tu. Tak kenalah beb penjelasan itu.

Hamad Kama Piah kata kami tak sentuh duit unit trust pelaburan. Akan gunakan wang sendiri.
Aish brader, PNB itu gunakan duit kerajaan, ini fund manager wang kerajaan. Agensi kerajaan.
Maknanya semua yang kamu buat tu adalah Wang Rakyat Malaysia.
Jika PNB untung berniaga dan berdagang, buat business anak syarikat lalu untung besar, itu keuntungan RAKYAT.
Bukan duit dia sendiri.

Sama juga Petronas dan Khazanah Nasional.
Bila depa untung, itu keuntungan wang rakyat.
Bila rugi - seperti projek tuna fishing, lepas tu tak jelaskan kepada rakyat - itu wang rakyat yang lesap.
Jadi tak kena jika kata Kami Gunakan Wang Sendiri.

----------------------------------------------
PROJEK BOLEH BERJAYA!

PADA saya, nak buat bangunan tu silakanlah.
Tapi explain tu, biarlah cermat sikit.
Cara mengeluarkan berita, announcement, tu kena ada timing dan cara.
Bab kata orang sekarang, spin kena jaga.

WALAU apa pun, saya sebenarnya MENYOKONG PROJEK INI.
Dan saya rasa (minus the emotional bits) PROJEK INI BOLEH BERJAYA. 

Tapi ada beberapa caveats.
Ah, ini nanti pak chic ngobrol kelak.
Lapau belum sarapan.

13 comments:

Anonymous said...

Salam satu Malaysia…

The government has argued that the construction of 100 levels of inheritance will be beneficial because it will give good returns over the long term.

But the question is why the focus should be given only in Kuala Lumpur? Not in other states in Malaysia. What is certain, there are many strategic places can be developed apart from Kuala Lumpur.

To become a developed country we can not improve things by concentrating on one area alone.

What we have seen, areas to be developed will only benefit the economic of the non-Malay ethnic groups.

What we have seen also, those who benefited greatly from this UMNO government's decision was not even going to support the BN government. This situation is evident in the last elections.

Construction of the Petronas Twin Towers, is one example where the UMNO leaders are proud that their tower was built by the political power they have.

The whole world knows that the government under UMNO leaders have done their good job for the Malaysian people in the past. But, the question is, who are the target groups that have benefited from the proceeds of such investments?

If the above agenda is driven by the leaders of UMNO, the UMNO leaders should ensure that the long-term investment that will be of great benefit, especially for the Malays.

Therefore, my advice to the leaders of UMNO, as long as there is in the grip of power over them, they must change their mindset to make some difficult decisions that can develop the Malays themselves.

It is up to the UMNO Malay leaders to find the most brilliant plan of action for the Malays.

The future of the Malays in Malaysia are in their hands, it is up to them to decide which a good and bad for the future of the Malays.

Sophon said...

Macam mana kalau imej menara KLCC sebagai ikon Petronas mulai kabur?

Sudah lah dalam entri lepas Reme ada bilang Malaysia mungkin ta dapat hak penganjuran F1.

Macam mana dengan branding Petronas. Apa pendapat rem

Anonymous said...

orang PAS/DAP/PKR ialah orang yang suka komlen, itu tak patut buat lah, tapi akhirnya dia yang nak buat lagi satu.

cuba tengok PLUS, jambatan pulau pinang, siapa yang dulu bising-bising, projek mega, membazir lah, itu smua golongan kat atas, last dia yang nak guna sebab bagus.

ini kerana apa, sebab diorang ni tak ada wawasan ke hadapan, kalau ikut pas, maybe tak de jambatan tak de lebuh raya. ikut lah jalan lama kalau nak pergi pulau pinang naik lah feri yang lembab tu.

d'enricher said...

Rem,

Bina bangunan, atau apa saja yang boleh gerakkan ekonomi memang bagus, kalau dapat projek tu lagi bagus kan.

Bila ada yang bising, dan ada yang sokong, jadilah isu politik, lepas tu isu bangsa dsb nya.

Pada saya, 5,000,000,000.00 tu banyak sangat kosong tu, atau PNB boleh jimat dan open tender betul-betul, buktikan bahawa budget 5B, tapi siapa yang boleh buat lebih rendah bagi mereka.

Betul ke dah ada orang yang chop ?

A.Alshukor

ninotaziz said...

Kenapalah PR management disaster ini boleh berlaku at the worst possible moment, worst timing, worst exposure? The day after the budget, absolutely everyone wants to hear what the PM said, tak macam 364 hari lain dalam setahun.

That boggles the mind - in this day and age with all the consultants, it seems like political suicide.

For this mere poet, I suggest the government really talk with the people, not to the people. Stop throwing acronyms and figures at us - 1Malaysia, 1MDB, NEM, NPM, GTP, ETP and more.

Use real words. Real intent. Real vision.

ninotaziz said...

Forgot to add the obvious to the list - 100 story building.15 hectares, RM5B. You get the idea.

kingnek said...

projek ni kalau dikaji memang menguntungkan, kalau PNB dah buat menara ni, nak jual pun boleh beruntung berlipat kali ganda! pasal harga tanah di KL sentiasa naik!

Property Folly said...

Bukan ker Putrajaya dibena utk hala sesak ke luar KL? So how about bena 200 tengkat tu kat sbidang tanah yg maseh kosong kat PJ tu? murah dan tak ada org complen.

Dlm KL dah cukup la pembeneaan. Bena taman plak. Jadi tanda mercu KL hijau menghijau dan tak ada risau sasau. Green city, in the true sense of the word. Luperkan banker banker out there yang only want to build spend and dont care about the consequences. sbb dia bole lari ke Ostolia ker Monte Carlo ker for holiday lelamer pepanjaaaaaaaaaannnggg...

Anonymous said...

Konek kecik pun syndrome once again, to compensate their weeniness!
Cuba focus on education, sports center ke utk rakyat tua dan muda,dll yg lebeh berfaedah ukt rakyat. F1 kat luar ni pon orang tak kesah sangat lagi cam dulu - a stupid sports to many but the elitist.

Sarjan Hassan said...

Rem

Saya nak cuit isu ruang pejabat di bangunan berprestij sahaja @ intergrated commercial building development.

Kalau pi kat KLCC dan Maxis tower, habis penuh sampaikan anak syarikat Petronas pun terpaksa pindah keluar ke Dayabumi ( semula ) dan lain lain bangunan.

Kini terpaksa di bangunkan pulak menara Petronas Carigali ( antara suria KLCC dan Hotel 5 bintang sebelah dia ).

Ruang pejabat di KL sentral pun jugak penuh. Limpahan nya sekarang di rasakan penduduk Brickfield.

Orang Kg Baru kena take note benda ni.

Kawasan stadium merdeka ni ada 2 stesen monorail dan 1 stesen LRT putra.

Lokasi Jalanraya, 1 dari federal highway, 1 dari jalan kuching, 1 dari cheras / loke yew dan 1 dari highway seremban / Istana negara / Jalan duta masuk ikut DBP - sekarang tengah buat flyover kat situ.

Lokasi tanah, sebelah bekas pudu jail yang sedang di bangunkan UDA, berjalan kaki 10minit dari berjaya times square dan bukit bintang.

dari angle value hartanah, kalau di bangun kan style KLCC, long term memang berbaloi. Tapi kena lah manage seperti KLCC.

Kos 5 billion tu kena lah bagi telus sikit

alunbm said...

Saya menjenguk ke fb 1M Malaysian reject 100 storey mega tower.Mak aiii sudah mencecah ratusan ribu setiap saat ada komen masuk.

Parti pemerintah tak rasa kecut teloq ka....Cuba bayangkan ratusan ribu ini memangkah parti pembangkang.

Yang pasti mereka adalah generasi baru yang tidak mudah menelan bulat bulat apa juga kata parti pemerintah.

Anonymous said...

biasalah pembangkang..nak spin cerita.. dulu klcc pun mcam ni projek mega tapi dah jadi icon negara dan dengar keuntungan dalam 500j setahun.. berbaloi kann..

orang pas-pis-pus apa nak banggakan ..20 tahun rule kelantan.. kalau nak cari patung buddha terbesar di dunia pergilah kat sana..mungkin depa ni bangga siot..

Timur Tengah said...

3 minggu lepas pergi Home Centre kat Doha ni, sabit ada sale. Ada banyak lukisan dinding, tengok ramai juga yang beli. Ada gambar / lukisan berlatar belakang kedai2 dengan lampu neon bandaraya Hong Kong. Menarik seni abstraknya.

Tetapi ada satu lukisan, actually gambar hitam putih tapi di grafikkan menjadi bagaikan lukisan. Gambar Menara KLCC / Petronas Twin Tower, diambil secara bersudut condong dengan skybridge nya.

Bangga sioul, syiok, belek2 harga 100 riyal. Gatal tangan dok belek kat belakang frame lukisan / fotografi tu. Hampas... Made In China.

Salam - Doha, State of Qatar