Wednesday, 17 November 2010

Gold Standard, matawang kertas.... Bah. 4/4

Pada akhir abad ke 19 (1850s ke atas) - 150 tahun lalu - negara-negara ekonomi besar masa itu Britain, Perancis, Jerman, Holland, Italy bersatu gunakan matawang yang disokong Emas (gold-backed currency). Tapi UK ni kejap guna bimetal standard (Emas dan Perak), kejap hanya Emas saja.

Amerika Syarikat pada masa itu adalah negara yang jauh di seberang Lautan Atlantik dan ekonomi yang KECIL.
Negara besar di Eropah ni kata - Budak kecik Amerika tak masuk group kami yang gunakan gold standard ni pun, tak apa.

(Britain masa itu dalam zaman Empire - penjajah India, Burma, Malaysia, Singapore, Hong Kong. Malah Amerika tu pun dulunya sebahagian drpd empayar British ni. Perancis baru tamat zaman gemilang Napoleon, Jerman dan Italy ada empayar - ada negara-negara Arab dan Afrika yang dicontrol mereka. Holland penjajah Indonesia).

GAMBAR: Matawang kertas tertua, kurun 14, China (700 tahun lalu). Dibuat daripada kulit pokok.

Pada masa itu, E&P masih komoditi yang disayangi tapi telah digantikan dengan wang kertas - "fiat money" = wang yang diterbitkan oleh pemerintah negara untuk kegunaan ramai.
Tapi wang ini ada "gold-backing". Apa benda tu, 'bang?

CAKAP MUDAH: Pada masa itu, perdagangan antarabangsa masih berkisar di sekeliling E&P.
- Wang kertas Britain, pound, ini boleh digunakan di England dan Scotland, tapi bila kita masuk negara Eropah lain, tak semua terima wang kertas negara lain.
- Apa lagi jika anda bawa wang kertas Britain pergi ke China atau Jepun.
- Atau anda bawa guilden, wang dulu Holland, ke Amerika. Hmmm, tak semua orang akan terima wang kertas ni.

Jadi untuk kemudahan semua orang, semua wang kertas ini boleh ditukar kepada Emas (dan Emas dan Perak di Britain). Convertibility to gold.
Secara ringkas, ini yang dimaksudkan oleh Dr M, presiden World Bank Robert Zoellick, atau sesiapa saja yang bercakap tentang "gold-backed currency" atau "currency with gold backing".

Sesiapa saja pada masa itu, boleh ke bank pusat (Bank Negara) atau bank besar untuk menukar wang kertas kepada Emas.
Each dollar (pound, guilden, lira, franc etc) is backed by gold kept in reserves by the central bank.

Ada ratio yang digunakan masa itu, misalnya 10 pound atau 10 lira dapat berapa gram/ounce Emas atau Perak.
Dan memang betul, ada tahun-tahun di mana wang kertas tak boleh diconvert kepada Emas - biasanya dalam tahun-tahun peperangan, seperti Perang Dunia 1 1914-1918.
Tapi secara umum, gold-backing bermakna sesiapa pun boleh menukar wang kertas mereka kepada Emas.

GAMBAR: Duit syiling tertua di dunia, 2,500 tahun lalu, bandar Asia Minor (kini Greece). Diperbuat daripada emas dan electrum.

PERLUnya gold-backing ini juga seperti apa yang dikatakan Dr M. Emas ada "intrinsic value". Tak ada orang yang dapat emas akan campak dia ke tepi. Jika orang beri kita piring stainless steel atau pasu tembaga, kita kata terima kasih, lepas tu kita letak kat tepi.
Tapi jika saya beri anda sudu emas 18K pun, bila tiba di rumah, anda akan belek dan gilap. Lepas tu simpan baik-baik.

Sebab itu jika saya kata kepada kamu 100 tahun lalu - ambil kertas cantik ni (ada gambar Agong atau Yusuf Ishak), ini gaji kamu untuk sebulan, mungkin orang tak ambil. Kerana rakyat tak gitu percaya kepada pemerintah masa itu - yang kerap pergi perang. Zaman empayar dulu tu, kejap2 gi perang.
Tapi jika pemerintah kata: kamu ambil kertas cantik ni sebagai gaji, tapi tak perlu takut sebab bila masa pun boleh convert kepada emas.


-------------------------------------------
KELANTAN & DINAR NIK AZIZ

ITULAH antara sebabnya saya katakan cara Kelantan tu pada saya tak kena. Baca apa yang Dr M katakan di sini.

Betullah mereka di Kelantan nak gunakan E&P, nak ikut "cara Islam".
Tapi pada saya, E&P bukan digunakan secara harian untuk jual-beli.
E&P sepatutnya disimpan sebagai reserves - anda boleh convert wang kertas anda jika diperlukan.
Saya bukan persendakan tapi serious: Mungkin Kelantan boleh keluarkan matawang kertas sendiri gambaq Nik Aziz.
Ini boleh bayar gaji dan jual beli, lepas tu boleh declare: Pada bila masa pun, "Dinar Nik Aziz" ni boleh ditukar kepada E&P.
Ratio pertukaran untuk Hari Ini, misalnya, 100 Dinar Nik Aziz = RM100 = 4.3gram (misal saja).
Tapi nilai pertukaran Dinar Nik Aziz ke Emas ni akan bertukar setiap hari menurut harga pasaran Emas antarabangsa.
Kerana orang tidak akan tukar Dinar Nik Aziz kepada Emas setiap hari, maka mereka tak akan terjejas dalam membeli susu atau bayar hutang rumah bulanan. Mereka akan hanya terjejas jika convert Dinar Nik Aziz dengan Emas di bank.


Saya khuatir jika Kelantan gunakan wang dinar yang dah dikeluarkan tu untuk jual-beli akan merugikan setengah pihak kerana Dinar Emas (92 per cent gold, atau 22k) tu naik turun setiap hari.
Perak naik turun juga tapi kerana harganya rendah, orang mungkin tak kisah sangat.

Harga Emas dah naik dan terus naik dalam 10 tahun ini.
Tahun ini saja, harga Emas dah naik 20 peratus. Walhal tahun lalu naik 38 peratus!
Saya khuatir apabila ia mula jatuh dan jatuh di masa depan - mungkin makan bertahun akan terus jatuh dan jatuh, nanti orang akan kutuk Islam - 'Apa ni! Merugikan kami, ini ke yang diajar agama kita? Baik pakai kertas wang lama.'
Seperti yang Dr M kata - E&P ni bukan untuk digunakan secara harian. Ia perlu dijadikan wang tukaran di belakang perniagaan, bukan di depan.



BRETTON WOODS
Dalam 1944, banyak negara di dunia bersatu hati buat deal bahawa demi perdagangan antarabangsa, kita semua setuju matawang masing-masing ada kadar pertukaran masing-masing, dan ada backing Emas.
Sedap rasanya jika kita tahu Singdollar dan Ringgit kita boleh diconvert kepada emas. Baca di sini.
Tapi dalam 1971, Presiden Nixon dari negara ekonomi terbesar di dunia secara sendiri menolak bahawa wangnya perlu ada gold-backing!
(Dalam 150 tahun Amerika lompat dari negara kecil kepada ekonomi terbesar. Britain, Holland, Italy, Germany dah tak ada empire!)
Maka sejak itu, matawang kita semua dah tak ada gold-backing lagi.
Bila pemerintah mana pun kurang wang, secara theori mereka boleh cetak wang (print money) lebih-lebih untuk digunakan sebagai bayaran!

Itulah, secara pendek, yang dinamakan Quantitative Easing (QE) di Amerika sekarang ini.
Ekonomi Amerika dah lemah lagi, maka Federal Reserve Bank (bank pusat Amerika) buat QE ini. Secara theori, lebih banyak wang yang circulate, maka ia merendahkan matawang US Dollar, agar menjadikan exportnya lebih kuat. Juga, dengan banyak US dollar Amerika, ekonomi Amerika diharapkan tidak tenggelam kerana business semua dapat boost - more money, secara theori, means more people can spend and spend.

TAPI jika tak dikawal printing money ni bahaya. Boleh menjadikan inflasi.
CAKAP MUDAH: Jika dulu US$10 boleh beli sarapan pagi, kini wang dalam sistem kewangan dah banyak, mungkin menaikkan sarapan pagi kepada US$20.
 Macam dulu Pak Lah naikkan gaji civil service semasa beliau jadi PM. Niatnya baik, tapi harga barangan di Malaysia semua naik mendadak sebab lebih banyak wang mengejar barangan/khidmat yang sama.
The same volume of goods and types of services are being chased by more money. Jadi harga barang/khidmat terus naik!


OK, cukup ler lagu Emas dan Perak ni.

-------------------------------------------

SAYA setuju dengan komen seorang pembaca bahawa yang saya ngobrol ni cetek.
Pada saya ini omong-omong secara basic. 
Macam kita dulu bawa kereta secara basic, belajar dengan instructor.
Nak gerakkan kereta sikit, tahu nak pegang steering, kawal ABC (Accelerator, Brake, Clutch).
Kalau dah syiok, boleh belajar mendalam secara sendiri atau ambil kursus.
Boleh beli Merc dan Beemer, bawa 200km sejam, walhal yang diajar instructor hanya basic - nak gerakkan kereta dengan selamat.

Saya harap dengan ngobrol empat Bahagian ni, paling tidak kita tak takut sangat bila orang bual tentang pasaran Emas dan Perak, atau matawang.
Dan kita dapat ilmu sikit jika orang nak bual dengan kita tentang "gold-backed currency" ni.
Yang lainnya terpulang kepada kamu, jika ada minat.


10 comments:

Q said...

Harga sasaran emas menjelang akhir suku pertama 2011, $ 1450, kalau lepas harga ni, alamat naik sampai lebih $ 1600 dalam masa setahun dua. Lagi awal lepas, lagi cepat sampai destinasi.Future trading hehe.

JohorMali said...

Mr Rem,

Pokok pangkal nya how far can my RM 1.00 fetch in Malaysia boleh today and for the same item bought here, what would it be like in SGD in Tumasik or IDR in Batam.
Orang Malaysia terliok dengar gaji security guard atau dreber bas di Tumasik menjangkau SGD 1500.
Mereka ini akan pulon kerja di pulau you siang atau malam, dan balik bukan ke sarang burung di tumasik tapi atas terra firma di Johor DT. Bila lepas tambak terus ke money changer dan dapat RM 4000. Beli garam dan bawang pun di Johor. Maka saya sentiasa doa Tumasik terus maju dan perlu tenaga kerja Malaysia Boleh dan cara tak langsung pekerja ini bawak balik FDi , betul tak?
Tapi yang tak sedapnya IR di Tumasik bawa ramai pelancong dari Malaysia dengan tambang bas free! FDI tumasik pulak dapat dari Malaysia Boleh! Tapi saya rasa nett gain tetap berpihak kepada Malaysia, including political, economic or social issues.

Ron Dazia said...

terima kasih pak chic atas info/ilmu yg di beri...

Pak Malau (X nun) said...

Salam Rem
Johor Mali - Ejaan Temasek yg betul tak ada u dan i. Maaf kalau saya silap. Kalau tak perbetulkan bro.

ninotaziz said...

Dear Sir Remgold,
Thank you for this. It is always good to look into history, what has come to past to understand and help decision making today.

Let us hope there will be no more days of 'run on the banks' or 'duit Jepun' syndrome for us. Without gold backing, it's like a time bomb clicking on your dollar.

Some days, you look hard at that RM50 note and wonder - wow! this was so much 20 years ago.

Sarjan Hassan said...

Salam Rem

Menarik ngobrol hal duit ni.

Lepas ni boleh ceritakan macamana Umat M di spore mengerjakan korban di sana. Memang saya ingin benar tahu sebab lihat kawasan mesjid, kecik benor. Kandang lembu memang tak ada kecuali kandang kerbau. Tolong share sikit.

Ps saya lalu kat tampines minggu lepas. Mak datok, apasal tinggi betul stok simpan pasir kat situ.
Dah boleh panggil Bukit Pasir kawasan tu.

remgold said...

Q,
buyers beware: tapi jika kamu di sana nak beli E&P kini ok. kenapa? kerana QE ni, makan dolar amerika dah jatuh teruk berbanding ringgit dan singdolar.
jadi walau harga E&P dah naik, kerana metals ni didagangakan dlm dolar amerika, harganya sama macam harga bulan lalu - jika kamu membelinya dgn matawang ringgit dan singdollar.

johormali,
betoi apa anda kata tu. seperti ramai pembaca lain yg pernah duduk di kedua negara utk selama seminggu pun, kamu boleh nampak sendiri.
gaji di tumasick (hee) mungkin double, tapi jika kamu tinggal di sini juga, harga teh tarik, nasi lemak dan seterusnya, juga double! harga sewa rumah lagi teruk! di kl, boleh sewa kondo 3bilik/1100 sq ft di setiawangsa rm2,000.
di spore, rm2,000 tu hanya sgd850. kamu boleh sewa Satu Bilik saja di perumahan hdb. bukan kondo!
tentang rakyat msia (dari johor, juga perak, penang, kelantan pun!) ke casino2 di tumasick, eeks ini membimbangkan. sebab yg pasti siapa main judi ni mesti kalah.

sidetrack: kinisidertoday dan ramai kuncu2 sibuk hina ekonomi msia akan diovertake spore minggu lalu. sebenarnya yg memacu ekonomi spore ialah casino dua biji tu. bukan dia buka banyak faktori. tapi orang heboh macam msia ni nak kiamat dan bodoh.
kalau msia buat casino kat jb dan sabah, pasti boleh lawan balik. tapi jika govt nak buat, saya pasti orang yg sama juga akan kecoh menghentam.
ekonomi spork tahun ini akan berkembang 15 peratus! the strongest economic growth in the world! sebab dua kasino tu baru buka. itu saja. ekonomi terbesar di asia tenggara tetap indonesia, lepas tu thailand. msia kini no.3 akan jatuh ke no.4 lepas spork.


sarjan,
di masjid spork macam masjid di msia, time qurban dapat special permission nak sembelih binatang (darah banyak oi!) di tapak masjid. bukan di abbatoir.
cuma masjid spork ni tanahnya sempit.
tapi boleh jugalah buat korban. dan seperti di msia ramai warga tumasick buat korban di luar negara.

stock pasir membukit tu: dah lama kat situ. ini satu pelajaran utk kerajaan msia: baik gula, beras, pasir, simen, dsbnya. spork ada reserve stocks. jadi apabila harga mendadak naik, dia boleh bertahan 3-6bulan tanpa panik.
kita tak bincanglah kat mana dia dapat pasir tu.

Anonymous said...

Bro,

I get it ur trying to educate ur reader. What u had not done is the analysis on the implication of all the manipulation of the current monetary system. i.e forex speculation, flipping of properties and property bubble and why it does not add value. Futures market on commodities are seperate from the underlying physical and why spot price is different and how it is being manipulated by speculators like Warren Buffet or Donald Trump.

What you have not done is to educate your readers is how "they" as layman get screwed in the market place by all the different financial instruments that has been created based on non islamic principle (like fiat money controlled by the Rothschild) How fractional banking screw up the depositors and lenders both ways. How the BOD of PLC screw up the shareholders...esp the minority shareholders by using accounting and reporting loopholes... i.e Enron

Itu bro sikit je...kalu nak educate..biarlah educate betoi betoi kasi org buka mata...dan minda...barulah fisabilillah.. suggest solutions how they can protect themselves after all if you have done international financial reporting you know for a fact that what i had just penned is the truth...

Keturunan Jebat

remgold said...

keturunan jebat,
saya tulis kat blog ni macam2 topik - dari nuke energy, ke gunung berapi, financial markets, dan politik msia/spore/indon, kemiskinan dan kekayaan, dan selalu juga topik merapu, bukan apa tuan.
saya nampak macam2 dlm kerja harian - jaga isu-isu semasa di asia tenggara (9 negara, tak termasuk spore) dan di asia barat (afghanistan, pakistan, india kadang2 masuk sri lanka, bangladesh, nepal).
jadi saya tulis ikut suka hati apa yg mencuit hati. iaitu macam blog lain (cuma mereka kebanyakannya fokus satu benda, misalnya politik), tulis ikut suka hati. kurang pandai nak cerita lebih dari apa yg saya baca.
nak bawa orang tentang isu manipulasi dan speculation tak pandai lagi. ini ngobrol kosong bro, nak 'analisa' dan 'bincang mendalam' takut orang lari. sebab tu saya tulis banyak inject jenaka, agar dua-tiga kerat yg baca ni tak lari.
nanti saya serious macam sakmongkol atau haris ibrahim, semua lari sebab saya tak sepandai itu.
cuma kadang2 kalo dah marah, saya tembak juga. heehee.

msleepyhead said...

@keturunan jebat,
why not start your own blog on how we are screwed big time if you are knowledgeable on the matter?

@remgold,
please keep up the good work. most of us enjoy your writing style as it is and that is why we keep coming back for more.