TAMBAHAN PETANG SABTU
Kalau pak chic tua remgold ngobrol pasal Emas dan matawang oklah. Ini blog ngobrol dan omong-omong kosong.
Tapi Dr Dzulkefly Ahmad, ADUN PAS, pun dah masuk topik ni.
Takutttttt.
Saya tak berani gunakan perkataan "imminent collapse" of fiat money (wang yang dikeluarkan oleh bank pusat), tapi analyst-akademik yang dipetik Dr Dzul ni berani. Itu pandangan orang pandai, kita baca dan olah sendiri - sebab jika beliau tepat, mampoi sistem kewangan satu dunia!
Dr Dzul ni saya pun TIDAK tahu macam mana boleh masuk politik. Kalau jumpa beliau, susah nak cucuk beliau suruh hentam orang lain. Percakapannya selalu baik.
--------------------------------------------------------
Seorang maid wanita Indonesia dikerat lehernya di Saudi. Lalu mayatnya dibuang di tempat sampah.
Ini selepas seorang lagi pekerja wanita kena belasah dan bibirnya kena potong.
Dah start pun demo kat Saudi embassy di Jakarta.
Kamu jika nak ke Jak, jangan pakai jubah beb. Takut kena sweeping dia ingat kamu arab dogol.
Sedih kita perlakukan orang miskin begini. Datang jauh untuk beri keluarga makan.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



10 comments:
ayo yo, siaper agaknya yang buat kerje kerje kejam tuh...yg pasti, bukan satu bangsa sajer yang perlu dikecam, sesiaper sajer yang gitu prangai bole kiter suler ek?
It does not matter if the cat is black or white, errr,,it does not matter if the rat is white or black..aku konpiuuss..!!
So is the Bendera gang in the forefront of the protest and prowling with his buluh runcing gang in the diplomatic district of Menteng now I wonder?
Kalau di tanya calon maid di indonesia, pilih Arab Saudi atau Malaysia ?
Jawapan mereka Arab Saudi! sebab? mungkin bayaran lebih ,,
Malaysia? mereka takut kerana kata mereka Malaysia tak aman !!
Lihat Betapa berkesannya media INdonesia memburukkan Malaysia di tambah dengan sabouteur oleh ANUaarr
Salah seorang calon maid yang pernah aku interview bagitahu aku, kakaknya dah dua tahun di Saudi tak ada kabar berita .. ????
MALAYSIA IS MY BELOVED COUNTRY
Memang bayaran lumayan kat sana, tapi jaga anak... bilik macam dorm, dua tahun seorang dilahir.. kena jaga 10 anak mereka.. bancuh susu pun 5botol sekali bancuh kalau ada kembar..
Itu kelohan maid saya, pagi bangun sebelum subuh, lepas isyak pun tak habis kerja...
Masak pun jadi satu hal, berapa mulut berapa ragam dan pilihan..
Pasai apa puak Bendara biar anak perempuan dan isteri2 mereka terpaksa keluar negara cari makan, mereka kat Indon kerja melalak saja.
FLAG
pak arab...bunuh2 benda biasa. sbb tu rantau timur tengah tak pernah aman
Saudara Reme
Kalau di KL tourist arab memang ramai. pelbagai ragam ada. Ni pengalaman personal saya berurusan dengan mereka.
Ada yang bawak lari kereta limousine terus ke airport sebab tak mahu settle bil hotel yang beribu RM$. Masa check in claim dia putera raja.
Ada yang panjat check in counter dan nak bertumbuk dengan staf airline sebab kena charge lebih. Barang yang dia nak check in TV 32in. masa tu belum ada flat screen
ada yang masuk kedai branded nak try segala macam barang hampir 2 jam. last sekali tak beli satu benda pun.
Banyak record police kes perangai pak arab ni. Nak deal dengan depa, hang kena mintak payment upfront. Tu kalau kat Msia. kalau kat negeri depa, pandai pandai lah nak hidup.
boleh buat cerpen bro kalau nak cerita semua nya
Beb, Bendera join Gerakan long time olredi maa. Ada gerak ada makan. now takder makan so no need to gerak still I presume.
Majikan majikan yang mendera maid ini sepatut nya pun patut didera.
Biarkan depa merasa macamana rasa nya seterika panas ditekap dibadan.Nah amik kau...disiram air panas...nah amik kau...dicucuh besi panas...nah amik kau...
Biar cacat kat badan tu berkekalan macam depa lakukan pada mangsa.Baru adil!!!kan rem kan...
Baru balik rentas padang pasir cuti Raya Haji (company bagi 5 hari + 4 weekend), konvoi 5 biji kereta. Terserempak ramai Malaysian dari various companies ada yang nak gi Oman, ada yang nak tengok F1 kat Abu Dhabi, ada yang nak gi Dubai, etc.
Dari Doha ke Salwa (post immigration Qatar / Kingdom of Saudi Arabia). Salwa - Ruwais (Bandar Minyak UAE) - Abu Dhabi (tengah Formula One masa tu) - Dubai - Sharjah. Pergi balik +- 1500 km. Perjalanan 10 jam jadi 13 jam lebih sebab immigration kelam kabut kat Saudi’s border.
Nak cerita pasal Saudi, masuk post immigration / custom Saudi kat Salwa dari Qatar -teringat 1st time aku masuk post immigration Malaysia 20 tahun lepas dari Sing ke JB. Itu pun 20 tahun lepas aku rasa post immigration Malaysia lebih baik, mungkin 50 tahun ke belakang kot. Dengan tak de sistem, cuba imagine hang panjang2 beratur sabit cuti panjang ramai orang keluar, sampai kuanter Pak Saudi tu give-up, dia key-in separuh jalan hang punya passport, lepas tu dia tinggal kan. Kawan dia panggil dia buat dek aje. Sebelum stamping custom clearance untuk masuk kereta, perempuan kena turun untuk ambil stamping entry. Then officer tu kata "Halas" boleh dah gi masuk kereta balik, suami akan tunggu kat custom clearance (jarak 50 meter kot). Bila nak keluar aje masuk ke "no man's land", officer kata kena patah balik kena ambil cap jari dengan ambil gambar. Tak ke hang angin, ok lah nak merasa jalan negara orang, ambil cap jari 10 jari satu family, dia ambil gambar. Lepas tu beritahu kat kawan2 yang lain, kena gi ambil cap jari. Bila kawan2 lain pergi – kuanter tu kata tak payah dah, tak perlu pulak. No standard procedures.
Antara 3 countries ni punya post immigrations, Saudi yang paling terkebelakang. Yang lain (Qatar & UAE), nampak kereta hang masuk, terus detect no. plat, sampai aje kat kuanter officer tu dah tahu nama hang based on info2 sebelum tu. Sayang negara Saudi ni banyak duit/minyak, Ghawar Oilfield dia aje beratus tahun boleh tahan. Belum lagi oildfield dan gasfield yang lain (banyak lol). Tapi yang miskin ramai juga berbanding dengan negara GCC yang lain. Bila sembang2 sama Malaysian, at the end kita orang akan cakap itu pasal RASULLULLAH S.A.W turun kat bangsa Arab.
Tapi sesetengah perangai buruk bangsa Arab (GCC) ni ditambah buruk kan (di ajar) oleh orang2 India yang banyak masuk semenjak 50-60 tahun lepas hingga lah hari ini. Contoh bawa kereta, etc. Tapi ada banyak kes, bila dia orang tahu kita Malaysian, dia orang respect (aku ada banyak cerita pasal how they respect Malaysian). Tapi spoil first impression dia orang - dia orang kita Phinoy Kabayan (Philipines) terus dia orang layan kita teruk. Philipines – huhhh another spoil.. setting bad example to Pak Arab….
Gaji maid Indonesia kat GCC ni dalam RM600-RM800, tak tinggi mana pun compared kat Malaysia. Tinggal sekali. Tapi maid Phinoy mahal sikit up to RM1600-RM2000.
Salam - Doha, State of Qatar
Pasal tu saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam, rasa malu apabila ramai orang kita berbangga dengan imej Arab yang berserban, berjanggoat selekeh & berjubah. Ras lebih elok kita berbaju Melayu & bersongkok.
braders,
rilek. let's not paint all arabs as black just because of a few incidents.
sama macam kita marah jika orang kata melayu bodoh, malas kerja, nak bumi rights saja.
memang betul perangai arab ni lain drpd perangai orang kat sebelah sini. kasar utk orang kita.
tapi orang kita pun ada jahat, ada baik. seperti kata Black Cat.
alunbm,
ada episod Twilight Zone dulu masa saya kecik, sampai sekarang saja tak lupa. ada wartawan nak tahu apa perasaan terakhir pesalah nak kena kerusi letrik ni: gentar. khuatir. hiba?
tiba2 wartawan ni kena tangkap dan masuk jail. kena hukum mahkamah buat jahat besar, lalu kena hukum letrik sampai mati.
dia panik, pekik2 'aku tak salah', 'tolong tolong'. tak ada orang kisah. memang kamu tu setan, biar kena letrik sampai hangus.
last day, paderi datang kasi last rites, dia pekik2 tak bersalah, kena seret bawa ke kerusi letrik. kaki tangan kena ikat. kepala kena sarung putih. masih pekik tak bersalah. 'tolong tolong'.
lepas tu dia senyap.
mereka buka sarung kepala tu - bro, kan kamu nak tahu sangat apa perasaan orang kena electric chair ni. hah! now u know.
semua yg beberapa minggu lalu tu hanya kita action saja, termasuk mahkamah dan last rites, agar kamu dapat rasa betul2 apa perasaan orang nak kena letrik.
bro? bro? eh kenapa mamat wartawan ni diam saja?
rupa2nya dah mati heart attack! (play the theme song here).
kalau saya, saya buat macam cerita ni, kasi panik majikan setan - biar dia rasa diperhamba dan disiksa orang lain.
timur tengah,
jauhnya perjuangan kamu. syioknya, except for the border crossings.
saudi ni walau negara kaya, masih ramai orang dia sendiri miskin papa. ini yg tak baiknya. social tensions boleh berlaku.
maid yg kerja di msia, jika tak suka majikan, boleh lari dari rumah - ada banyak komuniti indonesia di mana2 di msia. boleh diseludup keluar pakai bot balik kampung, atau terus kerja di msia di tempat lain.
di saudi, nak lari ke mana mereka?
Post a Comment