Apabila berlaku gempa dan tsunami pada December 2004, saya bergegas ke sebuah kampung di Kedah setelah diberitahu rakan bahawa ada kampung yang kena teruk.
Masa tu orang belum tahu lagi berapa besar tsunami ini - yang membunuh 230,000 manusia di Sumatra, Sri Lanka, India, Thailand.
Di Malaysia, yang kena ialah beberapa kampung di Kuala Muda (PEMBETULAN: ini yang betul, bukan Kuala Kedah! Aish, dah nyanyu selalu), dan juga di Pulau Pinang. Di Kedah dan Penang, jumlah yang mati ialah 15 orang - antara jumlah tertinggi kematian di Malaysia dalam sesuatu bencana alam. Di Pos Dipang, Perak pada 1996, yang maut seramai 39 orang.
Kampung nelayan Kuala MUDA ini ialah di mana orang jual ikan pakai sistem bisik-bisik.
TEMPAT ni bernama Kuala MUDA kerana ia di mulut Sungai Muda. Di seberang sungai itu ialah Pulau Pinang - yang juga ada tempat jual ikan sistem bisik. Baru saya ingat nama tempat.
Saya tiba di kampung Kedah itu - kini digelar Kampung Tsunami - hanya sehari selepas kejadian berlaku. Masa tu hanya wartawan Bernama dah buat laporan.
TV3, NST, Star, Utusan dari Kedah semua belum sampai - ah, bagus tak source saya! Wartawan tempatan belum tahu, saya dah sampai 300km dari KL! Datang naik teksi.
Di situ, empat-lima kereta terlonggok tersendat di tepi rumah kena ombak, dan ada seorang mamat termenung macam baru anak mati.
Rupa-rupanya kereta beliau antara yang tertimpa tu.
Ditanya, beliau menceritakan bahawa masa tu ada orang kenduri kawin. Nasib baik gempa berlaku siang hari, ada orang nampak ombak besar lalu semua bertempiaran. Dalam kecoh tu, beliau dan isteri tertinggal anaknya yang kecil! Cuak dan terpekik-pekik cari anak lepas tu.
Mujur jumpa - dibawa lari orang kampung ke darat.
TIDAK jauh dari situ, ada seorang muda yang kelihatan seperti baru mati emak. Lagi collect pinggan mangkuk di tapak rumah. Tinggal tapak saja rumah itu.
Saya bertanya - apa jadi adik?
Katanya, berada dalam rumah apabila orang pekik ada ombak besar datang. Masa tu orang belum tahu perkataan "tsunami" di Malaysia. Saya sendiri pun masa tu hanya pernah dengar ia perkataan bahasa Jepun, itu saja.
Rumahnya dua tingkat - rumah kayu.
Beliau lalu memeluk ibunya ketakutan di bilik tingkat dua. Dan bertakbir beberapa kali!
Saya ingat perkataannya - "Ombak setinggi pokok kelapa".
Pada masa tu, dalam hati berkata: Bohong budak ni, mana ada ombak setinggi itu sampai kat darat di Malaysia.
Ceritanya lagi, rumahnya dipukul ombak sehingga roboh, beliau tercampak ke atas bumbung rumah jiran.
Ibunya yang dipeluk hilang ke mana. Mayat ibu ditemui jauh di belukar - kira-kita 100m dari situ dengan mayat orang kampung lain.
Nak kata mamat ni bohong - saya lihat rumahnya hanya tinggal tapak simen saja! Begitu juga beberapa rumah sederetnya.
SELEPAS itu, beberapa hari kemudian, saya ke tepi laut Penang interview mangsa tsunami.
Dan saya ke Kuala Kedah dan Penang beberapa kali lagi dalam beberapa bulan selepas tu, interview mangsa yang dipindahkan ke rumah-rumah panjang, dan dengar komplen mereka macam-macam (tak berani tulis kat sini, sebab banyak tuduhan yang bahaya).
-----------------------------------------------------
KERETA LUXO
TAPI ini bukan cerita tsunami tuan/datin.
Yang LEBIH memeranjatkan saya ialah lebih kurang 3-4hari selepas kejadian, berita tersebar "Agong nak datang" ke kampung buat kunjungan dan tunjuk simpati kepada rakyat. Nak pastikan kerja menyelamat dan membersihkan lancar.
PM Abdullah pun nak datang.
Maka ramailah para menteri, wakil rakyat dan pengampu lain pun berderet datang nak tunjuk muka (lepas tu, semua tak datang lagi).
Pendeknya jika tempat itu kena tsunami hari tu, setengah Kabinet Malaysia lenyap dan semua exco BN Kedah.
Yang surprised binte shocked saya ialah KERETA yang mereka pandu nak tunjuk simpati bersama rakyat ni.
Yang bawa Merc, BMW, Lexus tu biasa lah, walau tak sepadan dengan gaji menteri, MP/ADUN.
Yang paling memeranjatkan saya ialah kedatangan seorang menteri berdrebar dengan sebuah Range Rover (GAMBAR: top-end model) yang baru keluar di dunia.
Wooi, menteri ni dah beli!
Yang berenjin besar harganya masa tu ialah RM1 juta!
(Harga barunya di sini - dah 'murah sikit', sebab dah enam tahun keluar).
Eh, menteri ni gajinya lebih kurang RM18,000 saja.
Hahaha.
Maaf cerita dongeng saya panjang.
Sebenarnya, saya teringat cerita Range Rover ni apabila terbaca cerita rakan blogger Fared Isa di billyuniversal.blogspot.com. Beliau bertanya:
"Have u ever wonder how much the salaries of the minister in our country?
"With all the mansions, the BMW’s, the Jaguar’s, Lexus and etc, no one can stop from wondering how much they made every month."
Cerita remgold tentang gaji menteri Malaysia dan Singapoora di sini.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago




9 comments:
Salam Ped, lama tak posting komen. Hahaha... citer ni mengingatkan aku la, depa dok ada kuasa nak merompak... rompak je la. After all, rakyat sendiri yang memangkah dan mengizinkan diri di rompak. Ada yang tak beri, tapi kalau dah yang beri lebih ramai... camno nak buek...
...adioss....
kalau tak merompak tu dari DAP/PAS/PKR diorang tu melanun kasi licin, kah kah kah
adioss dan Anon,
yg dikhuatiri ialah jika 'tukar kerajaan' pun, orang saja yg baru, lagu sama juga.
the singer is different but the song remains the same.
lihat saja perlantikan dap selangor. orang yg dipercayai dan dituduh corrupt dan berdansa dgn gangster, ronnie liu, tidak dipilih perwakilan.
tapi teresa kok kata ronnie akan tetap jadi exco selangor.
sebabnya? ronnie disenangi kit siang dan anaknya.
ini belum jadi menteri di putrajaya lagi....
susah beb.
Nampaknya undang2 draconian diperlukan untuk menangani rasuah2 ni semua. Buktikan dari mana dapat hasil jika gaji tak seberapa macam kat Singapura tu.
Op Ed
baru lepas jumpa member kena teh tarik. dia kerja travel agent. ini lah cerita yang dia share.
Azmin baru buat booking untuk bawak keluarga dan penyokong tegar nya seramai lebih 20 orang untuk makan angin di eropah dan london pada pertengahan disember ini.
ini sebagai hadiah kepada mereka sempena kemenangan nya sebagai timbalan presiden PKR baru baru ini
kawan aku cerita lagi, pada 1995/6
sebelum anwar kena tendang, anwar dan azmin melalui Mat Taib arrange group demi group cawangan dan bahagian umno Selangor ( setiap minggu ) untuk makan angin ke Indonesia dan Thailand. Fully sponsored 5 star trip.
Untuk ketua bahagian, lawatan adalah ke europe atau US. also fully sponsored 6 star trip.
banyak betul duit azmin dan anwar ni sampai boleh rasuah orang macam air saja
kesimpulan kawan aku - senang betul orang Melayu ini di gula gulakan dan di jual. Cuma belum sampai tahap seperti hamba abdi lagi.
-malik-
Betul Ped. Masalah kat malaysia ni, tak kira parti politik mana yang disokong, semuanya kira perut dia dulu, Mana dia peduli dengan masalah rakyat pun. Pangkah la BN ke PKR ke, macam tu jugak jadinya nanti. Takut lebih teruk jadinya, maklum la, kalau tukar orang baru, macam2 dia nak kena cuba ,uji, test dulu baru tahu mana betul mana salah.
Bukan professional yang bagi nasihat.Tukang pelahap mcm mn nak mencuri juga jadi pilihan ahli2 politik ni.
...adioss....
Menteri dah tentulah ada jawatan. Tapi ada ketua parti tak berjawatan dok berlegar serata dunia (first class)macam socialite tu macam mana?
Adakah imbuhan 'semalam'(yang tujuh keturunan tak habis) ataupun ditaja oleh yang berkepentingan. Takkan cukup dengan elaun MP saja, kan.
Ataupun macam Sai Baba yang kelentong pengikutnya untuk dapat duit. Orang macam ni lagi susah, masa ada jawatan dah songlap, masa takda jawatan pun mewah lagi dan kalau dapat jawatan balik, tak tahu lah apa nak jadi.
adioss, ron,
politikus malaysia jika masuk spore hampir semuanya check-in hotel 5-star dan 6-star.
saya pun segan.
sebab jika di kl, 5-star macam mandarin oriental dan marriott tu lebih kurang rm500-rm700 semalam saja.
di sini harga yang sama = kalau convert anda dapat s$208-s$291 = nak dapat hotel 4-star ke atas kat orchard road payah dgn harga itu. almost impossible.
tapi ramai drpd mereka - termasuk pembangkang - masuk yg lebih gah lagi = St. Regis, Four Seasons, Ritz-Carlton, Fullerton (6-star), atau paling tidak Swissotel dan Fairmont (dulu namanya Westin Plaza dan Westin Stamford), Marriott.
kalau pemimpin negara kita boleh kata mereka "kebas duit rakyat" (fairly or unfairly). tapi yg orang top pembangkang dgn rombongan besarnya masuk hotel top ni siapa pula yg bayar?
takkan satu rombongan tu orang luar bayar setiap kali ke spore (misalnya jika nak kasi ceramah). siapa sponsor mereka heh.
itulah yg selalu pikiak. sebab saya selalu dengar tentang siapa datang ke temasek dan di mana mereka tinggal ni dan apa mereka buat.
Bro,
Mula2 malas nak ngobrol tapi terpanggil. Bila gi makan kat kantin, kekadang tu ngobrol dgn geng2 Malaysia, ramai ex Petronas. Masuk bab politik rata2 kutuk BN.... jarang2 (baca stail P. Ramlee dlm Nujum Pak Belalang) aje ada yang kutuk pembangkang. Tak banyak yang atas pagar mcm aku (salah tetap salah, betul tetap betul).
2 bulan lepas MAQ (stand 4 M'sian Ass. of Qatar) buat Forum, tajuk Islam, Melayu & Masa Depan Malaysia. Panggil Dr. Asri (ex Mufti Perlis), Dr. Mujahid Rawa (MP Pas Parit Buntar) & Ust. Abdullah Zaik (NGO – ISMA). Tajuk pun dah bau2 bacang politik sama macam panel yang dijemput. Ramai gak Malaysian yang mari. Esoknya aku cakap dgn penganjur, pandangan aku yang forum tu tak best dan tak menepati matlamat dan expectation. Soksek aku dengan geng2 yang datang pun feeling yang sama. Alasan aku kepada penganjur 3-3 ahli panel cakap bahasa masing2, tak de hala tuju. Si Dr. Asri dok sibuk dgn minda tajdid dia, si Ust. Abdullah Zaik bahas dari sudut pandangan sisi NGO dan si Dr. Mujahid dok sibuk system politik baru 2 parti (BN & PR). At the end bercelaru penghujungnya. Soalan aku pada kawan aku yang jadi penganjur, kenapa kau tak bawa seorg dari wakil BN, supaya dia boleh counter hujah2 panel lain. Dia jawap - dah yang dok derma ribu2 riyal untuk tiket balik2 muka penyokong tegar PR. Kah2 agaknya berapa banyak duit orang kampong kat hulu2 kena kapur bila PR buat ceramah.
The moral of the story (cheh jadi si Moses of Under One Roof pulak) - Kalau cerdik pandai ex Petronas (oil & gas, petrochem dgn energy sector) boleh terkapur duit, orang kampung apalah lagi.
P/S - Bro, aku baru balik Gen. Hospital, peluang tengok all walks of life especially those coming from India, Nepal, Sri Langka, mudah cakap South Asia Countries plus Philipine. And even before have seen how those Pak Arab treat Asian and how special they treat Western Folk. Kesimpulan yang mudah – sayang lah negara sendiri tak kira Malaysia ke, Sing ke, Brunei ke. Jangan cacarmerba kan negara engkau orang. Perubahan tetap menjanji 2 kebarangkalian sahaja i.e. samada menjadi baik atau menjadi lebih buruk.
Salam – Doha, State of Qatar
Post a Comment