Wednesday, 17 November 2010

Gold Standard, matawang kertas.... Bah. 3

Penggunaan Emas dan Perak sebagai matawang negara bertapak kuat sejak manusia tinggal dalam komuniti besar yang memerlukan benda yang mudah dibawa ke sana ke sini yang boleh dijadikan untuk membayar barang yang dibeli atau khidmat yang diterima.
Jika tidak digunakan secara harian pun, sekurang-kurangnya Emas dan Perak (E&P) ini dijadikan sebagai 'token' bayaran barang/khidmat mahal.
Misalnya, askar empayar Rome dibayar jongkong garam, tapi bila orang atasan membeli barangan/khidmat mahal maka E&P digunakan.

Ini penting jika kita nak faham apa yang Dr Mahathir katakan dan apa yang dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan.
PAS di Kelantan nak galak E&P untuk dibayar barang/khidmat harian dengan wang dinarnya. Sehingga pekerja kerajaan Kelantan pun nak dibayar setengah gaji dengan matawang baru ni.
Kelantan nak jadikan E&P sebagai token bayaran harian - untuk semua urusniaga, macam kita gunakan matawang 'Agong' Malaysia. Katanya nak ikut zaman Rasulullah, tapi tanpa perkiraan zaman dah beredar. Ini ilmu dunia beb, bukan bab agama. Dulu E&P tak bertukar harganya selalu, kini tiap hari harganya lain.

Pada saya ini bahaya, sebab harga E&P bertukar di pasaran dunia Setiap Hari, malah setiap minit pun!
Nak ngendap harga harian precious metals di sini. Bukan setiap hari saja, tapi setiap minit pun boleh. Melainkan Sabtu dan Ahad.


Kalau gaji saya RM3,000 sebulan, bila harga precious metals tu naik turun, macam mana kamu nak bayar saya?
OK, kamu bayar saya pada hujung November ni, mengikut harga pasaran masakini  E&P.
Tapi setelah kamu bayar saya, esok harga E&P jatuh mendadak. Macam mana saya nak beli susu untuk anak, dan bayar duit rumah? Sebab dah jatuh wang RM3,000 saya!
Baru tiga hari lalu, Emas jatuh 3 peratus dan Perak jatuh 5 peratus dalam satu hari!!!
Kerana ini berlaku, maka jika saya ke kedai nak beli barang atau nak bayar duit rumah, maknanya wang saya dah jatuh RM90 (Emas jatuh 3 peratus)!
Siapa yang nak ganti RM90 ini? Boleh beli susu untuk sebulan oi!

Memang cantik jika harga E&P terus naik dan naik tanpa jatuh, tapi ia tidak begitu sebab didagangkan satu dunia.

Saranan Dr M untuk penggunaan Emas, lain pula. Katanya ia hanya digunakan untuk offset perdagangan antarabangsa.
Iaitu misalnya, Singapore dan Malaysia berdagang selama setahun, dan di akhir bulan atau tahun, Singapork dah jual RM400 billion barangan dan khidmat kepada Malaysia, sedangkan Malaysia pula telah menjual RM500 billion kepada Temasek.
Maka Temasek kena bayar (offset payment) Malaysia RM100 b dengan Emas, bukan dengan matawang kertas.
Setahun atau sebulan sekali saja dibayar, bukan setiap hari (atau mungkin setiap tiga bulan). Ini lebih selamat beb.
Kamu ikut cara Kelantan tu, bila E&P naik mendadak, rakyat untung kerajaan Kelantan rugi.
Bila E&P jatuh teruk, takut nanti Nik Aziz dan Husam Musa kena kutuk kerana bodoh. Itu pandangan saya.
Ini idea yang dikatakan oleh Dr M, dari 2002 dulu:
"The dinar can be held as central bank reserve. Trade need not be paid
in actual dinar but the imports and exports of a pair of trading nations can be balanced and only the difference paid in dinar."
Juga di sini (baca para tekakhir):
"Let's take an example from our export and import trading. We export our goods to Bahrain and we import from them as well. We exchange goods with goods. Dinar will only be used to pay the difference, when our import value is more than our export value."

Tentang gold dinar Kelantan tu, Dr M kata:
"Barter trade involves the exchange of goods with goods, not the exchange of gold or silver coins with goods, even when the trader returns the balance from the purchase with ringgit notes.
"If you look at the situation carefully, is it not the same as what we have always been doing? The government of Kelantan has failed to understand the concept of barter trading."



APA JALAN KELUAR?

Pada saya benda ni tak praktikal, negeri kecil Kelantan yang tak banyak hasilkan income.
Kalau hendak sangat, lobi satu dunia kembali gunakan GOLD-BACKED CURRENCY. Atau pada zaman dulu: GOLD- AND SILVER-BACKED CURRENCY (dipanggil bimetal currency).

Ada pula yang mungkin kurang faham apa bezanya gunakan matawang 'Agong' dengan matawang yang disokong oleh Emas atau E&P.

DAN ramai orang bertanya tentang saranan rakan baik Anwar Ibrahim, presiden World Bank Robert Zoellick tentang 'gold standard' ni. Apa tu?

OK kita boleh ngobrol, tapi kena go-stan sikit dulu.
PENTING: Saya gunakan perkataan 'ngobrol' bukan 'bincang', kerana saya bukan pakar. Pada saya ini cerita kedai kopi beb, jangan kamu salah sangka saya ini timbalan presiden World Bank. Saya tengok cermin tadi, saya pun lebih hensome dari Zoellick.

--------------------------------------------
Gold-backed and bimetal currency. BERSAMBUNG....

8 comments:

Ummie said...

The World Bank President had called for return to "Old Money" that caused quite a stir.
What is your say in this?

Eidul Adha Mubarak.

Anonymous said...

Salam Bro,

Semoga Hari Raya Aidil Adha yang diberkati untuk sekeluarga...

Sorrylah bro, your understanding on this subject matter very cetek and very misleading. I had been a banker for 13 years and currently I do training on the Financial System for Bankers and consulting for Financial System for corporates more than 10 years and I am a proponent of Gold Dinar and Slver Dirham more than 5 years and would like to go back to Gold Standards....

Setakat buat research buku dan internet tak cukup bro....so lay off this subjec sebelum you silap bagi info...Maaflah kalau you tersinggung...

I can give you reference kalau you nak for better understanding...

The Ethics of Money Production by Jorg Guido Hulsmann is for a start. You really want to learn about money and banking system pergi webpage Mises Institute. Maybe they can give you better insights...

Keturunan Jebat

remgold said...

Keturunan Jebat,
bro, ah baru saya tulis tambahan sebelum kamu masuk: saya ni hanya ngobrol sebagai rakyat biasa - sama macam ada ribuan blog beri pandangan tentang isu politik. misalnya ada yg sokong zaid ada yg benci. tak boleh kata mereka salah atau betul. itu pandangan peribadi.
sama seperti saya dan isu kewangan ni. tolonglah pembaca jgn silap saya ni betul. ini pandangan saja. my two cents worth, kata omputeh.

say tak kecik hati pun nak kata apa, bro. kalau nak kecik hati baik jgn buka blog kasi orang komen!
mari kita bincang sama2. beritahu rakan2 yg baca apa yg salah dan apa yg betul.

tentang kelantan pada saya mudah saja: kalau kamu bayar saya gaji dlm emas dan perak, bila harga jatuh, siapa yg nak ganti rugi ni. harap dapat tolong kami berbincang bersama.

tak kiralah lah kamu banker atau perdana menteri atau wartawan, kita boleh bincang. saya jadi wartawan kewangan selama 9 tahun dulu dengan agensi berita antarabangsa yg besar (dow jones dan reuters. masa tu saya buat laporan setiap hari tentang singapore stocks, international currency, financial futures, economy, oil markets. di msia, saya cover stocks, bonds market - dulu kecik sangat baru lahir pada 1994-95, economy. saya jumpa ahmad don, ali abul hassan dan zeti akhtar aziz sebagai wartawan apabila mereka bentangkan laporan ekonomi setiap tiga bulan. jumpa dr m dan menteri kewangan anwar hampir setiap hari dulu kerana buat berita ekonomi).

tapi tak makna saya tahu apa2 pun. sebab kini isu kewangan ni hanya hobi saya.
apa pun, saya dah banyak kali tulis - blog ialah diari elektronik atau sama juga dgn perbualan di kedai kopi. pandangan masing2. siapa senang hati boleh terus baca, jika tidak tentunya akan lari!

mari kita 'bincang' dsn ngobrol beb, saya ilmu cetek tu betul, tapi harap bantu beri idea atau tunjuk jalan (link internet lagi baik, agar semua dapat baca).

sama macam isu politik, agama, bola pun, jika orang yang bijak tak mencelah maka pandangan ramai ialah begini dan begitu. mungkin silap tapi apabila perception is not corrected, it becomes reality.
saya harap sungguh anda dapat beri pandangan. atau jika anda ada blog lagi baik, bro.

sebenarnya cerita saya tentang kelantan dan dinar tu belum habis!
sebab sebenarnya saya pun proponent gold dan silver! hahaha.
cuma cara kelantan buat tu salah. akan merosakkan nama islam.

Anonymous said...

Aslkm Bro OpEd,Hang Jebat tu melayu baru mana faham Ngobrol dia makan keju.Ma'afakanlah dia tu

Labu Labi said...

Zoelick is a member of Council for Foreign Relations(CFR) and Bilderberg. And he wants to the old money i.e. the Gold Standard and abandon the US Dollar? Sounds very suspicious. Is he trying to create a new world currency (maybe backed by gold and controlled by certain interested groups)to replace the US Dollar? How will this affect the world economy and geo-politics?

Anonymous said...

Op Ed, Salam Aidil Adha

biasa lah bila operate blog ada yg setuju dan ada yg bagi pendapat lain.

Itu masing masing punya hak bagi pendapat dan ilmu. Yang penting kita kongsi bersama dan buat conclusion sendiri.

Jangan ada pulak yg nak ngamuk macam MB kedah kelmarin.

So Op Ed, bila harga E&P jatuh kelmarin, apa puncanya ? demand kurang - tak mungkin. Dan apa pulak implikasi ke atas matawang dunia. Bagi detail sikit.

-Malik-

Q said...

Bro Malik,

Harga E n P, atau apa-apa barang komoditi lain mesti ada turun naiknya juga. Ianya bg membolehkan komoditi2 tu mendapat sokongan untuk naik ke tahap yg lebih tinggi lg.Yang penting dikenalpasti fasa turun naik tu dalam fasa mencanak atau menurun. Larian lembu atau beruang. Buat masa sekarang, selagi Fed US tak naikkan kadar faedah dia, dan amik langkah seperti negara2 Euro potong perbelanjaan negara selagi itulah harga-harga komoditi tetap akan naik jua.

Anonymous said...

Salam Bro,

Thank you for your open mindedness..pasal gold n silver... I agree ada weakness cara PAS launch dia punya Dinar Dirham....but somebody has got to start. Mimpilah nak tunggu Fed Govt nak launch because you know as well as I do that printing paper money is the only way you can enslave the people. Lagi lagi nak dekat next election tak lama lagi. Paling paling tidak it has now become catalyst to allow the next level of usage. How do you expand the supply and put it in the hands of Rakyat.

Selagi you dont allow the option of the choice between paper money n commodity money there is no such thing as personal sovereignty. Since you have the knowledge on International Finance, then you would know that "free market" is open to rigging and manipulation. by "Bankster". I shud know coz I was one of them. Hence why I am so against Forex Speculation and Riba at this juncture of my life.

Mcm ni lah bro...kat Malaysia ni sebenar benarnya dah corrupt to the point that samaada kita clean up once and for all or we will become slaves to the top 2% of the richest people in the world. Take your pick. I choose to fight back so that my children will not be slaves... At the very least my children cannot fault me for trying.

Keturunan Jebat