Terima kasih kepada ninotaziz di posting sebelum ini, yang bertanya tentang Dems lawan GOP dalam US mid-term elections.
Susah nak cari topik 'kosher', maam.
Nak bual Batu Sapi dan Galas, dah cerita pun. Biarlah kita tunggu dulu.
Kita bual Am'rika ni bukan apa - dia negara terkuat di dunia: dari segi kuasa militer, kuasa ekonomi, kuasa inventions/pereka sofwe dan macam2 lagi.
-- Jika Am'rika tak beli produk lektronik dan lektrikal Malaysia dan Singapork selama 3 bulan beturut-turut saja, hancur ekonomi negara kita!
-- Kamu lihat di rumah - kipas, mesin jahit, aircon, TV, komputer, kereta dan seterusnya, kebanyakan dicipta oleh minda omputeh benua Am'rika tu dulu. Diperbaiki oleh Jepun, Korea, Taiwan dan China.
-- Begitu kuat mereka ni kawal kehidupan kita, sebab tu kamu jangan marah-marah jika PM Najib atau Anwar Ibrahim selalu buat baik dengan pegawai tinggi mereka. Ada baiknya untuk kita semua.
-- Saya juga cerita tentang projection of American power di bawah ni - tanpa peranan Am'rika di Asia, China akan kuasai semua kita.
Sekurang-kurang mari kita cuba fahami sikit cara mereka tadbir negara dan berfikir tentunya berguna.
(Saya cerita kembali di bawah apa itu US mid-term elections - cara berbeza orang Am'rika ni tadbir negaranya nak adakan checks and balances. Lihat di bawahhhhh sekali posting ini jika nak baca kembali tentang apa yang mereka panggil "the mid-terms").
---------------------------------
GAMBAR: Pandangan bangunan Congress, May 2010.
Di Washington, SEMUA bangunan tidak boleh dibina lebih tinggi dari tip of the dome bangunan di Capitol Hill ini.
Jika kamu nonton filem Salt (Angelina Jolie) dengan teliti - teliti bangunan, bukan Jolie - semua bangunan di DC lebih-kurang 10 tingkat maksimum.
Begitu hormat mereka dengan sistem pentadbiran mereka. Yang Umat M bahalol, buat bangunan hotel dan jam besar dekat Kaabah, yang merendahkan taraf Masjidil Haram. Nak buat bangunan besar dan tinggi kan lebih baik dibuat lebih jauh dari Masjidil Haram? Nanti orang tawaf lebih sibuk tengok jam dan admire bangunan megah dan cantik tu. Sedih hamba.
---------------------------------
Kemenangan GOP - Grand Old Party, iaitu Republican Party - iaitu menang besar dan kawal semula House of Reps, ada implikasi besar untuk dunia, termasuk untuk negara kecil seperti Singapore dan Malaysia.
Nancy Pelosi, makcik glam Dems majority speaker kena cari kerja lain. Baru dua tahun jadi majority Speaker!
Republicans kini control kembali House of Representatives (juga dipanggil Lower House).
Tapi Senate, atau Upper House, tetap di tangan Dems, Democratic Party.
Presiden Obama juga seorang Dem.
Sebelum ini Presiden ialah Dem; House dan Senate keduanya dicontrol oleh Dems juga. Congress was fully in the control of the Dems, now it is split.
Di Am'rika, untuk menggubal undang-undang kena perlukan persetujuan Lower dan Upper House.
Sama juga jika nak approve sesuatu belanjawan baru/khas.
Misalnya jika Presiden kata nak dapat sokongan belanja US$xx billion untuk selamatkan bank, beliau kena dapat persetujuan House dan Senate.
Atau nak tukar undang-undang agar semua gay tidak didiskriminasi dalam tentera (satu isu yg sangat panas di Am'rika).
Dulu senang saja kerana bila dibawa undi di Lower House, parti beliau Dems bermajoriti.
Selepas Lower House luluskan, Senate/Upper House pun dicontrol oleh Dems akan luluskan dengan mudah.
Senang nak buat undang-undang!
Di Malaysia dan Temasek, yang nak buat undang-undang baru atau belanjawan baru ialah Perdana Menteri dan Kabinet, kadang-kadang selepas pressure oleh rakyat.
Di Malaysia ada Agung dan Singapork ada Presiden, tapi mereka tak buat policy, mereka cuma titular head of state.
Di Malaysia, selepas Lower House (Parliament) luluskan sesuatu, Tidak Perlu dapat kelulusan Senate (Upper House) dah.
Di Singapore, cuma ada Parlimen, tak ada Senate.
IMPLIkasi
1) Policy gridlock.
Di Am'rika kini :
- Presiden seorang Dem.
- GOP control Lower House.
- Dems majoriti di Senate.
Maka akan timbul policy gridlock.
Apabila Presiden nak luluskan sesuatu secara cepat - misalnya nak suruh wakil rakyat sokong tentera serang Afghanistan atau Iraq, dah payah dah.
Sebab Lower House (GOP) mungkin bangkang, walaupun Upper House (Dems) akan setuju.
Yang baiknya, lebih payah jika mereka nak luluskan sesuatu yang tidak disokong ramai orang.
Problemnya ialah bila Obama nak baiki ekonomi Amerika, mungkin akan diblock oleh Republicans yang mahu debat dan nak tambah itu dan ini.
Obama nak gubal macam-macam nak perbaiki ekonomi, tapi kini mungkin jadi lebih lece - wooi, baca ni: macam2 Republicans boleh block dalam isu ekonomi saja!
2) Republicans dan dagangan dunia.
Secara umum, Republicans ni ialah pihak yang suka berdagang dengan dunia. Mereka pro-business, Dems kurang minat dengan business ni (secara umum).
Dulu apabila Obama dan Dems menang kuat, negara yang suka dagangan bebas seperti Temasek agak gusar.
Kerana Dems secara traditional lebih inward-looking dalam segi business.
Dems lebih protectionist, sedangkan Republicans lebih suka big business dan global trade.
3) Conservative, "pro-family".
GOP ni lebih conservative cara pemikiran mereka tentang isu-isu kekeluargaan.
Mereka dilihat lebih didominasi oleh pihak Christian Right - macam George W. Bush, Dick Cheney, Condi Rice dulu.
Mereka tak suka gay sangat, tak suka abortion, dan mahukan agama (Kristian) diketengahkan dalam kelas dan tempat kerja - eh. eh, macam PAS zaman dulu.
Democrats biasanya dilihat lebih liberal - gay is ok, abortion is up to you, dan bab agama ni mereka tak ambil kisah sangat. Kamu nak masuk surau pakai uniform SIA pun ok.
Sebab itu ramai pelakon dan penyanyi mereka sokong Dems.
Arnold Schwarnegger jadi Governor California dengan tiket Republicans, tapi cara beliau jaga state itu ialah cara liberal Dems.
Untuk negara kecik macam Malaysia dan Singapore, Republicans ni tak ambil pusing tentang Global Warming. Dulu Bush-Cheney dengan mentah menolak bahawa dunia ini ada global warming = mereka tolak Kyoto Protocol (kamu google jika nak tahu apa ni).
Dems percaya tentang Global Warming, tapi GOP kata 'nonsense!' (secara umum).
4) Militer
GOP ni lebih aggresive dari segi projection of power mereka.
Mereka lebih suka main politik di luar negara. Dan main militer.
Apabila Obama mengganti Bush, ramai analysts di Asia seram sejuk. Sebab Dems ni biasanya tak kisah sangat tentang Asia. Ini dikhuatiri oleh pemerhati kerana buat masa ini, China semakin kuat - ekonomi dan militer. Mereka dah lebih garang nak flex muscles.
Kita lihat isu nelayan Jepun dan isu rare earth metals yang saya bincang baru ini.
Kalau Am'rika tak mahu tunjuk kuasa kat sini, gerenti China akan dominate (mungkin ada implikasi untuk orang Cina di Malaysia, Indonesia jika 'Big Brother' semakin kuat).
Jadi jika GOP dah kuasai Lower House ni, mungkin Am'rika akan main peranan lebih aktif di luar negara? Mungkin akan tunjuk bom lebih daripada diplomasi? Mungkin tidak, kerana Presiden tetap seorang Dem.
Ada satu isu lain yang bersangkut - kerana Republicans ni secara umum 'lebih Kristian', maka untuk dunia Islam, ceritanya pun mungkin berubah.
Obama dan pemerintah Dems dari dulu lagi akan cuba ambil jalan tengah dalam isu Palestin-Israel (Dem president Bill Clinton dulu yang sarankan dan 'paksa' Israel sign "two state solution" untuk isu Palestin).
Republicans secara terang sokong Israel. Sebab pada mereka Tuhan bagi tanah Palestin kepada Yahudi (secara umum lah yang saya bual ni).
Yang declare 'War on Terror' terhadap orang Islam tu si gila Bush-Cheney-Rumsfield, semua geng Christian Right dari GOP. Mereka ni extreme example, tapi you get the idea about the Republicans on military and power projection.
APA PUN, kita lihat dulu ler. Masih awal lagi.
Sekian dulu
---------------------------------
Sistem politik Am'rika - secara ringkas
Dems lawan GOP. Dulu saya ingat apa ni GOP, rupa2nya Grand Old Party, iaitu Republicans.
ahem di malaysia GOP tu ialah Umno. di spork, GOP (in fact the ONLY party, hahaha) ialah PAP.
Di negara kita, elections 5tahun sekali (atau disingkatkan kpd 4 jika govt rasa boleh menang dgn baik).
di malaysia, ada dua jenis manusia dlm parlimen:
1) MP = Ahli Parlimen. mereka ngaku Wakil Rakyat sebab dilantik rakyat dlm pilihanraya. tapi bab kebas wang tak ingat rakyat - ini bukan di msia, tapi di india! yg di msia dan spork semua mala'ikat.
2) ada Senator = dilantik di Malaysia, bukan dipilih rakyat.
di msia, MP lebih prestigious. Senator ni bila mereka bual, tak ada yg dengar, sehingga mereka selalu komplen akhbar ignore mereka.
di spore, cuma ada MP. Tak ada Upper House kat mana ada Senator, sebab negeri kecik macam perlis.
3) ada lagi satu kumpulan di malaysia - DUN = Dewan Undangan Negeri yg di ketuai oleh Menteri Besar atau Chief Minister.
di amerika ni lain betul cara mereka.
Dalam American Congress ada dua jenis wakil rakyat:
1) yg lebih prestigious ialah yg berpangkat Senator.
Ada 50 buah state/negeri dlm amerika. 48 dlm tanah besar amerika - satu terkeluar di utara, alaska. dan satu lagi di tengah lautan, hawaii.
setiap negeri wajib ada DUA Senator, jadi jumlah 100 orang.
mereka duduk dlm Upper House. nak gubal undang2, mesti kena pass Upper House ini (di msia, Lower House = MP dah kata okay, senator = Upper House, tak ada kuasa nak block).
mereka jadi senator selama ENAM TAHUN. dan lepas tu secara bergilir (bukan sekali semua sekaligus ada pilihanraya) akan diundi kembali atau kena tendang.
2) Manusia kedua dlm Congress ialah House of Representatives. Mereka duduk dlm Lower House.
yg bab ini macam kat malaysia. state yg besar ada ramai Rep, di california saja ada 53 orang!, dan negeri kecil ada 2-3 kerat macam hawaii.
Mereka ni, ikut bahasa kita, kita panggil MP. Cuma mereka di panggil Rep.
Sama ada Democrat Rep atau Republican Representative.
Ada 435 Reps ini.
Kedua kumpulan di atas, Senator dan Reps, kita panggil Congressman atau Congresswoman.
Mereka kena menghadapi pengundi setiap DUA TAHUN!
(Presiden Amerika dilantik separately LIMA TAHUN sekali, jadi undi House of Reps ni di pertengahan presidency).
Dan setiap dua tahun ni, secara bergilir, 1/3 = lebih kurang 30 orang = Senator akan kena undi oleh rakyat juga.
Itu yg dipanggil MID-TERM ELECTIONS.
Belum sempat panaskan kerusi empok atau buat projek nak kebas wang rakyat, dah kena undi oleh rakyat!
semasa di US dulu, saya tanya analysts mereka - lu orang buat susah setiap 2thn ada undi, macam mana dia nak buat planning lima tahun bantu rakyat.
mereka jawab: tak payah khuatir.
long term planning ada Senator yg dilantik setiap Enam Tahun. dan ada Presiden yg duduk kat situ Lima Tahun.
Mid-term Elections ni sebagai check and balance, jadi tak syiok sangat duduk kat atas, kena jawab dgn rakyat!
jawapan pendek utk ninotaziz,
will their polls affect our thinking (in msia)?
ia menunjukkan rakyat ni kalau tak dijaga akan lari.
dulu obama dan dems menang besar. baru 2 thn dulu!
kali ini gerenti kena bantai teruk dan Upper and Lower Houses of Congress dijangka jatuh ke GOP (kini keduanya di tangan Dems).
samalah yg di msia dan spore tu. siap kejap lagi, kena bantai.
cuma kita di sini untung, sebab 5thn sekali baru jumpa rakyat. mereka kena jumpa setiap 2thn. takuttttt....
3) untuk complete cerita, yg msia panggil DUN dan MB, mereka ada undi Governor.
lebih kurang itu macamlah beb, saya ada skip beberapa bab tentang elections ni, kalau tidak lagi pening.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



10 comments:
elok lah jugak penerangan tu Rem. Keep focusing isu finance dan economy saja.
Bukan apa, sebab orang finance ni lebih peka tentang sesuatu perkara yang kecik mahupun yang besar di dalam mahupun di luar negara.
Ini jugak akan membabitkan bab corak politik pemerintah dan juga pembangkang seluruh donia.
Yang orang M kita ni sibuk dengar ceramah politik yang ntah apa apa yang di geromal oleh tukang karut, lepas tu percaya lah bulat bulat.
Last sekali, menang bersorak, bangsa dan negara kena gadai.
Terima kasih atas usaha anda menjelaskan secara mudah sistem politik di Amerika ni.Bagi yg tak pernah tinggal kat sana memang susah nak faham terma2 mereka spr Republicans,Democrats,Congress,Senate,Mid-terms dll.Sekarang dah paham.
Thank you very2 much..!!
Salam
Thanks Sir Remgold. Puas hati GOP menang House of Reps, Democrat menang Senate(unconfirmed results). Balance lah tu. Lagipun dua tahun dulu minat sangat Barack Obama, happy tak terkira bila upacara taking of oath dia guna nama Barack Hussein Obama...at least bila menang Senate, maruah terbela sikit.
Salam Bro, since Bro ada sebut pasal China nak tunjuk kuat, surat khabar Pak Arab ada buat laporan yang Amerika dok tekan China untuk naikkan nilai RB/Yuan. Bro rasa, China akan tunduk atau tidak.
Tekaan Bro siapa menang dalam lawan psikologi ni, China ke atau Amerika. Advantage China, simpanan USD dia adalah yang terbesar, bila2 dia boleh dump USD kat open market, terduduk Amerika. Advantage Amerika dia boleh print sebanyak mana fulus dia dan guna negara2 lain dan secara perdagangan (contohnya USD for crude oil trading) untuk back-up galas duit dia.
So balik ke soalan saya - sapa menang dan perang duit ni. China atau Amerika.
Salam - Doha, State of Qatar
Bro Reme, cerita ni tak lengkap.
Kalu boleh - katakan Reme orang US, partai mana bro akan sokong??
Timur Tengah,
tentang currency wars ni - jika kita lihat, china tidak akan lagi mahu dunia melihatnya sebagai negara biasa yg boleh diperkotak-katikkan oleh kuasa biasa.
eh cantik pulak perkataan ni = let me repeat for fun diperkotak-katikkan.
kotak yang katik. hee.
china tahu dia semakin kuat dari segi ekonomi. dan kerana wang banyak berbilion bilion, digunakan wang ni utk naik taraf military.
dan ada lagi satu strategy china yg menakutkan amerika, dan juga india.
google: china, string of pearls strategy.
jika kamu baca dan kamu bukan penyokong negara china ni, kamu akan seram sejuk kejap.
kamu ingat ah pek china ni invest kat negara kamu sebab dia suka dgn kamu ke? he he he. kamu semua jadi part of string of pearls mereka.
betul anda kata Timur Tengah,
yg paling banyak beli bonds (kertas hutang) amerika ialah china!
jadi jika amerika tekan sangat china ni dlm matawang, mereka jual semua bond us dollar mereka, tenggelam amerika ni.
tak rasa amerika berani sampai kat situ.
hey, investment idea! ini utk speculator yg banyak wang. kamu beli us dollar, tak lama lagi! tapi kena beli usd10,000 ke atas. sebab usd sangat lemah buat masa ini (spore dollar kelmarin hit a new record of 1.2888 against usd, 6bulan dulu usd1=1.4 saja).
dan kerana ekonomi amerika akan semakin lemah tahun depan, usd juga akan semakin lemah.
bila orang semua dah negatif dgn usd, kamu BELI usd ni = itu namanya Contrarian Investor = yg orang tak mahu tu kamu beli. jgn pula kamu masuk stock market msia atau spore sekarang ni, sebab harga dah tinggi. bila orang semua Masuk, kamu JUAL.
bila usd rebound balik (ekonomi dan usd) kamu akan untung. ha ha ha (tertawa orang gila, sebab jika salah timing, habis duit anda).
atau beli gold dan silver. kenapa? ia dijual ikut harga pasaran dlm usd. dan tak payah keluar usd10,000 pun.
ini omong kosong: buy gold or silver that is pegged to daily movements of the spot market. seperti harga emas dan perak yg dijual di kedai emas.
jadi bila usd rebound - mungkin lagi setahun kot - jika saya jual precious metals tu, untung dlm sing dollar, walaupun jika harga emas/perak tak bergerak.
ini cakap seorang yg nak speculate, kamu jangan ikut ler, esok bank negara tangkap saya pula, sebab bagi 'investment advice' tanpa lesen.
sophon,
saya apa yg boleh dipanggil Strategic Voter, bukan Partisan Voter.
saya undi siapa menurut apa yg saya rasa beliau boleh buat kat parlimen utk saya. dan juga apa yg saya rasa baik utk negara.
partisan voter tak kisah orang tu merampok atau partinya merampok, akan terus undi.
partisan voter akan sokong menurut ketua parti itu, mungkin, dia minat hsien loong atau bapanya, atau nik aziz atau najib.
strategic voter = cakap melayu, pengundi atas pagar, dia boleh tukar warna.
jika MP yg jaga tempat saya tu saya suka saya undi beliau. tapi jika lawannya seorang national opposition figure yg boleh buat negara lebih baik = menambah checks and balances (chiam see tong, tapi bukan chee soon juan), saya rasa saya akan undi orang ini.
sama juga jika saya rakyat amerika. sebab ada orang politik ni hanya nak undi kita. dia masuk parlimen, dia sibuk kebas duit rakyat dan tak pernah tanya soalan yg membawa kpd checks and balances yg baik utk negara.
Saya jarang baca blog dalam Bahasa Malaysia (atau Bahasa Melayu?) tapi tak pernah miss OpEd. Tulisan kat sini ringkas dan lucu, yang manakjubkan ialah pemikiran yang dalam, rasional dan open minded. Dulu saya memang peminat (fan) tulisan Mat Saman Kati dan sekarang tambah satu lagi idol. Bolehkah kamu memperkenalkan dirimu cara ringkas, saya tertarik nak tahu lebih banyak.
Keep up the good work.
HuaYong
Ha ha ha Bapak Mahathir bilang dollar seperti tisu tandas.
Dia juga bilang penggunaan dinar emas boleh hentikan perang mata wang.
Apakata Bung Rem...
Maulana Rem,
Bab bangunan tinggi keliling Kaabah, hang tak risau ke Tok Saud melenting nanti? Habis quota haji atau umrah Singapok kena cantas!
alunbm,
gunakan dinar (iaitu matawang yg disokong oleh emas = currency backed by gold) pada umumnya lebih baik, kerana emas tu ada harga basic = there is an intrinsic value in gold.
lihat saja US hari ini - mereka nak kuatkan ekonomi lalu buat Quantitative Easing (pls google). basically print money. mereka cetak wang US dollar, lepas tu diharapkan akan merancak ekonomi.
jika currency mereka dipaksa kena ada gold backing, payah mereka nak suka2 buat benda ni, sebab setiap dollar yg nak dicetak kena beli emas dulu.
quantitative easing ini boleh membahayakan ekonomi dunia. panjang ceritanya, tapi itulah = tanpa gold backing, matawang ni macam toilet paper. bila2 masa boleh cetak!
kamu lihat zimbabwe, pemerintah asyik print money (kerana tak payah ada gold backing!), sehingga inflasi menggila. kini ada One Trillion Zimbabwe di pasaran! Kamu boleh beli banknote tertinggi di dunia ni di basement Maju Junction dgn harga RM17! ada kedai jual banknote kat situ.
ah! ini topik ekonomi baik utk saya tulis karang = apa itu Quantitative Easing!
sebab QE ini, US dollar jatuh, emas dan perak melonjak! dan harga pasaran saham di asia, termasuk msia, melonjak. it is creating a lot of Hot Capital.
johor mali,
nak attack sesebuah negara tu kena tengok tempat, betoi tu!
msia dan indonesia ada open demokrasi, boleh tulis sebarangan. sebab tu kadang mulut saya laser tulis garang sangat hingga orang msia marah.
tapi di spork tak boleh - sebab tu jika saya tulis tentang spork ada ber-alas sikit. tapi saya tahu mesej saya pedas dan semua tulisan dibaca oleh, ahem, rakan2 di satu kementerian besar.
saudi - pada saya makkah dan madinah tu bukan bandar saudi, tapi milik semua umat islam. saya disappointed mereka buat gini, jadi saya kritik.
jika mereka tak kasi saya ke sana karang, kamu siap.
saya buat 'Facebook Group = 2M Umat M sokong remgold naik haji'.
HuaYong,
kerana puji hamba melangit tak kena tempat, bila datang temasek nanti saya kasi pinjam kunci ferrari saya, no problem.
kunci saja, kereta belum beli :-)
unkerr dah tua, 51thn, anak kelahiran spore dgn PR msia (manusia dua alam, macam buaya. saya tak kata macam katak, sebab dah ada orang politik diberi simbol itu).
1994-2007 kerja kat msia.
dah jadi wartawan 23thn (sejak 1987) di dua akhbar harian dlm dua bahasa di spore, dua agensi berita (di spore dan msia), satu akhbar mingguan business.
tak lama lagi mungkin gol, sebab tu tulis merapu kat blog.
sebenarnya, saya ni ngobrol kosong saja. blog ni ialah elektronik diari yg orang lain boleh jenguk. tak macam diari lama yg kita sembunyikan dlm almari takut ibu nampak.
blog juga macam kita duduk kat kedai kopi - Coffeeshop Talk of the New Age.
siapa yg suka dengar kita berborak akan selalu datang duduk dgn kita.
bila dia tak suka apa yg dia dengar, dia akan belah gi tempat lain. atau makihamun saya. nak marah pun marahlah. selagi tak gunakan bahasa kesat, atau yg saya boleh kena saman, atau ditahan polis, saya tak delete.
Post a Comment