4.15ptg KENYATAAN INFO CHIEF PKR
Isu Maklumat Perisikan Singapura dan Wikileaks
Pendedahan Wikileaks bahawa fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu rekayasa Polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang enteng dan mengesahkan kenyataan bahawa ianya adalah satu konspirasi peringkat tertinggi.
Lebih memeranjatkan menurut pendedahan Wikileaks, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja serta dengan bersahaja mengiyakan fitnah tersebut kepada agensi perisikan Australia; Office of National Assessment (ONA).
Penglibatan Cawangan Khas Malaysia dan agensi perisikan Singapura bersekongkol memfitnah Anwar menguatkan curiga rakyat tentang sebab sebenar kerjasama ini. Apatah lagi Ahli-Ahli Parlimen Australia seperti ramai lagi anggota masyarakat antarabangsa telah mempersoalkan kebebasan pendakwaan terhadap Anwar.
Harus diingat Wikileaks mendedahkan maklumat pihak ketiga yang dikutip oleh pihak perisikan Australia dan disampaikan kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat. Pelbagai jenis maklumat termasuk pandangan peribadi dan khabar angin dikutip menerusi kabel-kabel diplomatik ini.
Saya berharap risikan teknikal yang disebut dalam Wikileaks dapat didedahkan pada umum memandangkan itu yang disebut menjadi sandaran pihak perisikan Singapura dalam membuat kesimpulan mereka.
Jelas, pendakwaan kali kedua terhadap Anwar mengekalkan corak yang sama dengan pendakwaan pertama dahulu: ketempangan proses perbicaraan serta kenyataan pakar perubatan yang lemah di pihak pendakwa, membuktikan bahawa tuduhan ini merupakan konspirasi pihak tertinggi.
The Singapore Intelligence and WikiLeaks Disclosures
The online site Wikileak’s disclosure of the sodomy charges against Datuk Seri Anwar Ibrahim fabricated by the Malaysian Special Branch is a serious matter as this is the surest sign yet that the persecution stems from a conspiracy at the highest levels.
What is more shocking is the fact that the leadership of the Republic of Singapore has chosen to partake in this deception by deliberately spreading disinformation to an Australian intelligence agency, the Office of National Assessments (ONA).
We must ask why the Singaporean intelligence services chose to collude with Malaysia’s Special Branch in spreading such lies about Anwar. The fact that Australian Members of Parliament, along with other members of the international community have been questioning the independence of the persecution of Anwar heightens such suspicions.
It should furthermore be pointed out that the cables exposed by Wikileaks are essentially information collected by third parties – like Australia – that were then shared to the US State Department. As a result, the cables contain all manner of information – including personal opinions and hearsay and hence are far from reliable.
I hope the ‘technical intelligence’ mentioned in Wikileaks could be revealed to the public since that was the basis that the Singaporean intelligence claimed led to their conclusion.
At the end of the day, the current campaign of persecution and vilification against Anwar is no different from the first: both rely on the abuse of the judicial process and only the reliance of flimsy medical evidence by the persecution. This, if nothing else should prove that this case is politically motivated and engendered by a conspiracy at the highest levels.
NIK NAZMI NIK AHMAD
--------------------------------------------------
11.45pg - ANWAR & INTEL AUSSIE, SINGAPORK
Ah, Insider dan blog lain dah komen pun berita ini.
M'kini, mungkin sebab hero mereka yang kena, masih belum ada laporan.
Laporan akhbar Australia tu juga ada tentang diplomat Singapore nampak beri assessment yang kritikal terhadap Malaysia dan Thailand.
Baca sikit dari laporan The Straits Times di sini.
--------------------------------------------------
LAPORAN INTEL
Ada cerita baru meletup dari wikileaks.
Letupan yang akan menggegarkan politik Malaysia.
Ohdear.
Maaf saya tak berani laporkan dulu takut kena saman.
------------------------------------------
FACEBOOK
Ada beberapa kenkawan pembaca yang cari dan jumpa saya di Facebook.
Maaf tapi saya tak main FB atau Twitter dan sebagainya.
Jika ada akaun pun kerana saya wartawan, kena ada presence agar dapat cari sesuatu di sana bila ada isu - misalnya apabila isu Umat M marah tentang isu Allah, atau ramai orang tak syiok dengan projek bangunan 100 tingkat tu.
Jangan marah jika saya tak jawab.
Lagipun dalam FB ramai gunakan nama betul, jadi saya 'tak kenal' - kerana anda gunakan nama samaran atau Anonymous bila komen dalam blog ini.
Tapi jika anda hantar email anda juga kepada saya dalam FB dalam tiga-empat hari ini, dengan ditambah perkataan 'pembaca remgold', saya akan cuba jawab dan anda dapat satu 'hadiah'.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



10 comments:
Kalau melaporkan apa yang telah dilaporkan pun boleh kena saman ke Bro?
LKY is definitely not stupid and the Singapore intelligence sifu's is the Mossad (no?). So, to the unbelievers, go figure.
Pelanduk dijerat kerana tak tahu yang mana satu jerat tetapi pelanduk yang ini khabarnya dah tahu akan dijerat tapi terlampau h**ny beb, zassss aja!
Ron,
ikut undang2 saman malu - yg semua wartawan kena belajar - jika orang melaporkan sesuatu yg tidak benar/tanpa bukti, jika akhbar/blog lain ambil gitu saja, boleh kena saman.
katalah saya kata 'Ron Pembunuh dan Rasuah 1billion' tanpa bukti.
siapa yg SEBARKAN benda ni boleh kena saman.
yg boleh akhbar laporkan dgn detail ialah jika benda tu terjadi dalam mahkamah.
atau jika diluar, sekurang2nya mesti dapatkan reaksi yg dituduh.
atau jika tak dapat, kena pastikan jika isu ini dibawa ke mahkamah, anda boleh tunjukkan bahawa anda dah buat best efforts nak buktikan tuduhan 'Ron Pembunuh dan Perasuah' ini - kami interview rakan2nya, syarikat kontraktor lain, orang politik 10 orang etc.
it is not a defence jika kamu kata: saya cuma laporkan apa yg akhbar A, B dan C laporkan.
tapi kat msia terbalik - orang boleh tuduh macam2 tak payah bukti. dan jika orang itu saman, ah! nanti orang kata 'kalau tak ada apa2 kenapa dia saman? mesti dia nak sembunyikan kebenaran!'
negeri kamu agak terbalik sikit. heehee.
sepatutnya yg rasa tidak salah patut saman, tapi di msia jika dia saman, akan dituduh nak sembunyikan kebenaran.
orang tuduh pm najib pembunuh tapi tanpa keluarkan bukti pun, cuma main agak2. kerana najib kenal razak baginda, dan bagida contact staff kanan najib, dan polis bunuh altantuya, maka najib yg suruh bunuh! aiks apa punya logik?
tentang pelanduk dah tahu ia jerat tapi masuk juga perangkap, tak mahu komen. kita tunggu apa lagi yg orang politik kata.
Tq for the explanation. So, in this case, siaplah LKY & Singapore's Intelligence, pelanduk akan saman malu $100 juta! Agak-agak berani tak pelanduk ni nak saman LKY?
Tapi kira terrer lah pelanduk anugerah tuhan ni, kan, satu dunia nak frame dia...
Op Ed
Ana nak cerita sikit kesah lama pasal cerita liwat anwar ni.
Pada awal 1990-1 sewaktu ana belajar di UK, Mat Sabu dan Hj Hadi sebuk buat roadshow ceramah kat student Malaysia di sana
Tajuk utama : Anwar kaki liwat !!!!
Masa itu, kami semua kata gila punya orang. Dah tak ada modal lain ke nak belasah Umno.
2-3 bulan lepas tu, Anwar pulak datang pusing satu UK dan buat roadshow untuk nafikan cerita liwat Mat Sabu dan Hj Hadi.
Sekarang baru ana faham pasai apa Hj Hadi tak mahu komen kes liwat Anwar mahupun libatkan diri sejak dari tahun 1998 lagi.
Dan ana juga faham perangai sebenar Mat Sabu sekarang. Dulu dia balun anwar, sekarang dia defend kes liwat Anwar macam nak gila. Ini semua kuasa dan wang punya pasal agaknya.
Kopiah sama putih, tapi hati .....
-Malik-
Allahuakbar.
Thanks Rem for the posting.
Tengoklah apa akan berlaku, cacing mana akan melompat keluar kepanasan.
Yang benar pasti akan menang dan berjaya, cuma kesabaran perlu.
Gina
Yang aku tak tahan kalau Keling jadi Steward atau Stewardess MAS sombong nak mampos dengan Melayu.
Trip aku ke London spoil sebab keling2 steward ni lah.
Bila kita panggil buat sibuk tak nampak.
Bila kita tanya pandai pula menempelak kita depan mat salleh tu macam kita bodoh.
Padahal budi bahasa melayu dan common sense Melayu tentau boleh jawap dengan lebih hormat.
Hospitality tinggi agaknya sebab dia hormat dengan mat salleh agaknya.
Memang aku nak tumbuk stewardess keling tu hari tu dalam kapal terbang aku punya marah!
Biar aku ajor keling stewardess siapa Melayu! hahaha
Mr Rem
Kalo si Malik buat cerita hal tahun 1990, saya pulak pada 1968 mula mula jadi freshie kena paksa dengar ceramah student leader, memang telopong mulut dengar pidato sengau si Nuar ni. Lama lama saya mula faham tentang maksud gendang kosonglah yang paling kuat bunyinya.
Reme
Bagi komen sikit tentang statement Pegawai Foreign Affair Singapura-pura
tentang negara jiran mereka.
Kih Kih KIh. Selamat tinggal dunia politik Anwar.Harap disaman Kerajaan Singapura dan Australia untuk membuktikan tuduhan itu tidak benar.
Boleh bawak gi Mahkamah Antarabangsa sekali sebab lawan kat mana-mana mesti tak adil punya.
Gelak besar eden.
Lawan tetap lawan.
Jikalau takut risiko, usah bicara pasal perjuangan.
MAS melayu,
rilek brader. bila kamu kata 'keling' tu, kamu menghina saya. tapi saya tak delete.
nenek saya (sebelah bapak) datang dari Pulicat dekat Chennai(dulu Madras) di negeri Tamil Nadu.
nenek dari india kawin atok saya melayu dari geylang.
sebelah emak pula, atok saya dari jawa kawin nenek saya dari bangkok.
nama saya nama filipina, saya rakyat singapore yg ada PR malaysia, suka makan bubur ikan cina (white fish soup) dan pemimpin yg paling saya suka ialah Shih Huang Ti, dan saya ada misai macam sultan brunei.
ah! jadi kamu attack siapa pun kena batang hidung saya!
Saya harap, jangan menghina bangsa lain hanya kerana satu-dua kerat buat salah. nanti bila orang kata melayu malas dan bodoh, marah pulak kamu.
tentang anwar kata SB yang tunjuk intel spore, dan 'tak ada bukti'.
bodohnya intel spore jika SB tunjuk mereka percaya dgn mudah. yg kata ada bukti juga ialah aussie intel.
yg mereka ada ialah 'technical intelligence' (menurut laporan akhbar aussie tu). maknanya communications intercept.
cakap mudah: saya rasa mereka ada info mengenai sms, phone call, video feed, email dlm isu ini? ini tekaan saya.
tapi jgn lupa, laporan sama juga kata kerajaan msia (najib?) yg buat perangkap tu.
dan najib juga, menurut akhbar itu, kena prevail politically mengenai isu altantuya. saya rasa apa yg dimaksudkan ialah: pm najib kena terus berada sebagai pm agar isu mongolia ni tak semuanya terdedah. bukan maksudnya beliau terlibat langsung atau yg suruh bunuh, tapi kerana pegawainya yg terlibat tu tak disoal mahmakah dulu. dua polis didapati bersalah tapi mahkamah tak tanya pun: apa motif mereka bunuh altantuya.
Post a Comment