Saturday, 30 October 2010

PKR man fishing for votes....?

Eeks braders dan bradees.
Maaf wali songo.
Saya tak kata nak berhenti blogging.
Terima kasih banyak-banyak ramai dah concern pak chic nak retire. Belum lagi.

Atau tanya kerana nak naik haji ke? Part ini dah 4tahun booking dengan Tabung Haji, masih tunggu dalam queue.
Saya kata nak rehat kejap, sebab dah tak ada semangat tulis setiap hari.
Saya dah tak larat nak tulis diari elektronik harian macam lalu.

"Oleh itu, saya rehat mulai hari ini.
"Dah tidak akan tulis tiap hari lagi macam dulu.
"Tak tahu bila nak ada mood nak main muzik-blogging ni lagi."
Saya jangka nak tulis sekali dalam 2-4hari.

-------------------------------------
TAPI baru nak berehat ada cerita lucu yang pada masa rasa kasihan pula.
Calon PKR terjatuh ke dalam laut semalam, buat kali kedua.

Kata omputeh:
- He was fishing for votes.
- His campaign is a wash-out.
- He was diving right into the voters' problems.
- He heavily waded to rescue the villagers.

Itu jika kita, ahem, "berhati Umno".
Jika kita berhati rakyat (fulamak), kita kata "kasihan orang kampung, jambatan pun tak sempurna".

-------------------------------------
TENTANG saranan pengunjung blog.
Betoi tu, saya rasa kita ngobrol isu selain politik Malaysia dan Singapork.
Sebabnya mudah - pilihanraya semakin dekat.
Mereka sensitif jika orang cucuk jarum sana dan sini. Maklumlah saya wartawan cari makan. Bukan blogger bebas.

1) Di Malaysia jika kamu suruh saya teka, December ni boleh diadakan pilihanraya umum ke13 jika BN menang di Galas DAN Batu Sapi = kena menang dua-dua.
Jika di Galas tambahan pengundi Melayu untuk Umno-BN naik 5 percentage points, misalnya dari 55 peratus kepada 60 peratus. Petanda baik untuk PM Najib.
Lebih lagi jika pengundi Cina dan Orang Asli tak turun banyak. Jika bertambah dua golongan ini undi Umno-BN akan mempercepatkan lagi pilihanraya umum.
Di Sabah, mereka nak jengok ramai tak nak pengundi Cina yang lari dari BN. Jika steady atau turun 2peratus ke bawah, dan pengundi Bumi tak lari, maka kuatlah signal nak panggil general election.

Itu tekaan saya.
Tapi sebenarnya tekaan pilihanraya pada March lebih mungkin lagi, sebab kerajaan nak lihat program ekonominya ada kesan.
Once the economic growth creates a buzz among the public - eh bagusnya ekonomi kita - maka set! Terus masuk general election. Jadi mungkin ditunda kepada March, sebab program2 ekonomi masih di tahap awal.
Eh cukuplah cakap politik!
Ish.

2) Di Temasek, jika saya nak teka, pilihanraya pada December.
Tak payah tunggu hingga March, takut ekonomi USA tenggelam nanti susah - sebab ekonomi Singapork dan ekonomi US ni taliannya begitu kuat. Wall Street bersin, Singapore demam. Kata omputeh, if Wall Street sneezes, Singapore catches a cold.

Eh cukuplah tu!
Ish ish ish.
OK saya rehat hunjung minggu.

6 comments:

Iskandar said...

Petronas Chemicals nak di list kat KLSE dua tiga bulan lagi.

Dengar cite IPO terbesar kat Asia Tenggara lagi. Dapat la tolak KLSE yg sekarang nampaknya sedikit sihat naik lagi sikit.

So, tak mustahil la kalau BN menang kedua2nya, Najib buat pilihanraya cepat.

Anonymous said...

Rem

selamat kembali dan suggest hang fokus pada isu ekonomi yang mana tak ramai blogger pakar hal ini selain dari rocky bru.

Saya ni pengundi atas pagar, tapi bila baca kes Ansari calon PKR di batu sapi jatuh ke laut 2 hari berturut turut, lepas tu AJK PKR Batu Sapi pulak keluar parti beramai ramai, rasannya elok jugak lah Ansari pergi fishing dengan anwar sebaik saja tamat by election nanti buat musabahah diri.

Anonymous said...

selamat kembali :)

ya..fokus kan bab ekonomi, setuju

wanrosaini said...

Reme
OpEd sudah menjadi makanan ruji saya setiap pagi (staple food for the mind). Isu yang ditulis adalah without fear or favour, ikut selera dan dari kacamata tanpa warna. Harap dapat mood menulis setiap hari dengan segera...kalau tidak minda saya kebuluran nanti.

d'enricher said...

Reme,

Yang penting ada isi yang boleh menjadi iktibar pada semua, ada tu jadi pelajaran, ada tu jadi lawak yang melegakan.

Kalau tulis hari2, tapi tak ada isi, penat menaip aje.

A.Alshukor

Salty Sweat said...

Ansari used to be our neighbour in Gombak. This was when he was studying but already married with Lily & with kids. He was in KL because his shorty brother started out Sabah Films.
When he finished his studies, he applied for a loan to start his own business from then, Bank Utama. My father who was directing films in Ansari's useless brother's company became Ansari's guarantor. Ansari went back to Sabah & did not service his loan. Whenever my late father called him up, he said he will pay the bank. Until my father's death, he was declared bankrupt and could not leave Malaysia to do his hajj & visit his daughters & grandchildren in Singapore. I remember everytime my father got angry when Bank Utama lawyers served the summon letters to him. I heard my late father's conversation wih Ansari on the phone pleading for Ansari to pay the bank. He constantly lied to my late father.
Until today, Ansari gave no apologies & no compensation to us.
Tuhan itu Ada Ansari. Ansari menyusahkan kami satu family & Tuhan susahkan Ansari sekarang publicly. Itu baru Susah sikit saja.
Jika inilah kriteria pemimpin PKR, penipu & pembelit.... Harap 'selamat'lah sesiapa yang memilih manusia yang pembelit & tidak bertanggungjawab ini.