Apa pelesit ni Asean Football Confederation Suzuki Cup.
Saya tak pernah nonton.
Saya nonton bola cuma masa World Cup dan European Cup.
Lebih baik nonton politik.
Boleh main tuduh-tuduh sebarangan, kecohkan negara, masuk page1 akhbar saya. Satu dunia tahu Abang Nuar benci Yahudi masuk campur ehwal Malaysia (saya setuju!) .... errrr, tapi lepas tu sebenarnya tak ada bukti!
Betullah yang Nazri tunjuk tu hanya denial, tapi kata Abang Nuar ada bukti - tunjukkan ler. Kau nak tunggu apa lagi?
Kamu tuduh orang tu penipu dan selewengkan rakyat dengan Apco.
Surat Apco tu bukti terkuat Najib, ah maka kamu tunjukkan ler bukti kamu yang sahih. Tak terbalik Umno!
Hah, kalau tidak, saya nak kata ini: kan syiok, kita boleh maki hamun sana sini tanpa bukti? Boleh rendahkan martabat negara.
Tak payah tendang bola masuk jaring dah goal!
Tapi football ni susah beb. Kena masukkan jaring. Baru ada markah.
Kalau kamu kecohkan padang, kena halau dari padang.
Dan apabila kena halau dari padang, KALAH nanti bukan menang macam keluar ramai-ramai dari Parlimen nak tunjuk kamu menang.
Opocot, termasuk bab politik lagi.
APA pun, kalau Kancil kecik lawan Garuda besau, mampoi ler kancil ni.
Ni ramalan remgold football expert baru lahir.
First leg di Stadium Bukit Jalil Ahad ni = Malaysia menang 2-1. Ribuan warga Indonesia akan sorak dan pekik. Abang polis lepas tu kamu buat road block, gerenti ramai kat situ masuk Malaysia tanpa izin. Awww...
Lepas tu second leg, Kancil masuk Jakarta. Kena bantai 4-1. Orang Malaysia yang berani ke Jak hanya 10 orang saja. Itupun tak berani nak sorak sokongan.
Hidup, hidup. Hidup tempe!
Hancur, hancur. Hancur nasi lemak! (alamak).
Eh syiok jugak sorak bola ni.
WHY? Not hepi ah?
Nak bet dengan saya? OK, letak ramalan anda.
Kita bet ngomong saja Pak. Nanti kena serbu dengan Jakim lagi susah.
Ummi tibai Anwar dua beranak sekali gus
4 hours ago



14 comments:
Jangan lupe bang... Siapa mau ganyang siapa yeah! Akhir nye tak mau balik, ngak cari kerj.
Kalo balik Jawa nanti makan pasir.
Mat Bonk
Malaysia masuk final guna ramai player bawah 23 tahun dan tak ada langsung bayang bayang pemain foreign talent yang bagus kunun.
Indonesia ada sorang mamat FT dari uruguay atau portugal namanya gonzales.
singapore yang separuh team guna FT, pun kalah dengan filipina.
apa cerita ni Reme.
kalah menang adat bola, tapi gue bangga dengan semangat juang anak muda Malaysia.
Malaysia boley !!!
anwar nak bagi bukti??? kalau spore juara bola world cup pun dia tak boleh nak kasi keluar bukti.
bangga semangat juang pemain muda malaysia.. menang kalah lain cerita.. player malaysia sudah menang 3-0 dngn semangat yg ditunjukkan setakatni.. the rest tunggu 26 aribulan..
Akhirnya peliwat tersungkur dengan permainannya sendiri.
Azmin pula tersungkur kerana membela kekasih liwatnya itu.
bila argue degn pencinta2 anwar bila masa diorang xdak hujah benda ni, diorang pusing kot lain, kenapa bayar mahal sgt sampai 77juta, ada yahudi dalam la dan macam2....pening la dgn diorang ni, taksub benar dgn anwar tu..
ada gak yg cakap 'APCO israel ke x, dia liwat ke x, yg aku nak kerajaan UMNo/BN yg zalim ni ditukar'...wallahualam
anwar...hmm the less talking about him the better..
this scum is a disgrace to Malay race..period..
talk something less serious..
football.. my take.. 2-0 in favor of Malaysia in the first leg and 1-1 in the second leg..
mau bet ke Rem??
bagilah komen pasal Singapore team.. with so many foreign talents they seem to be an average team..
I miss so much the great players from Singapore like Fandi Ahmad, Eric Paine, Mohd Noh, Dollah Kassim, Sundramoorthy etc.etc. They were locally bred in Singapore..may be Singapore need to rethink back the foreign talent approach.
Mr Rem
To bring back the glorious days of Malaysia Cup of the 70s and 80s, it's a good idea to rein in Singapore. But this time around, it should not be the national team, but perhaps the top two Singapore League teams to join the foray in the Malaysian Super league. I envisage the stadiums in singapore will be pack to capacity (kallang stadium dah siap ke?) and for the away games, busloads of Singaporeans crossing over the straits.
Rem
kalah menag adat la, kawan terima aja takdir.
yang penting kita dah berusaha dan berdoa beserta semangat juang.
sekurang kurang nya masuk final hasil usaha anak jati Malaysia.
PS Rem kalau awak di KL, jom saya belanja tikit masuk bukit jalil. Tak sama feel nya macam dapat phone blackberry yang baru.
Kancil akan kalah kena sambar garuda 5-3.... ini tajuk sukan ST spore ke?
Singa sarkas sila lah duduk diam diam dalam kandang.
Pasai apa dengan filipina pun hang tak lepas ? Depa ni stadium bola pun tak ada.
Jangan marah ya Rem. Saya pun nak tumpang gurau juga.
singa sarkas ...kah kah kah..
jangan mare Rem..
bagilah can rakyat negara lain 'get the last laugh'
sakitnya hati kami bila pemimpin Singapura mengecilkan negara jiran dalam wikileaks .. tak sedarke ..singapork tu just one small dot country
Bola ni terlampau mudah diperguna utk timbul smangat nasionalisma yang tak sehat. But on the other hand bole diguna utk perpaduan. Terpulang kpd administrator (FAM in Msia and FAS? in Spore). Tapi FiFA diktator telah keluar decree mane mane krajaan tak berhak masuk campur hal bola (ada baik ada padah).
Msia patut contoh Singapore dlm bidan ping pong. Amekla pelateh Cina dari Red China yang surplus to their requirements and jadikan rakyat Msia, sambung training di Cameron ker Frasers Hill ker Genting ker and within 5 years paling kurang dapat menang medal di SEA Games (sorry blom sampai tahap ASIAN GAmes jauh skali Olimpik). NZ dan Oz pon buat, so aper lagi tunggu?
Bola? Selagi kita di sini makan ikan kring, sambal blacan, ayam masak merak, gulai bersantan pekat, slagi tu mamat mamat sini tak akan berbadan besar tegap dan mantap. Bila main dgn Pak Arab ker (Qatar, Iran, Khazakstan) mcm bebudak ajer kener terjah ketepi bak dilanggar grabak kretapi!
Let's stick to darts, snooker, archery, lawn bowls ek...
Mat Bonk,
rilek boss. perasaan 'aku lebih baik drpd kamu' ni yg buat orang benci spork.
takut nanti orang kata msia angkuh pulak.
dulu, ramai mamat dan minah msia cari makan kat spore. kini ramai dari indon dan myanmar cari makan di msia (dan dari spork pun, seperti saya dulu).
hari esok kita belum tahu lagi.
kita doakan kita dapat terus jadi hos kpd semua orang lain. selagi berjuta datang ke msia cari makan, maknanya ekonomi terus maju.
tentang rakan2 yg komen football team spork. memang pekak brader. tak ada orang yg nonton pun s-league ni.
mereka ambik angmor, negro masuk team nasional pun tak boleh menang juga.
zaman dollah kassim (arwah), quah kim song, david paine, samad allapitchay, sundramoorthy, fandi dah hilang.
kerana pemerintah spork beratkan pelajaran, degree dan kerjaya, mamat dan minah sukan dipandang rendah. tidak seperti di UK dan US misalnya, dimana sportsmen dan orang bizmen gaji sama tinggi.
team ni singa-pura-pura kata orang, singa pondan. ooi marah karang yg di sini.
ada beberapa jaguh muda, tapi semua lari ke indonesia - masuk liga profesional di jakarta kerana gaji lebih tinggi. ada yg kata tak masuk team nasional lagi pun tak apa, baik concentrate dgn kerjaya di indonesia super league.
saya pernah tulis di sini:
http://remgold.blogspot.com/2009/09/ramai-pemain-bola-singapura-lari-ke.html
tentang anwar,
saya tak bermusuh dgn pembangkang kerana tanpa pembangkang (baik di negara mana pun, termasuk spork), keadaan rakyat lebih teruk lagi. tapi dlm isu apco ni, nampak benar tak ada bukti.
hari ini anwar dah tukar cerita lain pula - salahkan najib bayar apco 77juta. betul tu harga tinggi. saya pun nak tahu perlu ke bayar sebegitu mahal? apa yg depa ni buat yg pr consultant tempatan tak boleh buat???
tapi cerita asal belum dijawab: anwar kata ada bukti apco tu dikawal yahudi, apco terlibat dgn one israel. mana bukti???
menipu adalah darah daging orang tu...
apa yang tidak ditipunya.. 16 September.. lompat parti dibayar 2 juta.. yang terbaru APCO.. semuanya dia kata ada bukti.. dan jangan lupa dia ada 6 kotak (kasut Bata)
bukan sekarang aje dia menipu, sejak dalam parti lama dia dulu pun dia dah kuat menipu.
ramai pemimpin parti itu tahu betapa kuatnya dia menipu.
cuma yang tak sedar-sedar lagi ialah parti yang sedang bersekongkol dengan dia sekarang.
nasib... kau la labu
Dulu aku minat tengok bola, zaman Alan Davidson mula2 main untuk Pahang tahun2 1992-96. Antara 93-94, aku lost minat nonton bola ni sebab aku tengok benda tak logik. Pasukan boleh jadi kuat dan boleh jadi lemah macam ketik kat jari. Lepas tu heboh pasal beli perlawanan sampai ramai players naik mahkamah. Rupa2nya perlawanan bola sepak ni boleh dibeli keputusannya.
La ni aku tengok World Cup aje, itu pun separuh akhir dengan akhir, lain tarak. Tapi duduk Qatar ni satu untung, kerajaan dia sanggup bayar panggil team sohor macam England, Argentina, Brazil, etc. datang main kat Khalifa Stadium depan rumah aku. La ni depa seronok jadi tuan rumah FIFA World Cup 2022 dan pelan nak belanja USD100 billion untuk infra termasuk 12 buah stadium baru. Kalau cakap pasal area, negeri ni besar sikit dari Kedah, kecik dari Perak atau Johor. Nanti sat lagi (1-2 bulan je lagi) bila Pak Amir dah beli Manchester United, MU kena turun berlatih dan bagi training kat Qatari sampai tahun 2022.
Cakap pasal Anwar - boring, tak abih dengan kerja menipu. Aku rasa majoriti tahu dia kaki kelentong, putar alam, tapi menyokong sebab nak tengok BN/UMNO kena campak keluar aje. Cuba tengok masa perhimpunan yang nak serah surah ke Yang DiPertuan Agong, puak pembangkang ni ramai datang, in the same time ada satu group yang anti kat Kerajaan Negri Selangor (baca BN/UMNO) dok kumpul orang dia juga, tak de lah yang ramai datang.
Aku pun garu kepala juga, apasal PENIPU ramai orang suka... aku rasa yang benci kat Anwar pun ramai, bukan tak ramai, tapi tak kuasa malas nak layan keluar berarak ramai2, baik duduk rumah layan anak bini. Adakah bermakna mereka yang benci Anwar ni sokong giler2 kat BN/PM Najib/UMNO, aku rasa tidak juga... kalau sokong giler2 naik lemak pulak by continue curi duit rakyat dan continue buat polisi bodoh (cuba tengok keputusan PMR pasal 8A). Adakah kebencian kepada Anwar akan diterjemah kan ke kertas undi dengan ngundi BN/PM Najib/UMNO. Aku rasa tidak juga... aku rasa ce ya nun alif akan solid keluar mengundi, mungkin condong berat ke pembangkang. Aku cuba tanya diri aku sendiri, peguam kerusi roda dgn geng2 dia tu setia ke (?) pada negara atau sayang ke pada negara Msia. Adakah mereka akan angkat senjata lawan kalau ada negara lain nak jajah Msia. Atau akan buat macam sentimen Art Harun tulis baru2 ni. Tak pulak aku nampak pembangkang2 bersuara macam sentiment yang Art Harun tunjukkan dalam tulisan dia. Haprak… majority politician kat Msia semua hancusss…
So kenapa Yang Dipertuan Agong (dan Majlis Raja2) tak lantik je mana2 individu yang dia orang suka jadi PiEm…. Dah kalau rakyat dah tak de choice yang dia orang suka atau yang dia orang percaya…. Macam yang aku tulis kat perenggan 4 kat atas.
Salam - Doha, State of Qatar
Post a Comment