Saturday, 18 December 2010

Brick Phone, Palm hingga ke Push E-Mail

Tiga hari lalu, saya matikan servis Maxis saya.
Dah lebih kurang 13 tahun pakai nombor 012-, walaupun dah duduk di Singapork hampir empat tahun setelah kembali ke pangkuan Kuan Yew pada 2007.
Orang terkejut lihat pak chic ada dua phone - Blackberry putih SingTel dan Blackberry hitam Maxis.
Saya selalu kata - Yang putih agar mudah Ho Ching nak nelpon bual investment, yang hitam nak mudahkan discuss projek jika RM nelpon (Rosmah Mansor, bukan Ringgit Malaysia).
Kerana nak jimat jadi anak dapat terus bersekolah, maka saya cancel Maxis.
Dan dah mual terima SMS Star, PAS, PKR, rakan KL yang bentang kekecohan negara tiap hari. 

Untuk orang tua macam saya, teringat cerita masa kecik-kecik dulu tinggal kat kampung.
Bila kita nak buat temu janji dengan rakan, kita nelpon rumah dia - 'Eh nanti tiga hari lagi, kita jumpa kat bawah pokok depan rumah Azman tu OK? Kau datang jam 11pagi. Jangan lambat tau!' 
Jika orang tu tak tiba, kita tunggu sejam sebelum beredar.

Hari ini, dah kat depan mata pun masih nak nelpon atau SMS - 'Ah Aminah, I dah sampai naik LRT ni, just round the corner'. 
Atau lebih teruk lagi - 'Abang dah sampai ni Saiful. Tu nampak Sai duduk bawah pokok lagi korek hidung'. 
Macam mana Ananda dan YTL tak kaya raya!


Teringat pula saya sejarah saya dan telefon bimbit atau handset.
Mari saya cerita.


1987 jadi wartawan
SEMASA saya mula jadi wartawan tahun 1987, orang tak pernah dengar perkataan Mobile Phone, mahupun Internet.
Saya masa masuk Berita Harian Singapork, berminat betul dengan berita mengenai computer. Setiap dua minggu, walau gaji kecil, mesti membeli majalah PC World dan PC Magazine - dua majalah tebal dari US of A. Dan juga majalah perkomputeran lain. Masa tu saya berumur 28 tahun, dan pernah bekerja enam tahun sebagai mechanical draughtsman (atau draftsman kata omputer Amerika).
Saya tak pernah jumpa perkataan Internet atau Mobile Phone dalam kedua majalah tu.
Teknologi masa tu: Microsoft Word belum popular sangat. Ramai orang menggunakan WordStar nak taip dokumen.
Dan Lotus 123 ialah market leader jika anda nak buat accounting tables bukan Microsoft Excel.
Semua orang suka main game LodeRunner, DigDug dan PacMan.
Komputer paling pantas baru Intel 286.
Jadi wartawan masa tu, bila ada newsbreak, terpaksa cari telefon fixed line kat tepi jalan nak telefon pejabat. Kalau tidak, balik naik bas atau MRT ke pejabat baru boleh kasi tahu bos.
Kena bawa phonecard dan wang syiling. Jika ada benda besar berlaku dan kamu tak siapkan phone card dan syiling yang cukup, siap nanti kena herdik.
DALAM tahun 1988, Singapork adakan Pilihanraya Umum. Ah, kat situlah pertama kali saya nampak Mobile Phone atau Telefon Bimbit ni.
Dibawa dengan megah oleh wartawan ST. BH akhbar kecik, tak mampu nak ada phone ni,
Tapi mak oi, sebesar batu-bata handset pertama ni. Jika tak salah jenama Ericsson.
Kita panggil dia Brick Phone. Handset Batu-bata!
Wooi, kerana hanya orang kaya mampu pakai phone tu, boleh action bila kamu bawa. Gantung kat tepi seluar fon batu bata tu!!! Sebab besar sangat tak boleh masuk poket atau handbag. Kalau kau lempar kat anjing, mampoi binatang tu.
LEPAS tu tahun 1990, saya masuk kumpulan berita British-Bahrain yang terbitkan akhbar business mingguan - Oil & Gas News, Building & Construction News, Catering & Hotel News.
Sebagai Sub-Editor (lepas tu jadi Deputy Editor), duduk kat dalam. Tak payah pakai handset yang masih mahal sungguh.

1993 agensi berita
Pada 1993, saya masuk agensi berita.

Saya buat berita Stock Market, Company earnings and corporate news, Foreign Exchange, Futures Market dan Energy/Oil sikit-sikit
Kerana nak lawan agensi berita lain, kena pakai handset.
Bila keluar buat laporan ekonomi, bawa handset Ericsson (masa tu belum ada Sony Ericcson, mana ada benda bernama Samsung mobile, dan Blackberry dan Apple adalah buah-buahan kat pasar).
Tapi coverage very poor, maklumlah teknologi baru. Tak boleh nelpon dalam jamban atau basement kereta.
Walaupun masa tu, semua phone ada batang antenna panjang.


1994 masuk KL 
LEPAS tu, merantau ke Deli - masuk bandar-kampung KL.
Bila pertama kali pejabat saya beli mobile phone, hanya dua biji. Nokia - apa yang kita gelar 'Matrix Phone' sebab Keanu Reeves dalam movie Matrix menggunakan phone yang sama.
Semua berebut, hingga bos kena buat ruling: Yang boleh pegang benda tu ialah Jurugambar (ada dua orang), atau wartawan yang nak buat liputan diluar pejabat.
SELEPAS lima tahun tu saya pindah ke agensi berita yang sama di Singapore, hanya kekal lima bulan. Tak ingat pakai phone apa.

APABILA saya pindah ke The Straits Times Spore di KL pada May 2000, saya gunakan handset warna kuning. Ericsson? 

Selepas itu barulah saya mula pakai handset Nokia. Ooi rasa glam pegang Nokia biru ni, macam orang sekarang action bila ada iPhone 4. 
Harganya pada masa tu ialah RM300.
Lepas tu saya tukar pula Nokia 'Butterfly' - sebab bentuk butang ni macam kupu-kupu. Berharga RM700. Mahal brader sebab ini duit dulu. 
Masa tu screen masih warna puteh dan teksnya serta logo hitam.
Pada masa tu, phone Butterfly ni (lupa apa model) adalah yang paling popular. Perghh, action jackson saya sebab lampu phone saya warna biru - sama macam gambar di bawah ni, bukan putih macam yang lain.


TELEFON pertama dengan screen berwarna yang saya pakai ialah Sony Ericsson T610 - masa tu baru mula nak bangun. Orang bangga sebab ada bunyi polypronic (polyphonic?) ringtonenya.
Sebab glam, selalu ler konon nak pakai benda Allah ni, walhal nak menunjuk. Sebab Riak Value phone ni begitu tinggi. Harganya gila - RM2,000 jika tak salah.
Orang tercengang bila lihat handset saya ada colour screen dan bunyi ringtone berlagu madu ni, sebab harganya mahal benar masa tu. 
'Telefon ni bunyinya macam lagu di radio'. Bahana orang Singapork nak action dengan mamat kampung Malaysia....


SETELAH itu baru masuk era telefon gunakan SD Card, SD Mini, MMC cards.
Baru boleh selitkan lagu dalam phone. 
Boleh tangkap gambaq. 
Ada keyboard QWERTY kecil. 
Antara phone yang paling terdepan teknologinya ialah Palm dari America.
Di kalangan orang yang berminat teknologi, phone Palm ini jadi legenda. Harganya pun legenda, RM2,000-RM2,500.
Saya gunakan tiga keturunan Palm Treo = yang masa tu kerap masuk dalam movie spy atau thriller Hollywood sebab handset ni berteknologi tinggi. 
Ia antara yang pertama ada touchscreen, walaupun kena gunakan pensil cucuk (stylus).
Bukan Apple atau Samsung yang mula gunakan touchscreen phones, tapi Palm. 
Saya gunakan Palm Treo 600, 700, 680 (warna hitam, bukan yang oren tu). Lihat saja antennanya dulu!
Palm gunakan dua software - Windows Mobile yang pekak, dan Palm. Yang ramai orang minat ialah software Palm.

2007 balik Singapork 
APABILA saya kembali keRahmatullah di Singapork tahun 2007, barulah masuk era Blackberry yang lebih nipis dan canggih - semasa saya di KL mesin Blackberry yang baru keluar semua tebal dan nampak buruk.Blackberry ni life-changing kerana ia mempunyai Push E-Mail. 
Jika phone Palm dan Nokia Communicator, kamu kena gunakan browser masuk Internet nak cari Gmail atau Yahoo Mail, 'Berry is berry good - E-mail cari kamu! 
Dan secure office email lagi you.
Masa tu antara group pertama yang gunakan Blackberry secara meluas (group wide) ialah Khazanah Nasional. Bosnya dulu bangga beritahu saya bahawa mereka kini dah canggih, tak macam dulu dan saya pun setuju.
Sebagai wartawan kami nak contact orang dan dicontact orang dengan pantas. Jika kita nelpon orang atau orang nelpon kita, kadang tak sempat jawab sebab dalam meeting atau tandas. 
SMS pula ceritanya pendek.
Dengan Push E-Mail, kita boleh tulis panjang-panjang. Dan boleh forward document yang berjela untuk perhatian segera orang di sana.
Dan orang itu tak boleh kata - 'Saya tak tahu pun, sebab baru habis meeting 2jam'. 'Saya tak tahu pun sebab tadi trafik jam 3jam demo Pakatan'. No more excuses.

Wooi, glam kejap hamba di Singapork, gunakan Blackberry dan Palm Treo 680 - satu phone M1 lagi satu Maxis.
Lepas tu saya upgrade dua kali. Sehingga ada dua Blackberry. Yang putih SingTel, yang hitam Maxis (hanya untuk phonecall tak ada data plan). Dan sebab nak jimat, walau saya tetap gunakan 'Berry dah jarang gunakan data download lagi.
Kini, nak jimat sebab dah pokai, saya dah matikan yang Maxis, hanya tinggal SingTel.

12 comments:

Anonymous said...

Abang rem ada masalah ke dengan maxis?

remgold said...

Anon,
no problem at all.
tak ada kena mengena dgn syarikat nelpon msia atau spork. cuma nak kurangkan perbelanjaan. dan kerana dah hampir 4thn di sini, saya rasa katup dulu line msia ni agar tak buang duit.

Anonymous said...

Rem

waktu kerja dengan ST spore di KL tahun 2000, awak biasa minum kopi dengan kalimullah ya?

remgold said...

Anon,
eeks apa ni isu hindu god and muslim priest pulak. keluar topik. hee.
tapi takpe. utk yg tidak tahu:
ST, akhbar di tenggara asia yg terbesar (dari segi pembaca, influence dan keuntungan) dah lama sungguh ada wartawan di KL, Jakarta, Manila, Bangkok di Asean. sejak saya di bangku sekolah lagi.
kerana spore negara kecik sedangkan jiran semua besau, ia nak kena tahu apa yg kamu buat dan semua pergolakan.

sejak saya di bangku sekolah
lagi, lepas tu jadi wartawan di spore, wartawan di kl dan masuk sendiri, saya nampak nama-nama ini

- Ismail Kassim. kini dah retire kat spore. jika kamu google dlm remgold, saya pernah tulis tentang buku beliau mengenai msia, No Hard Feelings; warga spore. dlm bukunya beliau tulis, selepas retire tu ingat nak duduk kl, tapi takut nanti beliau selalu tegur itu dan ini salah, nanti orang kata - kalau kamu tak suka dgn politik kami, kamu balik spork baik. sebab tu beliau rasa lebih baik duduk kat temasek semula. saya pernah jumpa sekali saja.

- Kalimullah Hassan, warga msia. beliau kerja sama zaman dgn ismail kassim. mereka resign dlm period yg sama. kali seperti saya, juga bekas wartawan agensi berita. tapi tak seperti saya, beliau kini orang koyo royo;
dr m yg panggil beliau hindu god dan muslim priest berdasar namanya Kali dan Mullah.

- Salim Osman warga spore. tidak menetap di kl dulu, hanya buat liputan dgn duduk kat hotel selama kira-kira sebulan setiap kali. cover kl selama setahun 1990an; lepas tu duduk di Foreign Desk spore 10 tahun (tempat saya sekarang); dan kemudian di jakarta 7 tahun. baru transfer spork kembali - kini jadi Senior Writer di meja berita lain. selalu saya jumpa.

- Brendan Pereira. warga msia dan bekas bureau chief saya di kl. lepas tu beliau masuk NST zaman badawi dan kemudian jadi pr consultant. kini juga koyo royo. sejak masuk nst dah tak pernah jumpa lagi, bawa hal masing-masing.

- lepas mereka, saya ganti jadi kepala di kl.

- kini msia bureau ada empat orang, di bawah Carolyn Hong, warga msia.

tentang datuk kali tu, setahu saya selepas beliau tinggalkan ST, macam2 beliau kerja. tapi kami tak pernah rapat.
pernah jumpa kejap 2-3x apabila beliau ke pejabat ST di kl nak jumpa rakan lamanya di situ. cuma hi-hi-bye-bye.
seingat saya, tidak pernah duduk makan minum dgn datuk kali ni walau satu kali hingga hari ini.
apa pun, ok ler tu. dah jauh menyimpang. nanti orang tu baca apa pula katanya kerana saya mengumpat.

Timur Tengah said...

Salam Bro,

Baca 2nd posting kau - mengesahkan pandangan hidup yang selalu aku dok cakap kat mrs dan kawan2 ngobrol - hidup ni umpama air sungai dari hulu dia datang menuju ke kuala, on the way to dia akan jumpa banyak benda, pengalaman & kenalan. Lalu dia kawasan air pusar, mungkin dia terpusar macam kenalannya atau mungkin dia berlalu pergi ke laluan seterusnya, lalu dia kat benteng pasir tersisih lah dia ke kiri atau ke kanan, mungkin dia akan nampak ular melingkar kat tebing atau bebudak mandi beramai atau Pak Mat tengah menjoran ikan. Dan dia terus berlalu dan berlalu. Dan dengan teknologi internet hari ini banyak "laluan2" di atas boleh di kongsi merentas sempadan masa dan sempadan negara. Betapa besarnya ALLAH mencipta seni kehidupan ini.

P/S: Lega dengar kau potong line sebab cost optimization bukan sebab kau benci kat negara angkat kau ni.

Salam - Doha, State of Qatar

Anonymous said...

Salam pakcik.

Tak bole la saya nelpon pakcik sebab pakcik dah tutup nombor maxis. Kalau saya nelpon singtel dah di kira IDD rate, mahal bagi saya.

Walaupun dah tak pakai maxis, harap2 update pakcik boleh di baca lagi oleh org2 Malaysia .... :)

- bapak jijah

uMo said...

terkenang lak sejarah pakai hp nih..

hp yg mula2 sy pakai, motorola startac, model lipat thn 2000.masa tu kedai hp buat sale habiskan stok so hp tu harganya RM90 je.pakai pakej GSM TMtouch bayar tak silap RM50 sebulan.

masa tu model startac tu kira hp lipat yg kecik la..skali keluarkan dr poket, smua pandang..riak btol rasa..hihihi

hp butterfly tu plak glemer thn 2001..masa tu sy bljr kolej, ade la sorg classmate yg rajin buat keje partime di kl dapat upah tinggi dpt beli hp tu masa mula2 keluar harga RM1400.

so dlm kelas dia je la yg eksen dgn hp buterfly yg kecik lg skrin kaler biru..

bila masuk thn 2002, hp tu dh jatuh harga jd RM700.masa tu loan mara baru masuk kat RM5000 so berduyung2 la 1 kelas pakai hp tu nak2 ..so kwn yg sorg ni dh x leh nk riak dh ngan hp dia tu..hihihi

model T610 tu tak silap meletop tahun 2003, boleh katakan hp pertama yg complete ada bluetooth, skrin kaler, polypohnic..tak silap thn ni kwn sy beli dgn harga RM850.saingan dia adalah motorola model apetah, yg 1st ada skrin kaler jgk.tp yg motorola tu xde bluetooth so harga dia murah skit dlm RM700 tak silap..

skrg hp2 dh terlampau byk pilihan..dah tak tau dh mane nk follow...last2 just pakai hp murah2 je..nokia 1100.jatuh ke, tercampak atas jln pn x kisah.

:)

Sarjan Hassan said...

Rem

sejak ada handphone ni, lagi banyak menyusahkan hal peribadi dari menyenangkan bab kerja.

ada seorang kawan cerita, masa muda baru kawin dulu ( awal 90an ), bini dia tak kesah kalau habis kerja lepak sekejap kat warung minum teh tarek sementara tunggu jalan kurang sesak sikit.

sekarang bila dah berumur sikit, lambat sikit balik, terus nelpon - guna video call lagi, nak check betul ke kerja banyak kat opis atau hantar girlfriend balik rumah. Kalau tak jawab ( dlm meeting ), balik rumah siap kena bebel.

Fening kepala dia.

remgold said...

Timur Tengah,
apabila saya menulis posting ni, saya tahu yg membaca tentu juga akan berfikir panjang tentang fon yg pernah dipakai, dan perjalanan hidup masing-masing.
dah jauh kita semua kayuh, kan? teruskan braders dan sistahs.

bapak jijah, sarjan hassan,
zaman internet ni tak payah pakai telfon pun dah tak ada problem nak cari rakan lama.
email blog twitter facebook linkedin dan seterusnya.
saya dah hampir 4thn di rumah spork, tak pakai fixed line. hanya mobile phone.
dapat jimat wang dan kerana semua orang contact kita pakai mobile bukan telfon yg atas meja tu lagi.

lagi 20tahun, fon kita pakai sebagai jam tangan atau melekat di telinga. atau mungkin diselit dalam kulit di tapak tangan. apabila orang telfon, kita akan - talk to the hand!

uMo,
syiok juga baca sejarah anda. hee, dulu kita syiok riak dgn handset ni.
sekarang orang pakai 2 handsets, tapi yg lain tak hairan sebab depa pun banyak fon. saya kenal beberapa rakan yg ada TIGA handset - satu utk pejabat, satu utk keluarga, satu utk rakan2.

dulu satu rumah nak ada sebiji fixed line phone pun, payah.
kini bapa, ibu, anak 3-5 orang, nenek, atok semua ada handfon masing2!
itulah kita kena bersyukur akan kemewahan kita.
cuba fon kamu hilang satu hari, tak pening kamu!

sama juga jika tak ada internet, tak nonton tv, tak pakai kipas, tak 'on' aircon, tak naik kereta.
sebab tu dlm movie Terminator, satu hari nanti, machines yg dikawal Skynet jadi 'self aware' dan control dunia.
pada hari tu, kita tak sibuk pakatan atau bn lagi, anwar jadi terminator, first lady jadi sarah connor. hahaha.
'you're terminated!'
donch play play!

Anonymous said...

Tuan,
Terima kasih nukilkan sejarah handphone dirantau ini.

Kenapa ada gambar peep purple?

meru

remgold said...

meru,
nampak pulak kamu.
nrgobrol cerita telfon teringat group Deep Purple yg saya minati dulu masa muda.

deep purple in rock, album keluaran 1970. hamba primary 6, baru ambik psle kat sekolah kampung Clementi (primary) School. skrg dah lama tutup.

maklumlah cerita sejarah lama, orang tua ni pun nostalgia. dari menengah 3 dan 4 gemar dgn Deep Purple ni, group rock british.

Anonymous said...

Bila nak guna touchscreen phone? Sekarang ni dah banyak pilihan...iOS, Android, Windows Mobile 7, WebOS, Symbian ^3...upgrade la sikit

p.s.: saya ni fanatik mobile phone...