Bayangkan senario ini:
Anda dan rakan-rakan duduk di restoran lima bintang nak makan tengah hari.
Tiba-tiba masuk seorang mamat Melayu dengan wanita ada iras Jennifer Aniston.
Mamat tu pendek berbanding wanita omputeh lampai lawa.
Semua percakapan dalam restoran terhenti. Semua memandang ke arah pasangan ini: Macam Tom Cruise pendek dengan isterinya yang lebih tinggi dulu, Nicole Kidman.
Masalahnya: mamat Melayu tu tak ada rupa Cruise langsung. Lebih mirip kepada Ahmadinejad.
Tentu pemerhati dan mat kepo dalam restoran buat andaian:
1) Minah omputeh ni nak makan bersama pakcik Melayu ni kerana si jantan orang kaya atau anak orang kaya.
2) Mamat pendek ni ada business yang nak diumpil oleh minah lampai.
3) Mereka rakan pejabat tapi mamat ni nak tunjuk lawa bawak omputeh cantik makan di sini.
4) Pakcik tak sedar diri muka hodoh nak action-jackson depan khalayak ramai.
5) Minah omputeh ni gila.
6) All of the above!
ITULAH yang terjadi kepada saya sekitar 2002-2004 dulu.
Pakcik hodoh tu saya, dengan baju lengan pendek dan seluar lusuh berusia lebih 10 tahun.
Yang saya bawa masuk restoran ialah maam diplomat lawa dari embassy negara Barat.
Apabila masuk ke restoran di Mandarin Oriental di KL, semua terkejut al-gorilla (abang kepada terkejut-al-beruk) dan pandang kami atas-bawah, fikirkan enam point di atas tu.
Walhal apa yang jadi ialah: Rakan wartawan saya dari agensi berita nelpon saya: remgold, ada diplomat wanita dari embassy xxxx nak kenal dengan wartawan asing lain. Kau jumpa gi makan, dia baru juga mula bertugas di KL.
Saya baru tulis bagaimana pemberita cari berita.
Ini antara caranya: jumpa dengan contact baru.
Dan bagi diplomat ini, beliau juga nak widen her contact base.
Kami gelar mereka sebagai diplo. Mereka panggil kami journo.
SAYA buka cerita ni sebab ada yang bertanya di posting sebelum ini tentang diplo Singapore yang didapati bantai negara Malaysia, Najib, Anwar.
Dan para diplo Singapork tu juga 'menghina' India, Jepun, Thailand. Baca di sini.
Bak kata Semi Value: 'Kemaluan besar' mereka apabila kena exposed begini.
BALIK cerita saya dan Jennifer Aniston.
Saya sebenarnya tak tahu beliau cantik atau tidak, sebab tak pernah jumpa. Malah, itulah kali pertama dan terakhir kali jumpa omputeh ni.
Lalu kami dibawa duduk di meja yang dibook embassy maam ni.
Mat dan minah kepo terus memandang ke arah meja kami. Syiok juga saya rasa jadi celebrity ni - walhal yang mereka pandang Jennifer bukan Ahmadinejad yang baru keluar Tanjung Rambutan.
Dalam makan satu jam tu, macam-macam isu yang kami bual. Tapi saya sedar benar, maam ni banyak bertanya.
Saya tanya, beliau jawab pendek. Lepas tu beliau tanya macam-macam.
Masa tu (dah lupa), Dr M sedang nak turun takhta, atau Abdullah baru naik junjung. Jadi banyak isu yang diplo nak tahu.
Saya juga berbual tentang isu Selatan Thai dan umat M kerana ditanya. Saya kata saya tahu detail benda ni (masa itu) sebab ada rakan NGO baru masuk ke situ dengan group yang ditaja United Nations buat laporan detail tentang apa yang berlaku. Mamat NGO ni orang Malaysia.
Saya faham kenapa beliau banyak bertanya sebab bukan pertama kali makan dengan diplo, businessmen asing mahupun orang politik - mereka nak korek info. Untuk diplo, mereka nak buat laporan tentang apa yang didengarnya.
Selesai makan, beliau bayar - kamu yang ajak saya makan! Beratus ringgit you, depa kena bayar. Nasib baik saya tak order champagne dan caviar tadi!
Beberapa hari selepas itu, saya nak buat story, maka nelpon Jennifer: Boleh kasi komen sikit tentang isu ini (lupa isu apa).
Jawabnya manis: Maaf, kami di embassy dilarang beri komen.
Saya kata: Saya tak akan quote nama kamu, dan tak akan mention pun dari embassy mana, cuma akan tulis 'diplomat dari embassy Barat di KL'.
Maaf, tak boleh pak chic.
Kurang ajar punya maam!
Beberapa hari lepas tu, beliau hantar email, nak minta nombor mamat NGO yang ke Thailand tu.
Saya tak layan langsung.
Maka selesailah cerita saya dengan Jennifer ni.
She got the message: Jika kamu tak mahu bertukar info, podah!
BEGITULAH kerja mereka, dan kerja saya.
Jadi saya tak terperanjat apabila keluar cerita macam-macam - termasuk mengenai diplo Singapork - dalam wikileaks.
Kamu lihat di sini - banyak benar negara terjejas, termasuk Spain, Vatican, Brazil, Iraq, China. Hamid Karzai Afganistan dikatakan oleh diplo Amerika sebagai corrupt. Saudi takut benar dengan Iran. Di Saudi banyak parti di rumah anak raja di mana alkohol dan dadah bebas dikongsi. Jika Queen Elizabeth meninggal, belum tahu lagi jika Prince Charles nak ditabal sebagai kepala negara Commonwealth.
Diplo dan journo ni kerjanya cari maklumat.
Lepas tu masing-masing buat laporan. Diplo hantar ke HQ, journo keluarkan dalam akhbar.
Dan banyak benda yang dibual tu bukan untuk pengetahuan umum. Baik diplo mahupun journo, mereka dapat inti sikit, lepas tu akan ditanya orang lain nak tebalkan info sebelum hantar HQ/masuk akhbar.
Dan kedua makhluk diplo-journo ni sering jumpa dalam apa yang digelar cocktail party. Ngobrol kosong kat hall jamuan hotel atau embassy.
Embassy Jepun dulu pandai nak pancing saya - diplo mereka nelpon dan berkata - 'I heard you are on of the best reporters on Malaysian politics. Would you be able to meet me for lunch?'
Perghh, kalau saya sebagus itu, saya minta Toyota Camry dan Sony Bravia 52inch sekali!
Tentunya bila bual tu, macam-macam akan keluar. Dan masing-masing tahu bahawa UNLESS YOU ASK PERMISSION, apa yang dibualkan tu bukan untuk maklumat orang ramai.
Kalau kamu tanya saya secara peribadi tentang Anwar mahupun Khairy atau RM (Rosmah Mansor, bukan Ringgit Malaysia), tentu jawapan saya berbeza dengan apa yang saya akan kata di depan orang ramai.
JADI apabila wiki telah leaks benda-benda privet, maka tentu diplo malu. Tapi apa nak buat, itulah freedom of information yang dilaungkan orang - termasuk beruk-beruk kat Malaysia.
Pada saya, ada sekatan terhadap freedom of expression, freedom of the media ni.
Ah sekarang pemerintah Barat pun dah sedar. There is a limit to freedom of information dan freedom of the media.
Dulu bila Kuan Yew dan Dr Mahathir kata ada limit, mereka kata diktator. Dah kena batang hidung masing-masing, ah, baru sedar!
---------------------------------------------
TAMBAHAN - Kenapa Good News tak disebar?
Sering sangat saya dah kata. Orang politik dan website online Malaysia ni suka gaduh semua benda.
Berita buruk diperbesarkan oleh kinisidertoday dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Tapi berita baik semua orang tak nampak atau dijadikan berita kecil.
Bila FDI Malaysia - foreign direct investments, pelaburan asing - jatuh, wah setan-setan semua main muzik kuat-kuat tentang jahanamnya negara ini di bawah pemerintah yang ada.
Aish, bila pelaburan melonjak. Senyap semuanya.
Termasuk media mainstream yang - maaf kata - bahalol.
Baca di sini dan sini.
Kalian ni semua memang suka hancurkan negara sendiri.
Letak ler sebagai berita paling atas, bukan berita Anwar atau Najib dan pergaduhan politik yang tak sudah.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago






6 comments:
Salam Rem
Sin diplo comments are a matter of 'choice of words' that reflect the situation.
Anyway kenapa nak marah2, sedangkan their own countryman seranah lagi dahsyat2.
The pot calling the kettle black.
hehehe... kena bagi benda yang tak betul pada diplo ehh... atau pada juorno... jangan sembang benda2 sulit... tulis dalam blog pun jangan. Bahaya, citer setakat yang kita nak dia tahu sahaja.. yang lain simpan.. tak gitu PED?
Salam Op Ed
the only berita yang kita boleh percayai dan sahih dalam akhbar adalah result magnum 4D, Toto dan bigsweep. Dan keputusan sukan.
Yang lain tu, dah lama saya tak percaya kredibiliti dan agenda journo, editor dan empunya syarikat akhbar di dunia sekarang ni. baik pro atau anti gomen.
sorry ya OpED.
-Malik-
Malik,
tajam pandangan anda - bahawa susah nak percaya akhbar hari ini dlm banyak isu.
saya faham benar pandangan itu - isu yg kerap difikirkan para editor seperti akhbar saya yg dicontrol pemerintah.
how to have credibility dgn pembaca.
di amerika, dulu akhbar dan media utama bersifat liberal dan demokratik - new york times, abc, cnn, washington post, oprah.
iaitu mereka promote apa yg kita boleh sebut sebagai pandangan parti Democratic.
yg tekankan human rights, gay is ok, amerika mesti jadi benign policeman kpd dunia, abortion rights, media freedom.
tapi sejak 10tahun ini, fox tv dan blog rightwing dah banyak naik dan jadi powerful.
orang amerika - the longtime silent majority - kini kata mereka dah fed up dgn media liberal ni.
mereka pro-christian (anti-islam pun!), anti-abortion, gay is against god, america mesti jadi satu2-nya superpower, ketuanan omputeh.
kita lihat dulu Republican control White House - bush, condi rice, cheney, rumsfield, shock and awe, attack pusat islam dunia lama (baghdad) tanpa sebab. itulah yg boleh berlaku.
maksud saya: dlm media seperti dlm politik, pembaca telah berpecah. dulu mahu tak mahu, mereka kena baca akhbar yg dijual, dengar radio dan nonton tv pro-govt (di spore dan msia).
kini zaman internet, mereka tak mesti baca akhbar yg dijual lagi atau nonton apa yg kita nak mereka nonton.
merka akan baca online news, blog yg mereka mahu.
baik RTM atau The Straits Times Spore dah tak ada kuasa ke atas pembaca seperti dulu.
Op Ed
boleh suggest dan share online news portal yang neutral. tak kesah lah regional atau global coverage.
Ana dah tak larat nak baca mainstream media sekarang ni. Lebih baik spend masa baca buku "bercakap dengan jin"
thanks
-malik-
malik,
yg neutral tak ada di temasek.
mainstream media semua pro-govt macam nak rak. yg anti ialah seperti temasek review and the online citizen.
kat msia pun lebih kurang samalah beb. yg print media and lektronik semua pro-govt, yg online against. tapi msia untung sebab banyak blog yg pro- dan against.
kat tengah-tengah tu lah kebenaran. chehwah, macam ustaz kasi ceramah.
tapi komen yg saya kerap dengar yg saya suka ialah ini:
if you want to know real malaysia news, u read singapore media.
if u want to know real singapore news, u read malaysian media.
ah kau!
Post a Comment