Tuesday, 2 November 2010

Father & Son - Take your time, think a lot

Anak dah besau.
Masuk National Service di Singapork Darul Cainis.
Si mamat bujang ni, Lance Corporal, took part in the 2010 National Day Parade.... and is proud of it (alamak, teringat lagu Razak Baginda).




And this, the song that always reminded me of my dad, and our relations.
And of my son.
Born in the Year of the Dragon, mamat ni fiery juga bila kena cucuk sikit, nasib baik bapa ni orang Year of the Pig, jadi pandai pujuk dia dengan main oink, oink.

Masa muda, macam-macam kita nak buat. Rasa boleh gegar dunia.
Tak mahu dengar cakap orang, kadang-kadang.
Our job is to help them along, not block them.
Jika anda pernah berumrah - anda akan lihat anak-anak bangsa Arab. Ibubapa mereka main lepaskan gitu saja biar merayau dan mengacau orang. Anak-anak kita semua control.
Saya rasa cara Arab tu bagus juga - let them explore the world and make mistakes. Like we did. So that they will grow tougher, and hopefully, become better at adapting to circumstances (Cuma pak arab ni dapat minyak banyak sangat, jadi pemalas dan sombong bodoh).


Apa pun, ini lagu versi baru - Ronan Keating dengan pak chic Yusuf Is-le.




Kalau tak suka lagu ni tak apa, lagu ni lagi syiok - baca posting lama saya di sini. The lyrics are here!
Boleh gila tertawakan Singapork ni.
"We live in Singapura" by Hossan Leong.




I live in Singapura
It's not perfect living
But at least it's interesting!

The song has become an Internet classic for Singaporean youtubers.
Also do see another version of this song, and laugh more!

5 comments:

alunbm said...

Bila hang selitkan lagu father and son ni teringat aku akan Yusuf Islam.Kebanyakan lagu dan lirik nya amat menarik dari dulu sampai sekarang.
Tak ada sesiapa ka nak jemput Yusuf Islam datang ke Malaysia.

Ummie said...

Anak bapak, muka pun macam bapaknya(?)
Hossan Leong using Singlish - The easiest way to learn S'pore history.

ninotaziz said...

I used to enjoy taking part in National Day parade, main drum. Best!

Now, my eldest daughter has to attend LPKN after SPM, maknya tak boleh tidur malam.

Well, let us get through her SPM first.

Hhmmm, what do you think about what's happening to Democrats in US today? Is it going to affect our thinking? Our elections?

Tali nak reput said...

Majulah Singapura
Not a perfect living but it is interesting - spot on !
Macam mana kita hentam gomen pun the good points still outweighs the bads.
Thanks Rem (hensem mamat tu)
Biar merayau dan mengacau org ? ? ? Itu pemalas namanya, baik jgn beranak.Time mak2 kita dulu memanglah diorng control pasal ramai anak kalau tak rumah sekangkang kera boleh terbalek pasal anak tak makan saman. Budak2 skrang lagi resourceful Rem oi. Tarik2 talilah.

remgold said...

alunbm,
dulu abim kerap bawak masuk yusuf ni. tapi tak tahu kenapa dah tak bawak lagi, mungkin sebab abim ni asyik sibuk main politik dlm pkr (walau dah kurang) tak sempat nak nyanyi 'A is for Allah' - salah satu hit song Yusuf.

ninotaziz,
Dems lawan GOP. Dulu saya ingat apa ni GOP, rupa2nya Grand Old Party, iaitu Republicans.
ahem di malaysia GOP tu ialah Umno. di spork, GOP (in fact the ONLY party, hahaha) ialah PAP.
Di negara kita, elections 5tahun sekali (atau disingkatkan kpd 4 jika govt rasa boleh menang dgn baik).

di malaysia, ada dua jenis manusia dlm parlimen:
1) MP = Ahli Parlimen. mereka ngaku Wakil Rakyat sebab dilantik rakyat dlm pilihanraya. tapi bab kebas wang tak ingat rakyat - ini bukan di msia, tapi di india! yg di msia dan spork semua mala'ikat.
2) ada Senator = dilantik di Malaysia, bukan dipilih rakyat.

di msia, MP lebih prestigious. Senator ni bila mereka bual, tak ada yg dengar, sehingga mereka selalu komplen akhbar ignore mereka.

di spore, cuma ada MP. Tak ada Upper House kat mana ada Senator, sebab negeri kecik macam perlis.

3) ada lagi satu kumpulan di malaysia - DUN = Dewan Undangan Negeri yg di ketuai oleh Menteri Besar atau Chief Minister.

di amerika ni lain betul cara mereka.
Dalam American Congress ada dua jenis wakil rakyat:
1) yg lebih prestigious ialah yg berpangkat Senator.
Ada 50 buah state/negeri dlm amerika. 48 dlm tanah besar amerika - satu terkeluar di utara, alaska. dan satu lagi di tengah lautan, hawaii.
setiap negeri wajib ada DUA Senator, jadi jumlah 100 orang.
mereka duduk dlm Upper House. nak gubal undang2, mesti kena pass Upper House ini (di msia, Lower House = MP dah kata okay, senator = Upper House, tak ada kuasa nak block).
mereka jadi senator selama ENAM TAHUN. dan lepas tu secara bergilir (bukan sekali semua sekaligus ada pilihanraya) akan diundi kembali atau kena tendang.

2) Manusia kedua dlm Congress ialah House of Representatives. Mereka duduk dlm Lower House.
yg bab ini macam kat malaysia. state yg besar ada ramai Rep, di california saja ada 53 orang!, dan negeri kecil ada 2-3 kerat macam hawaii.

Mereka ni, ikut bahasa kita, kita panggil MP. Cuma mereka di panggil Rep.
Sama ada Democrat Rep atau Republican Representative.
Ada 435 Reps ini.
Kedua kumpulan di atas, Senator dan Reps, kita panggil Congressman atau Congresswoman.

Mereka kena menghadapi pengundi setiap DUA TAHUN!
(Presiden Amerika dilantik separately LIMA TAHUN sekali, jadi undi House of Reps ni di pertengahan presidency).
Dan setiap dua tahun ni, secara bergilir, 1/3 = lebih kurang 30 orang = Senator akan kena undi oleh rakyat juga.

Itu yg dipanggil MID-TERM ELECTIONS.

Belum sempat panaskan kerusi empok atau buat projek nak kebas wang rakyat, dah kena undi oleh rakyat!
semasa di US dulu, saya tanya analysts mereka - lu orang buat susah setiap 2thn ada undi, macam mana dia nak buat planning lima tahun bantu rakyat.
mereka jawab: tak payah khuatir.
long term planning ada Senator yg dilantik setiap Enam Tahun. dan ada Presiden yg duduk kat situ Lima Tahun.
Mid-term Elections ni sebagai check and balance, jadi tak syiok sangat duduk kat atas, kena jawab dgn rakyat!

jawapan pendek utk ninotaziz,
will their polls affect our thinking (in msia)?
ia menunjukkan rakyat ni kalau tak dijaga akan lari.
dulu obama dan dems menang besar. baru 2 thn dulu!
kali ini gerenti kena bantai teruk dan Upper and Lower Houses of Congress dijangka jatuh ke GOP (kini keduanya di tangan Dems).

samalah yg di msia dan spore tu. siap kejap lagi, kena bantai.
cuma kita di sini untung, sebab 5thn sekali baru jumpa rakyat. mereka kena jumpa setiap 2thn. takuttttt....

3) untuk complete cerita, yg msia panggil DUN dan MB, mereka ada undi Governor.

lebih kurang itu macamlah beb, saya ada skip beberapa bab tentang elections ni, kalau tidak lagi pening.