TERKINI ISNIN PAGI
Dengar-dengar pilihanraya di Temasek dan Malaysia hanya berlangsung tahun depan.
Singapore, nampaknya, pada March - setelah Baget dibentangkan Februari.
Malaysia takut banjir, maka akan di adakan GE mungkin pada waktu sama kot.
Sebelum itu, PM Naj akan tendang dua-tiga kerat menteri yang saya pun makin tak senang dengan mereka. Reshuffle sikit.
'Masalah' untuk saya ialah jika pilihanraya serentak dua negara tercinta. Takut saya tak dapat membuat laporan di Malaysia. Sebab bila pilihanraya besau di sini, tak cukup wartawan beb. Tambahan pula, saya tengok keliling tak nampak ramai wartawan umat M kat Newsroom sini - saya rasa kena cover isu Malayo-Moslem untuk Singapork ni.
Tengoklah nasib - kat Malaysia berpesta jika pilihanraya. Sama juga Temasek - lima tahun sekali orang ramai akan beribu-ribu dapat attend ceramah pembangkang dan boo kuat-kuat policy pemerintah.
Sebab di sini bukan macam di utara tu. Tak ada ceramah politik jika tak ada pilihanraya, semua rajin nak kerja.
Jadi lima tahun sekali lepaskan steam 7-8 hari banjiri opposition rallies.
--------------------------------------------
Ini cerita berkepentingan.
Saya terkejut pagi tadi bila ada gondola tergantung di luar tingkap flat saya.
Rupanya ada pekerja asing, FT, sedang cat blok saya. Blok belakang dah ada baju baru pun.
Warna lama ialah coklat dan biru - argh-ly colours. Warna Hindustan mabuk.
Yang baru cream dengan orange trim. Macam away colours pasukan bola Holland.
Flat-flat HDB - yang didiami 85 peratus warga Singapork Darul Pangsapuri - katanya lima tahun sekali akan dicat baru. Bagus ler.
Ahem, pilihanraya umum pun dah dekat.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago





4 comments:
DBKL patut antar pegawai ke HDB blajar mcm mana hidop dlm flat HDB tak la seseksa hidop di PPR.
Baru baru ni ada ura ura nak belajar mcm mana anak buah LKY bole tanam pokok kat tepi jalan tanpa akar kluar glembong sampai siar kaki compang camping. Blajar blajar sampai ke negeri Cina.
Op Ed
Biasa lah tu, kan dah dekat nak raya x-mas dan chinese new year. mestilah kena ada feel good masa raya nanti
rasanya tak ada kena mengena dengan election, raya puasa atau korban mahupun deepavali.
-malik-
Rem,
Cat 5 tahun sekali tu kira ok la, memang teruk kalau tak cat, macam kebanyakan bangunan kat sini.
Kalau PBT atau kerajaan atau management tertentu buat dengan betul, menceriakan suasana.
kalau kat Shah Alam, PKNS ada buat tapi tak pasti ada jadual atau ikut budget atau, atau, atau...
Harap GE kat Malaysia ni biar sampai cukup tempoh, kalau tidak tak ada kerja lain asyik Election aje. Saya rasa snap election ni kena mansuhkan, ikut cara US, senang, orang tahu bila tarikh election, Presiden kalau tak silap 4th November, Congress dan Senate ada pecahan.
Tapi ... boleh ke PM Najib setuju?
A.Alshukor
Rem,
Menteri yang dah berzaman ada dalam kabinet macam Rais Yatim,Nor Mohamed Yakcop,Shabery Chik,Nazri Aziz.
Rem, depa ni termasuk ka dalam list yang hang rasa makin tak senang tu....
Ada yang tidur malam pun dah tak lena....asyik mimpi ngeri aje...
kah kah kah...
Post a Comment