Saturday, 13 November 2010

Gold Standard, matawang kertas, inflasi....

Maaf tak update beberapa tahun.
Kadang-kadang waktu malam saya pikiak nak update blog atau nak baca buku.
Jawapannya: baca buku tiap malam dari 1 hingga 2 pagi. Kadang dah 3pagi pun tak sedar.
Seronok baca buku ni (GAMBAR). Dah setengah jalan, mukasurat 240.

Sebab saya ada rancangan nak tulis tentang matawang, emas dan perak, dan apa yang dipanggil 'quantitative easing' (QE) masakini.
Amerika nak kuatkan ekonominya yang lemah, lalu mencetak wang (print money), apa yang dipanggil QE.
Kerana ia mencetak berbilion maka wang itu kini masuk ke Asia. Sebab itu ringgit dan rupiah, rupee dan Singdollar, semua melonjak.

Dalam buku sejarah emas ni, ada satu fakta menarik.
Kita semua tahu bahawa pada zaman dulu - baik zaman Kublai Khan, Queen Victoria, kerajaan Melaka atau Pasai lama pun, wang yang digunakan ialah EMAS dan juga PERAK.
Atau setidak-tidaknya, mereka gunakan COPPER (tembaga), LEAD (timah) atau BRONZE (gangsa).
Semuanya dalam bentuk COINS (tak semestinya bentuk bulat).
Atau jika negara papa, mereka gunakan batu yang diukir.

Pada zaman Emperor Chin (atau kini dipanggil Qin), Hien Tsung, negara kekurangan copper. Copper coins dah tak cukup.
Maka beliau terpaksa gunakan KERTAS sebagai matawang.
Beliau memerintah pada tahun 806-821 - 1,200 tahun dulu! Dari nama empayar Chin tulah lahirnya nama China.

Pada masa itu ramai orang tertawa - 'Alamak, apa ni kerajaan pakai kertas. Sengkek betoi'.
Tapi mereka tertawa masa kat rumah, jika tidak kena potong kepala mereka oleh emperor.

Itulah PERTAMA kali manusia mencetak kertas untuk matawang!

GAMBAR 2: Wang emas kerajaan Islam Aceh. Maaf, kurang pasti tentang sejarah negara Is-le Aceh ni. Jika anda nak beli wang emas beratus tahun ni, boleh dapat kira-kira 20 biji untuk RM1,000-RM1,500 (S$400-$500). Kecik nonet saja wang ini - saiz KUKU di jari TENGAH orang dewasa.
Ada kedai-kedai dealer di KL dan Temasek yang menjualnya.


-------------------------------------------
SIKIT TENTANG EMAS
Jika anda ke kedai emas nak beli cincin atau kalung (pak jantan selalunya ikut bini atau ibu), kedai tu biasanya menjual emas 22 carat. Atau 18 carat.


Pure gold bertaraf 24 carat (atau 999 fineness. Nak mudah, saya panggil 99.9 per cent gold, 0.1 per cent logam lain atau impurities).
Atau orang suka kata = 24k gold.

Jika anda pernah pegang gold coin yang dikeluarkan oleh Canada - maple leaf coins (Lihat GAMBAR) - wooi itu lagi cantik.
Itulah syiling emas paling pure: 9999 gold. Silau dia pun lain macam, semua hampir totally emas tulen = fine gold = di Indonesia dipanggil ‘emas mulia’.

Tapi emas 24 carat ni lembut. Jika kamu lempar maple leaf gold coin tu ke tembok, ia kemek.
Sebab tu kedai emas kebanyakannya offer emas:
- 22 carat/22k (atau 916 gold). Ada logam lain yang memperkuatkan emas tu. Jadi kalung tak mudah putus. Harganya lebih murah dari 24K.
- 20 carat/20k (fineness 833).
- 18 carat/18k (fineness 750). Ini murah lagi ler, sebab hanya 75 peratus emas, yang lainnya logam lain.

EMAS DINAR yang digunakan di Kelantan ini ialah emas 22K atau 91.7.

BERSAMBUNG.... Apa itu 'gold standard' dan 'gold-backing' sesuatu matawang.
Apa itu perjanjian Bretton-Woods?

8 comments:

Ummie said...

Interesting reading.
Looking forward to the next posting.

asrul amanda said...

Pak Chick masukkan sekali pasal inflasi, BigMac index, Gini, dan lain lain..

Anonymous said...

meremang tengkok pasal nak dapat ilmu nih...tak sabar arr

Q said...

Hehe.Simpanlah 1/3 dari pelaburan anda dalam aset keras, contohnya tanah, rumah, emas dan perak.

Anonymous said...

Movie Zeitgeist I,II, coming soon III.
In Zeitgeist II, it describe a lot how the history of America manipulate the systems including why and how the FR manipulate inflation/gold standard system. How the bankers and big corporate company and where the originated and why they conquer the systems they created.

Readers yang minat nak tahu lebih and faham I prepared the links here.

Zeitgeist I
http://vimeo.com/13726978

Zeitgeist II
http://vimeo.com/13770061

Anonymous said...

Ouh another one Sir..
Currently I'm reading The Confessions of Economic Hit Man by John Perkins.
Syok jgakkk!!! Non-fiction punya cerita.
Depa cita lagu mana America dok anta orang anta EHM ni g bangun economy at certain target country like Indonesia and at the same time to set up global empire.

alunbm said...

In november 2010(Robert Zoellick),chairman of world bank called a return to modified gold standard becoming the most high profile mainstream policy maker to support gold based money.He came under immediate fire from proponents of extensive state control over money.

Apa pula kata hang Rem....

remgold said...

asrul_amanda,
saya cuba ler. jgn lah suruh buat yg payah2, kamu ni pun!
saya pernah tulis sikit pasal gini co-eff dan big mac ni. tapi dlm bentuk komen. nanti kena cari dlm blog saya ni.

Anon 20:24,
movie zeitgeist ialah movie conspiracy theory tentang origin agama kristian dan sebagainya. juga conspiracy theory tentang 911.
sama juga buku yg anda refer tu.
saya pun kadang baca buku conspiracy theory ni: saya beli buku ni rm103 di kl - The Trillion Dollar Conspiracy/ How the World Order, man-made diseases, and zombie banks are destroying America. ooi jadi best seller list walau cerita karut marut. saya baca sikit dah tahu bahawa jauh dari realiti.
nak baca ok. asal kita tahu ini cerita rekaan. macam cerita orang politik juga - semua dia yg buat salah, tapi salahkan pihak musuh.

alunbm,
gold standard nanti hamba masuk juga ler. mungkin di Bah. 4 atau 5 kot. hahaha.