Monday, 25 October 2010

Ngobrol pencakar langit 100-tingkat =2

Terima kasih, akhbar The Star.
Kita dapat lihat sendiri pelan projek ini.



Saya tulis sebelum ini bahawa saya sebenarnya MENYOKONG projek ini, tapi ada caveats - iaitu ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan dan keadaan tempat harus di perbaiki.


1) Caveat 1: TAPAK SEMPIT.

Antara perkara yang obvious: Stadium Merdeka (teringat Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman) dan Stadium Negara tak boleh dirobohkan.
Maaf, tak boleh bincang ke status Stadium Negara ni? Tak boleh robohkan? Jika tidak, lebih berbaloi projek ini.

Jika tak boleh dirobohkan kedua-dua stadium, maka tapak jadi sempit. Sebab tu kena bina bangunan yang begitu tinggi. Nak maximise space.

Tak boleh beli kawasan Stadium Chin Woo?
Atau SMK Victoria? 
Saya tahu tentu ramai akan bising jika sekolah ni nak dipindahkan, tapi sekolah pompuan Bukit Bintang dah ditakeover, kini jadi mall besar Pavilion.
Yang penting ialah transfer sekolah ke tempat yang lebih besar dan selesa = jika tidak sesak karang budak nak ke sekolah dihantar ibubapa, dicampur orang nak gi kerja setiap pagi, dan orang nak balik kerja waktu petang.

Di Singapork (maaf mention negara kecik ni, tapi saya boleh cerita detail sebab tahu tentang Temasek, bukan apa yang terjadi di London atau Hong Kong), semua sekolah berjenama dah kena pindah tempat akibat pembangunan pesat di sekililingnya.
Raffles Institution (RI), St Joseph Institution, etc.
Dan kini Raffles Girls School pun nak kena pindah sebab kawasan sekelilingnya dah jadi tempat kondo mewah.
Hampir semua mamat top di Temasek sekolah kat RI (saya sekolah kampung Pasir Panjang Secondary School = dah lama katup). Tapi kena pindah juga dari bandar ke luar bandar sebab kawasan sekolah RI lama membangun cepat.
Kawasan baru RI kini lebih besar dan cantik, dan dibina dulu di sebelah RJC, Raffles Junior College.

Kata PNB banyak duit dan tak gunakan wang rakyat - bincang ler dengan VI ni. Ini isu sampingan kerana mungkin dah bincang di belakang tabir pun.

Jika dapat tapak lebih besar, kawasan ini boleh jadi macam kawasan KLCC kedua. Dulu hanya tanah lumba kuda.
Kamu nak lihat kawasan KLCC dulu, lihat saja bangunan di sebelahnya yang masih usang, Wisma Central.
Kini, KLCC dah jadi tempat bangunan glam dan kondo orang kaya. Jalan depannya dibesarkan = melainkan jalan pejabat lama saya, Jalan Pinang yang masih sempit!
Sebab itu saya tak mahu terus menolah projek Warisan Merdeka ni. Ia ada potential besar nak kembangkan wang rakyat (walaupun kata bukan gunakan duit rakyat).

THE whole area at the stadiums could benefit from regeneration, into a glam neighbourhood, like KLCC!

Saya terbaca sikit tapi tak tahu nama tempat-tempat kuno di LONDON yang telah jadi glam setelah ada projek besar.
Anda yang kenal cerita bandar ni, sila ceritakan. Ia boleh jadi contoh untuk projek ini (Jangan pula esok satu kapal terbang pegawai PNB ke London 'lawatan sambil belajar', hahaha!).


2) Caveat 2: JALAN SEMPIT. 

Jalan raya tahun 1960an, zaman P. Ramlee.
Projek ni kena buat massive road realignment and expansion.
Jadi PNB dan DBKL kena beritahu rakyat apa yang dirancang dalam isu ini.
Nasib baik ada stesen LRT di situ.
Tapi kerana ini KL, maka semua orang akan pandu kereta juga jika nak gi office atau shopping ke situ kelak.

Kerajaan kena tunjuk traffic dispersal plan untuk kawasan itu.
Lebih lagi jika kedua stadium itu ada event! Mega concert Adam Lambert di situ dan di sebelah lagi Nik Aziz nak ceramah tentang PAS dan negara Islam.

Ini bukan isu kecil kerana semua yang tinggal di KL akan terjejas jika tempat tu selalu jam teruk dan merebak ke tempat lain.
Dan nama baik Malaysia boleh terjejas jika kerana jam teruk selalu, orang akan kata - 'KL traffic is very bad. Worse than Jakarta and Bangkok'.
Buat masa ini, kita dengan mudah boleh berkata - 'Traffic here in KL is bad, but not as bad as those in Jakarta and Bangkok'.
Nama dua ibunegara tu teruk kena bantai, dan smooth traffic ialah branding yang baik kerana ia menjejas the cost of doing business.


3) Caveat 3: Kenapa mesti 100-tingkat?

Kan dah cantik Petronas Twin Towers, 88 tingkat, jadi lambang kebanggaan KL dan Malaysia.
Kenapa nak buat yang lebih tinggi?

Bangunan Taipei 101 di Taiwan tu 101 tingkat. Kamu binalah 102 biar Melayu kalahkan Cina Taipei.
Lagipun rapper setan Namewee belajar kat Taiwan. Kamu tunjukkan dia Melayu boleh, oi! (Wah, pandai remgold cucuk kamu semua gaduh kat sana).
Nak lawan Burj Khalifa kat Dubai tak mampu, sebab depa 160 tingkat, campur 46 tingkat lagi di atasnya untuk maintenance!

Pada saya, biarkan pencakar langit Petronas tu terus tertinggi.
PNB buat 85 tingkat saja, tak boleh ke?
Atau ini projek Najib-Rosmah? Mesti nak kalahkan projek Mahathir? Kamu jangan pula tuduh saya yang kata ini. Ini yang ditulis oleh ramai orang dah di Facebook tu.


4) Caveat 4: Nak lihat projection of office space.
Dari 10 tahun lalu, hingga 5-10 tahun ke depan.
Both office space coming onboard in near future, and estimates of office space usage.




Jika ini semua ditunjukkan, rakyat mungkin hati sejuk sikit: Orh, rupa-rupanya kerana ekonomi terus berkembang, jika tak dirancang sekarang, susah nanti kita.

Sama macam dulu, apabila Dr Mahathir nak buat KLIA, ramai melaung - apa ni! Buang duit, kan Subang airport masih okay lagi?
Di Singapork (jangan marah ah), baru saja siap Terminal 3 di Changi - masih nampak kosong! - pemerintah dan buat pelan nak buat Terminal 4.
Itu namanya forward planning, consultant yang dibayar berjuta tentu boleh bantu.

Tapi jika projections for office space tu tak kena, baik simpan dulu projek ni beb.

LAGI satu isu. Yang dikhuatiri setengah orang lain pula ialah, untuk menunjukkan projek Warisan Merdeka berjaya, PNB akan 'paksa' semua anak syarikatnya masuk ke sini!
Ini omong-omong kosong orang, yang boleh dimatikan jika ditunjukkan projection for office space usage.

DI KAWASAN KLCC tu, ada lebih daripada 20 kondo mewah yang sudah dan sedang naik. Banyak unit - 30-40 peratus kosong!
Rakan saya sewa disalah satu unit = sewanya untuk unit satu bilik ialah lebih dari RM4,000 sebulan! Katanya, waktu malam kebanyakan daripada kondonya kosong dan gelap gulita.
Yang ramai pada waktu malam cuma Fatimah Rockers, nyanyi-nyanyi dan menghilai.
Fatimah Rockers? Itu gelaran saya untuk 'cik pon'.

Tapi kerana semua projek itu wang privet, biar kondo tu semua kosong pun kita tak kisah sangat (Yang kita takut jika developer ramai tak boleh bayar hutang, lalu bank lingkup, drag the whole economy down).

5) Caveat 5: Ekonomi dalam 5-10 tahun ni, okay tak?

Jawabnya, saya rasa, okay.
Malaysia ada 5-year plans yang saya kena belek dengan rapi, kerana sebahagian dari kerja saya.
Cuma tak pasti jika ekonomi kuat hingga dapat menarik business yang nak sewa bangunan pejabat dengan banyak.

DOES the building of a 100-storey tower drive the economy? Or is a strong economy the driver to build a 100-storey tower and other office buildings?
Takut jadi macam Dubai - ekonomi tak ke mana, tapi sibuk buat bangunan demi bangunan. Kini dah banyak yang lingkup.

Ekonomi kuat yang patut jadi sebab orang nak buat bangunan besar dan kondo mewah. Bukan sebaliknya. Kita buat besar-besar, lalu mengharap orang akan datang nak buat business.
Seperti yang berlaku di kawasan Fatimah Rockers. Tak guna buat kondo banyak-banyak, tanpa melihat expected demand dengan rapi.





Ini tak bermakna projek Warisan Merdeka akan gagal.
Cuma banyak perkara yang perlu dijelaskan kepada rakyat.

Apa nak buat. Baik di Singapork atau Malaysia, cara kita boleh menolak rakyat ke tepi dan teruskan sesuatu tanpa perbincangan dan penjelasan sudah tamat.
Saya akan sokong penuh projek ni, cuma harap penjelasan lebih baik akan keluar.

15 comments:

Anonymous said...

psst! psst! psst!

salam rem,

ni nak tanya pada korang makan orang ni...

ngobrol = gobok tu sama maksud tak?

Admin said...

Sememangnya, pembangunan hartanah boleh menceriakan kawasan dimana pembangunan itu dijalankan.

Dimasa ini, kawasan CBD KL (inner area) KL Lama, memenuhi syarat permintaan penyewa, dan hampir 95% dipenuhi, manakala purata pendudukan KL kommersial adalah 82.1%.

Golden Triangle, dimana KLCC berada dah terlampau mahal, dan melampau batas, kerana tidak ada kawasan lain yang bersaing.

Sehinggakan ada orang sanggup bayar RM7,000 sekaki persegi untuk tanah kosong yang berharga pasaran sekitar RM900 sekaki persegi.

PNB, atau kerajaan berperanan mengstabilkan permintaan ruang pejabat kommersial dengan membina satu lagi triangle mewah dengan projek mega, supaya kesatabilan harga dapat dikongsi bersama rakyat lain dan pengguna, disatu tempat lain.

Pemilihan kawasan "inner city area" adalah baik, kerana 60% penduduk atau pengguna adalah bersangkutan dengan kerajaan. Malahan tempat ini merupakan kawasan yang harus dibina supaya mencapai kemodenan. Oleh kerana kawasan ini dipenuhi oleh bangunan "prewar", dan "rent-controlled premises" kesedian tapak untuk dimajukan adalah rumit, dan hanya mereka yang berkemampuan sahaja boleh menjayakan pembangunan disini. Itu sebabnya, ramai pemaju mengalih perhatian kepada golden triangle untuk mendapat keuntungan besar. Mereka tentu tahu, masa untuk mengambil keuntungan besar telah berakhir. Kerana disemua tempat didunia ini, proses pembandaran akan mengambil tempat secara automatik keatas tempat strategik didalam kawasan "inner city area".

Itu pandangan saya, saudara Oped. dan sememangnya, projek ini berdaya maju. Cumanya satu, terdapat satu permandangan jelik bagi penghuni, iaitu terpaksa melihat kubur besar diarah selatan. Mungkin orang putih ok kut, orang kelabu pun ok juga, tapi orang tak putih dan tak kelabu, jadi masalah pula kut.

Prof serba tahu said...

Saudara

projek alternatif RM5 bil untuk PNB

Saya lihat saban tahun import makanan ke Malaysia bernilai berbillion ringgit.

Ini ada lah satu pasaran yang mempunyai permintaan tersedia ada.

Elok jika PNB fikir RM5 bil itu di gunakan bagi membangunkan food valley / commercial farm atas sebab berikut:

1.pulangan nya lebih cepat

2.menjimatkan tukaran matawang

3.kawasan tanah yang sesuai serta luas contohnya di Sarawak dan pendalaman Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, NS dan Johor.

Ini memberi peluang perniagaan kepada anak muda di pendalaman seperti supply buruh, peralatan pertanian, pengangkutan dan lain lain lagi. Jika mereka ingin terbabit dalam projek pertanian, lebih lah elok.

4. Malaysia mempunyai kepakaran pertanian. boleh juga di import teknologi dari luar

5. Lebihan pengeluaran - boleh di eksport ke luar spt spore dan middle east.

6. Trend Pengeluaran makanan dunia memang kurang dari permintaan sebab cuaca dunia. Tetapi cuaca di Malaysia masih boleh mengeluarkan hasil sepanjang tahun tanpa ada winter dan autumn. Jika Belanda boleh, kenapa tidak Malaysia.

7. Mengurangkan daya bergantung consumer ke atas orang tengah yang mengambil kesempatan setiap kali ada isu seperti minyak, cuaca dll. PNB boleh membuka rangkaian hypermarket sendiri untuk menjual hasil.

Jadi mungkin menara 100 Tingkat itu boleh di kurangkan jadi 50 tingkat sahaja.

airman_1 said...

aku tengok cakap2 kau orang ni semua macam orang pandai2 saja, aku harap memang nya kau orang ni pandai, sbb aku sendiri pun fikr macam tu -ekonomi.cuma aku ni agak bodoh sikit, pnb kata dia tak pakai duit kerajaan dan tidak juga duit pelabur habis tu dari mana dia dapat 5 billion tu???. tapi yang aku ingat dulu mula2 sekali ujud amanah saham national dan pada suatu ketika dia beri durian runtuh kpd pelabur2 bumiputra pada suatu ketika dan lahir lah amanah saham bumiputra. dan aku juga ingat pnb pada asalnya utk naik taraf ekonomi bumiputra mengambil peluang dgn membeli saham dipasaran dan bagi kpd bumiputra membeli melalui asn atau asb sbb mana orng melayu tau pasal nak main saham pada masa tu. dan sekrang ni apa sudah jadi dasar ekonomi baru suadah tiada cima cakap2 ritorik saja hidup melayu!! hidup melayu!!! kah...kahh...kahhh
betui ka???

Anonymous said...

sdr airman

kalau nak lebih faham pasal PNB dan juga cara pelaburan mereka serta ekonomi, rajin rajin lah melawat website PNB dan lepas tu tanya kat pegawai mereka. Tak pun tanya kat Op Ed.

Jangan tahu hujung tahun nak ambil dividen sahaja. Macam tunggu durian dekat kebun pusaka gugur pulak. Kena lah tukar sikit mentaliti.

-Malik-

remgold said...

braders and bradees,
terima kasih banyak komen dari part 1 dulu.
tak mampu jawab semua, termasuk sama ada ngobrol tu sama makna dengan gobok!

maaf jika saya macam pandai sangat nak tanya kerajaan itu dan ini. pada saya ini ialah soalan orang biasa. jika anda google 'warisan merdeka, blog' dan sebagainya, ramai orang dah komen masing2. 150,00 orang dah bertanya pun kat facebook.
saya selalu kata dah, blog ialah elektronik diary = iaitu our own thoughts yg ditulis tapi ia boleh dibaca oleh orang lain (diary jenis lama kita kunci dlm almari). blogs juga saya anggap macam kita duduk kat kedai kopi bual tentang sesuatu isu. ngomong kosong.

1) ada yang kata projek rm5bln kan lebih baik utk diupgrade kampung (jalan raya, perparitan, jambatan, paip air, lampu). betoi tu.
tapi put it another way - jika semua wang kerajaan digunakan utk projek kampung, jika semua wang kerajaan buat First Lady conference, untuk tampal jalan berlobang, bayar bonus civil servants, maka DARI MANA KERAJAAN NAK DAPAT DUIT itu semua?
nak buat lrt, mrt juga banyak duit nak keluar!
tentunya mesti kena buat juga projek yg boleh menjana wang.
kita lihat petronas twin towers dan suria klcc mall di bawahnya. kena condemn habis. tapi kini gerenti untung banyak menyewa pejabat dan gerai = duit untung tu (kalau tak kena kebas) tentu boleh disalurkan buat projek kampung, bayar gaji dan yg lain2.
diharapkan Warisan M ni projek yg akan menjana ekonomi. bukan melingkupkan kerajaan.
it's abt management of the project.

juga projek PLUS highway (cuma yg dapat duit orang lain = dan walau EPF beli pun, kamu semua dah politikkan, jadi tol tak boleh naik sampai kiamat), putrajaya, bakun dam, cyberjaya.
ish, banyak projek yg berniat baik dan boleh dapat untung, tapi cara ia dikawal hampas (bak kata Timur Tengah). tolonglah orang kerajaan - jaga duit rakyat baik2. jika tidak, nanti ada yg mahu tukar kerajaan, kamu hilang kuasa, mungkin hilang pekerjaan pun!

kamu kasi bekas bos petronas, hassan marican, jaga projek besar seperti Warisan M ni kan bagus!?

2) patut buat projek food security.
saya sokong 200 peratus!
saya pernah tanya soalan sama dulu dlm dua bahagian:

http://remgold.blogspot.com/2010/02/new-global-battlefield-food-farms-bah.html

juga isu sampingan:
http://remgold.blogspot.com/2010/03/nak-makan-telor-cair-dalam-bungkusan.html

sekali lagi projek ini kena KELUAR MODAL yg tinggi. kena tunggu bertahun2 baru hasil ladang masuk. kat mana nak dapat janakan modal? lima tahun nak tunggu pokok berbuah, dan padi tumbuh dgn sempurna, mana duit nak dapat gaji pekerja dan nak beli baja?
secara theori (masih theori bro), dgn projek2 yg bawa masuk duit.

Anonymous said...

suka hati la PNB...buat la apa yg hangpa nak buat...
rakyat x setuju..kata kami x faham
rakyat x setuju.. kata kami anti pembangunan
rakyat x setuju.. kata kami kena hasut dengan pembangkang
rakyat x setuju ... kata kami tak pandang masa depan(10-5thn)
rakyat x setuju.. kata kami tak faham ekonomi sekarang(tak de duit kena belanja2 banyak)

tak pe la...mmg kami tak tau apa2
buat la apa yg PNB nk buat
tapi kami tahu nak X mana bila sampai waktunya...

eekaa said...

Orang yg konmen atas tu,macam frust jer. Adalah jenis manusia macam ni. Banyak.

Dalam kelas semasa belajar dulu pun ramai macam ni. Nak tunjuk kuasa mengundi lah konon.

Bila orang berjaya dia tak, bila orang bawa mercedes, dan dia bawa lori; mengamuk kata masyarakat tidak bagi peluang kepada dia.

Prang asli Senoi dan Jakun pun dah faham banyak benda, awak masih nak kata aku tau nak X sapa. ha ha ha ha. pangkah yang lembu lembu tak per, no problem Bro.

putrarahman said...

Saya setuju dengan pembinaan bangunan 100WM ini. Pembinaan bangunan ataupun aset adalah satu pelaburan jangka panjang. sama seperti kita beli rumah baru sedangkan rumah lama masih elok lagi. Kenapa tak gunakan duit beli rumah baru itu untuk majukan tanah pusaka dikampung. Bukannya PNB nak bagi derma. duit sewa yang akan dikutip nanti tentunya berlipat kali ganda. Cukuplah untuk membayar sebahagian bonus ASB.

Sebagai orang tidak pandai, saya tidak boleh komen apa-apa bimbang jika komen bodoh saya akan merugikan banyak pihak.

remgold said...

Anon 13:45, eekaa, putrarahman,
rakyat tentunya akan mengundi tentang cara BN ni memerintah, termasuk projek2 yg baru dilancarkan.
jangan terkejut = kejap lagi (sekitar 4ptg) pm najib akan announce BANYAK lagi projek! saya tengok listnya pun takut.
ini pembangunan utk rakyat atau utk kroni, kamulah yg mengundi kelak (saya tak boleh undi).

tak boleh tipu rakyat lagi macam dulu (baik di spork pun) sebab zaman internet, dan kamu juga yg hantar kita belajar tinggi2. jadi dah pandai tak boleh kena kelentong.
yg diharap, projek banyak untung, keuntungan dibawa ke kampung.
yg kita takut: untung masuk duit 2-3kerat, yg di kampung masih papa.

Anonymous said...

Bawak mercedes beli guna duit rasuah duit pecah amanah duit penyelewengan duit atas angin TAK GUNA JUGAK lebih baik bawak lori janji DUIT HALAL.
Berkat dunia akhirat.....
Tak gitu eekaa!

....anti kurap....

Supir Taksi said...

Apa pasal lah kau orang pot pet pot pet kat tempat Rem ni.

Tajuk dia pasal Menara Warisan, kenapa masuk cerita bawak lori daa.

Kalau bawak lori Mercedes atau Volvo pun, nampak bergaya jugak.

Najib kan PM berkelulusan ekonomi. sebelum ni PM Msia lulusan loyer dan doktor. TunDul tolak tepi.

Jadi kita bagi le peluang kat Najib, kalau projek tak jadi atau dia sebat duit, kita sebat dia balik macam Dollah.

Asal jangan Anwar jadi Pm sudah le. Habis lori hang pun dia jual.

din said...

bang, i've been a loyal reader since minggu lepas. tak pernah terpanggil nak tinggalkan komen until menyarankan sekolah VI dipindah dan roboh untuk bikin building baru.

saya mengaji kat situ. ramai pembesar mengaji kat situ jugak. sekolah tu dah digazettekan jadi warisan negara.

itu bangunan baru is a BAD idea.

din
manchester

Timur Tengah said...

Bro, ucap tahniah untuk blog baru dengan gambar background duit naga tu. Nasib baik duit naga tak buah naga.

Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

hmm i juz get this from other blogs...
diorg kater d 2nd tower of KLCC is empty..so knaper x bli jer???
kan sng...x der saper terfikir ker???
just curious..most of my friend here dah takut dah nk tggal kat M'sia...