NOTA: Untuk mereka yg dah baca posting ini Sabtu - semalam baru tambah lagi dua benda kat bawah tu - Geothermal dan Biomass.
Panjang cerita. Sebab syiok sendiri.
-------------------------------------------
Minggu lalu, terkejut saya apabila terbaca bahawa Indonesia nak membina loji nuklear (nuclear plant) di sebuah pulau dekat dengan Singapoora.
Bukan satu, tapi DUA loji nak dibina di pulau yang hanya sejam dari Singapore jika kamu naik pesawat - pulau tu terletak halfway antara Singapore dan Jakarta. Cerita lanjut di bawah nanti.
Sebelum tu, saya cerita dulu bab penjanaan kuasa ni.
Di Asean, negara-negara ini dah kata sedang mengkaji atau hendak membina loji nuklear:
- Indonesia
- Malaysia
-Singapore
- Vietnam.
Satu advantage besar nuklear ialah harga letrik lebih murah, walau harga kos binaan lebih tinggi berbanding yang lain.
ADVANTAGES
- NUCLEAR. Membina nuclear reactor memanglah bagus: ia tak merosakkan alam sekitar seperti ampangan - baik Bakun Dam mahupun Three Gorges Dam di China, di mana puluh ribuan manusia kena halau, tanah nenek moyang puluhan ribu hektar tenggelam. Binatang kena pindah, tanaman semua mati.
Apabila saya dibawa mengunjungi kawasan Bakun Dam ini pada 2004 (bukan 2005 dalam cerita tu), mak oi. Habis semua pokok kat situ kena tebang, tanah dan gunung kena korek dan toreh, air sungai dah jadi warna teh tarik. Itulah kemajuan, apa nak buat.
- FUEL/GAS/COAL POWER PLANTS. Begitu juga rancangan gunakan loji penjana kuasa = power plants, yang gunakan minyak atau arang batu/coal.
Loji begini mengeluarkan asap yang merosakkan alam sekitar, dan harga minyak dan arang ni naik-turun tak menentu. Begitu juga jika gas digunakan, takut harganya terus naik.
- WIND TURBINES. Ada negara pula pasang kipas besar-besar di atas gunung, atau tepi laut atau dalam laut.
Apabila angin tiup, kipas berputar dan energy is created. Kuasa ini digunakan jadi kuasa letrik. Lihat GAMBAR - bot tu kecil saja berbanding kipas. Maknanya setiap kipas tu setinggi bangunan 10-20 tingkat.
Saya pernah nonton di TV pekerja buat maintenance kipas besar ni di tepi padang pasir di Amerika. Tinggi sungguh mamat mentenan ni kena panjat nak naik ke blade kipas! Dia masuk ke dalam mesin kipas, nak check wiring putus, ada burung mati kat dalam, letak minyak hitam.
Tapi, Singapore dah pun buat research dan mendapati bahawa kerana pulau ini kecik, kat mana nak pasang kipas besar2 beb?
Jika kami pasang kat Selat Johor, nanti Syed Hamid dan Nurjazlan marah. Nak sedut pasir dari Johor.
Jika pasang menghadap Sumatra, nanti Indonesia kata kurang ajar - nak tiup balik asap jerebu ke Sumatra. Nak pasang ke selatan, takut kapal tak ada lorong nak lalu.
Lagipun kawasan kita ni tak banyak angin (yang banyak, hot air orang politik. agaknya jika kita letak kipas2 ni kat luar parllimen spork dan msia, berligat laju!).
Saya percaya di Malaysia pun payah nak cari tiupan angin kencang yang boleh dijanakuasakan.
Oleh itu, nampaknya, kena juga pasang loji nuklear....
Tapi di mana....?
BERSAMBUNG
------------------------------------------
Eh! Tunggu dulu (tersedak Mak Limah yg sedang minum latte kat Coffee Bean tu! Beliau nak 'act' gunakan iPad baca blog ni kat depan orang ramai).
Sebenarnya ada lagi beberapa cara nak menjana kuasa untuk kegunaan letrik.
- SOLAR POWER. Gunakan kuasa mentari. Pasang cermin banyak-banyak. Panas cahaya tu boleh dikumpulkan dan diconvert jadi kuasa letrik. Saya pernah tulis di sini, semasa saya terbang dari Dallas ke Tucson dulu - beratus-ratus batu semua padang pasir dan gurun batu antara dua tempat tu. Siapa yang pernah nonton Top Gun (Tom Cruise) boleh lihat tempat fighter jet mereka training - kat situlah tempatnya.
Dengan keluasan ini, mereka boleh letak kipas2 besar ni atas gunung - ada saya nampak dan petik gambar - tapi nampak nun jauh.
Dan mereka boleh letak cermin solar power ni kat situ.
Singapork nak letak solar power panel kat mana? Orchard Road?
Malaysia? Kamu letak kat hutan Perak, terbakar semuanya nanti sebab panas.
Dan kuasa solar ni tak berapa 'power' berbanding loji nuklear atau loji penjana kuasa minyak-gas-arang.
- TIDAL POWER - ah ini pun problem. Lihat gambar ni = jika ada kuasa ombak laut yang kuat, boleh pasang kipas bawah laut collect power. Mesin ombak (GAMBAR).
Tapi, sekali lagi, mana nak pasang ni?
Kat Selat Melaka, gerenti kena langgar kapal minyak.
Nak pasang kat Laut China Selatan - depan Kelantan atau Terengganu, ombak tak kuat sangat dan air cetek.
Tak seperti North Sea di Scotland = ada ombak kuat, angin kuat!
Atau letak tepi Atlantic dan Pacific Oceans (untuk Amerika).
Nak letak kat depan Sabah dan Sarawak pula, PakLah dah beri kawasan laut tu pada Brunei.
Dan lagi, memang tak kuat ombak.
Maksud saya ialah, jika nak jana beribu watt nak kuasakan bandar KL - kenalah mesin ombak yang banyak! Kalau pasang satu dua, nak cahayakan Keramat atau Bandar Utama pun tak boleh.
Sama seperti nak pasang Solar Panels tu - jika hanya boleh pasang 1-2 km panjang panel ni kerana tak ada tanah, tak cukup nak digunakan untuk power up industri dan bandar-bandar, buang masa saja beb.
Cuma pada saya, ada satu advantage besar pasang Solar Energy ni - mungkin setiap bandar kecil boleh pasang 1-2 km solar panels, untuk kegunaan mereka saja.
Kawasan perumahan pula pasang kat bumbung mereka untuk kegunaan tempat itu saja.
Lepas tu mall cuma pasang kat flat roof mereka, untuk kegunaan mereka saja.
Masalahnya: jika semua pasang kat bumbung, panas tempat kita!
- WATER POWER = DAMS. Ini semua dah tahu dah, selepas lihat Bakun.
---------------------------------------------
Terima kaseyyyy Q, tambah lagi dua:
- GEOTHERMAL - Ulang semula dulu: Yang kita lagi bincang ialah isu bagaimana nak terus ada penjanaan kuasa di masa depan dengan cara -
a) Termurah. Fossil fuels = minyak dan gas, akan pupus dalam 200 tahun lagi mungkin. Dan akan terus naik harga.
b) Tak merosakkan alam sekitar. Atau setidak-tidaknya, kurangkan rosakkan environment.
c) Teknologi itu mesti boleh menjana kuasa bandar besar seperti KL (tak campur bandar lain di Malaysia) atau satu Singapore, di masa depan.
Jika setakat pasang solar power atas bumbung rumah agar air mandi dipanaskan, dan mungkin ada power sikit untuk buka lampu waktu malam, tentunya boleh.
Tapi jika nak power-up bangunan2 pejabat di KLCC dan factory di Jurong, mesti kena buat secara besar-besaran.
Ada teknologi yang, saya rasa (bukan expert, cuma pandangan), tak boleh langsung di Malaysia, Singapore - seperti nak pakai kuasa angin (pasang kipas) atau tidal power (kipas besar bawah laut).
Nak pasang ratusan ribu solar panel agar dapat power-up bandar sebesar KL di Malaysia kena tebang hutan di Perak, Kedah, Kelantan, Pahang atau/dan Terengganu agar boleh letak benda ni.
Kata nak preserve green environment? Tak payah pasang benda ni pun dah ramai orang politik songlap 'green gold' (timber) di negeri-negeri di atas tu, tak termasuk di Sabah dan Sarawak lagi. Baik nama dia Bee-End atau Pakat-datang.
Kat Singapore tak ada tempat nak pasang cermin solar ni, melainkan Orchard Road kena tutup semua - itupun kuasa yang diraih tak seberapa sebab kecil saja tempat tu.
Tentang kuasa geothermal - ia tak ada di Malaysia secara besar-besaran.
Saya pernah mandi air panas ialah di Hulu Langat (dah bertahun tak pergi). Dan saya tahu kat Selayang pun ada kolam mandi air panas.
Di Philippines ada ambil kuasa panas bawah tanah ini untuk tenaga letrik. Tapi bukan secara besar-2an.
Geothermal ni begini = kuasa wap panas = very hot air is used to turn turbines that creates energy = di pulau yang jauh dari Manila, jika tak salah. Lihat wiki tentang isu ini di Philippines di sini.
Dah masuk bab Phil ni, kamu mungkin tak tahu. Di antara semua negara Asean (10 negara), dia DAH ADA nuclear plant! Dah lama siap, 100km saja dari Manila.
Tapi jadi isu politik dan bribery zaman Marcos. Hingga kini, kerana reactor dah dipasang, ia ada pekerja yang hidupkan plant itu tiap hari agar tak rosak, tapi tak janakan kuasa nuclear.
Saya tak tahulah jika Hulu Langat dan Selayang boleh digeothermalkan secara komersil.
Yang saya dengar cerita hantu ini di Hulu Langat (diceritakan oleh penjaga tempat itu, bila saya suka mandi di sana dulu): kolam air panas tu ada dibuat bilik mandi wanita berasingan. Kaum lelaki mandi kat tepi di sebelah sini.
Dulu banyak tourist bus Korea dan Jepun datang ke situ. Mereka kerap tiba dah senjakala.
Satu hari, kata orang yg jaga tu, tiba-tiba sekumpulan perempuan Jepun lari berteraburan naik bas dengan pakai tuala saja. Terpekik-pekik.
Ditanya kenapa, mereka jawab, mereka mandi bogel sebab dah gelap, tiba-tiba ada makhluk besar timbul kat depan mereka.
Itulah pengajaran agar berpakaian sopan bila mandi di khalayak ramai.
Pandai pulak hantu ni kejar minah Jepun. Dia ingat sashimi kot.
- BIOMASS - Secara ringkas, benda yang dulunya 'hidup', digunakan sebagai bahan bakar.
Sampah sarap pun boleh digunakan. Di Temasek ada enam incineration plant - tempat membakar sampah.
Mereka gunakan energy bakar sampah tu untuk power-up loji-loji itu sendiri, dan lebihnya, letrik disalurkan untuk kegunaan ramai.
Singapore dah berpuluh tahun buat begini sebab negara kecik. Tempat tanam sampah ialah di Pulau Semakau, tapi kebanyakan sampah dibakar.
Mungkin boleh dicuba di Malaysia. walaupun mungkin tak cukup nak jana kuasa untuk KL, sekurang-kurangnya save tempat menanam sampah ni.
Masalahnya untuk Malaysia ialah, dulu dah pernah cuba nak buat. Mula-mula nak buat incineration plant kat PJ. Orang dah marah, pindah pula ke Broga, Semenyih. Tentunya orang marah - NIMBY - Not In My BackYard!
Kenapa jadi gini? Ianya ialah kerana rakyat tak percaya dengan kerajaan - takut projek ni projek kebas duit, nanti bila projek gagal, atau orang mati terhidu gas bakar sampah, semua buat tak tahu.
Masa sibuk orang gaduh dulu, saya pergi ke Broga nak buat story. Rupa-rupanya rumah Prof Dr P. Ramasamy kat situ (beliau masa tu pensyarah, kini dah jadi Timbalan Ketua Menteri Penang).
Tempat cantik, dan secara theory bagus, tapi projek main-nak-steamroll-rakyat ni orang tentu marah.
Lepas tu saya ke Ijok. Dari KL hingga ke Ijok tu saya ikut lori-lori sampah, sebab ada tempat menanam sampah kat situ. Bau busuk dan orang marah, tapi orang KL buat tak tahu, sebab NIMBY.
Apa pun, biomass juga sebenarnya ialah menggunakan bahan seperti palm oil, corn oil dan seterusnya untuk digunakan sebagai bahan bakar/fuel.
Secara theori ini lagi cantik.
Minyak sawit, minyak corn dan sugarcane diconvert jadi ethanol, lepas tu boleh power-up enjin kereta dan loji jana kuasa.
Tapi jika diteruskan secara besar-besaran, saya gerenti perang dunia! Sebabnya ialah sawit, jagung/corn dan sugarcane ini makanan manusia.
Kita goreng telur, makan aiskrim dan coklat, ada minyak sawit di dalam. Bahan solek pun letak minyak sawit.
Jagung dimakan manusia dan juga jadi minyak masak. Ada yang dijadikan makanan lembu yang kemudian kita disembelih, kita makan.
Sugarcane dibuat gula, sehingga kita kencing manis.
Beberapa tahun lalu, dunia heboh sebab harga makanan semua naik giler-giler.
Antara sebabnya - selain dari pengeluaran beras kurang, ialah kekhuatiran bahawa kereta dan power plants semua nak gunakan ethanol dari biomass ni.
Jika diteruskan, bermakna semua hutan rimba kena tebang nak tanam pokok sawit, jagung, cane sugar dan lain-lain.
This is not an environmentally-friendly solution at all.
Saya nak masuk cerita haze Indonesia baru ini dan sebabnya, panjang sangat. Tapi kait-mengait dengan biomass plan ini beb.
Tak ada ada hutan lagi jika kita nak gunakan sebahagian daripada makanan kita untuk diisi dalam enjin kereta kita dan nak power-up our homes and offices.
Syarikat besar dan politikus akan fikirkan cara terbaik nak tebang SEMUA hutan di mana pun - 'nak bantu rakyat miskin!' - agar dapat jual ethanol dengan harga tinggi.
Saya pernah cerita baru-baru ini - saya naik Firefly keluar-masuk Subang. Saya pasti anda juga nampak sama bila pesawat naik-turun KLIA.
Semua yang hijau kat Selangor tu hanya pokok sawit. Kerakusan manusia ni nanti membelit leher kamu sendiri.
Saya tak kisah sangat jika orang utan saja yang mati. Yang kita perlu khuatir ialah binatang lain juga semua akan pupus jika 'hutan' yang kita ada hanya sawit.
Tak akan ada gajah dan kancil. Rimau dan monyet. Berbagai jenis serangga dan pokok yang mungkin ada kaitan dengan balance of life.
Kamu kata tak kisah, sebab memang tak suka hutan?
OK, saya tukar argument: Tanpa hutan rimba yang tebal, musim hujan di Malaysia akan berubah. Without cool mountains and forests to attract rain clouds, weather patterns will all change.
Sungai semua akan kering sebab dah tak ada pokok-pokok - sebab tu kamu lihat, di sekeliling Macritchie Reservoir dan kolam air Singapore lain, dibiarkan berhutan.
Sama juga di keliling Langat Dam tu (dipenghujung Jalan Ampang).
Agar udara sejuk, tarik rain clouds.
Cakap pendek: Biomass production ni, jika rakyat tak control perbincangannya, akan dikidnap oleh politikus rakus di negara mana pun, digadai masa depan kita kepada syarikat rakus.
Aish, masih nak masuk cerita hutan Indon ni sikit: kerana Indonesia mulai tahun depan tak akan benarkan lagi syarikat mana pun tebang hutan* (ini theori lah), maka syarikat balak dan sawit kini dah berpindah ke Africa dan South America.
Mereka rakus tak kisah kiamatkan dunia. Jangan kita bantu mereka.
(*Jakarta setuju ban tebang hutan sebab Norway akan beri berjuta-juta dollar! Baca sini dan sini).
TERAKHIR: Ini ngobrol kosong saja, tuan puan. Saya bukan pakar, cuma kita bual-bual kosong, ni pandangan peribadi.
TAMAT (for now).... Bah.2 soon.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago





19 comments:
Oleh itu,nampak nya,kena juga pasang loji nuklear....
Tapi dimana....?
ha ha ha kalau diMalaysia loji tu sesuai dibina kat putrajaya.
kalau apa hal depa kena dulu
pasai depa gatai nak bina loji nuklear.
Amacam setuju!!!
Nuklear ni bagus juga, tak mencemarkan alam berbanding dgn apa yg m'sia guna sekarang.
TAPI, macam tak yakin je dgn tahap profesional & budaya kerja terutama dalam hal maintainance..
Takut jadi macam Chernobyll..Takut woo...
Satu kalimat yang saya tau
'Setiap dolar yang kamu jimat, itu adalah keuntungan kamu'
Maknanya, cara terbaik untuk melambatkan kenaikan penggunaan tenaga ni adalh dengan berjimat.
Saya ingat masa zaman PAS mentadbir Terengganu dulu, pbendaharaan negeri kering. Jadi untuk berjimat arus elektrik, MB Haji Hadi Awang perintahkan aircond Wisma Darul Iman dibuka setengah jam lewat, dan ditutup setengah jam awal (8.30am-4.30pm)
Dengar kata dapat jimat sampai RM20k sebulan.
------
Bagus teknik MB Hadi Awang ni. hehe. Tapi soalnya sekarang kita angkuh. Bangunan besar kalau takda lampu hilang serinya. Cuba bayangkan kalau KLCC takda lampu?
Salam Op Ed
Cerita nak berkongsi kuasa nuklear di asean ?
Teringat saya isu Pap spore beli air dari Johor. Mungkin LKY boleh kongsi dengan Nik Aziz buat loji kat kelantan
hmmmm
-Malik-
alunbm, ejalz,
actually a good idea! biar mereka jaga dgn baik! maintenan dijadi.
kalau tidak semua orang politik dan kakitangan awam semua jadi radioaktif.
putrajaya jadi chernobyljaya.
sophon,
di rumah, yg paling banyak makan letrik ialah aircon, fridge dan microwave.
aircon boleh start-stop lewat-lambat. tapi fridge boleh buat apa eh? microwave pula perlu nak 'nuke' makanan sejuk.
malik,
kelantan payah nak pasang nuke plant dgn spore. sebab tak ada orang spore faham apa mereka bual. hee.
kamu lihat komen saya di posting ni (the 1st comment):
http://theunspinners.blogspot.com/2010/11/lihat-video-najis-dihamun.html
Betul tu rem,terkejut beruk dibuatnya rakyat Malaysia dulu diam diam oil field dah bertukar tangan gara gara Dollah zzzzzz.
Apo nak dikato laie...
...Mat ngantuk....
"agaknya jika kita letak kipas2 ni kat luar parllimen spork dan msia, berligat laju!"
LOL! you betcha! :D
"dengar kate Singapoor mau bina Nuclear plant atas Pedra Branca(Pulau Batu putih)" he3
bagus juga ye , jauh gile dari tanah besar singapoor,
kalau ade ape2 orang Kota Tinggi yang kene dulu,
patut la mati2 LKY mau Pedra Branca
he3
joho
Pak Rem, geo-thermal ngn biomass macam mane pulak?
Bagi Malaysia rasanya boleh digunakan semua sampah yg ada dibuang hari2 tu dibakar dan dijdkan sumber tenaga elektrik.
joho,
nuke station di pedra branca, formerly apa-nama.... dah lupa: impossible sebab kecik nonet pulau tu. jika ikut teknologi masakini - ini pandangan saya yg tak tahu apa-apa mengenai nuke tech ni. hee.
tapi pernah ada satu pandangan akademik, atau penulis surat akhbar? - dah lupa juga, mencadangkan tapak pedra - lebih kurang saiz football field - digunakan utk membina nuke plant BAWAH TANAH.
tak tahu ada tech gini atau tidak - cuma kita tahu israel ada sembunyikan loji nukenya di bawah tanah....
Q,
geothermal dan biomass: aha, sekali lagi pak chic terlupa wahai anak. nanti hamba tambahkan! dah tua ni asyik lupa saja. terima kaseyyyyy!
Terima kasih PROF SERBA TAU,
Panjang lebar posting prof nak bagi education kat umat m ni macam saya yang serba kurang tau.
Tu pun belum habis lagi,part2 coming soon.hehehe...
Baguslah selagi ada manusia yang berpikiran positif untuk mencari jalan bagaimana untuk selamatkan planet kita dari kehancuran akibat buatan tangan manusia sendiri selagi itulah kita patut sokong.
...SAVE THE EARTH....
aMBOI panjangnye. Macam balas dendem aje beb
En REM,
Kat Malaysia dah adapun Nuklear Power Plant tapi untuk tujuan penyelidikan je. Plant tu pun kecil je dalam 14MW kat bangi dekat puspati (pusat penyelidikan atom tun dr ismail). Dan telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Dah tak ada sangat masalah besar. Mungkin kalau power plant yang besar sikit dalam 2000MW, penyelegaraan agak rumit sikit. Jadi boleh ditempatkan dikawasan yang sesuai yang banyak ada kat M'sai ni.
MAAM
Old Klang Road
Sebenarnya tenaga nuklear tidak dapat dielakkan oleh dunia. Cuma yang mampu kita buat ialah untuk melambat-lambatkan pembinaannya. Di Malaysia sepatutnya kita sudah ada stesen janakuasa nuklear. Tapi dengar cerita Tun M dulu (sekarang pun masih juga kurang bersetuju)tak suka teknologi nuklear dan membatalkan progran nuklear Malaysia.
Apa yang dirisaukan sangat tentang kebolehan rakyat Malaysia menyelenggara logi nuklear? Apa yang susah sangat tu? Logi nuklear sama juga seperti logi janakuasa lain cuma cara penghasilan wap untuk menjalankan turbin yang berbeza.
Kalau dilatih, rakyat Malaysia tidak punya masalah nak mengendalikan logi2 nuklear ini. Bagaimana saya begitu cofident? Sebab saya antara kumpulan kecil jurutera nuklear yang dilatih kerajaan di luar negara pada penghujung tahun 7o'an dulu dan terlibat dalam pembinaan reaktor nuklear di Bangi pada 1982.
Jadilah rakyat yang berjiwa besar...Percayalah kebolehan anak tempatan. Malaysia memang boleh!
Jurutera Nuklear Melayu
MAAM, Jurutera nuke Melayu,
omyallah! terlupa dayak pak chic tua ni tentang program nuke msia!
malah saya pernah dengar hanya 1-2 kali tentang program ni.
tulah kamu, bila melayu pandai buat sesuatu kamu sonyap saja (dah 20tahun!?!?), maka pembangkang lagi sonyap.
cuba jika bangi meletup esok, yg kat depan nanti namewee dan kit bising2 bahalolkan satu bangsa kamu.
eh bagoi tu, jika msia dah ada orang pandai jaga benda radioaktif ni. spork baru nak belajar, begitu juga indonesia.
ONE important question: how is the nuke waste handled? mana msia buang? atau dijual karung guni sebagai besi buruk?
maaf saya bodoh langsung benda ni.
Question TWO: kamu boleh weaponise nuke ni? agak2 bee-end kalah esok kot, boleh ledakkan putrajaya, penang dan kota baru. kahkahkah.
THREE: saya boleh teka nama Bangi sebenar. dulu saya ingat it stands for Ban-GI(Joe).
Tapi rupa2nya ia bermakna Bandar Ada Nuklear, Gurami dan Ikanbilis pedas? betul tak?
patut jembalang semua takut dgn haron din - mamat duduk bangi ni radioaktif! hee.
Jurutera Nuklear Melayu
Saya setuju pendapat anda, Nuklear Power Plant sebenarnya lebih efektif.
MAAM
Old Klang Road
Ini kenyataan Mahathir baru baru ini
Loji nuklear;Kerajaan tak perlu tergesa gesa.
Dr.Mahathir mencadangkan kerajaan tidak perlu tergesa gesa membangunkan loji tenaga nuklear memandangkan tidak ada jalan keluar selepas loji itu diaktifkan.
Saya(DrMahathir) mempunyai pandangan berbeza mengenai nuklear.Saya tidak suka loji tenaga nuklear kerana teknologi itu tidak lengkap.Kita tidak tahu apa yang akan dibuat keatas SISA NUKLEAR.Sebaik menghidupkan URANIUM tidak boleh berpatah balik.
Kenyataan penuh Mahathir boleh dibaca dlm utusan malaysia 5.11.2010(bab ekonomi).
Harap saudara Jurutera Nuklear Melayu dapat bagi sedikit pandangan tentang kenyataan Mahathir.
reme,
Israel x sembunyikan loji nuke bawah tanah, Dimona reactor komplek kat Negev desert tu memang got komplek atas and bawah tanah sama cam lain lain tompet jerk. Cuma it's began and still operates under tight secrecy, high denial pluss superb lobby tentacles even after the news leak out to the outside world many times lah.It's not time Mordechai Vanunu kasi tau jer we know but truth to be told the declassification of highly classified US documents in 1975 pun US dah convinced that Israel got nuke weapons alredi, in 80s pun got a series of revelations in the news also meh.So call nuclear ambiguity! As early as 1948 geng israeli scientists dah actively dok cangkul and explored the Negev Desert for uranium deposits and few yrs later the French struck a nuclear deal & build the nuclear complex Dimona in secrecy of coz.
yup KL got research reactor up and running dah lama but Indon also got, lagi lama start bina 1965 research reactor dia wth the Soviet help. Time tu Sukarno publicly declares nak buat bom nuclear and this wong jowo even go so far as to boast about to explode his first bom!, uh-huh then at the same year Suharto lead(wth the US aid) the co-op and then everything suddenly slow down and nyawa nyawa ikan, ada research rector yg kena shotdown and the rest is history..
Singapork lum ada lagi but can always ask the kiasu big bro in the ME kasi satu lah, then peeM Le leh pura takda nanti can call Singa pura pura!
alunbm,
Dr M, tak blajaq science abis. dia blajaq medik kat singapok tak ajaq nuklear fizik and perhaps now not getting the right explanation from his advisors or they fail the job. Perhaps he too, listen too much to the Green Piss while the founders who's still on board, suck big time in pure sc. And that about it.
Read some somemalaysian nuklear scaremonger aka monkuk tingkat here http://peterchin.my/?p=378
Ahmad Zamri,
tk banyak tuan. semoga jadi panduan utk semua.
saya tak pandai isu ini langsung. tapi wartawan beb, kata orang sekurang2nya pandai bedek!
Post a Comment