Tuesday, 26 October 2010

Projek baru - St Regis, Schlumberger (& Mydin)

Nampaknya ini cara baru PM Najib.
Beliau akan announce projek-projek baru, walaupun projek sektor swasta.

Cantik juga kita lihat beberapa projek ni.
Sebab nak lingkup pun tak apa.
Bukan duit kerajaan, bukan duit rakyat, bukan duit pembayar cukai, bukan duit PNB yang akan kata bukan duit rakyat.

Ini senarai yang dikeluarkan tadi:


- Hanya ada dua-tiga kerat saja hotel yang boleh mengaku 'six-star' hotel di dunia ni.
Salah satunya ialah Four Seasons (ada di Langkawi, GAMBAR, dan Singapork).
Lagi satu brand ialah St. Regis (ada di Singapork).
Kini lagi sebuah St. Regis akan dibina. Di KL Sentral!
Kos projek RM1.2 bilion, hanya untuk 160 residen dan 208 bilik hotel. Duit depa, suka hatilah!

- Ini hypermarket dua-star (hahaha), Mydin. Mereka nak buka 14 cabang dalam tiga tahum, harga RM1 billion. Juga nak bantu kedai makcik dan pakcik upgrade.

- LFoundry nak bina wafer fabrication plant (benda chip yang ada dalam komputer, kereta, handphone) di Kulim Hi-Tech Park, Kedah dalam lima tahun. Secara bertahap, jumlah RM1.9 bilion. Kerajaan Pakatan Kedah esok ngaku dia yang bawa masuk pelaburan ini. Mungkin benar pun.

- Syarikat servis minyak besau Schlumberger baru membuka Eastern
Hemisphere Global Financial Services Hub di Malaysia. Kurang pasti servis kewangan apa yang ditawarkan, mungkin dalam sektor minyak dan gas. Nak menarik 100 syarikat luar masuk ke KL hingga 2020. Lagi lama dah!

- Genting bukan saja buka casino di Singapork. Juga nak membuka hotel, taman tewa air dan mall di Johor. RM150 juta, keciklah beb. Ini pun PM nak announce?


Ini gunakan wang rakyat, atau wang rakyat turut dilibatkan selain wang pelabur asing:

- Malaysia Airports nak bina kompleks low-cost carrier di KLIA 2. RM486 juta. Termasuk hub untuk teksi, bas dan ada shopping centre.

- Projek bio-oil (sawit?) berharga RM124 juta di Lahad Datu, Sabah. Kecik nonet.

- Yang ini saya baca pun menggeletar takut.
Syarikat pelaburan Abu Dhabi, bernama Mubadala and syarikat pelaburan kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Bhd akan membina KL International Financial District dengan kos RM26 bilion. Wooi, berapa Mubadala ni keluar duit?
Berapa duit rakyat? Atau 1MDB pun nak kata duit dia sendiri???

Takut beb. Projek ni di depan RHB Bank headquarters di Jalan Tun Razak, dekat Pasar Rakyat.
Tak jauh dari situ ada bangunan 100 tingkat.
Tak jauh juga dah ada KLCC dan Bangunan Felda baru yang dibina anak syarikat Naza.
Dan dekat situ pula akan dibangunkan Sungai Besi airport menjadi projek besau lagi.
Traffic dispersal system? Jalan kecik gitu juga ke????
Commercial office coming onboard and projected usage in next 5-10 years?

Saya terbaca majalah mingguan The Edge tadi.
Dalam 10 tahun kebelakangan ini (2001-2010), ruang pejabat kosong secara purata ialah 20 peratus - ada tahun 17 peratus tak ada orang sewa, ada tahun 25 peratus.

Apabila projek semua ni dibangunkan bersama, takut pula jadi macam Dubai.
Tentunya kerajaan akan beli penjelasan nak sejukkan hati rakyat.


-----------------------------------------------
SENAI TARIK PELABUR YG LARI DARI TEMASEK


Pelabur aviation masuk Senai, Johor, kerana nak tanah lebih luar dan kos lebih rendah - di sini.


-----------------------------------------------
Sarapan pagi 
ADIK POMPUAN TONY BLAIR MASUK ISLAM 

Abangnya, Tony Blair, anak setan. Setuju dengan setan tua Bush serang Iraq tak kena tempat.
 (Amerika serang Afghanistan tu, saya boleh faham. Sebab dia marah lepas World Trade Center kena serang).
Tapi Iraq ni, mereka giler nak tunjuk kuasa Kristian lawan Islam. Nak tunjuk a better civilisation could defeat backward Islam, and conquer the Islamic historic city of Baghdad.
Dan sebab Iraq adalah pengeluar minyak dan gas KEDUA terbesar, masa itu, selepas Saudi. Bush dan yang lain kebas minyak dan gas Iraq dengan overcharge projek-projek di sana - hahaha, kamu ingat kita kat sini saja pandai kebas duit kerajaan?
Kini wikileaks dah tunjuk secara detail kekejaman Amerika dan cara mereka buat tak nampak pembunuhan rakyat Iraq.
Saya benci betul dengan Saddam, tapi apabila Amerika - negara yang selalu laungkan human rights dan helping backward peoples gain democracy - pun sama juga macam Saddam, itu yang saya marah.
Si Blair ni dibadawikan, semua main OK, semua ikut apa orang lain kata.

Tak apalah.
Kini adik Blair, Lauren Booth, masuk Islam. Di sini dan sini.
Beliau kerja dengan Iran TV dan masuk Islam selepas gi Qom.
Itu pun jadi isu - baca kritikan terhadapnya.
Sebab rejim Iran ni pun songsang juga - dari segi human rights. Tak macam kerajaan Malaysia dan pemerintah Singapork, semua baik dan teratur, semua macam mala'ikat tak pernah buat salah. Opocot!

7 comments:

Sarjan Hassan said...

Salam Rem

Di harap dengan banyak nya projek swasta yang bernilai ber billion RM$, Chua Soi Lek dan Hindraf jangan la gaduh pasal 30% kuota bumiputera.

Kalau nak banding nilai 70% dengan 30%... lebih dua kali ganda tu. Tu pun CSL dgn hindraf nak suruh hapus kuota 30%. Nak bawak mati ke harta?

Ini sebab kalau projek swasta, main con kaum depa, daging bagi kat kaum dia saja. kita dapat tulang sahaja.

Kalau bumiputera dapat pun, mungkin dapat shelf space untuk jual produk dekat Mydin sahaja.

Hidup tak mahu gaduh gaduh maa,
mau mati dalam aman saja maa.

Anonymous said...

projek kat kedah tu boleh jadi ke, tau je lah air tak cukup nak cuci wafer kena guna air.

kecian kat makcik and pakcik sebab kilang korang kena korek perigi.

alunbm said...
This comment has been removed by the author.
alunbm said...

Aku semalam dah nonton you tube tentang adik ipar Tony Blair memeluk islam[alhamdulilah] bertambah sorang lagi umat muslim.

Dalam you tube dia ceritakan serba ringkas macammana dia mendapat hidayah.Diakhir ucapan dia bagi peluang pada anak perempuan dia[masih dara sunti umur 12thn kebawah kalau tak silap] untuk kata sesuatu.
Lalu her daughter pergi ke mikeropon dan bertakbir sebanyak 3kali dan disambut ALLAHUAKBAR 3kali oleh audiens.
Sebak dada aku dibuatnya.

Anonymous said...

Seems to me, Ms Blair is looking for political mileage with her conversion to Islam. Kalau nak peluk Islam, peluk je la. Tak payah cakap banyak-banyak. Bila dia kata orang kat Iran tak kisah hidup susah untuk menunjukkan 'solidarity' dengan orang Palestine tu perkara yang bodoh. Masalah Palestine tu jugak balik masalah orang Islam. Pak Arab sebenua tu tak nak kerjasama, apa nak kata. Hanya pandai cakap Amerika jahat tapi tak buat apa-apa. Jangan la jual minyak kat om puteh tu la. Tak boleh jugak. Nak duit. Nampak duit, iman pun keluar tingkap. Duit atau Allah? Banyak yang pilih duit. Mulut je cakap Allah.

Sophon said...

Offtopic :

kat profil pict reme tu gambar duit apa tu? curious nk tau

Timur Tengah said...

Posting si anom@13:09 sebut pasal duit. Si Sophon hairan pasal gambar duit kat OPED. Bro Reme pun profil picture pun gambar duit. Bro Reme dah jadi tokeh duit kah 2X.

Schlumberger.... kita orang kat oil & gas sector ni guna short-form SLB. Boleh kata majoriti budak2 engineering tak kiralah U mana pun, aku kata majoriti, semua kenal Schlumberger. Majoriti akan berangan nak kerja dengan Schlumberger... sebab apa 1). Duit, kerincing2... buat aku teringat kat one of HR Manager dia masa HR Session 16-17 lepas, dia buat bunyi kerincing2 bunyi duit masa briefing session untuk final year student. Fresh graduate boleh dapat 5 figures mak oi. Tapi kahwin hancuss... 2). Technology edge. Kata mat Indon, ngetop. SLB punya tech. Western Atlas (nama lama) tak boleh nak kejar beb.

Borak2 dengan kawan2 Hindi kat platorm mingu lepas, dia orang kat Iraq - oil field aman, bandar2 tak aman, tapi oil town aman damai, askar upahan Amerikana jaga cantik punya Beb. Baca Gulf Times, bandar Kurdistan punya lah amam lengkap dengan taman tema dengan cable car.

Salam - Doha, State of Qatar