1) Yang depa ni kerja dah bagoi-bagoi dengan CNN apasal serang Yahudi dan omputeh!?
Di sana tanah dipijak, disitu langit dijunjung.
Kan dah kena buang kerja! Baca sini.
2) Saya lihat rakan lama saya berbual tentang freedom of the press pun takut dan gembira pada masa yang sama.
Hata, kalau ko ada problem kat sana, datang sini kerja dengan pemerintah Singapork Darul 'Responsible Media'.
3) Yang ah moi ni pulak abuse media freedom. Takut pula satu hari kena pukul kerana masuk closed-door briefing orang, salahkan penganjur pula. Kan orang dah marah - juga di sini.
Saya pun pernah masuk closed-door briefings, tapi ini bukan cara buat laporan adik oi. Membahayakan diri sendiri tak apa, tapi membahayakan wartawan lain.
Saya pasti lepas ni ah moi akan masuk ke closed-door briefings PAS, PKR dan DAP dan membongkar isu-isu panas. Syabas.
Cerita songsang ni sama seperti wartawan Utusan dulu yang masuk gereja.
Ada masa dan ada cara.
Kamu kena belajar Journalism 101 dari Hata agaknya - Beb, tolong pandu budak-budak ni sikit.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



6 comments:
kalau kat sini kena buang kerja tak? haha
Rem
Susah juga jadi messanger ni kan.
Ahmoi tu tak ikut etika wartawan. Boss dia tak ajar ke atau ahmoi tu memang kurang belajar.
ayah saya pun tengah cari kerja
Petikan:
Menurut Hata,ia antaranya mengariskan bahawa lapuran mestilah telus,tidak memihak atau mencetuskan pergaduhan antara negara.
Yang ini NUJ pegang sampai sekarang.Dalam(kod)ini juga menyatakan,akhbar tidak boleh dimiliki mana mana parti politik.
komen:Hang dah jadi ahli NUJ ka.Betui ka akhbar tidak boleh dimiliki oleh parti politik.
Penyokong pembangkang kata utusan malaysia milik umno?.
Aku pun tak beli utusan malaysia sejak lama dulu.
Penat tengok orang2 karekter macam ah moi ni, syok kalau negara gaduh2 dan pemimpin2 habis kan masa nak layan kes2 macam2 ni dari pikir nak makmurkan negara.
Salam - Doha, State of Qatar
Samada tindakan ah moi tersebut betul atau tidak boleh dipertikaikan. Tetapi apa yang disebutkan oleh pegawai BTN adalah bukan polisi kerajaan 1Malaysia. Adakah pandangan beliau sebagai seorang pegawai kerajaan atau secara persendirian? Jika upacara itu adalah upacara resmi kerajaan atau beliau dijemput kerana jawatan beliau sebagai pegawai BTN, maka beliau telah pecah amanah beliau sebagai seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya menyokong polisi kerajaan semasa. Jika beliau tidak ingin menyokong polisi kerajaan semasa, beliau perlu menarik diri dari kerajaan itu. Dari sudut seorang lain, kata-kata beliau adalah biadap dan kurang ajar. Penggunaan kata-kata yang berbentuk pengejian adalah bukanlah kosa kata seseorang yang berpelajaran dan berpangkat tinggi di dalam kerajaan. Ia menunjukkan sifat yang tidak prihatin kepada keperluan keadaan dan masa. Beliau perlu dihukum dengan setimpal nya.
Post a Comment