PEMBETULAN PENTING
- Kancil bertukar kijang!
--------------------------------
Ah kan, siapa suruh saya tulis malam-malam buta. Dah salah.
Terima kasih kepada Anon 08:27 (pagi-pagi dia dah bangun baca blog).
Itu bukan kancil, itu kijang! Hahaha. Tepat beliau.
Saya sengaja tidak betulkan entry di bawah ni - agar anda dapat baca sendiri logik saya yang tak logik. Tapi tolong tembak sang kancil kecik tu, masak merah.
Apa pun, mousedeer dan barking deer (kijang) ni adik-beradik lain emak.
Jika anda baca penerangan oleh auction house di bawah yang describe wang emas Kelantan tu:
"Obverse [ie depan syiling] a bull/kijang facing left with raised tail ending in a circle."
Saya taip perkataan "kijang" tu tapi tak nampak!
Aish buta sakan.
Ah ini logo negeri Kelantan sehingga hari ini: Dua ekor kijang ekor kontot, pegang keris (nasib baik depa tak hunus keris tu, nanti mengamuk kinisidertoday!).
Ini gambar Kijang (biasanya warna coklat saja, yang ini berbelang) - macam abang si Kancil, eh.
Logo Melaka yang ada Kancil di bawah (alamak, macam tak bijak saja dua kancil ni. Warna dia pun macam coklat cake tertinggal atas meja dari semalam, kena makan cicak. Tak hensome macam kijang Kelantan). Oooi, ada lima keris kontot dan sebatang pokok di tanam DBKL.
La baru ni saya teringat - kan BNM pernah keluarkan wang emas yang dinamakan Kijang Emas. Aish, bodoh tak kena tempat pak chic remgold tua nyanyu.
Terima kasih, pembaca!
(Headline pun saya dah tukar: Wang kertas Malaysia & sang kijang).
PENGAJARAN UNTUK SEMUA: Itulah, orang selalu kata, Jangan percaya semua yang anda baca di Internet! Hahaha. Tepat sungguh.
Kena tanya orang yang lebih berilmu. Tapi takpe, asal anda syiok baca dongeng dan ngobrol saya, OK what!
--------------------------------------------------
POSTING ASAL
Saya sedang membaca itu dan ini tentang matawang, sistem kewangan, emas dan perak, tapi saya masih tak kaya.
Cuma kaya ilmu sikit.
Kerana takut esok tendang baldi (kick the bucket, kata omputeh), saya kongsi dua benda yang baru juga saya pelajari - walau mungkin cerita dah basi untuk anda.
Cerita kali ini banyak gambar jadi syiok baca.
--------------------------------------------------
1) Agong wang kertas Malaysia.
Sejak Merdeka, Malaysia dah beberapa kali bertukar design matawang kertas - lihat sini sejarah syiling dan matawang kertas Malaysia. Scroll all the way down jika nak lihat gambar Agong di wang kertas lama dan baru.
Saya bukan orang utara, jadi walau saya tahu gambar tu gambar Agong, tapi siapa sebenarnya tuanku ni?
Dari design pertama hingga hari ini, masih gunakan gambar Agong yang sama juga.
Namanya ialah Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, Agong PERTAMA negara.
Gambar-gambar dan cerita detail Tuanku di sini. Cerita lagi di sini.
Jika anda masih ingat, wang kertas "lama" Malaysia ada RM500 dan RM1,000.
Tapi kerana krisis kewangan 1998, timbul cerita bahawa orang politik ternama dan orang korporat membawa lari berjuta-juta Malaysia ke Singapore dan Switzerland.
Jika ada wang RM1,000 dan saya nak larikan RM1 juta, saya hanya perlu membawa 1,000 helai saja! Senang nak simpan dalam haversack dan beg baju! Lebih lagi jika saya ada jet peribadi.
Hari ini, wang kertas tertinggi Malaysia hanyalah RM100. Jika saya nak larikan RM1juta, kena bawa 10,000 helai. Payah nak sembunyikan jika beg masuk scan kat airport dewasa ini!!!
Singapore masih ada wang kertas S$500, S$1,000, malah S$10,000 pun. Potret di duit Singapore tu ialah bekas Presiden Yusuf Ishak, presiden pertama.
Brunei pun masih ada B$500, B$1,000 dan B$10,000 kertas.
--------------------------------------------------
2) Logo kancil Bank Negara.
Bila saya jadi wartawan kewangan (financial correspodent) di Singapore dan Malaysia zaman dulu, bila tengok logo bank pusat Temasek, aduhai boring-ngantuk. Yawn!
Hanya duit emas bulat dengan huruf "MAS" (Monetary Authority of Singapore).
Dari kecik, memang kerap saya baca buku cerita Melayu di mana sang kancil ni selalu disifatkan sebagai bijak.
Jadi apabila berkelana di negara Melayu - ini dulu; sekarang kalau kita kata Malaysia tu negara Melayu, macam nak kiamat kinisidertoday dan geng dia attack - nampak pula logo kancil (PEMBETULAN DI ATAS) ni di bangunan Bank Negara Malaysia.
Orang pasaran kewangan hanya panggil bank pusat ni "Negara" atau "BNM".
Si kancil Malaysia di logo ni ekoq dia panjang.
Lepas tu ada matahari dan anak bulan atas kepala dia.
Saya teka ini mesti bermakna BNM tak tidoq siang dan malam jaga sistem kewangan Malaysia.
Atau mungkin takut nanti jika tertidoq, ada datin tukar wang kat money changer nak bawa wang lari keluar, tak tahulah.
Tapi dari mana design kancil kaki, leher, ekoq panjang ni?
Baru-baru ini baru saya jumpa jawapannya. Jika salah tolong betulkan.
Rupa-rupanya BNM, katanya, dapat idea daripada wang emas Kelantan yang lama, yang dipanggil Kupang.
Cerita lanjut di sini.
Baru minggu lalu, beberapa Kupang Kelantan ni dijual dalam Lelong (Auction) wang kertas dan syiling dunia di Singapore.
Sebiji syiling di atas ni - kecik saja, hanya sebesar kuku jari hantu - dijual dengan harga US$300-US$320, kerana ada nilai sejarah.
Ini description Kupang emas ni yang ditulis oleh pakar dalam buku auction tu:
"Kelantan, Patani (circa 16th to 18th* century). Kupang (gold).
Obverse [ie depan syiling] a bull/kijang facing left with raised tail ending in a circle.
Reverse [belakang syiling] in Arabic "Malik Al Adil (The Just Sultan)".
Weight 0.7 grammes, diameter approx 9.2mm."
(*300-500 tahun dulu!!! Itulah kan saya kata ini dulu negeri Melayu - ini belum masuk bab kerajaan Melaka zaman Hang Tuah 500 tahun dulu tu).
--------------------------------------------------
OK cukup ler.
Saya harap setelah baca ni, lain kali bila anda dapat wang kertas, belek dengan rapi. Bersejarah wang yang anda pegang tu.
Boleh cerita dengan anak-anak tentang sejarah negara.
Anak saya dah besau-besau, nampak duit bukan nak belek, tapi nak belanja!
Ah kan, syiok tak?
Dulu don't know, now dah jelas!
Nanti lain kali kita bual topik duit pisang Jepun, duit Malaya lama gambar King George, nak tak?
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago














13 comments:
Teruskan. Berjasa Che Siti Wan Kembang - yang sayangkan kancil - pada dunia Melayu hingga sekarang.
Salam Oped... nak buat pembetulan. Logo Bank Negara bukan 'Kancil' tetapi 'Kijang'. Kancil adalah lambang bagi negeri Melaka. Nanti marah Ali Rustam. Memang benar logo Kijang itu diambil dari matawang lama negeri Kelantan. Sebab tu Kijang juga penting bagi Kelantan hingga di jadikan maskot Pasukan Bola sepak Kelantan.
Mr Rem
Saya selalu bagi tahu anak anak buah saya yang jadi FT di Temasek...kalo di Bangsar teh tarik RM1.20 dan di Geylang SGD 1.00 maka betullah yang hujan batu di Malaysia lebih enak dari hujan platinum di pulau Singapok.
terima kasih pak chic kerana sudi kongsi-kongsi ilmu alam ini..
best ar topik nie... sungguh memberi pelajaran.... tahniah kepada bloggers.....
tu gambo kijang bukan kancil
dan itu bulan dan bintang
bintang itu luas maknanyer..
bulan dan bintang bermakna selagi ade bulan dan bintang selagi itu bank negara akan wujud
jika diteliti perjanjian raja2 melayu dahulu pasti ade "perenggan selagi ada bulan dan bintang" bermakna perjanjian akan tetap perjanjian selagi blom kiamat
Pak Rem,
Nak mintak tolong sket la, boleh tlg tanye2 kan x kawan2 wartawan atau sape2 yg Pak Rem tau arif psl perkara ni.
Siapa yang memegang majoriti saham Federal Reserve US secara langsung dan tak langsung?
Onegai shimasu.
yang pasti kijang dan kancil hampir pupus kat Malaya sebab kena buru je, patut kerajaan wujudkan pusat pembiakan dan pemeliharaan kalau boleh ladang, boleh gak makan.
Rem,
Hang jangan terkejut pulak kalau mai perak utara,mai tanjung,mai kedah kalau dengaq depa sebut sekupang dua kupang tiga kupang lima kupang.
Pelik kan asal kupang dari Kelantan tapi dah berpindah keutara Malaysia.
Ini tentu ada sejarah nya.
Rem,cuba hang risik risik macam mana buleh jadi lagu tu......
Q,
semasa jalan2 cari makan dibawa pemerintah US bulan may, kami dibawa masuk bangunan Federal Reserve bank di chicago.
http://remgold.blogspot.com/2010/05/chic-go-al-capone.html
mamat pengurus Fed cerita tentang independence of the bank drpd pressure pemerintah. kata beliau jika kami nak buat sesuatu nak kasi ekonomi stable dan kuat, pemerintah tak ada kuasa langsung nak sekat atau pressure kami.
saya tanya lepas tu: macam mana kamu boleh independen, sebab di singapore malah negara asia mana pun, tentunya central bank policy kena ikut government policy. mana boleh suka-suka buat sesuatu?
beliau jawab: kami boleh independen sebab KAMI TAK PERLU WANG DARI PEMERINTAH. we are financially independent.
baru ni saya google, tak tahu maklumat terkini atau tidak, tapi Fed ni banyak duit sendiri:
http://en.wikipedia.org/wiki/Federal_Reserve_System#Budget
kamu baca di BAWAH number "2340.44". dia ada gold bernilai us$247.8 billion.
dan akaunnya menunjukkan ada bonds dan securities.
(ini belum tolak liability).
lepas tu kamu lihat graph ini:
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Consolidated_Statement_of_Condition_of_all_Federal_Reserve_Banks-ASSETS.gif
total asset mereka: us$2 billion.
sebab tu mereka boleh kata mereka independen. tak payh dengar cakap bush atau obama, atau presiden mana pun.
di banyak negara lain (termasuk temasek dan msia) ain't no way pemerintah akan biarkan bank pusat ni independen!
macam di kedua negara kita sekarang ni, tak lama lagi nak pilihanraya, jadi ekonomi mesti nampak cantik. jika MAS atau BNM independen, nanti mereka naikkan interest rate atau announce scandal apa pulak, pingsan hsien loong dan najib.
lagipun, gaji pegawai MAS dan BNM tu dibayar pemerintah. tak macam kat Fed, chairman ben shalom bernanke tu gajinya dibayar badan itu sendiri.
itulah sistem checks and balance amerika ni.
(lebih kurang gitu ler. jika salah kamu jangan balun hamba pulak!)
alunbm,
kena bayar dgn 'kupang' tu dulu saya dengar pertama kali pening juga. 'kueh ni 20 kupang'.
saya ke kelantan, lagi pelik: 'kueh-kueh ni seriyal', ooi macam kat mekah pulak dia pakai riyal. :-O
alhamdulillah,,
dapat ilmu pengetahuan baru lagi ari ni
leghaa ghasaa..
Bro Rem,
Orang Sing pernah guna panggilan se-mas. Biasa di Kelantan.
Saya ada terbaca yang penyimpan emas terbesar di dunia adalah US melalui Fed Reserve. Di katakan juga simpanan stok timbal balas itu lebih besar dari yang ada di dalam bumi.
Kau Rem ada terserempak /terbaca dgn dakwaan macam tu tak (?). That why kot (?) Nixon boleh mansuhkan greenback dari dibacking dengan emas.
Kalau betul dakwaan tu, perang duit antara China dengan US, US juga lah pemenangnya.
Salam - Doha, State of Qatar
Terima kasih kerana berkongsi ilmu di sini dan terima kasih juga kepada link yang diberi.
Kelantan mempunyai sistem matawang yang terbaik di semenanjung Malaysia suatu ketika dulu. Sehingga kini pun, Kelantan masih mendominasi "dinar emas" walaupun kerajaan pusat melalui Bank Negara cuba untuk menyukarkan Kelantan menggunakan dinar kelantan di dalam kehidupan kita seharian.
Post a Comment