Hmmm, semakin berkecamuk nampaknya pertandingan No. 2 PKR.
Zaid Ibrahim kata beliau sanggup tarik diri jika Khalid Ibrahim nak bertanding jawatan sama. Kini Menteri Besar Selangor Khalid dah confirm nak tanding.
Jadi Zaid masih nak tanding atau tarik diri?
Atau tunggu Nurul Izzah masuk?
Saya tak gemar masuk komen isu politik Malaysia sangat, tapi syiok juga lihat percaturan ni. Sebab Zaid dulu dianggap hero besar yang boleh jadi Perdana Menteri jika Anwar Ibahim dipenjarakan.
Sampai gitu tinggi harapan pembangkang.
Kini beliau terang-terang dituduh sebagai Trojan Horse - atau pembelot bersembunyi - yang menyelinap masuk PKR dengan niat nak menghancurkannya.
Yang paling saya terkejut ialah membaca di sini - Soh Chee Wen, rakan Zaid, dituduh sebagai Wormtongue, character pembelot dalam Lord of the Ring. Yang menuduhnya bukan orang sebarangan, tapi Nathaniel Tan, orang muda PKR yang dihormati.
Pada saya, jangan bertepuk sorak PKR bergaduh besar. Sebab setiap parti itu ada kerjanya dalam politik Malaysia.
Cuma yang saya nak komen ialah cara berparti jemaah.
Cuma PAS saja, saya lihat , yang sanggup berdiam diri jika nampak ada problem. Apabila pompuan Cainis masuk surau pakai kebaya SIA, yang sibuk kata okay ialah Nik Aziz Nik Mat.
Hadi Awang, Haron Din, Nasharudin Mat Isa, Harun Taib dan ribuan ustaz dan ulama dalam PAS semuanya sonyap je. Bukan mereka kata 'semuanya OK' tapi mereka tak mahu jemaah mereka pecah.
Sampai gitu. Kebenaran diketepikan untuk menyesuaikan diri kerana nak jahanamkan Umno.
Tak ada yang berani cuit sikit beri friendly warning agar wanita tu biar hormat sikit masuk masjid, dan agar surau dan masjid tak dijadikan medan politik. Kerana bila Umno gunakannya untuk tujuan politik kena hentam habis.
Dan yang saya pasti ialah jika Ng Yen Yen berpakaian kebaya SIA masuk surau dan beri ceramah di tapak yang sama, akan berbaris ulama PAS tukang bantai.
Apapun, kalau parti lain, termasuk Umno dan DAP, semuanya suka gaduh depan-depan. Ada baiknya gaduh depan orang ramai.
Tapi mungkin penyelesaian di belakang tabir pun bagus juga.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



3 comments:
Zaid pernah kata, kalau Khalid bertanding dia tidak akan bertanding. Mungkin, sekarang dah nak bertanding, dia naksokong Khalid la.
Apa juga ...
yang penting dalam demokrasi, peraturan dah tentukan layak, terpulang la pada yang punya diri. Menang kalah adat pertandingan.
Ini satu percaturan yang sangat penting bagi PKR dan Pakatan, kerana pemenang akan menjadi orang penting dalam proses "Sistem Dua Parti", Malaysia.
PRU 13 dah tak lama lagi, PM Najib dalam ucapan semasa perhimpunan MCA ke 57, berkata bahawa "Kerajaan perlu mandat untuk transformasi negara".
Jadi...
Apa juga yang BN dan Pakatan lakukan, akan menguntungkan pendemokrasian Malaysia. Kelam kabut semasa pemilihan, ataupun flipflop sana sini, perkara biasa.
Sebagai pengundi,masanya akan tiba untuk menentukan. Orang Galas akan mengundi lebih dulu, kat Sabah ada satu lagi pilihanraya kecil ke?.
dan... kemudian DUN Sarawak.
Jadi PKR kena pilih siapa yang layak memimpin mereka, dan adakah mereka boleh membuktikan mereka layak bersama PAS dan DAP ke Putrajaya.
Undi di tangan mereka, kita masih memerhati.
Rem you mengundi di mana?
Oh ya, bab tanah KTM tu, bagus juga dijadikan Greenlane, lebih banyak kawasan yang hijau, lebih oksigen kita semua sihat.
A.Alshukor
spotted on..
orang PAS hipokrit, kuman bakteria dekat UMNO nampak saja, bangkai gajah berulat depan mata x nampak...
Op Ed
Ni lah untung nya dunia politik di Malaysia di zaman cyber. Satu benda buruk pun tak boleh disorokkan baik BN mahupun PR, baik hal dalaman mahupun luaran.
Yang untungnya rakyat, sebab boleh menilai setiap orang dan parti politik sepanjang masa. Jadi semua orang politik secara tak langsung akan lebih takut dengan pengundi. K
Dan pengundi akan jadi lebih peka dengan hak mereka dan pemimpin pula tak lagi asyik memberi pelbagai logik dan statistik mereka sebagai alasan.
-Malik-
Post a Comment