Sunday, 26 December 2010

The Garuda has landed - boleh menang Sang Kancil?

10 MALAM

Ish ish ish. 3-0 si baju biru menang.
Seluar hijau kalah.
Tapi nampak macam goalkeeper Jawa 'kelong' pulak. Senang sangat nak ditewaskan.


-----------------------------------------


Walau sebenarnya team bola Malaysia lebih wajar dipanggil Harimau - baju depa pun kuning, hitam.
Takpe ler saya lebih gemar Sang Kancil. Kecik tapi cute-miut.
Biar Garuda act ingat dia binatang besar terbang sana sambar sini, kancil lari kat bawah gelecek masuk gol.
Errr.... tapi boleh menang ke?
Nanti kita perhatikan.

Dah nak pecah dah Bung Karno Stadium. Ini belum mereka kalah lagi!

Saya teruskan ramalan saya, 5-3 setelah dua permainan.

Hidup, hidup. Hidup tempe!
Hancur, hancur. Hancur nasi lemak!

17 comments:

Anonymous said...

Garuda makan Tempe, what can I say, patut la kena 3 -0.

Rem, pemain defence Malaysia semua umur U-21 dan seorang U-19. Goalkeeper U-23.

Di Jakarta, jual tiket sampai terjadi rusuhan dan ada yang masuk hospital.

Singa sarkas jadi linesman aja ka?

la la la la la.

Anonymous said...

Op Ed

Nampaknya ramalan nujum pak belalang tak tepat kali ini.

Dan kawan harap Team Indonesia tak bagi alasan matanya di suluh dengan laser pointer.

Kalau di world cup atau Euro Cup, pancaran matahari petang ( bila main waktu petang musim summer ) lebih silau dari laser pointer.

Dan harap jangan mereka nak walkover ( seperti amaran Indonesia sebelum game di kl ) kalau penjaga gawang mereka juga di suluh laser pointer di Jakarta kelak.

Juga harap tiada rusuhan geng bendera sebelum dan selepas game nanti.

Whatever, ternyata sang kancil memang bijak. Harap boleh bawa balik piala sebelum penutup 2010.

Tahun 2009 dah jadi juara sukan SEA.

-Malik-

wikilik said...

The Garuda has stumbled due to tempe poisoning.

Naisophon X said...

Apa pun salut pada Pak SBY..

"Biar pun kalah, kita harus berjiwa besar. Terima kekalahan ini dengan hati terbuka.."


Respek dgn pemimpin gini.

Saya baru saja buka FB Timnas Indonesia. Kebanyakan mereka jadikan kes laser kambing hitam.

Tapi yang berjiwa besar, meniup semangat

"Kita pernah kalahkan malaysia 5-1. Ngak mustahil ia akan berulang, jika ia berulang kita Indonesia aan menang dengan 5-4.."

Anonymous said...

Yang agak mengherankan kita bila pancaran di henti kan selepas amaran pengadil, baru lah 3 gol bertubi tubi membolosi gawang Indonesia.

Mungkin kalau ada pancaran laser ia lebih banyak membantu penjaga gawang Indonesia itu.

Pewaris said...

Park Chic Rem,
Syiok lar Malaysia dah menang. Bravo.
Ultraman Malaysia tembak pakai laser kat mata goalkeeper.
Ultra Indonesian harus come back. Good luck.

Advise: Goalkeeper pakai Cermin Mata hitam larr.

ne66 said...

Salam..
Bro,
saya Shaza dari RTM,
Kami plan untuk jemput tuan di ke Studio Rancangan Di Luar Lingkungan Bersama Sayed Munawar, berkaitan topik Imbasan Isu-Isu dalam Media sepanjang 2010..
bagaimana kami boleh hubungi pihak tuan?
Terima Kasih atas respon balas..

Shaza
03-22828696
013-2115983

remgold said...

Singapura-pura jadi linesman tu dah bagus. at least dia boleh kata dgn bini dia 'Honey, i was playing in the final match yesterday'.

ramalan saya ialah indonesia 5, malaysia 3.
msia dah score 3. kamu kena tunggu rabu ni kita lihat sama ada msia kalah 5-0.
hidup tempe! eh kalau tempe di kunyah nasi lemak, maut nanti warga msia kena 'sweeping' lagi.

msia pakai laser merah tu tak adil lah.
apa ni main tipu?!?!
nanti kamu ke Bung Karno Stadium mereka campak sambal gledek kat padang, ah macam mana? terpeleset beb!

shaza rtm,
maaf, saya bekerja di temasek darul kasino.
hmmm, lagipun tak rasa bos kasi masuk tv. saya pun nak kena rubah wajah jadi hensome dan putih macam khir toyo, baru berani nak masuk tv.
terima kasih banyak kerana sudi menjemput.

ne66 said...

Tuan Remi,
kalau kami bual call out saja bagaimana?ataupun boleh juga skype

remgold said...

shaza,
maaf besar2, 1000 apologies. nampaknya kena tolak juga, sebab nanti kena tanya boss saya, tak syiok lah.

wartawan dan jurugambar kerjanya on the other side of the camera. segan saya dgn blogger dan cendiakawan yg ramai di msia, sebab saya ni suka cakap merapu. nanti cakap kritikal tak kena tempat tak baiklah utk negara tumpangan yg saya kasihi.
saya tulis sebarangan di blog tak apa, sebab yg baca hanya beberapa kerat saja! nanti cakap kat rtm satu msia dengar. heehee malu beb.

ampun tuanku patek mengharap ampun.

Gelombang Rakyat said...

Saya Perjuangan..

SAYA amat tertarik dengan penulisan blog anda yang ternyata ada kualiti yang tersendiri.

Ianya juga memberi peransang buat saya untuk memantapkan lagi penulisan saya.

SYABAS saya ucapkan buat anda kerana berjaya mengendalikan blog ini dengan begitu mantap.

Saya telah linkkan blog anda dalam senarai blog pilihan di blog saya agar pengunjung blog saya dpat bkongsi penulisan anda.

Saya berharap agar anda juga dapat linkkan blog saya di dalam blog anda agar perjuangan saya melalui penulisan blog dapat dikongsi bersama pengunjung.

Sekian, Salam Kasih ikhlas dari,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Timur Tengah said...

Berbeza betul statement antara SBY dengan statement Mahfuz Omar;

Komen SBY: "Tidak perlu kecil hati. Jangan salah menyalahkan, pasti timnas kita juga ingin berbuat yang terbaik,"

Komen Mahfuz:“Syabas, kalau kalah pun puas hati, pemain bersemangat Malaysia, tak macam Umno menang dengan rasuah,”.

Mahfuz ni bola pun nak dipolitik.

Bro Reme, jemputan dari RTM satu recognition walaupun tak dipenuhi ia menandakan blog sdr ada tanda arasnya yang tersendiri.

Bro Reme, compound tempat tinggal saya ada 18 keluarga Malaysia dan lebih kurang jumlah yang sama keluarga Indonesia (+ - 15 keluarga). Pergi kerja menaiki business coach / bas yang sama milik syarikat. Kami boleh berbual perihal perlawanan akhir (sebelum dan selepas) dengan rasa meriah tanpa satu pihak ada merasa superior dari pihak yang lain.

Malah dengan muazin2 Indonesia lah, masyarakat Malaysia menambah ilmu agama. Mereka ini (tenaga kerja professional Indonesia) sebenarnya standing dengan professional Malaysia.

Cuma pandangan stereotype kebanyakan kita memandang rendah menyebabkan kita terlepas pandang kekuatan ekonomi / ilmu yang ada pada mereka.

Saya pernah termenung dan menangis, ditangan saya kitab Al-Quran terjemahan Per Kata, terbitan syarikat Indonesia yang saya beli di Malaysia. Kita sendiri (syarikat2 Malaysia) tidak mampu mengadakan penghasilan yang semanafaat itu, tapi berkat bahasa yang lebih kurang sama dan dapat difahami bersama, kita dapat menumpah tuah limpahan ilmu mereka. Cuba tengok terjemahan AL Quran Per Kata 15 Dalam 1. Bertuahnya kita dapat menumpang ilmu saudara kita. Malah mereka juga yang mengasaskan konsep IQRO’ yang digunakan meluas di kelas2 KAFA di Malaysia.

Renungkan lah betapa ALLAH jadikan kelebihan bahasa yang "lebih kurang sama" itu dapat kita merasa limpah ilmu mereka. Jadi terserah kepada kita dan mereka untuk bergerak ke arah kemenangan bersama atau terus terkurung dalam belenggu stereotype yang tak membawa kita ke mana2.

Salam - Doha, State of Qatar

suparmen said...

salahkan otroman karena melaser mata penjaga gol indonesia

Anonymous said...

SAYA TIDAK FAHAM KENAPA LASER POINTER DARI JARAK JAUH YANG LANGSUNG TIDAK BERKESAN DIJADIKAN ALASAN OLEH PENJAGA GOL INDONESIA.

TIDAK PERNAH TERJADI PENONTON MEMBAWA LASER POINTER DALAM STAIDUM TETAPI INI KALI PERTAMA SELEPAS MEREKA MENIRU APA YANG DILAKUKAN OLEH PENONTON INDONESIA KETIKA MENGALAHKAN MSIA 5-0 TETAPI PEMAIN MALAYSIA TIDAK KOMPLAIN ATAS SEMANGAT KESUKANAN.

BANYAK TAHUN DAHULU DI ASTORA SENAYAN KETIKA KEJOHANAN BADMINTON BEBERAPA FLASH JURUGAMBAR DITEMPAKAN DISEKELILING COURT RASHID SIDEK KENTIKA RASHID HENDAK SMASH SEMUA FLASH MENYALA RASHID PUN KOMPLAIN PASAL TERLALU DEKAT DAN MENJEJASKAN PANDANGAN.

KALAU SEMUA PENONTON MEMPUNYAI SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI PERKARA SEPERTI INI TIDAK AKAN BERLAKU. SENYUM LAH..

Anonymous said...

ALAH APA NAK HAIRAN SANGAT DENGAN MAHFUZ OMAR TU. ITU CARA YANG ANWAR LATIH MEREKA ..APA SAJA TERJADI MESTI TUDAH UMNO/BN PUNYA KERJA..TIDAK PERNAH TAKUT MEMBUAT FITNAH TIAP-TIAP HARI KERANA NIK AZIZ KATA TUHAN MAAFKAN.

PADAHAL BUKTI DNA DIKELUARKAN DARI DUBUR SAIFUL PUN TUDUH UNM/ PUNYA KERJA..

DIA SYOK-SYOK LIWAT SAIFUL TUDUH UMNO PULAK.. ANGKAT SUMPAH SEPERTI SAIFUL BUAT HABIS CERITA..INI TAKUT PERBICARAAN PUN ASYIK TANGGUH BERPULUH KALI--TAKUT TERKENCING LAH TU--

msleepyhead said...

Encik Rem,

Boleh tolong suluh lampu (shed light) pada perkara ini?

http://blog.limkitsiang.com/2010/12/28/questionable-measures-taken-to-improve-the-standard-of-english-amongst-malaysian-schoolchildren/

Saya percaya dengan pengalaman En Rem membesar dan dididik di sekolah Singapork dan kemudian bekerja di sini dan sana, tentunya En Rem telah berjumpa dengan pelbagai jenis ragam orang pangkat atas-bawah.

Boleh tak En Rem memberikan pendapat tentang isu pentingnya atau tidak Bahasa Inggeris dan mutu BI di sini dan sana?

Terima kasih terdahulu.

remgold said...

mssleepyhead,
secara basic saya segan dgn masyarakat berpelajaran yg berbangsa cina dan india di msia. segan dan malu dgn bangsa sendiri.

mereka ada bahasa ibunda (mandarin dan cantonese, atau tamil).
mereka tahu bahasa kebangsaan (melayu).
mereka tahu bahasa yg beri mereka pekerjaan lebih baik - bahasa global, bahasa internet, the language of commerce (inggeris).
TIGA/EMPAT BAHASA.

pejuang bahasa melayu di msia, cakap sikit tentang bahasa inggeris semua dah takut! bantah. demo.
cakap benar: orang melayu di spork di bahagi kpd dua tentang bahasa ni.
yg pandai berbahasa inggeris - mungkin kekok bahasa melayu = ada pekerjaan yg baik.
yg hanya pandai berbahasa melayu = kerja blue kollar.
ini kerana spork ni boleh dianggap global city. banyak syarikat angmor.
apa yg berlaku: bahasa melayu kami hilang. tapi tak semestinya agama pun hilang! khutbah jumaat di banyak masjid selang seli - seminggu bahasa inggeris, seminggu bahasa mel.
bila khutbah bahasa mel, mereka gunakan skrin besar di tepi imam terjemahkan khutbah ke dlm bahasa inggeris.
atau khutbah setengah dlm bahasa mel, lepas tu ada bahagian dlm bahasa inggeris. bayangkan: pak imam spork boleh khutbah dlm bahasa inggeris you!
cerita lama saya tentang madrassah spork (ada pelajaran bahasa inggeris):
http://remgold.blogspot.com/2009/05/islamicity-singapore-exports-madrasah.html

tapi spork ni melayu minoriti. di msia kamu majoriti, tentu tak perlu takut bahasa melayu akan hilang jika diajar bahasa inggeris.
macam mana nak lawan musuh politik dan bersaing di tempat kerja jika hanya pandai tutur bahasa melayu?
kamu apply syarikat intel di msia dan mamat bangsa cina dan india pun apply juga. takkan nak gunakan argument: kami bumiputra mesti dapat! kalau tak dapat kami demo.

saya keluar masuk tukar kerja tu - dan sampai hari ni pun kadang2 dapat jemputan kerja lain - majikan tak pernah tanya 'kamu melayu atau tidak?'
kita lihat sendiri dr zeti akhtar aziz dan hassan merican (dulu di petronas). dan beberapa kenalan saya orang top petronas - bila2 masa saja mereka boleh dapat position tiggi di syarikat besar mana pun.
sebab mereka pintar dan pandai bahasa inggeris lagi.

saya bangga dgn anak saudara pompuan saya di penang - minah kampung tinggal di kampung bersawah padi di penaga, di luar butterworth.
kini jadi supe di intel di kulim, kedah.
dulu kami bual cakap melayu saja. sekarang jika tanya tentang pekerjaan dia, dia meleret masuk bahasa inggeris. best. minah ni pakai tudung.
once you can stand tall with the others, there is no need to say: i am a muslim, and i am not a terrorist (macam shah rukh khan tu).
you want to say: i am a muslim, and i am better than you.